Friday, January 29, 2010

Masa n Perancangan

Masa.

ini yg aman perlukan skang. masa utk buat homework. masa utk siapkan keje studio. masa utk edit video. masa utk enjoy. dan masa utk melukis komik!

setakat ni aman cuba bertahan, even skang jadual kerja aman mmg melambak. so far, aman still boleh gerak lagi. cuma ada certain perkara aman kne hold dlu.

aman skang mmg x sabar nak habis sem bulan 3 ni. sbb lepas tu aman akan ada cuti 3 BULAN yg bakal menjadi masa utk komik sepenuhnya! kerja? malas! sbb lepas 3 bulan tu, aman akan masuk praktikal. so, biar rehat dlu, br kerja.

so,perancangan komik aman? byk! sgt byk!
tapi aman xnak listkan kat sini. nanti apa org kata, cakap je lebih, tapi 1 pon x buat.. huhu..

Hero Sekolah

ini proposal komik siri yg aman dah tunjuk kat enche wanzu dan alif. approved. tapi masih dalam peringkat thumbnail. aman bercadang utk jadikan siri ni sehabis baik dan sepanjang mungkin. mana tau kalau aman berjaya 1 hari nanti, aman nak org kenal aman dgn karya Hero Sekolah ni.

aman dah list byk benda2 dan cerita menarik utk episod yang seterusnya, (even 1st book x mula lg..) dan ending cerita ni pun aman dah ada. konflik, karakter2 yg akan ditambah, lawak2, sumer aman dah catit. aman mmg sgt berharap karya ni akan jd siri terbaik utk aman.

tapi, ada 1 bnda yg aman takut. aman bukan org yg berpengalaman, dan aman mmg x explore lukisan aman dgn mendalam lg. aman takut kalau stroke amatur aman akan jejaskn siri ni.

aman bajet utk bertungkus lumus dalam siri ni masa cuti 3 bulan nanti. sebab aman target utk publish 2 komik utk thn 2010 ni. insyallah la dgn cuti yg panjang camtu. tapi nmpaknya aman terpaksa hold siri komik ni. aman rasa, aman perlukan pengalaman dulu, sebelum nk mulakan komik siri.

Jadi, perancangan yg lain?

ya. komik antologi. aman akan cuba libatkn diri dengan antologi dulu. harap tangan ni akan cergas bila tiba masa utk komik Hero Sekolah nnti...

aaaminn~

-out-

entri ni ditaip sbg peringatan kpd diri aman sendiri.. maaf pd yg meluat baca.. -__-

Thursday, January 14, 2010

Percubaan Ke-2

Aman ada sorg kawan ni, dia sangat berminat utk buat lawak. Nama? Tak perlu la aman bitau, utk menjaga aib org tersebut. (kaydee, jgn riso, aku x mention nama ko) Orang tersebut sering buat lawak dan lawak yg diberikan sangat la tak kelakar. hahaha.

Jadi, semasa proses komik ke-2 ni siap, aman mula memahami perasan kawan aman tu.. komik aman ni.. tak kelakar... haha~

Enjoy~ (-__-)


-out-

Monday, January 11, 2010

Percubaan 1 Page

Well, ni percubaan aman utk melukis komik loose 1 page. (asalnye nak wat komik strip, tp rasa lg best klu tukar format ala2 mcm komik surat khabar~)

sori la klu x lawak. huhu. ni aman br berjinak2. apapun, aman akan try buat byk2 siri ni sebagai latihan dan suka, tapi jangan expect aman akan update komik ni setiap hari, sebb aman x mempunyai kerajinan dan ketabahan yg cukup macam Alifstyle. Beliau seorang yang hebat!

Apapun, sila lawat blog beliau utk komik strip setiap hari dan utk hari ini, ada special 24hour dari beliau~! Jadi, jom tgk blog Alif setiap kali jam dinding anda berbunyi~!


Saya pembaca komik tegar!



-out-

aman akan wat yg terbaik! ^__^

Saturday, January 9, 2010

Cargass~!!

Well tahun ni aman cuba utk lebih produktif dlm penghasilan karya. Tapi bukan buat serentak la, giler apa nak lukis banyak2 dlm 1 masa. huhu..

