Thursday, January 5, 2012

Komik AmanWan di Majalah G3~!!

Tengoklah tu. Muka gembira kodok komik sendiri dah masuk majalah.

Yatta~!!! Alhamdulillah! Aman sangat2 excited sekarang ni! Dulu, masa komik Aman keluar online, Aman dah gembira bangat (pehal tetibe cakap indo ni) dan bila dah keluar majalah, Aman lagi lagi happy~!!

Yup, komik Aman sekarang sudah mula disiarkan dalam majalah G3! Bermula isu 95 (Januari 2012). Dah lama Aman try nak masuk dunia majalah komik ni. Walau tak duduk ofis, x ape la. Lukis kat rumah pun sempoi gak kan! Hehehe. Ok la, nak cerita sikit pasal komik Aman ni.

Ianya bermula masa kitorang geng Iklan Gangster berjumpa di Carrefour. Masa tu Bophairy, yang sememangnya dah berkarya dengan G3 (komik tajuk ZOMBIE dan Funky League) bagitau Aman dan Reja. Tentang Jon Suraya yang akan meninggalkan G3. Jadi, ada kekosongan dalam majalah tu untuk diisi. Bop kata boleh la kasi try.

Aman pun apa lagi la. Peluang dah terbuka, jangan tak dibolos! Aman pun lukis la 1 komik 5pages dengan tema yang agak fantasi tapi mesra remaja. Aman submit dan tunggu. Dan lepas beberapa hari, masa tu Aman dapat call dari editor G3, Aan Budak Baik. Aman agak excited dan cuak gak. Excited sebab mungkin Aan akan cakap, "Aman, komik ko diterima!" dan cuak sebab mungkin Aan cakap, "Sori Aman, komik kau x layak. DELETED! Hahaha! Padan muka kau budak gomok!!" (ok, imaginasi aku terlebih2... =___=)

So, bila Aman angkat phone je, ayat pertama dari editor Aan, "Hah, apa citer?"

Aman blur. "Err..citer camner ye?"

"Hah, yela? Apa citer ni?"
"Err...saya dengar G3 ada buka peluang, jadi saya try submit. Mana tau terpilih..errr"
"Ohh..aku dah tengok dah komik kau Man. Aku suka."

Pehh..masa tu Aman kat gerai kuih-muih rasa macam nak jerit "Yippararara~!!!" dan ajak makcik penjual tu menari tango. Tapi Aman try control. Nak pendek kan cerita (aku rasa dah panjang dah citer aku ni..) Aman dijanjikan komik Aman ni bermula dari januari seperti yang korang boleh lihat pada gambar di atas tadi. Alhamdulillah sangat!

Yeah~!! Inilah page pertama episod pertama komik AmanWan~!!

Ok, berkenaan komik Aman ni. Ianya komik bersiri berkenaan pasal dunia kucing. Dimana ada seekor kucing bernama Labu yang sangat sangat kagum pada teknologi reka cipta manusia dan bercita-cita nak jadi pereka cipta yang hebat! Namun, ada sesuatu yang tak diduga bakal terjadi... (nak tau, korang kena beli dan baca la kan. hehe) Itu episod 1st ni, Aman boleh katakan, ia masih lagi intro. Bukan penggerak utama cerita yang sebenar. Dalam episod 1st ni, pembaca cuma dapat mengenali watak utama dan misi cerita ini. Dan bagi Aman, episod ke-2 ialah permulaan sebenar! Episod ke-2 nanti pembaca akan kenal dengan beberapa lagi watak penting dan konflik sebenar yang menjadi cerita utama komik ini. Dan juga ianya lebih lawak! Aman sangat tak sabar untuk korang baca episod seterusnya!! (Dah siap lukis, tinggal nak buat toning je lagi)

Apehal dengan Si Labu ni?? (sedutan episod 2)

Ok, ada sedikit konfius di sini. Kalau korang perasan, tajuk komik Aman di kaver depan G3 ini ialah Labubula. Tapi tajuk dalamnya ialah CatWish. Sebenarnya, dua2 tajuk tu Aman yang bagi. MasaAman hantar proposal dulu, Aman tatau nak letak tajuk apa, jadi Aman main petik je CatWish. Kemudian, Aman terfikir, "sesuai ke CatWish tu? Cam pelik je bunyi.." Then bila komik Aman diterima, Aman mohon tukar tajuk lain. Kemudian, Aman dan Editor Aan Budak Baik setuju nak pakai Labubula (kenapa Labubula? ianya dalam episod 3). Tapi sekarang ni dah ada 2 tajuk. Tatau la untuk next isu, pihak G3 akan pakai Labubula atau CatWish. Bagi Aman, tak kisah lah. Yang penting, Aman masih lagi excited ni~!! Yipparararara~!!! XD

