Tuesday, April 12, 2011

Habis sudah...

Mimik muka sepanjang final semester ni....Dem~!


AKHIRNYA~!!
Final semester aman sudah mencapai penghujung! Setelah berminggu bergelumang dengan stress akibat kerja yang sangat melambak, segalanya kembali reda sekarang. Banyak benda telah berlaku pada akhir semester ini. Menangis, marah, kecewa, suka, penat, sedih, (ya, sangat stress) dan aman sekarang sudah boleh tidur dengan lena. (sampai tersengguk masa exam)

Apapun, aman nak berterima kasih pada semua rakan2 studio yang saling support dan saling saiko untuk kita masing2 bekerja keras, juga kepada lecturer yang sangat supportive dan 'menakutkan', mak dan ayah yang sangat concern dan sentiasa menasihati untuk aman terus bersemangat, dan kepada Yang Maha Penyayang kerana mengizinkan tubuh badan dan minda ini untuk terus berjuang. Terima kasih banyak2~!

Walaupun ini bukan lah detik akhir yang sebenar, tapi, aman dah mula merasa rindu kepada hidup sebagai pelajar studio. Dan, x sanggup lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2 dan lecturer. Namun, hidup kena terus. Perjuangan masih belum habis.

*****

Ok! Tamat sesi meluahkan perasan. (tunggu saja saat konvo nanti..mesti ada entry panjang yang lebih emo..hik3) Berbalik pada DUNIA KOMIK~!! Walaupun progress aman tidak berjalan lancar, namun, tak bermakna aman 'bercuti' dalam komik. Kerana berkomik sudah menjadi rutin harian yang tak boleh nak dipisahkan. (walau tengah exam, masih lagi sempat pikir pasal storyboard untuk komik)

Untuk KOMIK SOLO, bersama Komik-M, aman dah clearkan jalan cerita dan akan bersedia melukis secara terus! Lepas ni aman dah bebas, dah boleh jadi pekomik sepenuh masa! Yeah! Selain itu, sekiranya ada diantara korang yang add aman di FB, mungkin korang ada terperasan tentang projek komik Biri2 Baem yang sedang aman usahakan. Tapi, pasal itu, aman akan beritahu dalam entry yang lain, yang lebih khusus pasal komik tersebut.

Oklah, aman sebenarnya cuma nak buat entry pengumuman pasal dah habis projek studio saja. Terlebih2 la plak. Neway, dengan ini, aman umumkan....blog Comics N Career ini, akan mula beroperasi~!!!

Yeah~!!
^_________^

p/s- terima kasih banyak2 kepada Irfan Foner dan juga Ainaa yang membantu aman dalam menyiapkan model final aman ni. Lecturer puji beb! Nice~!!!

5 comments:

SwordLovera said...

Gudluck aman! saya sentiasa menyokong aman! x sbr tnggu komik aman XD

Aman Wan said...

Terima kasih jannah~!! Aman akan berusaha mulai dari hari ni! Yeah!

^____^

Reja said...

Yeahhhhhh....dah habis....WWOOOHHOOOOOO..!!!


ehhh...pehal aku lak lebeh-lebeh... hahaha...Tahniah Aman...looking forward for your SET!

jemari bebas? said...

oh ko stress rupenye

Aman Wan said...

reja- hahaha! yeah! tak sabar nak jadi pekomik sepenuh masa macam kau, bop, dan jas. Aku akan try siapkan SET secepat mungkin! XD

boboi- ye, aku stress. kau baru tahu ye. cis~