Aman agak busy dlm beberapa bulan terawal ni, so, aman akan start sket2. nnti bulan 4-7 aman akan ada cuti lama~ yeah! sbb aman x amik shortsem, coz dah mmg nak set time utk fokus dlm komik2 ni! hehe~


Oklah, neway, semalam aman berjumpe dgn pengarah PHE tentang buku kanak2 yang aman lukis tu. neway, memula mmg aman agak segan. yela, dah janji aritu akhir bulan 12 aman akan siapkn illustrasi2 buku tu, tp sbb masalah akademik, tertunda2. nasib Abg Masyaal sporting, dia bg aman masa utk siapkan supaya x ganggu pelajaran aman, so aman janji akan siapkan bulan 2 nanti. gambar atas tu antara contoh illustrasi yang aman dah lukis. banyak lagi nak kena buat. ada 29 illustrasi. huhu.. =)


Oh, semalam gak, ada member aman yang terlibat dlm Buletin Kuliyyah jumpe aman, dia cakap, team diorang nak hasilkan buletin 2 kali setiap bulan. Buletin sempoi2 je, utk peringatan, event2, dan diorg cakap diorg perlukan sumthing utk menyerikan sket buletin tu, so diorg mintak aman tolong lukiskn komik strip utk buletin diorg. 1 buletin 1 komik strip, senang! hehehe (berlagak giler aku..)

Memula dia tanya aman nak kne bayar brape, tapi aman x mintak bayaran, (giler bajet, aku br amatur..) sebb aman bukan pro dan yg hasilkan buletin ni pon kawan2 aman gak. so, aman juz gunakan buletin ni utk mempromot lukisan dan blog aman je la. so, org akan recognize karya aman. huhu.

Setelah lama perah kepala otak, akhirnya aman dapat hasilkan 1 group karakter yg akan beraksi dlm komik strip aman tu. hehehe.

Huhu, harap2, sumer keje2 aman akan bertambah lancar. aaaminn~

-out-

Friday, January 1, 2010

Akhir Tahun Terbaek~!!

Hari terakhir 2009 aman sgt best~! aman dapat jumpe kawan baru, tengok movie baru, dapat buku baru, dan pengalam new year baru! cool~! Aman menghabiskan masa dengan Kaydee, Kak Arina, Muzz, Niman, Zoey dan Nasir di KLCC~! So, jum tengok apa yg best aman dapat:


~MOVIE~

Daren Shan the movie~!! or lebih dikenali sbg Cirque Due Freak ni ialah antara movie yang aman tertunggu sebab sejak 2006, aman dah tergoda dengan novel series citer ni..! Sedang semua orang tergila2 membaca Twilight, aman lak membaca sumer karya2 Darren Shan, bermula dari The Saga of Darren Shan hingga lah The Demonata. Sejujurnya, karya2 Darren Shan mmg best! ada feel dan novel yg terbaik aman pernah baca. cuma aman x sangka novel dia x populor di Malaysia.

Kemunculan movie adaptasi Darren Shan sejak tahun lepas mmg buat aman teruja, akhirnya, aman boleh nmpak sendiri dunia Darren Shan yg sebenar. Aman x mengharap yang terbaik dr movie ni, sebab novel dia sgt superb, so aman xnak nnti kecewa klu movie dia x best.

So,hari terakhir 2009, aman telah berjaya menonton movie Darren Shan ni. dan nmpaknya, movie ni mmg lain dari novel, ada beberapa plot ditukar (biasala kan..) dan konsep cerita juga lain, novel lebih gloomy, sedih, seram dan ganas, tapi movie dia lebih kelakar, santai dan fantasi. keseluruhan, dua2 aman SUKA~!

Haha, even dua2 berlainan, tapi aman boleh terima perubahan movie dia. dan aman suka gak sebab kalau movie dia seram2, gloomy mcm novel, mesti x syok gak, better dia wat lawak2 camni, so, aman pon x dpt nk expect jalan cerita dan lebih terhibur. hehe

So, apa perbezaan antara novel dan movie? aman xkan bitau sumer sebab xnak bg spoil pada yg belum tengok, tapi aman akan amek beberapa scene sebagai comparison..

