Sunday, December 28, 2008

Err..hanya kata2..



Assalamualaikum,korang~!

errr..ok.. agak lama gak aman x update blog.. haha,tatau la ada pembaca ke tak.. (but im pretty sure ada org yg slalu check my blog..) neway,thanx kat korg yg sudi nak jenguk2 blog nih. ^__^ neway,juz nak summarizekan apa yang aman tgh wat skang.. buat masa ni, aman baru jer seminggu register dlm semester baru.. so,agak busy coz da mula dapat projek.. apapun,kerja2 rumah ni x menghalang aman untuk buat sesuatu yg kita minatkan?

dalam masa seminggu ni gak, telah berlaku 1 kejadian yang telah mengakibatkan kematian di sebelah studio aman.. al-fatihah pada Dr.Shukri semoga roh beliau di tempatkan bersama para solehin~! aaaamiinn~

anyway,jom dengar interview dari Amer Shah kepada Aman Wan. enjoy~! >____<

Hello,aku Amer Shah. ada sket soklan untuk Aman Wan..
oh,hello Amer. awat muke ko cam familiar ek..hmmm..


Diamlah.. neway,apa progress blog ni?

oh,anyway, blog ni x lama lagi akan ada 1 slot istimewa. iaitu akan ada slot "Fiction with Muzz". dimana ada entry2 fiction yang menarik hasil karangan Muzz,my old fren~! fictions dia sgt best dan x rugi utk korg baca. so,juz tunggu je k. hehehe~!

Ok,bagaimana dengan komik??

err..buat masa ni,aman masih x reply lagi email tuan editor.. kiranya, aman masih belum hantar lagi design karakter2 tu.. aman dah siapkan sketch pencil, juz nak ingking jer.. tapi,coz aman x beli pen lukisan lagi, so, terpaksa tangguh jap.. err..harap2 tuan editor x mara...

Projek MAGME tu lak camner??
projek Magme berjalan agak lancar.. cuma kemungkinan besar ia hanya kan terbit dalam edisi tunggal.. jadi,kami masih mengumpul ramai pekomik dan penulis untuk menebalkan lagi zine Magme ni.. anyway,ia hanya terbuka pada my studiomate saja.. err..maaf..

xper2,ComicFiesta camner? best?
yup,best giler! thanx kat boboy yang sanggup drive aman ke sana. huhu,ni yg sayang boboy nih~! hahaha. neway,ramai gak kartunis2 serta kawan2 on9 yang aman jumpa. antaranya, Bro.Azhar, Alifstyle, Pac, Ayez, Aderein, Mahata, and Ryukage~! neway,sepatutnya aman kena berjumpa dengan Irfan F-one-R.. tapi x sempat lak.. sori2.. neway,juz tunggu my video pasal ComicFiesta dlm 3-4 hari dr sekarang~! (tgh edit nih...)

oh,ada wat video baru tak??
yup,ada~! aman skang tgh wat video report pasal ComicFiesta. but,sejak baru2 ni, aman ada masuk kelas Multimedia, so dpt la belajar software Adobe After Effect sket2.. haha,jadi aman pun try test uji pandu jap.. tgk la.. video bodoh2 jer.. jgn expect lebih haaa~





memang bodoh pun... neway,kata2 terakhir..

errr....ok,kata2 akhir, aman nak minta maaf pada setiap yang telah aman susahkan.. err.. so,blog ni masih aktif jadi, teruskan follow ek.. haha..

pergh..habis pon.. entry ni lansung xde kena mengena pasal Comics n Career lansung...

errr..ada la! sket...


DAH2...
yela2...babai..


-out-

Thursday, December 18, 2008

Reply & Maria~!



ahhh~!
sudah lama cerita tentang penerbitan komik aman tergendala, kini ia bermula semula!!
yeah! berdasarkan post2 yang lepas.. setelah mengalami kebuntuan dlm menghasilkan design karakter2 baru, aman akhirnya berjaya juga siapkan dan kat atas ni lah yg aman hantar aritu.

so,amacam?
setelah beberapa ketika, masih tiada jawapan dr tuan editor, saudara Wan Zuhairi (wanzu). jadi,aman masa tu ntah kenapa gelojoh sgt terus hantar emel bertanyakan jawapan pada proposal tersebut.. dan beliau membalas..



