Tuesday, December 1, 2009

Aman Mengarut!

Haha..terlalu byk benda yg aman nak update. Tapi slalu tertangguh2 jadi kalau aman update pon, akan jadi outdated nyer entry. Huhu. So, yg dah lepas dah la. Biar jadi entry dalam memori je. Haha.

Semalam aman gi alamanda utk tengok 2012 (lagi!). Sebenanrnya nak temankan adik2 sedara yang nak sgt tengok. sian, bawak je la. Tapi sebelum tu, sempat2 gak aman g MPH utk carik kekalau ada jumpe komik Shootz #2.

Damn! xde!

Aman jalan2 ke arah rak PTS. Mmg aman agak pantang kalau pegi kedai buku tapi tak beli buku. Mesti kena beli gak! Even majalah. So aman belek2 la novel2 yang menarik untuk di baca. Hmmm.. tiba2 masa aman belek2 tu, hati terdetik gak. "Eh,cam style je tulis novel ni..." haha. Biasa la, remaja, nak mencuba.

So, aman belek2. Tapi kebanyakan novel2 tu utk remaja perempuan. Kalau ada untuk remaja lelaki pon, cover nyer agak keperempuanan. Segan lak nak baca. (cover penting gak kan..tgk, kan aku dah segan..) Akhirnya, masa dah x sempat. Tayangn akan bermula. Jadi aman akhirnya dapat jugak sambar novel GTO: Guru Terhebat Olan. Novel yg agak tebal, novel PTS Syok, n cover agak style. (haa..cover cmni br x segan nak baca..haha)

So, point sebenar, masa aman belek2 novel2 tu, aman terpikir gak 2 tahun dulu aman agak aktif menaip cerita2 bodoh. haha. Sejak tingkatan 5 aman bila bosan2 aman akan menulis cerita yang mengarut. Salah satu contoh cerita mengarut boleh tgk kat entry ni.

Cebisan Gulungan Puaka <-----klik yg ni

So,rasa2 nya aman still boleh menulis ke.. Nak mintak pandangan korang.. Try baca ni. haha, even pendek, tapi amacam?

*****

Kami tidak sepatutnya berada di sini. Hari semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku dan Jasio berdiri tegak seperti bersedia untuk menyanyikan lagu Aduh Saliha. Jasio berpeluh. Baju belakangnya basah. Dia meminta tisu padaku dan aku kenakan cas rm2 sehelai. Dia bersetuju. Jasio membuka baju dan mengelap badannya dengan tisu tadi. Tidak sampai beberapa saat. Dia meminta tisu lagi. Dan cas yang sama dikenakan olehku. Dia setuju... Bodoh.

Aku membetulkan beg sandang setelah memulangkan semula rm4 yang diberikan oleh Jasio. Aku hanya ingin bergurau sahaja tadi. Jasio menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya. Dia mengemaskan pakaiannya. Namun bajunya masih lagi basah dan lembab. Masam.

“Ok ke ni ,man?” Jasio memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk walau aku sendiri masih tidak pasti. Kami masih lagi berdiri tegak walaupun lagu tidak dinyanyikan. Sebuah bangunan Arkiteksi berdiri megah di hadapan kami berdua. Kami menjenguk ke atas. Tingkat 2. Tingkap tidak ditutup. Luas terbuka. Disitu adalah tempat di mana kami belajar melukis plan bangunan sebagai pelajar arkiteksi- Studio 13.

Aku sudah dengar bermacam cerita aneh mengenai studio itu. Cerita yang datang dari mulut pelajar-pelajar senior dan juga kakitangan di bangunan ini. Tidak termasuk lagi cerita gossip panas artis kita di astro ria.

“Kita dah ada kat sini. Lagipun, kita tak ada pilihan lain lagi.” Aku memecahkan kesunyian malam itu seperti pecahnya tulang-belulang mat-mat rempit di dalam nahas jalan raya.

Jasio diam. Kami menyusun langkah. Tanpa berpengangan tangan, kami memasuki pintu utama bangunan itu. Atau dengan lebih tepat, terpaksa memasukinya...

*****

-out-

6 comments:

Unknown said...

waaaa...aman! sangat boleh menulis novel! kalau nak, boleh start dengan cerpen dulu. style macam cerita remaja moden. berbentuk adventure.

saranan : sila cuba!

'AQILAH said...

sangat boleh menulis :)

Aman Wan said...

adledash -- huhu..akan try2. hoho,ingat nk try buat cerita2 sengal mcm ni gak. apapun, tenkiu2~!

aqilah -- menulis tu boleh, tp best ke tak itu yg ragu2 tu. huhuhu.. neway, tenkiu! =)

Kaydee said...

jauhnye aman nak gi tgk 2012.. sampai kat alamanda.. hahaha~

aku suke ar cite sengal ko...

ko kira boleh la menulis... boleh la~
hahahaha~.. sengalkan lg!

Aman Wan said...

haha,sbb aritu family aku tgk kt situ, jd tgk je la kt situ. huhu. tp wayang kt alamanda mmg penuh dgn famili je. haha. bwk anak2 kecik skalik.

huhu,x cukup sengal la. tapi aku try2 lagi. kd, ko pun buat gak la entry2 diari. praktis! hehehe

ahmed said...

it causes us a lot of health diseases that do not Can be ignored and can not be cured Some believe that when spraying the pesticides directlyشركة مكافحة حشرات بمكة
شركة رش مبيدات بمكة
افضل شركة مكافحة حشرات
شركة رش مبيدات بالمجمعة