Friday, June 26, 2009

Action !!


"Movie 2 jam"



Ini impian aman sebelum grad dr uia, sebelum aman keluar dari studio AAD ni. yup, bukan senang nak hasilkan 1 filem yang panjang. kenkadang yang 5 minit tu pun dah amik masa lama. nak edit lagi.. aman pernah gak terlibat dalam beberapa projek filem pendek dengan kawan2 dan budak2 studio aman, mmg susah. tapi,aman mmg teringin nak buat 1 filem panjang yang dibarisi oleh kawan2 aman sendiri.

haha, ntah sejak bile aman mula berminat dlm benda2 filem ni.. bagi aman, buat filem sama macam buat komik. kita create story yang kita nak, dan lakonkan.. cuma dlm komik, setiap benda tiada limit. nak buat benda merepek pon boleh. tapi dalam lakonan, kena pikir setiap aspek kemampuan. boleh atau tak..

Dalam perancangan aman, movie ni adalah sgt merepek. aman mula dpt inspirasi utk buat movie bila aman tengok citer "Attack On Pin-up Boys" ni~! hahaha,pasal tahik pon boleh dijadikan cerita. citer ni maybe tak 100% best macam cerita2 lain, tapi cerita dia agak santai dan x bosan. lebih2 aman suke cara diorg edit movie ni. sempoi~

masa aman tgk cerita ni
(theme dia school life + comedy), aman terpikir, best jugak kalau dapat tgk balik kehidupan bebudak studio aman dalam bentuk movie. haha, agak kelakar dan mesti seronok kalau dapat buat. so, sebab tu aman skang tgh try pikirkan jalan cerita merepek yang best. (tak mau merepek sgt..kalau boleh ada cerita dan msg nak disampaikan..)

hmm..tatau la boleh jadi ke tak.. xper, kita try tgk dulu naik sem ni.. aman akan try wat proper kali ni. ada storyboard n dialog. kena bincang gak dgn bebudak studio, saper yang nak terlibat~
kalau boleh, setiap elemen unik dalam studio tu aman nak masukkan cthnya perkataan,

"Seranggeee dia~"

"Oi,kau mmg hebak! hebak!"

"Ngehehe
(gelak org kaya ikhu)"


haha,dan macam2 lagi. so, wish me all the best~!

-out-

ps-- skang dlm proses nak masuk satu video contest~ yeah~!

Thursday, June 25, 2009

Komik

Oklah,kat entry yg lepas, korg da tau, masa shortsem ritu, aman agak busy dgn kerja2 dalam Lantera, tapi sebusy2 aman gak, aman still teruskan kerja2 seni komik aman even slow~

sejak dua menjak ni, aman mula berminat KEMBALI pada majalah tempatan Ujang dan APO?.. tatau kenapa, satu hari tu, aman juz beli sebab dah xde majalah len nak baca. mmg Ujang dan APO? ni aman dah lama tinggalkan. tapi x sangka, akhirnya dua majalah ni kembali memikat aman. hahaha.

sejujurnya, aman sendiri tatau apa beza Ujang dgn APO? tapi ramai yg menyukai majalah APO? dan aman pun sama sebab kat APO? ada pelukis Lambok dgn Bed Time Stories nya.. hehehe.. lawak cam cipan~ sejak aman mula melekat dgn Ujang dan APO?, aman dah mula tinggalkan majalah yang aman beli, Gempakstarz... huhu,Gempakstarz mmg punyai kualiti komik yang bagus, tapi dari segi humor, hanya Lawak Kampus je yang menyengat. dan x sumer komik siri dalam Gempak aman follow, so, aman rasa, better tunggu Novel Grafik nya nanti je.. so, mari baca Ujang dan APO?..!!