Salam Aman,
Maaf ye lewat balas emel. Lukisan Aman itu saya tunjukkan juga kepada En. ROdin, seorang lagi editor Komik-M. Saya tunggu dia komen then saya reply emel Aman. Petang-petang nanti kot saya reply. Terima kasih.


selepas aman mendapat emel ni,aman rasa serba salah pulak.. sebab seolah2 aman terlalu mendesak dan menggangu tuan editor bertugas.. sedangkan aman tahu dia sedang busy skarang.. aduh..minta maaf sgt2! err.. dan seperti yang dijanjikan,selepas beberapa jam, saudara wanzu memberi emel kedua pula..


Assalamualaikum Saudara Aman,
Maaf kerana lewat memberi respons.
Overall, karakter-karakter yang Aman tampilkan menarik dan comel. Cuma masih belum nampak dalam bentuk komik lagi. Mungkin Aman perlu detailkan di beberapa bahagian setiap karakter seperti jari-jari dan bahagian kaki. Untuk lebih memudahkan, lebih baik Aman lukis satu karakter secara berasingan. Satu karakter satu a4. Kemudian kita detailkan satu persatu. Contohnya macam En. Shah, pakaiannya tidak menampakkan sangat dia seorang melayu. Mungkin boleh pakaikan dia kot atau pakaian kemeja biasa kerana manager sarkis malaysia pun berpakaian biasa sahaja. Karakter-karakter yang lain secara kasarnya sudah okey. Cuma watak Maria itu, boleh tak kalau jadikannya bertudung? Di PTS, bos agak strict sikit dalam hal-hal aurat ini. Lebih-lebih lagi Maria itu watak utama. Apa pandangan Aman?
Rasanya konsep komik Aman ni dah ok dah. Cuma nak kena test masuk dalam komik pula untuk uji sama ada okey ataupun tidak. Saya lihat di pergh.com Aman ada post dua tiga sample komik? Dah ada ek? Kalau ada boleh la share.
Terima kasih Aman.


haaa~ dari jawapan yg diberi.. seperti biasa, masa untuk berkerja semula! yeah! haha.
yup,mmg aman kena redesign balik..eh..eh.. bukan2.. kena perbanyakan design lagi.. tapi aman kena tukar pemakaian karakter utama iaitu Maria menjadi lebih islamic. neway, aman x terkejut sgt bila saudara wanzu mintak aman pakaikan tudung pada Maria sebab sebelom2 ni, aman byk membelek2 blog2 PTS, so, aman tgk PTS mmg mengutamakan keislaman dlm karya.. so,aman sebenarnya dah prepare sketches2 Maria bertudung. ala2 Beinda pulak. hahaha..

mungkin ada yang merasakan aman mungkin rasa letih asyik2 kena tukar design.. TAKDE ar. haha,aman sebenarnya enjoy dengan proses yang aman tgh hadapi ni. Org kata,inilah proses dlm mematangkan hidup. betul tak? malah,aman sonok sebab aman design benda yang aman suka. yea! lagipun,kalau nak dibandingkan dengan time aman buat projek studio semester 2 tahun lalu.. lagi perit wooo~! hanya bebdk studio jer tahu berapa KALI dan berapa BYK kami kena re-do..! bukan sketches, bukan A4, tapi FINISHWORK and saiz 90cm X 90cm..!! haaa~! lagi perit wooo... >_< setakat ni,aman masih boleh handle lagi dengan keadaan aman. apepun,mana ada org berjaya dgn sekali harungkan.. (ada tu ada..tp sket ar..) bak kata orang,kalau mahukan sesuatu,berusaha dan jangan putus asa padanya! hehe,anyway,skang aman dah isi "bateri" dah! masa untuk kembali cerdas! yeah!! wish me luck guys! -out- -nasib baik saudara wanzu kata "no hard feeling" err..lega..
-irfan, jom mula bekerja keras!! yeah!

