Sunday, November 14, 2010

Hyperman


Hoho, tujuan aman tulis entry ni bukan sebab aman sedang hyper, tapi aman nak promot 1 komik online dari Irfan Foner (pelukis Smash20) yang bertajuk HYPERMAN~!!!

Komik Hyperman ni berkisarkan tentang seorang pelajar lepasan SPM iaitu Hariri yang mencuba nasib bersama rakannya Tamim untuk berkerja sambilan di sebuah kedai serbanika yang diuruskan oleh seorang pengurus yang sangat terkenal dengan sikap tegas beliau. Komik ni akan mengungkap pelbagai kisah menarik dan penuh inspirasi sepanjang Hariri bekerja di sana.

Bagi aman komik ni sangat2 menarik! Punyai tarikan tersendiri dan setiap lukisan juga dilukis dengan baik dan terperinci. Setakat entry ni ditulis, komik Hyperman ni dah mencecah 930 followers (best kot komik ni! kalau x best, xkan punya ramai followers! hehe) dan sudah mencapai Kaunter(chapter) 4 sejak ia dirasmikan pada bulan Ogos 2010 di laman web Facebook.

Jadi, kepada peminat komik, selain baca komik jepun Onepiece dan Bleach, aman menggalakkan korang layan juga komik Hyperman ni dan jangan lupa untuk 'like' page Hyperman tu sekali. Sokong komik buatan tempatan! Korang mesti suka punyalah!

~Sila Klik Untuk Membaca~
Kaunter 1: Cari Kerja
Kaunter 2: Pengurus Roslan
Kaunter 3: Pekerja Baru

Kaunter 4: Hari Pertama Bekerja


Nantikan sambungan Kaunter komik ini di web page Facebook Hyperman!

-out-

1 comment: