Thursday, April 30, 2009

Hero Sekolah

Anyway, kali ni, aman nak introduce kat korg tentang karakter2 aman. karakter2 ni korang da tau. aman pernah tunjuk dalam post2 sebelum ni. cume masa tu, aman baru siap lukis design je, still xde personaliti diorg yang kukuh dan nama diorg. dan sekarang aman dah bagi nama kat diorg, dan personaliti yang berbeza2~!



Macam biasa, dalam setiap kumpulan, mesti ada ketua yang boleh bakar semangat pasukan atau member2. hehe, jadi itulah Mancis atau nama sebenar Aiman. seorang yang positif, bersemangat dan mudah terbakar (teruja). Karakter yang sememangnya diinspirasikan dari sebatang mancis~




Dalam kumpulan, memang x seronok kalau xde saingan. dan terciptanya Izzul sebagai pesaing Mancis. Dia pon nak jadi ketua. Bekas pelajar samseng di sekolah. menggelabah dan panas baran. namun dia juga abang yang mengambil berat.


dalam banyak2 orang, dia yang paling berdisiplin. anak bekas seorang tentera yang kaya. mengikut perintah dan mendengar kata, tapi penakut pada benda2 ngeri dan gelap. berbadan kenyal dan sepupu rapat Mancis. sering bersama Mancis.


Memang x meriah kalau dlm kumpulan xde bunga. haha, Inani, adik kembar Izzul. seorang yang kreatif dan bijak. amat mengambil berat pada orang lain. bersikap ayu, namun kadang2 sikap pemarah nya terkeluar skali skala.


Maimon, antara karakter yang unik. seorang yang bijak, tp x byk bercakap. suka makan dan membenci orang jahat dan monyet. punyai naluri yang boleh menenangkan orang, namun bila dia bersuara, pasti pedassss... terutama pada Izzul.


huhu.. ini lah karakter2 komik aman. skang ni, aman tgk, byk org buat komik strip 1-2 panel kat blog. jadi aman rasa nak buat jugak. menggunakan karakter2 ni. at least, org boleh la kenal dulu karakter2 ni sebelum mereka diterbitkan dalam bentuk komik oleh Komik-M insyaallah~ jadi,teruskan view blog aman utk ikuti perkembangan mereka berlima. buat masa ni, aman xde tajuk yang sesuai utk diorg. jadi, kita letak je tajuk komik ni Hero Sekolah buat sementara. hehe

see u soon~

-out-

Wednesday, April 29, 2009

Adoii..


Aahh~!
Penat, ngantuk tapi apa pun tak siap~ x best langsung.. Aman skang dalam proses nak menginking 3 sample pages yang nak di tunjukkan pada Tuan Editor akan dtg.. Thumbnails ok. Sketches ok. Time ingking..adoii.. nmpak kosong, nampak x best.. Ntahla..


Inilah workstation Aman, meja makan je pon.. yang penuh sepah dgn laptop, alat2 tulis, kertas, buku2 komik, dan air kopi O.. Sememang nya kalau Aman balik cuti, Aman byk menghabiskan masa 4/5 dari hari Aman di meja makan ni. Mesti mak Aman rindu biler tgk meja ni kosong kalau Aman masuk campus nanti. Hehe


Buku rujukan. Atau komik2 rujukan Aman dalam berkarya. Yup,dah tentu karya2 Keith berada bersama. Dan juga karya2 Clay, utk Aman merujuk aksi lawan. Cuma lately, Aman banyak merujuk komik2 keluaran Komik-M gak sebab Aman nak tau gak requirement dan panduan yang diorg ikut dlm komik diorg. At least Aman boleh blaja sket2..


Hoho,boleh lak Aman study sungguh2 utk komik.. kan bagus kalau pelajaran Aman buat cmni.. Tapi ini la hakikat, dah hati dan impian Aman pada komik, mmg susah nak tolak. Tapi at least Aman x la tinggal pelajaran. Bahaya wooo.. study2 gak, komik2 gak.. pepandai bagi masa la. Neway, Aman mmg slalu rujuk karya2 Keith dalam penghasilan komik. Sebab Aman suka stroke dia yang cantik, minimalis tp detail.