Tuesday, December 16, 2008

Taggy Thingy

Anyway,maafkan daku kerana sebelum2 ni,tidak sempat utk membuat tag yg anda tagkan pada ku.. nah,ni dah siap pon..hehe... dibawah ni,ialah tag daripada Aiman, Boboy dan Adledash..

1)Do you think you're hot?
ha'ah,kenapa? ada masalah ke?..........(nayyy...gurau
je....)

2)Upload your favourite picture of you!

3)Why do you like that picture?
walaupun muka dan penampilan ku agak serabai, namun hari tersebut memberi sejuta makna dlm hidupku~

4)When was the last time you ate pizza?
oh, malam besday saya yg ke 20. makan dgn famili kat nilai.

5)The last song you listened to?
i'll never go-eric santos (lagu yg bakal menjadi lagu tema shortfilm ku~)

6)What are you doing right now besides this?
conteng2 kertas dan membaca blog org len...

7)What name would you prefer besides yours?
dah tentunya Aman Wan. (ramai org diluar sangka kan ia nama sebenar....)

I tag : (kebanyakannya pernah buat tag ini...)
1. Pagad Boboy
2. Jeehan Taiko Hingus
3. Aiman Kato'
4. Sister Adledash
5. Fa'in Garfield

8)Who is number 1?
kawan ku Boboy. seorang yang sempoi dan sgt teruja melihat video2 serta foto2 yg terpangpang wajahnya...haha

9)Number 3 is having a relationship with?
Yang Maha Esa~ aaamiin~

10)Say something about number 5?
seorang wanita yang ceria dan menarik pandangan saya tika pertama kali bertemu kerana wajahnya yang iras2 Violet dlm "Charlie & Choclate Factory"..hehe

11)How about number 4?
hohoh,seorang yang banyak memberi dorongan padaku, namun beliau sedang hadapi masalah sekarang, ku harap dpt menjadi pendorong beliau juga..sabar2~

12)Who is number 2?
sifu besar ku, mengajarku cara2 yang betul tentang lap hingus di sofa. beliaulah Taiko Hingus! Tunjuk ajarku sifu~!


* * * * * * * * * *

haa..tagg yg seterusnya ini,aku telah di tag oleh Ms.Fain.. hehe,sori kerana memngambila masa yg agak lama utk menyiapkannya.. dan tag ni byk ku jawab dgn ayat2 merapu sajer...

1) bekas kekasih saya adalah
adalah peminat barbie yg tidak mengenali siapakah tanggang. haha! =p

2) saya sedang mendengar
bunyi taipan keyboard serta batuk nenek di ruang tamu.

3) mungkin saya patut
menggunting rambut saya..err..malas lah~

4) saya suka belajar
tentang perkara2 yg saya minat terutama tentang komik!

5) sahabat baik saya adalah
anda sumer~!

6) saya tak paham
fizik, sejak dari form 4 mmg saya agak lemah dlm pelajaran ni, dgn itu menyebabkan saya menukar course dr engine ke archi..hehe

7) saya kehilangan
komik, dan novel2 grafik.. weh,sape pinjam pulang balik~ waa..

8) ramai yg berkata
saya semakin tembam.. yeah! mision berjaya!

9) makna nama saya ialah
Keamanan pertama...(aman wan) haha..memandai je aku..

10) cinta tu adalah..
sebuah filem tempatan arahan Khabir Bhatia.

11) di suatu tempat
patinya berpenghuni mahupun berpenunggu~

12) saya akan cuba
melukis komik 1 page 1 hari...erk..boleh ker..?

13) makna SELAMANYA ialah
forever...rujuk dlm kamus ni,dia ckp cmtu...

