Sunday, September 19, 2010

(SET!) Watak Utama

Ok, sejak perjumpaan aman dengan editor hari tu, aman telah pun buat re-design terhadap watak utama dan juga draft 10pages awal komik SET! tersebut. alhamdulillah, design watak baru dan draft tu diterima baik oleh editor. ini watak yang aman dah redo tu.. hehe..

Untuk watak Omit ni, aman masih mengekalkan sifat dia iaitu seorang yang cerewet dan metroseksual. Cuma aman tingkatkan umur dan penampilan dia nampak lebih matang dan tinggi. Memandangkan editor mahukan aman explore lagi dunia fantasi dan tonjolkan watak utama, jadi aman buat rambut dia bentuk star camtu. hehe. harapnya cukup menonjol la ni.

Watak utama yang bersama Omit ni ialah Dami. Untuk watak Dami, aman tak banyak ubah sebab aman sudah suka dengan watak bersahaja dan penampilan diri dia sebagai seorang yang sempoi dan suka bermain2. Tapi untuk watak ni, aman mudakan sikit umur dan penampilan diri dia. supaya lebih nampak kontras dengan watak Omit. Rasanya ini dah ok.

Sekarang ni, editor minta aman untuk design beberapa watak sampingan untuk melihat teknik aman menvariasikan watak. Dan aman dah siapkan watak-watak tu dan akan hantar pada editor dalam masa terdekat. Harapnya diterima. Aman akan updet info seterusnya tentang perkembangan komik SET! ni pada entry akan datang.

Wish me luck k! Yeah! Thanx guys!

-out-

2 comments:

Anep™ said...

smart doe gmbr kartun nie..eeer

Aman Wan said...

hehe, thanx anip. XDD