Monday, February 27, 2012

Progress buku AmanWan untuk Pesta Buku PWTC 2012~!!

Sekarang ni Aman terpaksa stop jap buat vlog sebab Aman sedang sibuk yang amat untuk siapkan nomik solo Aman ni. Nomik ni ialah gabungan Novel dan Komik. Di mana pembaca boleh enjoy cerita ni dengan dua medium yang berbeza.

Ini ialah projek Aman dengan Team BlinkBook Sdn Bhd iaitu pengurusan oleh AinMaisarah. Harapnya, nomik ini bakal memikat hati korang. Buat masa skang, memang masa sangat suntuk. (entry ini pun ditaip dengan penuh laju!) Sebab pihak pengurusan mahukan nomik ni siap sedia dijual ketika pesta buku di PWTC bulan April ni.

Dan Aman perlu siapkan 2 nomik serentak. Hohoho. Memang agak susah, tapi kalau taknak susah, camne nak berjaya kan?

Jadi, sebab tu, Aman terpaksa korbankan beberapa perkara untuk siapkan nomik ni tepat pada masanya, termasuklah video2 di youtube. InsyaAllah lepas habis je lukis, Aman akan aktif kembali post video di channel AmanWan mahupun BlinkBookTV.

Tajuk komik ni masih belum konfem lagi, dan cerita mengenai apa pun Aman tak boleh nak revealkan lagi. Tapi Ianya sesuatu yang baru, dan Aman sendiri teruja menyiapkan nomik ni. Nomik ni ada 3 watak utama, dan semasa entry ni di taip, watak2 utama ni masih belum ada nama. Dan Kak AinMaisarah ada membuat pertandingan untuk meneka nama watak. Jadi, kalau korang sudi dan mahukan hadiah daripada BlinkBook, boleh lah sertai dengan klik pada link di bawah gambar2 di bawah ni. Dan ia akan terus bawa korang ke contest tu.






Oklah, masa dah sangat suntuk ni. Nak kena sambung lukis lagi ni. Babai!

-out-

WuuHuu kini My E-comic~!! Yeahh!

Yup! Ini masih majalah online Wuuhuu, cuma kini bertukar nama menjadi My E-Comic. Jangan risau, komik2 di dalamnya masih awesome seperti sebelum ni! Hehehe!

Isu kali ni, menampilkan komik special dari Bop (Shark) dengan tajuk Kekuatan! Memang touching gak baca. Meremang bulu roma! (Komik aku je yang kurang menyengat dalam isu ni..huhuhu.. rendahnya rasa diri ni..) Dan ada jugak Ben Wong dengan komik spinn off Fatal Chaos! Cool! Wajib baca nih!!

Untuk baca isu-18, boleh klik: WUUHUU 18

Dan ikuti updet dari FB Wuuhuu, boleh klik: FB WUHUU

So, Enjoy dan sebarkan pada rakan2 ya!! Selamat membaca!

-out-

Wednesday, February 8, 2012

Preview CatWish (G3 isu97)

Yeah! Ini ialah sedikit preview untuk komik Cat Wish di majalah G3!

Pada isu lepas, tiba2 ada kemunculan seorang kanak2 manusia di Dunia Kucing. Apa jadi sebenarnya??

Jadi isu kali ni korang akan dapat berkenalan dengan watak budak kecik yang bernama Hawa ni yang akan menjadikan Dunia Kucing huru-hara dengan kenakalannya! Hoho!

Jadi, selamat membaca dan beli G3 isu bulan Mac 2012 ya~!!!


^____^

-out-

Thursday, February 2, 2012

AmanWan kembali di WuuHuu isu baru dengan Siri BARU~!!

Huhu, setelah skip submit komik bulan lepas, kali ni Aman muncul kembali dalam WuuHuu~!! Hari tu silap bajet masa, terus x sempat siap. Huhu, sorry boss!

Kalau sebelum ni, Aman lukis komik lain2 tajuk macam "Newly Wed" dan "Doktor Lisa", kali ni Aman dah decide untuk hasilkan 1 tajuk yang tetap supaya lagi senang Aman nak cari idea sambil kembangkan watak2. So, Aman pilih cerita yang dekat dengan Aman, iaitu kehidupan kampus bersama member bilik! ROOMMATES!

So, hope siri ROOMMATES ni akan dapat hiburkan orang ketika menikmati komik2 di Wuuhuu Online akan2 datang! Yoshhh!!

^___^

-out-