14) henpon saya...
pernah hilang dicuri dan kedua2 henpon saya itu adalah pemberian emak..haha

15) saya paling meluat
dengan org yang suka judge org (dlm aspek memburukkan org tersebut) tanpa mengenali diri orang itu yg sebenar.. kata2 ini mendapat sokongan dari Shrek..

16) bila saya bangun dr tidur
carik henpon yang terkepit bawah bantal utk tgk jam sudah pukul braper...

17) party adalah
sesuatu yg best dan meriah jika tidak melampaui batasnya..

18) haiwan yg paling cute
singa dan harimau.

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
sekarang,sebab saya dapat menikmati dan merancang sendiri perjalanan hidup saya bersama2 org2 yg saya sayang...

20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
terbangun lambat! sian nenek buat air kopi sendri..

21) mlm ini saya akan cuba
menyiapkan storyboard komik serta skrip shortfilm utk studio saya..hehe

22) saya btl2 inginkan
kejayaan di dunia dan akhirat kepada ibubapa serta keluarga saya...termasuk saya gak ar..

23) bila tgk muka kt cermin pg td
betul2 kan rambut yang serabai dan panjang..
24) shopping kompleks adalah

tempat yang tersangat best kiranya ia mempunyai kedai2 buku ternama seperti MPH mahupun POPULOR...

25) makanan segera biasanya
senang dimasak, senang nak makan, dan senang membunuh..

26) ayat2 terakhir kata pd org...
"ha'ah" jawab aman terhadap soalan neneknya yang bertanya tentang bertapa cerahnya cuaca hari ini.

27) nk pnjgkn tag ni?
takmau la..

28) mata sy
sangat bulat...org kate la.. manede,normal la ni~~



yeah! Da siap!
-OUT-

Monday, December 15, 2008

Komik MAGME siap!



Yeah! setakat nie, tanggungjawab aman terhadap group MAGME dah pun 80% selesai! yeaa!!! setelah sekian lama komik2 sulung MAGME bertukar-tukar idea, (haha..mmg sakit..) then, aman akhirnya dapat gak setia pada 1 cerita. Dan nak diikutkan, aman da pun siapkan storyboard n sketches, n malam tadi, pergh.... aman x tido dari malam sampai bersambung ke pagi tadi menyiapkan inking dan sketches2 yg lain n walla~! aman dapat siapkan ingking sumer pages maghrib tadi! yeaaa~!


Apa tu MAGME..?
ok..MAGME ni sebenarnya ialah gabungan beberapa karyawan dari studio aman di kolej untuk menerbitkan zine bernama MAGME. Tema MAGME kami ialah remaja + modern + islamik! MAGME ni akan mengandungi variasi komik2 serta cerpen dan artikel yang insyallah berunsurkan gaya dakwah dengan menggunakan cara yang bersesuaian dengan penerimaan remaja.


so,aman baru jer siap ingking komik tadi, skang tinggal keje2 mengedit dalam photoshop! rasanya sebelum aman masuk hostel sabtu ni dah boleh siap dah.. =) hmm..skang ni team2 aman jer yg masih tatau camner progressnyer.. nak diikutkan, kartunis ada 4 jejaka dan seorg gadis. penulis pulak ada 2 jejaka dan seorang gadis. haaaa~ then ada juga tukang2 grafik, setiausaha, dan krew2 lain. hehe..tuan editor... ialah Aman sendiri. neway, sepatutnya Adledash yang jadi editor sebab MAGME ni idea dia, tp dia ckp, "aku pompuan, so, jadi penolong editor sudeyh~" huhu..licik sungguh beliau...

anyway,harap segalanya dapat berjalan lancar. dan pada entry akan datang kiranya aman sempat siapkan keje2 edit-mengedit ni, aman akan tunjuk preview mukesurat 3-4 utk komik aman yang bertajuk "PARUT" ni. ok? (semua skali 6 pages)

n kiranya lah... jikalau... jikalau..! karya MAGME x berjaya mencapai misi, aman akan uploadkan full komik PARUT ni kat blog aman. ok? tapi harap2 MAGME dapat hidup! yeah! kite ada sokongan Bro Fakhul ni. insyaallah~!

ok,MAGME? gud luck guys!
hope kejayaan di tangan kita. =)
aaamiin~

-Out-

Saturday, December 13, 2008

Komik-M, MPH & Mid Valley!!