Ni antara progress Sample Page aku. Masih xde background. Aman akan letak background pasni. Neway,Aman still x pandai main dgn saiz mata pen. Aman tau, kalau jauh, saiz kecik, dan sebaliknya. Tapi bile ingking,kenkadg yg 0.5 tu nmpak cm 0.3 gak.. adoii.. xper2.. i'll try again~!


Ni lak close-up page. Pasal budak pompuan tu hampir2 ditangkap oleh mamat tu. Tapi x ingking lagi pompuan tu, sebab x confirm dia punya angle.. Dan tangan mamat tu pon Aman x detail kan lagi.. xde kuku n garisan telapak tangan.. hmmm..



Hah~! Benda yang paling x seronok.. Silap inking..huhu.. Posture kaki dia cam off. And ada terdouble inking. Alamak.. Tangan ni asyik gigil je biler time inking.. Kalau time sketching, sedap jer..


Ok la, nak tunjuk tu jer.. Progress hari ni.. (semalam) Pagi semalam wat thumbnails, ptg da sketch, siang tukar skecth (tukar angle bagi variasi) n malam baru ingking.. Skang? X siap lagi.. huhu~

-out-

Monday, April 27, 2009

Pekomikon

AMARAN - entri kali ini adalah super panjang. pastikan anda benar2 punyai masa yang begitu lapang untuk membaca nya. dan sediakan popcorn serta pepsi sebagai santapan membaca entri kali ni. hehehe...

Ahh~! sekali lagi tarikh bersejarah dalam dunia pekomikan aku~! Seprti yang di war2kan, Pesta Buku yang berlansung dari 17-26 April telah berlansung di PWTC. dan pada tarikh 25hb, acara yang dinantikan untuk para pekomik dinanti2, apa tak lain, Anugerah Pekomik Malaysia!

oklah,aku datang ke PWTC dengan famili aku. memandang kan abang aku juga mempunyai matlamat nak membeli buku rujukan, serta tarikh yang sama, kami sekeluarga ingin pergi beramah mesra dan bersiar2 sekeluarga. haha.

kehadiran aku kat sana bukan lah suprise (even ia suprise, xde saper pon yg terkejut..huhu) aku juga ada memberitahu rakan2, kenalan2 di internet yang turut pergi ke sana. Dan bila aku sampai kat pwtc, aku terkezut! aku x sangka akan menjadi rojak disini. ramai giler orang! mmg x wujudlah istilah "nak tengok2", terpaksa redah ratusan orang untuk ke tempat lain. aduh.. tujuan destinasi? PTS. tentulah. Komik-M~

Huhu,seriously, aku agak nervous untuk bertemu dengan mereka (kawan2 pekomik) kerana ada diantara mereka yang benar2 sudah berjaya dalam bidang komik. aku yang setahun ubi ni, masih terkedek2 lagi. giler segan aku.. tapi xper ar. peduli apa. yang penting. aku kena pergi tgk realiti aku nanti~!

Masa aku jalan dlm sesak tu (bukan jalan, bertolak2..) mata aku ternampak sesuatu, PTS!! ya,aku dah sampai! aku bertolak2 lagi seperti makcik yang x mahu ketinggalan jualan murah. dan aku ternampak 1 meja keramat yang tersusun komik2 berserta wajah2 yang aku kenal! Aku ternampak pelukis komik Hibrid, Aviltone dan pelukis komik Kecemprengman, Poyo duduk di meja itu (kerusi) sambil ditemani beberapa staf wanita yang aku x kenal. (td kata kenal)

aku pergi ke arah Poyo dahulu, sebab Aviltone mungkin x mengenali aku... ya, dia memang x kenal aku.. dan biler dia pandang, aku hulurkan tangan, nak salam. dan dia pon cam x kenal aku.. haha,padan muka aku~ biler aku sebut nama Aman Wan, terus dia pelawa aku duduk disebelah dia. korang tau, apa aku rasa..? ingat lagi tak, dlm entri aku di midvalley, aku pernah kata, suatu hari nanti, aku akan duduk sebaris dengan para pekomik! dan hari tu impian aku jadi nyata. aku dapat duduk sebaris dengan pelukis Aviltone dan Poyo... =)

