Saturday, December 24, 2011

Karut: Jiranku Maria~

Sepatutnya, ini ialah cerita tentang Hasan dan Borhan yang sedang hidup membujang. Tapi memandangkan mereka sudah punyai jiran baru yang punyai cerita yang lebih menarik, jadi, cerita ini beralih kepada jiran baru itu. Maria.

Apa yang best tentang Maria ialah, dia mempunyai sesuatu yang sangat cool! Iaitu jiran barunya, Hasan dan Borhan. Hasan ni anak pilot. Tapi dia suka keledek. Jadi, Borhan pun suka makan nugget. Borhan pula lebih memahami Maria kerana mereka sudah berjiran sejak sehari lepas.

Apa yang best tentang Maria punya jiran ialah, mereka itu sudah berumur 55 tahun. Tapi masih belum kahwin. Diorang nak tackel Maria. Tapi sebab Maria pakai kerusi roda, jadi, setiap kali mereka tackle, kaki mereka dilenyek roda.

Suatu hari, ketika Maria sedang menyiram pasu bunga, Hasan tiba2 datang secara mengejut.

“Cakk!”
gurau Hasan. Maria terkejut-kejut lantas tersipu-sipu sambil diiringi terbahak-bahak.

“Abe Hassan ni nakal taw”
balas Maria gedik, lalu mencubit manja di bahu kanan Hasan. Secebis daging terkopek dari bahu Hasan. Hasan menahan mulutnya dari meraung. Demi menjaga maruah didepan wanita idaman.

“Maria, maria pakai baju baru ke? Nampak cantik la” puji Hasan pada baju baru Maria yang baru dilihatnya sejak Maria pindah ke kawasan perumahan mereka semalam.

“Ala, abe Hasan ni, menci taw” tersipu-sipu Maria dipuji begitu. Sekali sekala, hidungnya dikembang kempiskan ke muka Hasan. Deras sungguh angin nafas yang keluar dari lubang hidung Maria. Malah, diiringi dengan satu tamparan manja di dada Hasan. Sepalit darah terkeluar di celah bibir Hasan.

Hasan kali ni diam saja. Menahan kesakitan. Maria masih tersipu2. “Abe ni, tiba2 diam, segan la Maria..” diiringi pijakan manja di kaki Hasan.

.......

Borhan kini sendirian.

-end-

Friday, December 16, 2011

Orang2 Hebat di Karnival MPH 2011~!!

INFO: Entry ini agak panjang dan saling berkait dengan video. Jadi, sila baca dan tonton video mengikut susunan yang sudah di aturkan supaya cerita nya lebih ganteng gitu.. atau lebih senang faham. Enjoy ya!

Pehh..lambat betul Aman update event ni. Btw, event ni berlaku masa 10Disember2011 iaitu hari sabtu (kebetulan ada event Karnival MPH 2011). Di mana pada hari tu, Aman akan bertemu dengan pengurus2 syarikat penerbitan Blink Book Sdn Bhd iaitu Tuan Syaizul Amal, Kak Ain Maisarah dan juga Cik Ann untuk membincangkan projek komik Aman bersama mereka.

Alhamdulillah, Aman dapat offer ni semasa kehadiran Tuan Syaizul dan Kak Ain ke rumah Aman tempoh hari. Tapi Aman masih tidak memberitahu umum selagi projek ini belum dibincangkan. Dan pertemuan hari tu telah confirmkan segalanya dan Aman umumkan,

"Bermula 1 Januari 2012, AmanWan akan berkhidmat di bawah syarikat BlinkBook Sdn Bhd sebagai Pekomik Sepenuh Masa."


Pehh..macam ikrar tentera la pulak.

Btw, berbalik kepada cerita, Aman kena datang sana pagi, dalam pukul 9-10pagi. Tapi disebabkan nak elak kesesakan di KTM, Aman bertolak dari rumah pukul 7.30pagi. Dan KTM tetap sesak. (Aku benci KTM..) Tapi Alhamdulillah selamat la sampai.. cuma, kemudian, aman dilanda satu masalah.........