Wahh~! Pengalaman yang menarik di MPH Mid Valley!!
tgh hari tadi, Komik-M ada menjalankan sesi perjumpaan di sana. jadi, aman pun ajak ar ayah gi. memandangkan ayah nak gi Maxis Center. hehehe,hari ni mmg agak bersejarah la dalam hidup aman, dpt jumper dgn ramai org2 kuat, pelukis2, penulis, dan editor syarikat PTS dan Komik-M kat sana..! yeah!!


masa aman sampai2 kat sana, aman tgk meja tu lenggang je, xde org lagi.. then saja jalan2 kat bahagian magazine jap. carik Gempak n Komikoo baru. yesh! ada pon! then, masa aman ontheway ke arah magazine nyer site, aman ternampak org2 yang aman rasa aman cam, antaranya penulis novel remaja PTS, kak Ain Maisarah! huhu,aman saje lalu lalang kat depan n blakang dia. (purak2 carik buku) =p Lepas tu aman ternampak Puan Ainon (presiden universiti PTS). Aman kenal dengan puan ainon ni dari blog beliau. dan,aman pada mulanya ingat puan ainon sangat garang orangnya, namun dia seorang yang sporting sebenarnya. haha..maafkan aman ye~ ( err..betul ke itu dia..x pasti sgt..) betul kot~

then aman ternampak editor komik-m yang sentiasa tersenyum, Saudara Wan Zuhairi! (wanzu) errr..aman nak sgt jumper dia, tp ntah naper segan betul. takut,nervous,sumer ada. lebih2 lagi, tgk dia tgh busy nak handle program dan busy menangkap gambar. so, aman ckp dalam hati, "jap lagi la kot.." tunggu dia free dulu. =) *hehe..sengaja aman interframe stiap kalik dia tangkap gambar..huhu..purak2 candid..* =p



then tiba2 dari ruang magazine, aman terdgr suara saudara Wanzu memulakan acara! then,baru la aman ternampak Br.Azhar dan Br.Pac! (aman cam muke diorg dari blog,dan facebook) Haha..Br.Azhar dengan Br.Pac memang sempoi dan sporting gak! Br.Azhar merupakan pelukis Komik Liga Pendekar (perghh..ala2 Justice League lak) dan Br.Pac lak pelukis Komik TwinX (giler ar technical drawings dlm komik nih..gempak!) kira nya, dari tujuh pelukis komik yang patut hadir, hanya mereka berdua ni je la yang datang. (X silap, Br.Poyo, pelukis komik Kecemprengman pon dtg tp kejap jer..) maybe yang lain ada hal penting..dan komik2 yang dijual hanya ada 4 jenis jer. Neway, x kesah la tu. Yang paling bestnyer!! Br.Azhar buat demo camner nak ingking komik gune brush! Pergh...cool! memang smart ar Br.Azhar lukis, smooth jer tgn dia. Aman yang gune pen lukisan pon dah ketaq, ni kan nak gune brush..huhu.. mmg respek sama dia. And aman sempat gak berborak jap dgn Br.Azhar tentang komik2 dia akan datang, sekarang dia tgh nak wat komik berkisarkan WorldWar II, then lepas tu baru dia sambung buat Liga Pendekar 2. Gud luck bro, semoga dapat menaikkan taraf industri komik Malaysia! =D

Then sempat gak aman menanya Br.Pac tentang komik2 baru yang lain. rupanya masih belum kuar lagi.. dalam poster tu ckp ada 7 komik akan di jual, tapi ada 4 je. yang paling terdown sket biler Komik Orang Kuat dari Alifstyle dan Shootz! dari Reja xde pon...huhu..sedihnyer.. kempunan aku~ tapi pastu aman dpt berita baik,iaitu komik2 tu akan dijual masa ComicFiesta nanti termasuk komik TwinX 2..!! canteeekkk~!