ok,x la tercapai sangat. memandangkan meja tu hanya muat untuk 3 kerusi, dan aku duduk di kerusi ke-4, dah tentulah depan aku tiada meja.. (dan x perlu ada meja) sebab itu mmg kerusi rehat.. huhu.. but AT LEAST! duduk dengan mereka, melihat org ramai berpusu mendapatkan tandatangan mereka.. aku bangga. =) bangga dgn mereka.

kat situ, aku berbual2 dengan Poyo. haha,Poyo sememangnya sama seperti dlm blog nya. Kelakar dan sempoi. aku pon sempoi. dan Poyo kemudian bukak beg dan seperti yang dijanjikan, dia bagi aku Komik Kecemprengman vol.2 FREE~ siap ada tanda tangan khas lagi untuk aku. Tenkiu2~ Aku sebenarnya mmg menantikan komik nih. Big Fan kot. (hah,korg bebdk studio aku, pasni mesti korg lebih galak panggil aku kecempreng! cis..aku x pedulik..hoho)

Aman, semoga kau aman di sana.. Wahahaha !!!- Poyolverine (hehe)

Aku pastu mintak diri jap, aku nak masuk dewan nak tgk apa jadi dengan event Pekomikon kat dalam. aku berjalan menuju ke dewan (ckp cam jauh jer.. sebelah je pon..), sampai kat pintu, mata aku melilau mencari seseorang. yup, seseorang yang aku x sempat jumpe masa kat Comic Fiesta dulu. Irfan, bakal pelukis Komik Sky Shuttle~!

n then, Yah! nampak! dan bersama dia ialah 3 individu yang x asing lagi.. Pac (pelukis TwinX), encik Wanzu (Editor Komik) dan Alifstlye (pelukis, penulis, ahli silap mata, editor, pelawak, dan segala punya "peng" la). Aku tegur Irfan, dan YA~ beliau x kenal aku juga... huhuhu... Aku cakap aku Aman Wan (lagi) dan dia seolah2 seperti Julia Ziegler ketika dirasuk dalam movie Jangan Tegur. Tidak mempercayai ini aku. huhu.. Pac lak memandang aku, lalu terus tanya, "ko pegi gym ke??" hehe..aku tau aku tough~ (boboy jangan jeles..ko boyot~) =p bersalam dengan enchk Wanzu, aku sudah mengagak soalan dr dia.. "Komik camner?" Yah~! jangkaan yang tepat! dan seperti biasa, jawapan yang aku sudah sediakan selama 3 hari utk soalan berkenaan.. aku senyum. "Dalam progress.."




Duduk sebelah Pac n Irfan (terutama Pac) otak aku dibasuh dengan topik2 yang telah mereka bincangkan.. "Hens".. haha..apa tu "hens"? paham2 sendiri. x abis2 si Pac nih membasuh otak kami yang masih suci~ (hehe) Aku x berpeluang berbual lama dengan encik Wanzu kerana dia juga menjadi MC ketika tu.. begitu jugak Alif, sebab dia kelihatan sibuk menguruskan sesuatu. dan ada emergency call katanya hinggakan dia pulang awal~
Aku (simuka kodok), Pac dan Irfan



Encik Wanzu dan Aliystyle (huhu..x sempat snap dr depan)




aku kemudian lepak kat belakang. aku nampak ada komik baru (x baru sgt) dijual. OKA. tentang budak syaitan. harga rm2. murah~ masa kat belakang tu, Poyo ada berbual dengan seseorang, dan aku diperkenalkan. WOHH~! x sangka kali ni "seseorang" itu mengenali aku! dia pernah baca blog aku. Brader Joe namanya. hehe. orang yang meminati komik jugak. aku banyak habis masa berbual dgn dia memandangkan, aku dgn dia sama jer, x kenal ramai org kat dlm dewan tu.. mmg x nafikan, ada ramai pelukis2 komik dalam dewan tu, ada yang aku cam, ada yang x. yang aku cam, Xanseviera, Kenny, Slaium, dan pelukis2 komik-M la.. Irfan ada jugak lepak dengan aku di belakang. melihat ceramah yang sedang disampaikan oleh warga komik-M, (Aviltone, ench Wanzu, Pac) Poyo pula bermain nyorok2 semula. hahaha~
Aviltone, encik Wanzu, dan Pac

