Monday, February 27, 2012

Progress buku AmanWan untuk Pesta Buku PWTC 2012~!!

Sekarang ni Aman terpaksa stop jap buat vlog sebab Aman sedang sibuk yang amat untuk siapkan nomik solo Aman ni. Nomik ni ialah gabungan Novel dan Komik. Di mana pembaca boleh enjoy cerita ni dengan dua medium yang berbeza.

Ini ialah projek Aman dengan Team BlinkBook Sdn Bhd iaitu pengurusan oleh AinMaisarah. Harapnya, nomik ini bakal memikat hati korang. Buat masa skang, memang masa sangat suntuk. (entry ini pun ditaip dengan penuh laju!) Sebab pihak pengurusan mahukan nomik ni siap sedia dijual ketika pesta buku di PWTC bulan April ni.

Dan Aman perlu siapkan 2 nomik serentak. Hohoho. Memang agak susah, tapi kalau taknak susah, camne nak berjaya kan?

Jadi, sebab tu, Aman terpaksa korbankan beberapa perkara untuk siapkan nomik ni tepat pada masanya, termasuklah video2 di youtube. InsyaAllah lepas habis je lukis, Aman akan aktif kembali post video di channel AmanWan mahupun BlinkBookTV.

Tajuk komik ni masih belum konfem lagi, dan cerita mengenai apa pun Aman tak boleh nak revealkan lagi. Tapi Ianya sesuatu yang baru, dan Aman sendiri teruja menyiapkan nomik ni. Nomik ni ada 3 watak utama, dan semasa entry ni di taip, watak2 utama ni masih belum ada nama. Dan Kak AinMaisarah ada membuat pertandingan untuk meneka nama watak. Jadi, kalau korang sudi dan mahukan hadiah daripada BlinkBook, boleh lah sertai dengan klik pada link di bawah gambar2 di bawah ni. Dan ia akan terus bawa korang ke contest tu.






Oklah, masa dah sangat suntuk ni. Nak kena sambung lukis lagi ni. Babai!

-out-