Tengah syok2 aman tengok orang melukis2, skalik ada orang tegor aman kat sebelah. “Aman ye?” perghhh!!! Saudara Wanzu?? Dia kenal muka aman ker?? Setahu aman,aman x pernah bagi gambar pun kat dia. Pergh..aman memula jadi blur kejap..nervous pon ada. (macam perasaan org bawahan berdepan dgn bos diorg..) Gulp!



“Alif cakap awak datang. Dia ada tunjuk blog aman kat saya,so itu yang macam kenal tu.” Lebih kurang camni la ayat saudara Wanzu. Ohh..gitu rupenya... (jap...ni bermakna alif tunjuk video aman la...?! pergh..malu kot..!! err..) tapi,Wanzu memang sporting la, senyum jer, so, dapat la aman berbual2 secara tenang dengan dia. Alhamdulliah. Akhirnya dpt jugak bertemu face-to-face dengan saudara Wanzu.. macam ni,senang lah aman berurusan dengan dia akan datang.. insyaallah~ =) *terhutang budi gak kat Alif klu x,mesti aku x kan dpt berbual dgn saudara Wanzu. thankies2!*





Hah! Hah! Nak taw, lepas tu diorg ada anjurkan satu cabaran! Siapa dapat lukis mana2 karakter dlm Komik-M akan diberi hadiah komik percuma. Haha,aman tgk bro yg baju biru tu mmg semangat nak melukis. Siap dah keluarkan pencelbox dah. Tapi bro tu nyer lukisan pon agak gempak woo~ ala2 jepun+honkong. Smart2..! lepas tu, ada sorg adik berusia 6 tahun (baju ijau) lak lukis karakter dari komik Lili Lulu Lala. Pergh..baru 6 tahun dah boleh lukis camtu,smart2. aman masa darjah 2 baru pandai lukis baju utk org lidi....


Then,tgh syok2 tgk diorg melukis, saudara wanzu ajak aman lukis gak... errr...aman masa tu yg dah hilang nervous,terus jadik nervous balik! Pergh...tapi aman mmg nak cube. “sampai bile beb,ko nak sembunyi?” aman ckp dlm hati. Then aman amik marker, dengan ingatan yang kurang jelas, campur dengan tangan yang sedikit menggigil (coz nervous..) aman pon berjaya melukis karakter Kecemprengman!! Yeah!! Tapi x lawa sgt coz tgn bergetar,n ada silap lukis sket kat bahagian mata. =p tp aman agak puas hati coz at least aman dapat melukis depan pelukis2 yang terkenal seperti Br.Azhar dan Br.Pac, termasuk diperhatikan oleh saudara Wanzu, secara LIVE! Pergh...ini boleh dikatakan satu penghargaan buat aman, pengalaman ni mmg sgt berharga la! Syukur sgt,alhamdulillah~ (hehe..dpt hadiah free..komik Kecemprengman!! err..lagi..)


Lepas dah selesai,ayah pun ajak balik. Jadi,aman kutip dulu buku2 yang aman nak beli, n sempat gak aman meminta tandatangan Br.Azhar! yeah! Terima kasih 2x! Aman ingat nak mintak tandangan Br.Pac jugak tapi malangnya,aman terlupa nak bawak komik TwinX bersama aman pagi tadi.. aiseh..huhu..sori yer... Aman tercarik2 gak Br.Poyo,mana tau dia ada, boleh tlg sign kat komik Kecemprengman yg aman baru dpt tadi.. tp x jumper lak.. huhu..

