Monday, March 12, 2012

CatWish..Eh?? LabuBula?? dan Sesuatu yang baru~!!

Hoho, lambat lak Aman buat entry pasal ni. Orait, ini ialah G3 isu 97 dimana dalam ni ada komik bersiri Aman yang sudah sampai 3 episod! CatWish~!! (Gambar di atas kononnya ala2 ZOMBIE dari komik lukisan Bophairy. Tema ZOMBIE bebeh~!!)

Dalam isu lepas, watak utama, Labu tiba2 terserempak dengan seorang budak dari dunia manusia, Hawa! Jadi, isu ni ialah isu mereka berdua berkenalan. Dan korang boleh kenali perangai si Hawa ni macam mana lak. Haha.

Agak susah gak nak fikirkan watak yang keanakan seperti Hawa ni, tapi Aman try buatkan agar watak dia ni nampak adorable dan boleh disukai pembaca.

Ohye, kalau sesiapa yang dah, mungkin korang akan perasan yang tajuk komik Aman itu dah bertukar dari CatWish kepada LabuBula smeula. hahaha. Aman pun tak pasti kenapa pihak G3 tukar semula tajuknya, tapi apapun, harap korang jangan kelirulah. Ia masih cerita yang sama, cuma tajuk saja bertukar. Btw, tak bertukar sangat pun, sebab tajuk CatWish masih ada, cuma diletakkan kecil di atas tajuk LabuBula.

Oklah, ini pulak preview page pertama untuk isu 98 iaitu episod 4 Labubula. Dalam isu ni, Si Labu ni bernekad nak bawa Si Hawa balik ke rumahnya, (kononnya nak belajar tentang rekacipta) tapi, kita try tengok, adakah si Labu berjaya dalam misi membawa Hawa tanpa pengetahuan sesiapa?? Haaa..camno Labu oi? Hoho.

Oh, untuk isu kali ni Aman ada buat sikit pembaharuan. Bukan dari segi cerita, tetapi dari segi art. Cuba korang try tengok page preview kat sebelah ni... Korang boleh detect tak rasa-rasanya? Hehehe~




Yup! Mulai isu baru nanti, Aman akan mula melukis komik LabuBula ini secara DIGITAL~! Aman sudah beli 1 tablet PC untuk memudahkan kerja Aman dan Aman sedang belajar menggunakan software Manga Studio yang sangat2 membantu percepatkan proses inking, dan toning! Sangat jatuh cinta dengan dua2 benda ni!!!

Apapun, harapnya pembaca akan enjoy dengan komik siri LabuBula ni, dan kiranya ada komen atau kritikan, bitau saja Aman supaya Aman boleh baiki dari semasa ke samasa orait?? Cool~!!

-out-

4 comments:

Eric@Boy said...

AIlike!

nazrul ali said...

nice aman wan..moga berjaya ya:)

Hirdayu Rahmat said...

WAH ! AMAN BARU JUMPA BLOG AMAN !! HAI HAI ^^

Anonymous said...

aman... ada peluang tak untuk terbitkan komik???