Labubula atau CatWish yang korang rasa best? Tanya je. Hik3

Apapun, Aman memang sangat berterima kasih lah pada Editor Aan Budak Baik yang menerima komik Aman ini untuk bersama2 dengan G3. InsyaAllah, Aman akan buat yang terbaik untuk industri komik Malaysia ni! Yoshh!! Rasa happy bila Aman kini selangkah lagi ke arah impian untuk menjadi pekomik yang hebat! Kepada korang yang sudi, sila lah beli, baca dan beri feedback ek. Aman nak hasilkan yang terbaik untuk korang! Terima kasih!

Snap sikit dengan over thumbs up! Hidup G3~!!

-out-

17 comments:

Ain Farahin said...

congrats amanwan! selamat bkarya... =)

Anonymous said...

title labubula lg menarik. unik and quirky, catwish cam common sgt n x spesel =D just sharing my 2 cents

Anonymous said...

Pakcik tam-tam kato..

wah.. makin monjadi-jadi ekau tahun ni yo dak aman.. botambah gilolah pakcik lopeh ni.. mulo-mulo gilo tengok video ekau kek youtube. lopeh ni.. gilo nengok cito kartun ekau pulak..

apo pun.. solamat maju jayo..

pakcik dongan orang kampung sontiaso menyokong budak tombam yang bernamo aman wan nih.. hobin aman hobin..

Asfz said...

taniah!!! wahh..xsabar nak baca..

teruskan berkarya yek! jangan buat cite y boring2 taw! :')

Anonymous said...

try tgk ni. comel kan? aman try la wat cmnie, mesti kiut
http://space-rockets.tumblr.com/post/15050744496

Anonymous said...

beli g3 la aku lps ni..wuhuuu!! tahniah amanwan. kami sentiasa menyokong anda.

sumpahkocomelKero said...

muka tak boleh blah ! hahaha,tapi tu laa yg aku gile2 kan.. haih.. tak leh jadi ni,kene buru buku g3 ! wooh wooh !!

nazrul ali said...

Hai Aman Wan:-)

Saya Nazha Anua yang jumpa masa Perjumpaan ArtiSeni di Mid Valley kelmarin..maaf tak sempat bual panjang hari tu..hehe

so,saya vote for LabuBula!!

Asningtiyas Nasdja Putri said...

tahniah amanwan !! ^^

Aman Wan said...

Ain- Terima kasih ya~!!

Anon- itula, aman suka gak Labubula. hope next issue ediotr tukar tittle. hihi

Pakcik Tamtam- terimo kaseh la pokcik. Den klu boleh memang nak surius dalam bidang ni haa.. hope pakcik teruskan doakan den yo. =)

Cik Asfz- terima kasih~!! Insyaaallah aman kasi buat citer best2! hehe

Anon- waaahhh~!! kiutt~!! best!!

siti- yeayy!! beli tau! pastu kasi komen ok. hehehe. terima kasihh~!!

Kero- hehehe, kasi buruuuuuu~!! nanti aman buat muka camtu banyak2 kalau kero beli. hehe thanx ya!!

nazha- hohoho, takper2. next time kita sembang kencang2 ok. hehehe. thanx ya! support g3!

putri- waaaa. thanx ya putri~!!

pelangi kasih said...

komik ni aku cari td..tp x jumpa...uwahhhhhhhhhhhhh;(

Unknown said...

labubula skali kan

Unknown said...

labubula skali kn

Anonymous said...

bookmarked!!, I love your blog!

My page :: 401k contribution limits 2013

SSSSSS said...

golden goose slide
fitflops sale clearance
moncler
air jordan 11
ray ban sunglasses
ferragamo belt
links of london
hermes bag
hermes belt
adidas eqt support adv

5689 said...

zzzzz2018.10.25
prada handbags
pandora outlet
moncler outlet
nike shoes
ultra boost 3.0
ugg boots outlet
pandora jewelry
canada goose outlet
ugg boots
christian louboutin

yanmaneee said...

michael kors uk
goyard handbags
mbt shoes outlet
cheap jordans
longchamp bags
kobe byrant shoes
balenciaga
nike kd 11
harden shoes
fila