Friday, February 26, 2010

Aviasi Fantasi

Di forum Pergh.com, di opis PTS, dlm Berita Harian, semuanya menceritakan kehebatan siri Aviasi Fantasi jilid 1 yg dihasilkan oleh adik beradik Feeqry, iaitu Nazry dan Afiq. Aman yg selama ni cuma mendengar2 je komen org berkenaan komik Aviasi Fantasi ni. Ramai yg mengagumi dan memuji mereka ni. Aman semakin teruja nak tau, apa yg best tentang komik tu.. Setelah beberapa minggu menjadi org ketinggalan zaman, aman akhirnya dapat jugak pegang komik Aviasi Fantasi ni~!! Thanx to Feeqry sbb susah2 pos ke rumah aman. So, aman dah habis baca komik ni. dan skang masa yg dinanti2 oleh setiap pelukis dan penulis komik iaitu...feedback~!!


Utk Nazry (penulis)
Bagi aman, jalan cerita ditulis dengan sangat baik. Susunan plot pun menarik. Awal2 cerita, nazry dah berjaya attract pembaca dengan kes ribut misteri yg menyerang sebuah kapal. So, dgn ni, pembaca akan terus membaca utk tahu, apa relation ribut misteri tu dgn watak2 utama. Cuma bagi aman, cerita mendadak menjadi agak heavy bila plot bertukar ke Jepun. Well, utk aman, aman no problem sgt. Tapi bg pembaca cilik or awal remaja, mungkin fakta2 tu agak berat utk adapt. TAPI, aman suke bila semua data dan fakta yg berat ni, akhirnya di summarizekan balik oleh penulis dengan sekali imbas dan lebih mudah faham di page 109. Bagi aman, benda ni agak bijak dan penting supaya segala fakta dan informasi penting yg berkaitan tak tercicir dr pengetahuan pembaca. Bagi aman, utk pembaca menyukai cerita ni, diorg kena faham setiap cerita dan info yg penulis berikan. baru pembaca sendiri dapat rasa cemas dan pentingnya situasi yang di alami oleh watak2. Aman respek dengan Nazry, sbb nampak dia memang buat byk research utk komik ni. Jalan cerita yg lain dari komik2 Malaysia sebelum ni. Sangat2 hebat!

Utk Afiq (pelukis)
Dengan umor yg baru 16 tahun, hasil kerja bdk ni memang sgt mengagumkan! Detail setiap latar belakang, komponen kapal terbang, mmg sgt2 cool~!! Mata aman melilau dan sangat puas baca setiap page yg nampak penuh~! Aman x dapat nak komen apa tentang lukisan afiq, dia memang hebat. Aman yakin, dia akan membesar menjadi pelukis2 yg bakal terkenal di Malayisa satu hari nanti. (international juga mungkin.) Even ada orang cakap serabut, tapi bagi aman, ia serabut yg sedap mata memandang. Aman percaya kualiti lukisan afiq akan semakin meningkat. Neway, ada 1 part yg nampak janggal bagi aman. hehe. Semasa part Aidil dan Hadi masih kecik, dalam page 64, badan dan kepala diorg nampak mcm lari or x seswai?? Aman tengok muka diorg still nampak mcm muka diorg masa 16 tahun. x mcm muka budak sangat. Seolah-olah, badan diorg budak tapi berkepala dewasa.. itu je. Yg lain..mantop!!

Summary
Komik Aviasi Fantasi sebuah komik yg unik dengan gabungan lukisan yg detail hebat dan jalan cerita yg digarap dengan berhati2. Komik ni bg aman antara komik Malaysia yg boleh compete dengan komik2 luar. Aman berharap Feeqry akan teruskan siri komik ni, sebab ni salah satu komik yang bakal menjadi rujukan pelukis2 generasi akan datang. Bakal jadi komik lagenda nih~!!

Ok, ada satu benda yg agak kelakar kat sini. Ini berkenaan ahli jejaka REVgang iaitu Irfan, Feeqry dan Aman sendiri. Irfan dah ada komik solo Smash20, Feeqry dah ada Aviasi Fantasi, dan Aman dalam proses komik Hero Sekolah... hahaha,dan ada persamaan yg KETARA dalam tiga2 komik ni~!! hahaha~! (Irfan dan Feeqry mungkin x tahu sebab aman x menceritakan seluruh isi komik Hero Sekolah..)

Tapi, aman masih x konfem lagi. sebab komik Smash20 masih ada rahsia dan sejarah yg belum diceritakan. Jadi, aman xnak tulis pasal persamaan tu kat sini skang. Tunggulah bila dah konfem dengan Irfan. Kalau betul sama, nmpaknya, aman terpaksa buat sumthing.. or nak biarkan sama? hahaha~!


-out-

Thursday, February 25, 2010

Epul Hero Sekolah ada FB??!!

Masa tgh chatting dgn Aina, tetiba Aina btau yg ada sorang budak guna watak Epul Hero Sekolah yg Aman lukis sbg profile pic Facebook dia.

huhu..tetibe rasa terharu lak..hahaha
Ada gak orang yg sudi gunakan watak aman tu. =P

neway, kan bagus kalau 1 hari bila komik Hero Sekolah dah populor, ada org men cosplay sbg diorg, or diorg ni mmg wujud di suatu tempat yg aman mungkin x tau..

Aku sayang watak2 aku~!!!

-out-

Thursday, February 18, 2010

Adik Pandai!!

Well, skang ni aman agak free dr kerja2 interior design. Sebab projek 1st aman dah lepas final presentation aritu. weee...!! x sangka lak kerja2 x siap cmtu leh dapat pujian dari lecturer luar. huhu.

Tapi nmpaknya, projek komik aman masih kne hold dlu. huhu. Tapi hold utk waktu yg kejap je la. sebab skang aman tgh kejar deadline utk illustrasi buku kanak2 keluaran Pure Honey Enterprise, iaituuu Adik Pandai~!! neway, proses buku ni aman dah hampir nak siap. Tapi masih x full la.. ada la dlm 70%.. huhu.. mintak maaf la kat abg Masyaal (penerbit) dan kak Waida (penulis) sebab aman lambat2 kn kerja illustrasi ni.. huhu..

Neway, bawah ni watak2 keluarga Amjad yang akan menyinari siri illustrasi kanak2 tu. So, enjoy! (sorry, x buat shade.. -___-)










Neway, klu jumpe siri kanak2 ni. Jangan la segan2 kuarkan duet utk membeli yer~ hehehe.

-out-

x sabar nak jumpe RevGang n ahli2 komik 20hb ni...!!!