Sambil2 itu, aku bergambar dengan beberapa individu yang tentunya menjadi orang2 yang dalam perjalanan dunia komik aku. orang2 yang saling support aku. Thanx to Poyo, Irfan, Brader Joe, dan yang lain2. aku x sempat bergambar dengan yang lain kerana x sempat dan keadaan yang sesak memaksa aku membuat keputusan begitu.. (sesak kat luar)

suasana dalam dewan



Aku dan Irfan (cis..dia lagi tinggi dari aku!)


Hoho..tanpa beliau tiadalah Kecemprengman, kenalkan Mr.Poyo!


Dan kemudian seorang individu yang mencatat sejarah di Malaysia masuk ke dalam dewan. beliau yang di nobatkan sebagai Kartunis Negara, seorang pekomik yang dapat menembusi pasaran dunia dengan karya2 menarik beliau, siapa x kenal, Dato' Lat~!! aku x melepas peluang untuk bergambar dengan dan bersalam dengan beliau! bukan senang nak jumpa Dato' Lat secara live. huhuhu~

Dengan Tokoh Kartunis Negara, Dato' Lat~! credit to Irfan. tenkiu~

Dalam masa aku lepak2 kat blkang tu, ramai la yang lalu lalang depan aku, ntah diorg maki aku ke tak nyibuk je berdiri kat jalan orang.. dan kemudian.. kelibat seorang jejaka berkemeja putih muncul secara x lansung di depan aku. melintas. jejaka yang memberi inspirasi dalam seni lukis aku, yang menjadi rujukan aku dlm penghasilan karya, yang aku nanti sebelum2 ni.. aku seriously terkejut! aku x sangka boleh jumpe sedekat ni dengan dia. secara spontan, aku tersebut kuat nama dia, "Keith!" Yup, Keith, pelukis Lawak Kampus dan Wasabi di Gempakstarz! alamak,malu dowh..terkuat lak! dia perasan aku sebut nama dia, dia pandang n senyum. (peh..aku citer cm gay lak.. damn..)

so,peluang ni mmg aku x boleh siakan la. individu yang mencetus inspirasi aku dlm impian komik aku, ada kat depan. aku pon nak bergambar dgn beliau! tapi... Tuhan itu Maha Agung.. tiada yang lebih baik dari-Nya.. kamera aku kehabisan bateri.....................tp! still nyawa2 ikan. boleh la snap 2-3 lagi! aku try. dengan bantuan Brader Joe, aku dgn malu2 kodok, boleh lak mintak nak bergambar dgn dia kat tgh2 dewan tu.. huhu.. aku mintak Brader Joe snap 2 kali. kira ada backup kalau pic 1st x jadi. n sekali jangkaan aku tepat! hahaha, 1st picture memang x jadi! begitu juga dgn 2nd pic! wahahahahahahahahahahaha! (da giler)


dua2 gambar x sempat snap sebenarnya sebab bateri kong! damn! Brader Joe offer bateri, tp aku ckp xper.. (aku bajet cool) n then dia offer utk tangkap balik pic aku dgn Keith gune kamera dia lak. tapi, perlukah aku untuk memalu kodok kembali utk ke tgh dewan dan bergambar semula? tidak.. aku x cukup berani~ dan sekali lagi, Tuhan itu Maha Pemurah.... Keith tibe2 ke belakang (arah aku) utk ambil sesuatu.. peluang baik! dan akhirnya, berjaya aku mengabdikan kenangan aku bersama pencetus inspirasi aku selama ni.. huhuhu..

