Saturday, November 12, 2011

Gangster di Carrefour~!!

Waahhh~!! Agak lambat untuk aman updet pasal event Komik-M di Carrefour Ampang hari tu. Aman sebenarnya ada rakam2, and bajet2 nak buat vlog je. Tapi akhirnya hanya rakam random2 je. So, terpaksa gak buat entry. Entry ringkas je. Yoshh!


Seperti yang dah sedia maklum, event ni menampilkan geng2 Iklan Gangster! Yeah! Dan paling best, ramai editor turun padang gak! Editor Komik-M (Wanzu, Alif, Lobak), PTS (Jimi), dan WuuHuu (Fariz). Jadi, agak meriah dengan kehadiran diorang~!!


Oleh sebab hari tu ialah hari sabtu, jadi kebanyakan yang datang ke Carrefour ialah family. Jadi sambil2 kitorang melukis2 tu, ada la jugak offer untuk lukis muka anak2 diorang. Free kot~! Takkan taknak. Tapi yang banyak jadi karikatur terjun ialah froggy je. haha. Aman cuma lukis muka ada seorang adik perempuan dan muka enche wanzu je. Kat bawah ni ialah gambar2 yang aman cilok dari FB froggy, Enche Wanzu dan Komik-M.


Adik ni pulak satu2nya "customer" yang setia bersama kitorang dari mula event sampai habis. Haha. Diorang adik beradik ni tengok Iklan Gangster tapi tak percaya yang kitorang ni pelakon Iklan Gangster tu. hahaha, camno ni? Ohye, terima kasih pada Shazwani Azman dan rakan2 sebab sudi datang untuk bertemu Aman. hehe

So, walau event ni just simple, tapi serius aman have fun gak! Kitorang dah tak macam buat event, bagi aman macam sekumpulan kawan2 tengah studygroup subjek komik. hahaha. Oklah, bukan senang nak lepak dengan geng2 pekomik ni. Lebih2 aman ni jauh ke Nilai. huhu. Bawah ni lak antara sebahagian kecik lukisan yang kitorang hasilkan.

Event ni sekejap je, cuma sejam. Jadi, lepas kitorang habis je event kat Carrefour ni, terus reramai pergi KFC. Haaa, Enche Wanzu belanja kot~!! Dia jadi "supplier" hari tu. hehe. So, macam biasa la, makan2 sambil sembang2 dan bergosip. =p

Nah, ini ialah iklan pendek kitorang kat KFC. keh keh keh~!

Ok lah, setakat ni je entry kali ni. Apapun, ini antara event yang bersejarah gak dalam dunia pekomikan aman. Pulang je dari event ni, memang semangat berkobar2. Satu hari nanti, aku mesti akan jadi pekomik yang BEST~!!! YOSSHHH~!!!

-out-

p/s- Jangan lupa tengok TV Alhijrah esok (ahad) pukul 9 pagi! AmanWan dan Mentol Pecah akan jadi tetamu khas rancangan Assalamualaikum~! Yeaayy~!!