Sunday, January 25, 2009

Anchor Women

anyway,seperti yg dijanjikan..
ni ialah isi kandungan komik mini aman, Anchor Women yg di adaptasikan dari drama jepun suatu ketika dulu. Yup,pada peminat cerita tersebut, mmg terlalu byk perubahan dlm komk ni kerana aman sendiri x tgk episod awal. jadi, hanya minta tolong kawan2 ceritakan dan ditokok tambah sket. huhu..

so, sesilalah jenguk (klik utk fullsize) dan kritik sehabis mungkin... karya awalan...
Aman Wan Junior...





















-thanks-
out

Saturday, January 24, 2009

ECOIST music video


hahaha~
neway,akhirnya,tamat juga projek group kitorg (AAD). skang ni masing2 dah dapat projek individu based on majoring masing2. aman macam biasa, projek interior, kali ni kena design Fashion Boutique yg sitenyer di KLCC. huhu.. boleh ku melencongggg~

ok2,x nak ckp pasal projek baru. sebenarnya, projek lama ni, kitorg kena buat ala2 kempen CINTAI BUMI KITA dan setiap group kena ada issue masing2. Group aman, ECOIST pilih isu Towards Zero Waste dan kitorg design poster, baju, dan product2 recycle yg bertemakan beg~ yosh~!

sepanjang masa projek tu, mmg fun. rasanya ni ialah projek yg lansung x tension dan relax. anyway,thanks pada teammates aman yg byk memberi 200% tenaga korang, idea dan kerjasama. sebagai penghargaan, segala penat lelah, suka duka, aman himpunkan dalam sebuah video... enjoy..





-thankx Bunta, KD, Kak Yani, dan Kak Raihan coz sporting utk buat MV nih.. huhu..layaaann~
-oh,begitu jugak kat bebudak studio, lecterur2 yg secara x lansung membantu kitorg. =)
-dan ya,SHAZU itu aku. wahahahaha~

Wednesday, January 7, 2009

Murung, Memori & Motivasi..


******

Haha..entry kali ni berkonsepkan 3M..
Dan ia berkenaan diri aman gak..


Well,yup.. aman skang sedang dlm masalah.. ia bukan lah masalah tentang dunia komik.. namun,ia agak memberi effect juga.. masalahnya..aman sedang berlawan dengan diri sendiri.. “diri” yang orang lain x kenal atau lebih terang sebagai “diri” sebenar… entahlah.. aman bukan jenis yang suka menunjukkan pada orang bila ada masalah.. lebih2, wajah muram dan masam memang x sesuai dgn diri aman sendiri..haha..

Tapi..kadang2 sedikit sebanyak.. bila sudah tak tertampung. Orang akan perasan jugak.. tapi ada ke… mmm.. masalah ni maybe kecik bagi sesetgh orang.. tapi agak berat untuk aman.. bukan niat aman untuk tak berkongsi dgn org atau kawan2.. tapi..maybe lebih baik untuk aman “fight” alone..


"we can just try, if we fail, try again..”


ayat yang simple dari seorang lecterur.. namun agak mendalam maksudnya.. manusia hanya mampu mencuba.. gagal..dan cuba lagi.. mungkin kadang kita terfikir..sia2 saja usaha kita.. tapi,percayalah.. yang di atas sana.. sedang memerhatikan setiap percubaan kita.. sedang melihat setiap kegagalan kita.. dan sedikit pun,pandanganNya takkan beralih.. walau seburuk mana kita.. Cuma manusia, manusia kadang2 leka.. bersedih dan putus asa.. sedangkan Dia masih melihat, menanti percubaan kita seterusnya.. dan seterusnya..

Ya... masa untuk aku kembali mencuba..
Lagi, lagi..dan lagi..


******



Sedang aman membelek2 almari dan rak buku, aman ternampak komik mini yang aman pernah hasilkan semasa tingkatan 1 dulu.. haha.. hanya komik adaptasi dari filem jepun pertama yang aman tengok.


Kualiti komik ni pun agak teruk.. hahaha,dahla pakai pen biru, pastu gunting2 artblok utk wat ala2 macam buku..haha. anyway,ini adalah artwork terlama yang aman pernah simpan.. dan jugak sumber motivasi diri aman..


Setiap kali aman tengok dan baca komik kecil ni.. aman akan teringat.. muka tersenyum kawan2 yang membaca.. diorang gelak.. kata komik ni kelakar.. even komik ni buruk, kecik, buatan tangan jer.. diorg tetap gelak.. bagi aman, diorg sudah membayar lebih dari wang ringgit.. aman puas..


Komik ni aman jaga sebaiknya.. ini ialah komik seorang budak 13 tahun yang ketika itu tidak mempunyai kawan yang ramai.. budak 13 tahun, yang begitu tinggi cita2nya pada komik.. budak 13 tahun, yang cuba sebaik mungkin,untuk jadi yang terbaik..


kadang2.. aman terfikir..bolehkah aku kembali menjadi seperti budak 13 tahun itu..? aku mahu jadi seperti budak itu....lagi..