Bersama Keith! Tgk muka aku tgh gembira kodok tu.. credit to Brader Joe. Tenkiu~!


Tiba2..truuttt...truttt.. henpon aku berbunyik~ Ah,da sampai! hehe,wakil dari uia bukan aku seorang waktu tu, kehadiran seorang bakal pekomik yang akan sama2 berjuang bersama dengan aku, Aina! (Kitty-chan) dia datang ngan bakal kakak iparnya yang sangat sporting, sempoi dan loyar buruk gak kenkadg. aku siku kang. hahahaha, sori kak. gurau~! =p Aina ni selepas aku basuh dia aritu untuk lukis komik, akhirnya bersih gak biler dia skang bersemangat utk hasilkan komik dengan komik-M nih. hehe. sekali dia bawak file art dia da.. apa lagi,encik Wanzu dan beberapa pekomik seperti Pac, Aviltone dan lain, menggeledah file si Aina ni. tgk artwork dia. huhu..paling beruntung.. dia siap leh duduk kat meja pelukis tu kot.. (dgn meja.. aku xde meja..) huhu.. tp ok la, ramai bagi semangat kat dia untuk wat komik. n aku tgk dia semakin bersemangat! yeah! jom sama2 kita lukis komik wahai Mama Tikoz~ hahaha..

sempat consult tu, hehe. gud luck Aina~!

Selang beberapa minit.. tibalah masa untuk aku pulang. Mak dan ayah dah panggil. ada tempat lain utk kami ziarah. huhu. aku pon rembat sebanyak mana komik yang menarik (sumer sebenarnya...) dan membuat pembayaran. Nasib aku ada duet sket. Pastu, aku ingat nak amek otograf Pac dgn Aviltone sebelum balik.. tapi abis je aku buat pembayaran.. aku tgk sumer warga PTS da ilang.. termasuk gak si Aina dgn labu2nya.. ehh?? mana diorg ni.. aku pon ckp, xper la.. next time. Next time aku mesti akan dpt. hehehe. Lalu aku pun pulang dengan seribu perasaan dan kenangan yang aku rasa x nak spoil kan sampai bila2!

aku dpt tau, acara makin meriah selepas aku tiada. kedatangan beberapa org membuat persembahan, Kartunis Ujang, Imuda.. (aku mahu jumpa Imuda jugak!) dan anugerah Pekomik. Tahniah aku ucap pada Br.Azhar selaku Presiden Pekomik yang berjaya mengadakan mjlis sebegini. mungkin acara ini ada sedikit kontroversi, tp aku harap sekurangnya hormat atas segala pengorbanan Br.Azhar yang dia telah lakukan untuk industri komik di Malaysia. tanggungjawab dia sgt besar, dan percayalah, event ni telah membuka semangat ramai jiwa untuk berkarya dalam Industri Komik! Tahniah dan syabas buat Br.Azhar! Tahniah juga atas kemenangan beliau. 4 kategori termasuk anugerah Komik Terbaik! Begitu juga dgn warga Pekomik yang byk berusaha! hehe tahniah!

Tahniah warga PEKOMIK~!



Sejujurnya, tarikh ni, tarikh bersejarah dalam dunia aku.. satu lagi langkah untuk aku kehadapan. dan aku tau, bukan senang utk capai impian aku. dan aku tau aku akan berusaha untuk capai impian tu. x kisahlah apa akan jadi, aku sangat2 enjoy perjalanan dunia komik aku aku, even suka dan duka, semuanya bermakna dalam hidup aku~ Masa utk berusaha! Ganbatteh Aman-kun!!

Komik2 yang aku borong ketika tu. skali lagi, komik Kecemprengman dapat free.. huhu

-out-

yeah~! aku da siap draft bertulis! nantikan kedatangan Hero Nenas Tajam!

Thursday, April 23, 2009

Double !!


haha,ntah mengapa hari ni sangat rajin melukis dan mengingking. Mungkin sejak dah berjaya lukis beruang, semangat terus berkobar2 utk gabungkan beruang tu dgn karakter2 budak sekolah tu.