Dalam movie:
ketika Darren mati, dia syok je men psp (or gameboy?) dalam keranda sambil tunggu Mr.Crespley korek kubur dia. Dan bile dia keluar dr keranda, dia nmpak normal je mcm xde apa2 berlaku.
Dalam novel:
pemikiran Darren terseksa dalam keranda sebab dia masih terngiang2 suara tangis dan rayu family dia, dan dia sangat2 down utk tinggalkn keluarga dia. lepas dia keluar dari keranda, dia menyumpah2 Mr. Crespley sebab menghancurkan hidup dia.

Dalam movie:
Madam Octa (labah2) dalam movie nmpak sgt jinak, kelakar dan comel. dia berlari2, dan Darren nampak mcm senang je utk kawal Madam Octa guna seruling.
Dalam novel:
Madam Octa ialah labah2 yang paling berbahaya. sengatan pertama Madam Octa akan menyeksa si mangsa dan sengatan kedua akan buat si mangsa mati terus. Madam Octa jugak sangat bahaya, dia boleh menyengat jika ketenteraman dia di ganggu dan Darren perlu berlatih seruling dgn susah payah utk mengawal Madam Octa.

Dalam movie:
Harkat suka menggigit tangan, sangat comel (even hodoh), dan nmpak mcm manusia kerdil.
Dalam novel:
Harkat emotionless. dia xde kelopok mata, bermata besar warna hijau, bergigi tajam.

setakat ni je aman leh spoilkn korg. haha. Harkat antara karakter kesukaan aman sebab dia antara karakter terpenting dlm cerita ni nanti. So, nak tau pasal citer ni, tengok la sendiri or baca je novel The Saga of Darren Shan..



~BOOK~

Making Comics oleh Scott Mccloud~!! buku ni mmg aman target dr dulu lagi~! pasal mcm mana nak menghasilkan komik yg baik, komik yg dpt diingati oleh pembaca dan memberi kesan pada pembaca. Aman dapat tau pasal kewujudan buku ni dari editor komik aman sendiri, Enche Wanzu sejak hari pertama aman menjejakkn kaki ke ofis PTS. Lepas tu, Muzz jugak mencadangkan buku ni kat aman utk baca.

Aman jumpe buku ni kat Kinokuniya, ada 3 buah je masa tu. Aman mmg sonok sgt tapi harga buku tu sgt mahal! RM92. peh... so, aman mmg berbelah bagi nak beli atau tak. terpaksa mengadakan diskusi pendek dengan KayDee dgn topik: Perlu Ke Aku Beli Atau Tak? haha. So, aman decide utk beli sebab org cakap, klu kita berjaya, better hadiahkan sumthing pada diri sendiri utk meraikan kejayaan sendiri sebb ia akan buat diri kita lebih bermotivasi. So, atas kejayaan (berjaya la sgt) komik 10pages aman diterbitkan, so, aman decide utk hadiahkan diri aman buku ni~! Yea!

Sangat2 puas hati baca buku ni! buku ni aman x habis baca lagi. Tapi sgt menarik dan mmg byk benda aman dapat belajar! aman mmg rekemenkan buku ni kat sape2 yg nk jadi pekomik. Buku ni tak mengajar korg cmner nak lukis dengan baik, tapi buku ni ajar cmner nak create story telling yg baik dan komik yang mudah difahami dan disukai pembaca.

Memang best!! beli la ek, buku ni mmg berbaloi beli even mahal sebab buku ni akan sentiasa menjadi rujukan, bukan juz beli, baca dan buang. buku ni sangat berguna utk komik2 korg akan dtg. aman hope tahun 2010 ni aman dapat hasilkan komik yg lebih menarik nnti~!! hehe.

ini je la yg berlaku di akhir 2009. 1 hari yang sgt best bg aman. hoho,so sorry pada korg yg baca entry ni panjang2 sbb aman mmg teruja utk hadapi thn 2010. byk benda aman dah rancang. apapun, aman nak ucap tenkiu pada korg2 yg baca blog aman, yg sokong aman, yg byk membantu aman secara langsung atau tak. so, terima kasih banyak2, dan doakan yg terbaik pada aman utk tahun baru ni, dan aman akan pasti doakan korg juga cmtu. Thanx and Luv u~!!!

Happy New Year 2010~!!

-out-


p/s--gambar di klcc credit to Kak Arina~ Salam 2010~!