Minat aman pada majalah terbitan MOY ni bukan stakat tu jer.. aman mula terfikir untuk cuba mencari elemen2 komik malaysia yang dikatakan. dulu aman pernah citer, aman mmg nak lari dari stroke jepun yang tipikal, jadi aman perlukan beberapa elemen lain utk menjadikan work aman original... so, aman telah melatih melukis beberapa karakter dan scene.. stroke ni agak baru bagi aman dan aman agak suka even karakter dia idong kembang. hahaha~!

oh,berkenaan komik Hero Sekolah (nama yg belum official) yang aman nak hantar ke Komik-M, masih bergerak cuma slow.. huhuhu, minta maaf pada tuan editor, enche Wanzu. hari tu enche Wanzu da sms tanya komik.. huhuhu... aman akan teruskan berusaha! yeah!! bawah ni antara thumbnail komik yang aman tgh buat.. ada byk lagi nak disiapkan~

hohoho..berkenaan Bakat Baru Komik 2009, aman akan join kategori A. tapi kali ni aman bersama Muzz collab. Muzz tulis cerita dan lukis thumbnail, dan aman lukis dan ingking. hehe,macam komik Bakuman lak.. tapi nak bekerjasama dlm 1 benda, dan bila lain2 kepala, mmg kdg2 akan berlaku argument. tapi aman seronok bila benda tu berlaku, masing2 akan tau kelemahan masing2 dan masing2 dapat belajar benda baru. kadang2, kita x leh keje sensorg, syok sendirik jer.. tapi setiap benda ada risikonya.. juz wish kitorg dapat g jadi finalist la ek.. huhuhuu~

Oklah.. len kali aman citer benda len lak.. masa utk melukis~!!!
Ganbateh Aman-kun~

-out-

Wednesday, June 24, 2009

LANTERA

hahaha~
sekian lama, blog Comic & Career ni bermula balik. aman mintak maaf pada sesiapa yang aman x sempat nak balas mesej, kerana mmg aman agak sibuk beberapa minggu ni. huhu..

nampaknya, demam multidip masih lagi belum reda.. kalau klik saja
"multidip" atau mana2 nama group multidip, pasti akan keluar blog2 yang bercerita perihal suka duka ketika dalam subjek ni.. bagi aman, berada dalam group Lantera ni, mmg byk bagi aman pengalaman berharga. banyak benda aman belajar dan rasa dalam tempoh subjek multidip ni berjalan.

bagi yang tatau ape tu multidip, meh aman terang jap. multidip ni, atau nama penuh dia, ntah apa ntah..
(panjang sgt..) ialah 1 subjek wajib bagi bebudak Kuliyyah kitorg. subjek ni menggabungkan 4 department yang berlainan iaitu, arkitek, landscape, quantity surveyor dan applied arts n design. dengan gabungan 4 department ni, kitorg di bahagikan kepad 14 group secara random! dan aman tercampak ke group 2 yang akhirnya diberi nama Lantera~ dalam subjek ni, setiap group perlu compete antara 1 sama lain, dalam menyiapkan 1 projek besar iaitu Guest House dan Book Cafe. kerjasama, dari setiap individu mmg sgt diperlukan masa ni.. bak kata wonderpets, apa yang penting...KERJASAMA!!

even pada akhirnya, Lantera tidak berada di tempat pertama, kedua atau ketiga.. (kelima beb!) tapi aman cukup puas hati dgn prestasi setiap ahli... kitorg mungkin x hebat, kitorng mungkin x sephyco group lain, kitorg xde dewa atau otai2 design, tapi kitorg bersatu dalam kesederhanaan masing2.. sebab tu, dari awal sampai akhir, kitorg x putus ketawa dan senyum.. pakai gunting pun x putus... pakai pisau blade pun tak.. kapak lagi la..

cuma sekarang Lantera dah xde.. multidip da habis.. masing2 mula akan ke dunia masing2.. tapi aman harap, kalau ada masa, lalu kat sebelah, kita still
"jiyyah~".. kita still boleh gelak "haaaa~".. kita masih tegur "ape cer?".. dan dalam diri masing2
kita still boleh melaungkan
"LANTERA! Aum! Aum! Aummm!"

sebab semangat
Lantera belum padam. Yeah!!





ps-- lepas ni, aman akan citer, karya yang aman berjaya hasilkan dalam kesempitan tugas2 ketika di Lantera~ Jiyyah~!!