Secara jujur,aman masih terpegun.. sebab jarang untuk aman lukis full page macamni.. dengan karakter yang ramai.. huhu.. lebih2, pagi ni je aman dah siapkan 3 lukisan.. peh.. giler rajin aku..

Apapun,nampaknya, ada gak slack lagi dalam lukisan atas ni.. hmm,mata budak perempuan tu.. neway, korang rasa posture budak tembam tu betul tak? dia ala2 nak jatuh tu. hmm..
ahh?? baru perasan lukisan beruang kat belakang tu x siap lagi.. aiseh~

oklah,nak lukis lagi~!!

Bear

wah~ aku masih dlm teruja.. (even x lawa..)
aman sendiri x sangka dapat melukis sekor beruang. Yup, dlm 2-3 hari ni, aman punya lah susah nak melukis karakter beruang ni.. sampai lah mlm ni.. aman tgh bosan2.. skali saja sketch2 di buku tulis gambar beruang n TUP~!


akhirnya aman dapat gak shape sekor beruang. Yup,aman ada buat reference sebelum2 ni. tapi, setiap kali aman try tiru, mesti x jadi. mesti jadi lagi teruk. (kenkdg x jd beruang lansung..) so,ini lah shape beruang yg aman selesa lukis. sgt senang, byk curve~

huhu..
neway,aman tau ada lack gak dlm lukisan ni.. terutama tangan.. (macam panjang kah?) xper lah. aman da sediakan jawapan untuk sebarang persoalan..

"Aman, kenapa tgn dia panjang?"

"Aman, kenapa nmpak cm king kong?"

"Aman, kenapa dia ada bulu kening?"

"Aman, kau berak busuk tak?"

...

...
...

"Ini beruang yang unik.." (sambil buat muka bangga..)

-out-

Wednesday, April 22, 2009

Bosan but Thanks

Anyway, aku dah bercuti selama seminggu (2 weeks lagi..) dan cuti kali ini aku ditemani oleh nenek yang datang dari kampung. Kira nenek memantau kelakuan ku la~ Tapi, kerana tv rosak, hari2 nenek di rumah ni sunyi je. Dia slalu termenung di sofa, aku pula di meja makan melukis2. Kadang2 kami berbual, tapi bila tiada topik, sunyi balik~

Pagi tadi,aku membelek2 isi dalam external hardisk. Ada beberapa movie melayu yang aku simpan.. Jadi,sarapan pagi kami tadi dihidangkan skali dengan set wayang (laptop) cerita dibawah..


Cicakman 2... not bad.. better dari yang Cicakman 1. Menyampah giler tengok Cicakman 1.. neway, Sekuel kali ni much better, even ada lack gak sket. But,still enjoyable for me.


ANDDDDD.....~

Cinta U-turn... ia filem yang..
Buang masa aku jer!
Otak x berkembang tgk citer nih!
Saper laa,yg buat citer nih..
Aisehh...damn~
Ntah hape2 ntah!

Tapi... bila aku menjeling ke arah nenek, nenek tersenyum pagi tu. menonton cerita yang aku rasakan merepek dan bosan tu. Mata nenek sgt enjoy menonton cerita tu. Kemudian aku rasa.. mungkin cerita ni tak seburuk yang aku sangka.. sekurang2nya, pagi nenek hari ni x sunyi sangat kerana cerita bosan ni~


Thanks...-out-

yeah,tv dah dibaiki~!
Hargai warga emas korang.

