Wednesday, May 26, 2010

Komik Solo

Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya.

Tapi aman kemudian terfikir, Sampai bila aku nak sketch2 dan rangka2 komik je ni? ditambah pula dengan soalan2 lazim dari kawan2, Wes, komik ko bile nak siap?? (Sejujurnya.. bila nak buat?..) Jadi dari situ aman nekad untuk menggadaikan senang lenang aman dirumah dan berkerja keras melukis komik aman ni dengan serius~!!

Ya? Apa?

Oh, yes~!
Kenyataan diatas memang sangat poyo. wakaka..crew~! (gelak gaya Bop)

Tapi tak salah mencuba. Dan hasilnya adalah positif setakat ni. Lepas je aman lukis page ke-3, aman semakin teruja untuk lukis page2 seterusnya~! Ketika entry ni di tulis, aman sudah menyiapkan page ke-21. Weeee~!! (errr...sikitkan..)

Huhu..pada awalnya, aman bajet untuk siapkan 1 buku komik solo aman ni dalam sebulan, bermakna sehari (weekdays) aman kena siapkan 5 pages. (BAJEEETT~!!!!!!) Dan seperti perkataan dalam kurungan disebelah, aman sangat bajet.......hanya mampu lukis 1 page sehari...huhu..

Rasanya aman patut tingkatkan set pages aman sket dalam 2pages sehari, tapi depend pada kemampuan aman. Lebih2 cuti ni juga aman terlibat dengan kerja2 illustrasi buku kanak2, komik antologi dan ulang kaji berkenaan interior design. (preparation sebelum masuk praktikal julai nanti..)

Buat masa ni, semangat aman masih seronok melukis komik solo aman ni. Sampaikan kadang2 aman tersalah inking di beberapa tempat.. adoiyaiii..huhu~!

Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!

Aman buat entry ni bukan nak memberi janji kosong kat kawan2 aman yang tunggu komik aman untuk siap, tapi entry ni dibuat juga dengan sebab memberi tekanan kat aman sendiri untuk siapkan dalam masa yang aman dah tetapkan. Bila dah ada tekanan, ditambah dengan perasaan teruja melukis, aman harap semua akan berjalan dengan baik.

Teruskan perjuangan Aman Wan~!!

-out-

16 comments:

Afiq Deen said...

Woohoooo!

Aman Wan said...

haha,afiq masih ber'woohooo". hehe. lepas siap nanti br woohoo-ing. skang masih tgh proses. huhu. neway, thanx 4 supporting. hehe

kyrel said...

chaiyork2....aman...(^___^)v

Anonymous said...

Good luck~~~

-qib-

Aman Wan said...

tenkiu2 kyrel, tenkiu2 naqib~! aman pon menunggu artwork2 dari korg. jom sama2 kte blaja n improve diri. hik3

Kaydee said...

"ulangkaji berkenaan interior design"

okay... itu adalah bende paling bajeeeett aku penah baca setakat ni! hahahahaa~

shazu berusaha! ko jgn kumpul kolam air liur je dpn kertas2 tau... aku tau ko bleh siapkan... kene kurgkan fb... kurgkan chatting.. and kurgkan buli aku! (itu untuk berkat)... hahaa~

aku x sbr nak baca komik ko...

Aman Wan said...

hahaha,mmg bajet pon. smpai skang aku br study chapter pasal "door" je. hahaha.

neway, sumer benda yg ko suruh kurangkn tu, sume bnda yg aku suke bykkan sambil2 melukis. hehehe.

aku pon x sabar nk letak fanart2 korg kt dalam tu. hik3. fanart tuuuu~ =p

meo188 said...

aman wan!!!! ur the wan!!!

Aman Wan said...

yeah~! im da wan to be incharge! (apekah aku merepek ni..) haha

Anonymous said...

siap julai??boleh la bagi aq satu adiah arijadi..hehehe

Aman Wan said...

siap julai, publishnye ntah le encik.. hik3. sapekah gerangan Mr/Ms Julai ni? haha

matt jack said...

teruskan usaha...

meo188 said...

brig it on bro!!!! :D

Aman Wan said...

Thanx mattjack dan meo~!! aman akan berusaha buat yang terbaik!!

Unknown said...

2018816 leilei3915
kate spade outlet
coach outlet
pandora outlet
nike shoes
rolex watches for sale
cheap ugg boots
ray ban sunglasses
ugg boots
oakley sunglasses wholesale
pandora charms

5689 said...

zzzzz2018.10.25
coach handbags
jordan shoes
air max 90
coach factory outlet
reebok outlet
ugg outlet
yeezy boots 350
canada goose outlet
canada goose outlet
adidas shoes