Monday, October 31, 2011

Fan Art #3

Wah, lama juga Aman tak post fan art kat blog ni. Last fan art ialah untuk Smash20 yang bakal keluar di pasaran nanti! Btw, atas ni ialah fan art untuk 2 buah komik Komik-M yang bakal diterbitkan!

Opie & Jaja
Ini ialah himpunan komik antologi yang menceritakan kisah ragam adik beradik ni yang sering tidak sekepala. Pastinya akan ada lawak2 sengal lutut sambil diselit2 pengajaran berguna secara sinis dalam komik ni nanti. Mesti beli! Komik ni dilukis oleh Bophairy yang turut melukis komik Ultra Qalif~!!

Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah
Komik ini dilukis oleh pelukis komik Kecemprengman, iaitu Poyo. Siapa tak kenal Poyo, pekomik yang sinonim dengan lawak pecah anak tekak ni! Sememangnya, komik Lawak Budak Sekolah ni juga mesti beli!

Apapun, terus menyokong mereka ini dan juga sokong Komik-M~!! Ada banyak lagi komik2 yang menarik diterbitkan di sana. Komik aman? errrr.....kita jumpa entry akan datang! Bye2~!!

-out-

Sunday, October 30, 2011

(Animasi) Biri-Biri Baem~!!

Haaa! Atas ni ialah contoh komik MMS yang aman buat untuk Maxis. Biri-biri Baem. Tapi oleh kerana sebab tertentu, komik ni masih belum boleh dilancarkan lagi. Dan aman berfikiran, mungkin aman nak publishkan saja.

Apapun, apa yang aman nak cerita kat sini, komik ni juga ada dipromosikan di Animagworld.com. Dan apa yang best kat situ, diorang bukan promosi biasa je, dia jadikan komik ni ANIMASI~!!

Yup! Animasi! Try tengok video kat bawah ni! Hehehe!



Hahahaha!!! Amacam?? Aman teruja jugak la, tak sangka beb tiba2 ada animasi. Haha! Terima kasih kepada pihak Animagworld dan Tuan WMA yang mempromosikan komik aman ni. =)


Btw, kalau korang nak tengok sendiri, boleh KLIK SINI~!!


Oklah, akan datang aman citer pasal apa yang jadi kat event Komik-M di Carrefour tempoh hari! Adios~!!


-out-

Thursday, October 27, 2011

SketsaSpontan: Main2

Yeah~!! Geang Iklan Gangster kembali! Tapi kali ni kitorang just buat sketsa pendek yang santai je. Ok, camni citer dia.

Berbalik kepada entry lepas, sketsa ni la yang kitorang shoot masa tengok Real Steel kat Wangsa Walk tu. Asalnya, aman nak buat sketsa yang berskrip, tapi memang takde idea! So, bajet dalam wayang nanti baru cari idea, tapi Real Steel sangat awesome sampai tak sempat nak fokus cari idea.


Akhirnya, fikir punya fikir, teringat ada satu komik dari DEVIANTART.COM dulu yang aman pernah baca. Lawak dia sempoi je. 1 page. Jadi, kitorang pun adaptasikan komik itu jadi sketsa. (pelukis luar tak silap aman..dah lupa..)

Apapun, walau ini just simple and pendek, harap korang enjoy lah! Tunggu projek parody kitorang akan datang ye! YEAH!!





Bytheway, temui kitorang, Bebudak Iklan Gangster di Carefour Ampang, 29hb Oktober 2011~!! Pukul 4-5 petang saja. YEAH~!!


-OUT-

Toning Lembab!

Dalam banyak2 part buat komik, toning paling aman lemah sekali. (banyak lagi yang lemah sebenarnya..huhu) Kebiasaannya untuk tone 1 page komik, memakan setengah hari gak la. lebih2 kalau setiap pokok dan daun nak kena tone gak. adoyai~


Btw, nak gak try effect screentone macam manga. Maybe akan datang boleh try guna software selain Photoshop ni. Manga studio macam best je...



BTW, aman baru saja siapkan komik untuk novel Komika tulisan Nazry Salam! Aman tak pasti komik ni dapat puaskan hati editor atau tak. (sebab baru je submit) Tapi komik ni aman suka toning dia. (pehh,puji diri sendiri..)


Sepanjang aman buat toning komik, aman rasa komik ni yang paling banyak aman tumpukan perhatian. Hampir setiap pages penuh grey. hehe. Tapi bagi pekomik yang dah hebat, skill toning aman ni biasa2 je. Cuma bagi diri aman je la macam best. =p


Oklah! Semangat lak bila dah siapkan komik untuk novel tu. Dan sampai tahun depan, aman mungkin nak stop amik job illustrasi, sebab aman nak tumpu untuk lukis komik sendiri lak! Yeah! It's time!!! (harap2 ini bukan hanya angan2 seperti tahun2 sebelum ni..huhu)


AmanWan, masa untuk bekerja!


^___^


-out-



Thursday, October 20, 2011

Kasi Langgar!!

Sejak dua menjak ni, aman sedikit sibuk. Kejap2, edit video, kejap, lukis komik, kejap2, tidur, kejap2, makan. (senang lenang sungguh)









Apapun, duduk kat umah dengan kerja2 camni, aman pun fikir, perlukan sedikit inspirasi dan udara luar jap. Then Bop koling2, kata nak ajak tengok Real Steel, aku pun terus la JOMMMMM~!!!


Haha, shiok sungguh lepak2 dengan diorang ni. Sebulan lebih gak la selepas puasa, kitorang tak berjumpa. Ni baru dapat berkongsi gila
balik. Hahaha. Apapun, selain dari vlog di atas, aku dan Bop ada buat sketch pendek. Citer lawak santai je. So, tunggu2 kan lah ye. hehe.


OH YE~!!


Sebenarnya, nak beritau, yang pada 29 Oktober 2011 bersamaan hari Sabtu, Aman dan bebudak Iklan Gangster akan ada sesi ramah mesra dengan peminat Komik-M di Carrefour Ampang~!! So, kalau korang berdekatan, sudi2kan lah jenguk2kan diri. Sekejap je, dari pukul 4petang hingga 5 petang.


Oklah, apapun2, jumpa kat sana ya!


-OUT-


p/s--nak buat vlog kat ampang lah nanti! hehe

Wednesday, October 5, 2011

Wah! Lama betul!


Yup! Lama betul tak melukis komik!

Sejak buat vlog, aman lebih tertumpu pada buat video, filem pendek, dan iklan. Melukis pun ada la jugak, tapi untuk illustrasi novel. Lukis komik memang tak sempat2. Akhirnya, semalam, aman berpeluang jugak untuk melukis 1page komik untuk di submit pada 1 majalah online. Sekiranya diterima, dapatlah korang baca komik ni. hehe

Btw, skill mewarna aman masih amatur. Masih warna benda basic lagi.. adoyai.. kena berlatih lagi. Lukisan pun masih di tahap lama. Hmm..


Apaun, aman harap, mulai hari ini, aman akan dapat imbangkan kerja melukis komik dan juga penghasilan video. Walaupun buat video seronok, tapi passion aman tetap pada komik. Jadi, rasa agak sentap dan ketinggalan bila melihat kawan2 pekomik semakin aktif melukis.



Huhuhu..rajin! Aku kena rajin! T__T



-OUT-