Ya..setelah sesat di Garden Mall, kemudian Aman sesat dalam MidValley lak. Nak cari tempat perjumpaan, Krispy Kreme, tapi x jumpa2. Kredit masa tu habis. Nak beli topup, kedai topup tak buka lagi, dan cari peta mall, dan still TAK ON LAGI?? Apekahh?? (Peta dia guna lampu..selagi tak on lampu, selagi tu tak dapat tengok..duhh..) So, Aman ambik keputusan untuk tunggu kedai serbanika bukak sambil2 usha peta tu menyala. Huhu..

Setelah masalah selesai, akhirnya dapat juga Aman berjumpa dengan Tuan Syaizul dan Kak Ain yang dah menunggu di Krispy Kreme. Huhuhu..nasib baik sungguh mereka juga baru sampai. Dan perbincangan bermula.

Gambar dicuri dari FB page AinMaisarah Novelis. Hik3

Ok, Aman tak boleh nak citer apa yang dibincangkan. Tapi, korang boleh ikuti FBpage dan blog Aman juga Kak Ain Maisarah untuk update2 dari Blink Book. So, setelah berbincang2, Tuan Syaizul dan Kak Ain minta diri dulu untuk menghadiri Karnival MPH di tingkat atas. Dan Aman meneruskan perbincangan dengan Ketua Editor, Cik Ann. Lepas tu, baru kitorang pun pergi sergah karnival MPH~!! Yeahh!!



Lepas dah ronda dan tawaf 2-3 kali tempat tu, Aman pergi surau jap. Sebab Zohor dah masuk. Dan lepas dah solat, Aman pun bergegas naik balik. Mana tau boleh jumpa dengan kawan2 Pekomik atau Penulis, boleh lepak2 dan kongsi cerita. Dan tiba2 Aman ditegur......



Yaaa, mereka2 memang cool!! Razi, Awin dan Suzi sangat peramah! Enjoy dapat berbual dengan diorang. Kalau dulu, Aman akan terkaku bila orang tegur, tapi alhamdulillah, skill bercakap dah improve sikit da boleh sembang2 dengan diorang. Hehehe. Nazry dengan Kak Husna xyah cakap la kan. Itu bersembang sampai malam puntakpe. hahaha. Best jugak dapat sembang dengan Nazry, dapat gak dengar nasihat dari presiden REVgang ni. hehe.

Lepas dah sembang2, Aman tetap buat rondaan lagi. Kali ni, Razi temankan Aman. Tak la kesorangan, ada jugak member berbual. Tapi kesian lak dengan Razi, kena heret dengan Aman pergi setiap booth dan tunggu Aman pilih komik. Hohoho, memang Aman kalau jumpa komik, akan lamaaaaa sebab tengah debate dengan diri sendiri untuk beli atau tak. =)

Dah penat2 ronda, perut dah bunyi dah! Kak Husna dan Nazry ada event di booth PTS, jadi Aman taknak kacau. Jadi, Aman ajak Razi pergi makan KFC. Dan masa nak duduk lak, tiba2 ada orang tegur. Memula Aman macam "Apa?" sebab slang dia lain macam. Then baru Aman dapat tahu, diorang dari BRUNEI! dan diorang menonton iKLan Gangster! Nice!!



Sempat gak sembang dengan Afiq dan Hibat sebelum diorang keluar dari KFC. Diorang rupanya datang melancong ke Malaysia. Dan diorang cakap IKLan Gangster dan Salah Faham Berchatting agak popular kat sana. Alhamdulillah. Aman sendiri pun tak sangka. Lepas tu, Razi pun kena pergi sebab kawan dia tunggu dan Aman buka phone, ada misscall... IRFAN FONER??


Sorry Naz. Aksi flying kiss kau tak dapat dipotong. Laptop aku tak bagi. ;p

Hoho, kitorang macam biasa, bila dah kumpul, memang sembang komik je la banyak. Tapi sekejap je, sebab Nazry pun dah nak balik dan kitorang bertiga pergi solat asar dan makan. Masa tu, tiba2 perasaan mengantuk datang bertubi2!! Sebab Aman tak tido lagi malam sebelum tu, sebab takut akan terlewat bangun paginya. Jadi, nak hilangkan ngantuk, ada 1 cara je. MEMALUKAN DIRI SENDIRI! Aman amik kamera, dan ini lah hasilnya......