Friday, April 17, 2009

Stroke Baru



Ahh~!
Seronok betul biler dapat siapkan karakter2 nih. hehe.
Neway,aman try utk pelbagaikan lagi stroke aman dalam pembinaan karakter. Harap dapat hasilkan karakter2 yang unik dan dapat lihat perbezaan yang ketara antara diorang. hmm..maybe yang ni still lemah.. neway,i need to practice more n more n more~

And,yup. Macam yang tertera kat atas tu, "Coming Soon". Insyaallah kalau xde aral melintang, impian akan jadi kenyataan. err.. tapi aman masih x letak nama kat karakter2 ni.. haha. Pasni nak try buat mereka beraksi dalam komik lak. Yeah~ Sambung lukis~

-out-

silakan komen n kritik. ^__^
more characters will coming soon~

Thursday, April 16, 2009

In Progress


Neway,malam tadi aman dah pun melukis 5 watak budak sekolah yang bakal menjengah dalam karya seni aman. Neway, tujuan kemunculan 5 watak ni, aman x boleh bagitau sampai lah dah di confirmkan oleh tuan editor. Yup,watak2 ni aman memang reka untuk watak dalam Komik-M.

Ops! Memang ada 5 watak. Gambar kat atas ialah work dlm photoshop. Tgh mengaler diorg. so,ada 3 org jer yg aman sempat highlight. Kalau dah siap, aman akan post kat sini. Neway, aman try menggunakan stroke baru. yang boleh membezakan antara setiap karakter. Tatau boleh diterima atau tak..

So,apa2 hal, akan di update nanti~

-out-

Wednesday, April 15, 2009

Dangerous Dream

aman baru start cuti, so, aman pun hangkut la sumer barang2 bwk balik umah. then, mlm tadi masa tgh kemas2 barang, aman ternampak 1 buku yang terus mengimbau nostalgia aman tentang dunia komik dan penulisan. aman terjumpa balik cebisan2 idea yang aman tulis, karakter design, dan sinopsis pendek cerita rekaan aman ketika aman tingkatan 2..


Dangerous Dreamlukisan karakter2 Dangerous Dream masa tahun 2006


cerita ni bertemakan fantasi action dimana ala2 Lord of The Ring + Ragnarok. Masa tahun 2002, aman start tulis citer ni dengan hanya 4 watak saja. pastu, pada tahun 2004, aman mula develop cerita dengan dengan penambahan karakter, kisah silam, dan point2 penting. pada tahun 2006, aman akhirnya berjaya gak men"graphic"kan karakter2 aman kepada lukisan. (macam diatas)

Perasaan memegang buku idea Dangerous Dream rasa cam sayu gak.. citer ni antara cerita terlama yang aman pernah karang dan usaha kan. punyalah x bosan aman develop citer ni,
sampai kalau org tanya pasal kisah silam setiap watak kat atas ni, aman boleh cerita dgn detail lah. (x terlalu detail la..)

Kenapa aman stop tulis cerita ni? sebab cerita ni terlalu byk persamaan dengan cerita lu
ar, dan banyak klise.. aman pernah bercerita selama sejam lebih pasal cerita Dangerous Dream ni kat member baik aman, dgn harapan, satu hari nnti cerita ni boleh didevelop oleh org lain dgn lebih best. tapi,biarlah cerita ni lengkap dalam kepala otak aman je. aman harap aman takkan lupa setiap perincian cerita ni..

nak sambung tulis balik? hmmm..mungkin. untuk simpanan peribadi.. yup, cerita ni mmg utk simpanan peribadi. cerita rekaan yang dah bersama aman selama 8 tahun.. setiap karakter ya
ng sudah tua 8 tahun.. dan cerita ni yang selama ni menjadi pemangkin dan menceriakan hari2 aman dalam bidang komik dan penulisan.. Thanks to Dangerous Dream~


buku yang penuh dengan idea2 utk novel Dangerous Dream serta lukisan setiap karakter



development watak utama Utsir dan Keith sejak tahun 2002-2007


lukisan karakter faveret aman, Keith terlekat kat dinding hostel (2006-07)


sinopsis kisah silam karakter Keith (4 pages) dan poster Keith and family



so,itu jer lah nak kongsi pada malam ni. n sori kalau entry kali ni macam sket emo.. coz mmg emo pun biler teringat zaman bebudak dulu tulis novel n lukis komik. punyalah girang. rasa nak kembali je ke zaman dulu.. hmm,xper la. yang lama tu sejarah. aman pun dah ada life n cerita yang perlu diteruskan.. Ganbatte Aman-kun~!!!

-out-