Tuesday, September 21, 2010

(SET!) Watak Sampingan

Setelah seminggu cuti raya, hari ni ialah hari pertama kembali bekerja. Aman sangat2 tak berdaya nak pergi kerja. Pagi2, dah bangun lewat, pastu tengahari merentasi hujan lebat sampai terpaksa berT-shirt saja dalam ofis.

TAPI..

Walau hari ini dimulakan dengan perasaan yang malas, banyak perkara best telah berlaku!! Awalnya, aman dapat beli komik yang best, kemudian bertemu dengan rakan artis yang best, beli dvd yang best, dan keseronokan yang best! di mana aman akan ceritakan pada entry lain..

TAPI..

Yang paling best berlaku ialah, apabila aman pulang dari outing bersama rakan2 komik, aman buka laptop dan check emel... design watak sampingan aman juga telah diapproved oleh editor, enche Zulfadhli~! (yeah!) Bawah ni ialah rekaan watak sampingan serta komen dari enche Zul.


Waalaikumussalam Aman Wan,

Terima kasih dan selamat hari raya juga untuk Aman.
Saya berpuas hati dengan watak sampingan yang aman hantarkan, dan saya rasa aman sudah boleh mula melukis komik berdasarkan improvement yang sudah saudara tunjukkan. Selebihnya terpulang kepada inisiatif saudara sendiri untuk meninggikan kualiti lukisan saudara.

Aman sudah boleh mula melukis komik, tapi mulakan secara berkala, iaitu aman buat 10 keping buat pendahuluan. Kami akan tapis setiap 10 muka surat, cuma kali ni lebih kepada penapisan cerita. Saya yakin cerita saudara sudah ok, semua ni cuma untuk meyakinkan editor-editor lain juga.

Itu sahaja buat masa ini, ada apa-apa perkembangan bolehlah hubungi saya.
Teruskan berusaha!
- zul fadhli -


Alhamdulillah.. Mari sama2 berusaha~!! ^________^

-out-

8 comments:

.:: dieylah :: said...

best nyerr..kecik2 je suke melukis..dh besar mals pulak.haha..
truskan usaha anda ye..^_^
suke suki bace komik.. =DD

Anonymous said...

shazu goodluck ! n_n -jee

Aman Wan said...

dieylah, terima aksih! aman akan teruskan usaha. hoho, syg nya, try2 la lukis balik. mane tau boleh jadi minat balik ke.

jee- hoho, tenkiu2. lama x jumpe ko. hehe. ^____^

ky said...

salam..
aman pernahkah hasilkan komik sebelum ini?
kalau pernah, saya teringin membacanya..
saya harap aman dapat emelkan kpd saya..
kalau keberatan, tidak mengapa..
salam

Night Aves said...

Peh!! Unik! Setiap karakter-kaakter itu memang berjaya menampakkan emosi dan perangai masing-masing. Rekabentuk yang agak segar.

Aman Wan said...

ky- komik aman bertajuk MakCik pernah diterbitkan dalam komik antologi Aku, Kau dan Komik #2. Selain itu, aman ada lukis doujin untuk Comic Fiesta tahun lepas. Boleh tengok komik tu di Facebook aman;. Terima Kasih. =)

torpedo- terima kasih2~! ini pun setelah dapat tunjuk ajar dari editor. baru aman cuba variasikan watak2. =)

Night Aves said...

Agak-agak, bila dijangka komik ini akan menggeletek pasaran.

Aman Wan said...

insyaallah pertengahan tahun depan. terima kasih torpedo.

^___^