Wednesday, January 11, 2012

Preview CatWish (G3 isu96) & Komen dari Editor

Yeahh~!! Kepada yang masih belum tahu, AmanWan kini ialah kartunis di Majalah G3. Dan Aman lukis komik bersiri tajuk CatWish (atau Labubula) bermula isu 95 iaitu isu bulan Januari~!! So, kepada yang dah baca, hope sangat korang boleh beri komen dan kritikan supaya Aman boleh tahu kelemahan komik Aman ni. Orait??

Btw, ini ialah preview page untuk episod 2 iaitu isu Febuari akan datang. Kali ni ada penambahan watak baru dan episod utama penggerak cerita! Yeahh! Tak sabar nak korang baca episod ni! Apapun, dalam episod 1 tempoh hari, Editor Aan Budak Baik ada call dan komen 1 perkara. Iaitu komik Aman ni terlalu banyak ruang yang kosong.

Memang Aman akui, bila Aman tengok, komik Aman nampak sikit kosong sebab Aman lukis kotak panel besar2. Ini sebab Aman terbiasa lukis untuk Komik-M yang memerlukan panel yang besar (sebab diorang print komik kecik) jadi, Aman terbawak2 dalam Majalah G3.

Masa Editor Aan bagitau Aman, episod 2 Aman dah lukis. Jadi, Aman decide untuk lebihkan dialog supaya tak nampak kosong. Nanti mulai isu 3 iaitu isu bulan Mac, barulah Aman akan buat panel kecik sikit, bermakna lebih banyak cerita boleh dimuatkan dalam 5pages! Yeahh! Lebih puas kan? (pehhh..aku syok sendiri..huhu) Apapun, Aman akan cuba sehabis baik untuk berikan yang terbaik untuk pembaca G3!

Yoshh, berusahalah AmanWan~!!

-OUT-

1 comment:

Farisha Haris said...

saye pembaca setia komik G3 sejak dari isu pertama..sy mmg notice ade sorang kartunis baru...tak sangka pulak kartunis tu mmg saye dah follow bace blog die..ape yg saye boleh kate, good job aman...teruskan usaha untuk menggeletek isi perut pembaca G3...buat kartun yg boleh kitorang gelak golek golek ye... Hidup Aman !!!!