Dah makan, kitorang terus balik.. Sangat2 penat dan mengantuk sampai Aman tertidur kat bahu orang lain dalam KTM. Hahaha. Tak tahulah kalau ada berdengkur atau tak. Apapun, satu lagi pengalaman manis tercatat dalam hidup Aman sebagai seorang pekomik amatur. Dan setiap event yang aman pergi ni, setiap orang yang aman jumpa, setiap pengalaman yang aman rasa, ianya akan membentuk AmanWan di masa hadapan nanti. Yoshh!!!!

Buku-buku yang diborong ketika di Karnival MPH 2011~!! Bestt~!!!

Terima kasih semua yang sudi meluangkan masa!!!!

^_______^

-out-

p/s--- entry ke stesen TV Alhijrah tak buat2 lagi. huhuhu.

Thursday, December 15, 2011

Impian Komik Suatu Hari Nanti~!!

Impian pertama Aman ialah menjadi seorang pelukis komik yang berjaya. InsyaAllah setelah Aman kecapi impian itu, Aman ada impian yang seterusnya. Aman nak hasilkan "komik yang bermakna."

Dari dulu, memang Aman suka pada movie, novel, lagu dan komik yang dikategorikan "bermakna". Bermakna bagi Aman di sini ialah suatu karya yang sangat warm dan menyentuh hati mereka yang menikmati karya itu dan membuatkan mereka terfikir sejenak akan kehidupan mereka. Sesuatu yang membuatkan orang rasa lapang dan bahagia.

Antara penulis yang Aman kagumi dalam kategori "novel yang bermakna" ialah Bahruddin Bekri. Sememangnya karya2 novel beliau sering menyentuh hati dengan jalan cerita, dialog, falsafah dan ilmu yang disampaikan di dalam novel2 beliau. Lebih2 lagi, dengan penambahan unsur Islami yang menambahkan lagi seri. Aman nak jadi seperti itu. Nak hasilkan karya seperti itu.

Tapi untuk menjadi seorang pekomik sebegitu bukannya mudah. Ianya perlu dilengkapi dengan ilmu. Dan juga kepekaan yang tinggi.

Hari tu Aman ada beli satu komik bertajuk TESORO. Pada awalnya, lukisan didalamnya yang menjadi tarikan. Kemudian, setelah membaca beberapa komik pendek di dalam ni, ia betul2 menyentuh hati. Cerita mengenai kehidupan hubungan kemanusiaan seperti ahli keluarga dan sahabat. Sangat best!

InsyaAllah, walaupun Aman masih belum mampu, tapi Aman akan sentiasa cuba. Buat masa ini, kebanyakan karya Aman ialah berkonsepkan humor. Dan suatu hari nanti, Aman nak hasilkan komik humor yang penuh makna. Yang dapat menghiburkan sekaligus memberi pengisian kepada pembaca. Harapnya ia akan menjadi nyata. =)

Rasulullah Saw, Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

-out-

WuuHuu~!! Ben Wong kembali~!!

Yeah~!! Sebulan menunggu, akhirnya WuuHuu isu 16 dah keluar~!! Macam biasa, Aman ada submit komik bertajuk Doktor Lisa. Hope korang akan suka dengan komik tu. (sori la kualiti tak sebest yang lain)

Tapi apa yang paling special dalam isu ni ialah kemunculan semula komik dari Ben yang populor dengan Le Gardenie suatu ketika dahulu!! Best woo!!

Untuk baca isu-16, boleh klik: WUUHUU 16

Dan ikuti updet dari FB Wuuhuu, boleh klik: FB WUHUU

So, Enjoy dan sebarkan pada rakan2 ya!! Selamat membaca!

-out-

Sunday, December 11, 2011

Karut: Jangan Sedih, Lili!