Lepas bayar sumer buku,aman gi salam dengan Wanzu, ckp nak balik dah. Wanzu sempat btau yang dia x sempat nak komen proposal komik aman tu. Tapi xper,x kisah. Aman paham, sebab nak handle satu program mmg susah. Lebih2,sekarang saudara Wanzu mmg busy dengan banyak aktiviti akhir tahun ni. Xper lah. Aman akan sentiasa tunggu balasan dari Wanzu. =)

ahh.. memang sangat menarik! pengalaman ni buatkan semangat aman berkobar2 gak nak melukis, dan aman akan pastikan, satu hari nanti aman pun akan duduk sebaris dengan meja2 Br.Azhar dan Br.Pac.. walau selama mana impian tu akan tercapai, mungkin esok, mungkin 4-5 tahun lagi, tapi aman tetap akan pastikan impian ni tercapai! huh!


huhu..antara buku2 yang aku borong tadi. (tak termasuk Kecemprengman & TwinX kat bawah tu) komik Kecemprengman kat atas tu yang aku dpt sebagai hadiah..ada dua komik yang sama lak skang.. xper la,kalau kawan2 nak pinjam, aku bagi yang lama punyer. hehehe..




"buat Aman Wan. TQ 4 de support-azhar"
Yeah! Komik Liga Pendekar yang ditandatangan oleh pelukisnya, Br.Azhar Abdullah


untuk lihat lebih byk gambar,KLIK SINI.
(ada pics aku skalik..hee)



-out-



-maaf saudara Wanzu,tak sempat nak tangkap gambar beliau kerana agak terasa segan tadi..adoi..
-alamakkk!!! kenapa la aku x wat video je tadi kat sana?! adoii...sipotnya aku niee~~

Tuesday, December 9, 2008

Sneak Peek!


Anyway,terima kasih banyak2 kepada korang yang telah banyak bagi nasihat dan sokongan pada aman masa post yang lepas. Alhamdullillah, berkat doa dari korang, aman dah pun berjaya siapkan rekaan karakter untuk dihantar ke editor Komik-M... insyaallah, dalam 2-3 hari, dapatla aman maklum balas dari saudara wanzu (editor).. =)

Ok, utk post yang nie, memandangkan aman pun xde apa2 nak cerita, (coz masih tunggu editor nyer komen) jadi, aman nak ajak korang intai2 sket ape yang aman da buat. hehe..

Korang boleh tgk gambar kat atas tu... haaa... yup, komik tu sebenarnya ialah projek magazine studio aman iaitu MAGME. Masih dalam proses lagi tu, tapi... cube try tgk, tak best la kalau bubble dialog guna computer.. nampak x natural. pasni nak guna tangan je la buat bubble dialog. huh! hmm..ni pun aman tengah try blaja guna screentones dalam comic aman. hahaha..nmpak serabut kan? huhu...biasa la.. first time nak blaja.. insyaallah, pasni aman try buat lagi baek. (haa..adledash, tgk aku tidak lupa komik ku..hehe)

Hah! yang kat belah atas kanan tu pulak ialah rekaan karakter baru aman yang aman tension dulu. huhu..amacam? hmm..aman rasa ok je la.. tapi tatau la kan. kita tunggu je kata editor. yeaa!! =)

Haha,korang mesti dah perasan yang aman dah modify sket page blog aman nih. aman saje nak ceria2 kan blog ni dengan lukisan2 aman. ha! yang gambar pakai topi baju ijau, jaket itam tu, aman la tu! =p ini orang panggil sebagai "Animeself" gabungan Anime+Yourself... hohoho..

Ape2pun, ni jer yang aman boleh tunjuk buat masa sekarang. len kali aman tunjuk lagi projek2 terbaru aman. neway, page MAGME tu kira preview free la utk korang. coz ada 6 page sumer.. haha..yang lain, klu nak baca kena bayar la ek.. insyaallah kalau sempat diterbitkan. =)

Mungkin terlambat, tapi aman nak jugak cakap Selamat Hari Raye Aidiladha kepada semua umat Islam sedunia! Moga2,ada la rezeki kita pasni mengerjakan haji pada masa akan datang yer.. aaamiiin...

out! (^o^)