******


TRIVIA

-saiz A6, ballpen biru, dan cover dibalut dgn tape ala2 water proof..
-adaptasi dari drama jepun “Anchor Woman”
-menunngu setiap petang depan tv dengan buku nota serta pen untuk mencatat setiap babak dalam drama tersebut serta dialog2 yg dirasakan menarik..
-terdapat tambahan sendiri beberapa babak
-ambil masa 14 hari untuk siap
-pernah lukis sambungan jilid ke-2 namun hilang..
-komik ke-dua yang berjaya di”buku”kan
-menjadi kebanggaan diri dulu2 hingga kini....hehe



-out-


-Err..aku x sepatutnya campur hal peribadi dalam blog ni..err...maaf..
-pasti ada tertanya2 tentang video comic Fiesta kan..?? hahaha.. sebenarnya.. hahaha.. hahaha.. hahahahahahahahaha...~!
*runs away*

Thursday, January 1, 2009

My Babies: Tabby & Scanny !!



Yeah~! Akhirnya, aman dapat gak beli menatang dua ekor nih, Tablet PC dgn Portable Scanner~! Haha,giler best la dapat benda nih.. memang rasa nak duduk dlm bilik jer diam2..haha.



Asalnya,benda ni mmg aman ada rancang nak beli,tapi tak sangka lak boleh terbeli seawal ni. Semuanya bermula dari satu panggilan telefon dari rumate aman, Asen, yang bertanya pasal harga tablet dan scanner.. then,setahu aman, dari kata2 kawan2 internet, harga paling kurang dlm RM600.. (WACOM nyer.) oh,dia pun ckp ok2.. then,biler register semester aritu, masuk2 bilik jer,tgk2 kat meja dia da ada sebijik tablet.. pergh~! Aman tanye la,harga berapa ni?? Dia ckp RM300 jer. Ekk??? Selama ni tak tau lak ada tablet murah~! (err..x la murah pun,tp lebih murah dr sangkaan..) rupenya si Asen ni beli jenis Genius.. bukan WACOM. Wacom memang mahal, tapi, Genius pun ok gak per.. hah~! Ape lagik, minggu depannya, terus ajak family singgah lowyat and carik gak sebijik.. haha. N amik gak sebijik scanner.. (huhu..abes duet PT ku~)


Neway,x kesah la. Asalkan mmg berbaloi. SGT PUAS HATI. Huhu.. kerja2 drawing dan coloring dlm photoshop dan flash jadi senang giler dan cepat biler guna tablet nih. Scanner pun best. Takyah guna letrik, jenis portable,juz cucuk usb then dah boleh pakai. Yesh~!



Memandang Aman n Asen da cukup alat utk melukis,apa lagi, kitorg pun dah buat aktiviti mingguan. Haha..kitorg dah join satu forum ni, Pergh.com. dan kat situ ada Pergh Character Redesign Battle~! Kiranya,setiap minggu diorang akan bagi satu karakter populor,dan ramai2 akan lukis ikut cara masing2. mmg fun tgk macam2 art yg unik n kelakar. Hahaha..



So,minggu ni kena lukis karakter Gambit dari X-Men. So,Aman n Asen try utk join battle nih~! Kitorg start dr pukul 1 pagi n siap dlm pkul 6 pagi. haha..kat bawah ni hasilnya.






kiri ni aman nyer work.. simple dan minimalis.. neway,asalnya Gambit ni nak wat macho,tp ter"jambu" lak..adoi...


yang kanan ni Asen nyer.. Gambit yang lebih realistik, detail dan lebih matured dr aman nyer...huhu







Yup,lain kan?? Itu yang uniknya kitorg. Coz kitorg punyai stroke, style yg berbeza tp sekepala~! hahaha. Asen lebih kepada lukisan yang lebih realistic dan coloring soft shading. Jadi,x heran lah kalau korang tgk Gambit yang dia lukis tu agak realistic dan coloring dia agak detail terutama pada otot2 muka dan badan, serta lipatan baju. sebab target dia untuk capai sehebat Hyung Tae Kim, seorang illustrator dan pereka karakter game. Aman lak lebih kepada minimalis style dan coloring teknik cell shading. Haha,tgk la Gambit yang aman lukis. 100% dari Flash,kiranya ini Digital work la. Dan target aman lak nak capai sehebat Takehito Harada, seorang illustrator dan pereka karakter game gak~!Haha,harap2 impian kitorg akan tercapai untuk jadi taiko2 cam Kim dan Haradaya. Aaamiinn~!


Anyway,Selamat Tahun Baru dan semoga tahun ni moga kita lebih berjaya x kira dalam ilmu dunia mahupun akhirat~! yeah~! hepi2 guys!


-out-




p/s--maaf! Video Comic Fiesta tertangguh lagiiiiii... errr…maybe weekend ni baru aman upload..huhu..sowi guys! >____<