“Kenapa kau ni bahlol sangat ha?” tanya Majid pada Lili. Lili tunduk. Kertas jawapan yang bertanda 98markah itu dikoyak2kan nya.


“Entahlah jo. Aku rasa bebal gila sekarang. Aku dah putus harapan.” Jo ialah nama glemer Majid. Entah dari mana datangnya “JO” itu pun taktau la. Majid lantas berdiri. Lili masih duduk. Majid duduk kembali. Sangkaannya Lili akan turut bangun, rupanya tidak. Malu sungguh.


“Jo, kalau la ditakdirkan, ayah aku marah aku, Kau nak bekap aku tak?” Lili memandang mata Majid dengan penuh sayu. Majid memandang mata Lili. Kelihatan sayu yang penuh mula melimpah2 dari mata Lili. “Membazir itu amalan syaitan Lili.” balas Majid sambil menutup paip sayu.


“Bukan aku taknak bekap. Tapi masalahnya, kau sendiri kenal perangai ayah kau kan?” balas Jo, atau Majid yang mempunyai nama glemer, Jo. Lili makin tunduk. Dia semakin bingung! Fikirannya semakin kusut. Kepalanya sekarang pun terasa amat berat sekali.


“Jo,jangan duduk kat kepala aku please.” pinta Lili. Lalu Majid atau Jo yang nama sebenarnya Majid, terus turun dari kepala Lili. Lili menangis. Muka Majid kelihatan serius.


“Aku buntu Jo! Aku buntu!” Lili meraung. Jo berwajah cuka. Dia pegang kepala Lili.


“Tidak Lili, kau Lili! Kau Lili!” Jo dan Majid cuba meyakinkan Lili bersama2. Mereka tak mahu Lili rasa kecewa dengan kegagalan duniawi. Ia hanyalah nombor. Tidak penting bagi Jo. Tapi tidak bagi Majid. Majid sukakan nombor. Dia sukakan pencapaian yang telus. Oleh sebab itu, Jo tidak rapat dengan Majid.


Lili tiba-tiba bangun. Majid masih duduk. Dia mahu Lili berasa malu juga seperti dirinya tadi. Tapi Lili tidak duduk kembali. Dia masih lagi berdiri. Majid turut sama berdiri. Sangkaannya meleset. Malu sungguh. Lagi sekali.


Tiba-tiba, datang seorang wanita yang datang secara tiba-tiba.


“Lili, kenapa kau menangis nak?” tanya wanita itu pada Rosemary. Rosemary atau nama sebenarnya Lili terus memeluk wanita yang akan dipeluk olehnya itu.


“Mak, tolong beritahu ayah. Jangan marah Lili!” Rosemary, atau Lili nama sebenarnya mula teresak-esak sambil memeluk erat wanita yang disangkakan emaknya itu. Sememangnya, dia memang emak Lili. Dan Lili ialah anak emaknya itu. Iaitu wanita yang dipeluknya itu. Mereka anak-beranak.


Majid atau Jo diam saja di tepi Lili dan wanita yang disangkakan emaknya itu tapi sememangnya emaknya. Wanita itu memandang Majid.


“Sayang, jangan marah anak kita ya.” Majid akur dengan permintaan isterinya itu. Lili tersenyum. Mereka kemudian hidup bahagia selama-lamanya.

-end-

Friday, December 2, 2011

Perihal AinMaisarah

Gambar ni diambil pada tarikh 22 Nov 2011. Merupakan tarikh yang penting juga dalam hidup Aman. Seorang penulis novel remaja tersohor, menjejakkan kaki ke rumah aman. Perasaan ni, seperti perasaan Aman mula2 berkenalan dengan geng2 pekomik Aman dulu, dimana waktu itu Aman juga seorang peminat biasa yang mengagumi mereka dari jauh.

Aman tak sangka langsung, tanpa diri Aman bertittle penulis, mahupun pekomik secara rasmi, Aman dapat peluang bertemu dengan beliau. Ain Maisarah. Semuanya kerana vlog. Memang Aman bersyukur kepada Allah sebab sering memudahkan perjalanan hidup Aman. Kadang2 Aman takut juga. Adakah kemudahan diwaktu muda ini akan dibalas dengan dugaan di waktu tua? Moga Aman kuat hadapi dugaan akan datang.

Balik ke topik asal. Bagaimana Aman mengenali Kak Ain Maisarah? Semuanya bermula apabila Aman pertama kali mengenali Komik-M (boleh baca sejarahnya di SINI) dan kemudian membawa Aman mengenali PTS. Dan setelah di stalk, Aman mengenali penulis yang paling success di PTS, iaitu Kak Ain Maisarah. Aman baca kisah kejayaan beliau di blog chairman PTS, Puan Ainon. Dan Aman sangat2 kagum! Aman memang meletakkan beliau sebagai sumber motivasi Aman untuk berjaya dalam bidang penerbitan buku/komik.

Kadang2 kawan Aman bertanya,
"Kau ni lukis komik, takkan kayanya! Baik kau fokus dengan Interior Design kau tu."

Memang Aman melukis komik bukan menjadi kaya. Tapi sebagai seorang yang betul2 minat pada komik dan menghargai seni komik itu, impian memegang komik sendiri adalah menjadi priority. Aman boleh bayangkan, yang Aman mungkin menangis bila memegang naskah komik sulung Aman suatu hari nanti. Yup, Aman kadang kala punyai moment emosional seperti itu. Hanya kerana Aman terlalu sukakan komik.

Tapi Aman sedar. Walaupun impian adalah priority, tetapi wang juga adalah penting. Dan kisah kejayaan Kak Ain Maisarah dengan buku2nya sering menjadi motivasi pada Aman untuk teruskan berkarya. "Pasti boleh!!" jerit Aman dalam hati.

Aman ingat lagi, waktu pertama kali Aman bertemu secara tak rasmi dengan beliau. Iaitu di MPH Mid Valley, ketika event Komik-M yang pertama Aman hadiri. (boleh baca sejarahnya di SINI) Waktu itu, Aman datang dengan ayah kerana nak bertemu dengan pelukis2 Komik-M, tapi oleh kerana Aman sampai awal, jadi Aman berjalan2 di MPH. Dan ketika di rak PTS, Aman nampak Kak Ain Maisarah sedang berbual dengan seseorang. Waktu tu Aman teruja. Haha. Sebab orang yang menjadi motivasi Aman ada depan mata. Tapi Aman tak berani tegur. Jadi Aman diam2 mencari2 buku di sebelah Kak Ain Maisarah. Itu pun dah kira cukup la. haha.

Dan akhirnya, tak sangka langsung, pada tarikh 22 November itu, Aman dapat bertemu depan2 dengan beliau di rumah Aman sendiri! Memang satu penghargaan bagi Aman. Dan Aman juga baru mengenali suami beliau, Tuan Syaizul Amal yang merupakan seorang yang sangat berjaya! Bertambah lagi seorang yang menjadi motivasi Aman. hehe.

Hari tu, Aman dan Kak Ain Maisarah akhirnya bercollab menghasilkan video iklan. Tak sangka pula dapat collab dengan Kak Ain Maisarah, walaupun hanya dalam video. Dan kemudian Aman dapat berbual dan mengenali dengan lebih lanjut tentang dua insan yang hebat ini. (ini bukan bodek, tapi ianya fakta) Dapat mendengar kisah perjuangan mereka, cukup menceriakan hari Aman masa tu. Sangat bersyukur dapat ditemukan dengan mereka.

InsyaAllah, Aman juga mahu menjadi seperti mereka. Walaupun sekarang, Aman sudah lari bidang, tapi dengan kepercayaan yang mak ayah, keluarga, kawan2, dan penyokong AmanWan berikan, Aman berjanji akan capai kejayaan tu nanti. Aaaaamiin.

^_____^

Di bawah ini ialah video collab Aman bersama Kak Ain Maisarah, serta pengalaman Aman di event Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisarah. Semoga akan bertemu lagi. =)






-out-



p/s-- entry tentang aman ke Stesen Alhijrah ditunda. Tengah tunggu MentolPecah uplod vlog kitorang ke sana. =)