Monday, March 12, 2012

Di Balik Tabir pembikinan NOMIK sulung BlinkBook

Aman sekarang sedang menghasilkan Nomik (Novel+Komik) bersama BlinkBook Sdn Bhd. Dan Oleh kerana ianya sesuatu yang baru, jadi banyak perkara masih dalam proses undian. Termasuk nama watak, nama judul nomik, dan logo. Ini supaya pembaca juga dapat involve dalam setiap pembikinan buku itu sendiri.

Yup, nomik ini bukan hasil kerja Aman seorang. Sebab Aman seorang pekomik, bukan penulis novel. Bahagian novelnya akan ditulis oleh penulis BlinkBook juga, iaitu Azanil Fitri yang popular dengan novel siri Hero Sri Bangsar!! Pada awalnya, memang Tuan Amal (pengurus besar BlinkBook) ada bertanya samada Aman nak terbitkan komik solo sendiri atau berkolaberasi dengan penulis untuk jadi nomik. Aman pilih nomik. Sebab kadang2, kita tahu ukur kemampuan diri kita macam mana.

Logo NOMIK yang masih dalam proses undian

Dapat tawaran berkarya dengan BlinkBook adalah sesuatu yang besar bagi Aman. Dan Aman harus pastikan ia berjalan lancar! Peluang macam ni bukan senang der. Sampai sekarang rasa macam mimpi lagi. Haha.

Oleh sebab itu, pada awal ni, Aman playsafe. Lukis nomik akan mengurangkan kos masa dan tenaga. Dan ianya cukup bagus untuk Aman yang masih amatur ni. Melukis masih lambat dan idea masih suam2 kuku. Memang pada awal ni, Aman tak boleh terlalu yakin untuk bergerak solo. Aman perlukan bimbingan dari team BlinkBook sendiri. Jadi, penghasilan nomik adalah tepat. Sambil Aman berkarya, Aman akan dapat belajar selok-belok tentang pengurusan BlinkBook.

Watak2 utama dalam NOMIK akan datang

Jadi, seperti yang Aman pernah tunjuk dalam entry2 lepas, ini ialah watak utama siri nomik yang akan dihasilkan. Nama2 watak itu juga dipilih melalui proses cadangan dari peminat2 Ain Maisarah. Dan Aman serta team BlinkBook yang memilih nama yang sesuai. Alhamdulillah, dapat juga nama2 yang best. Ada banyak cadangan nama yang best! Tapi ini ialah yang best dari yang best. Hehe. Nama ini dipilih juga mengikut kesesuaian cerita, dan perwatakan watak2 tersebut.

Yang di belah kiri ini pula ialah cover NOMIK yang masih belum diedit. Ia diwarnakan oleh illustrator muslimah yang cool! Kak Illy Muzliza! Nampak ceria cover ni! Cover ini juga masih dalam proses mencari judul. Oleh sebab ianya komik tips, jadi mahu mencari judul yang sesuai untuk dibawa ke sekolah. Ini ialah sinopsisnya....

"Ia mengisahkan Robita, robot manusia yang tidak pernah bertemu manusia. Hari pertama Robita di sekolah terpaksa menyesuaikan diri dengan rakan baru. Bard (rakan baik Robita) memberikan beberapa tip penting untuk berkenalan dan disukai rakan sekelas. Robita berusaha sedaya upaya mengikut tip yang diberikan, namun lain pula yang terjadi. Paling sukar, apabila Robita mahu mendekati kumpulan The Wannababes yang paling popular dan gedik di Sekolah Sri Bangsar. Pelbagai situasi lucu berlaku sepanjang hari pertama Robita di sekolah."

Ianya akan ada 10 siri. Jadi setakat ini, judul besar ialah Siri Lawak Sekolah. Dan sedang mencari judul buku saja lagi. Lawak Sekolah: Teknik mencari kawan? Haha, lebih kurang begitu. Apa2 pun, ini Aman serahkan pada peminat Ain Maisarah serta pengurus BlinkBook yang menentukan. Mereka lebih arif bab marketing ni. Hooho.

So, progress sekarang ni, NOMIK ni akan dilancarkan pada PESTA BUKU PWTC pada 27April hingga 6Mei 2012. Aman akan ada di sana setiap hari mempromosikan nomik sulung Aman ni. Yatta! Dan sekarang Aman masih lagi bertungkus lumus siapkan bahagian komik yang baru saja 34 muka surat dah siap. Tinggal 2+ mukasurat saja lagi. Bahagian novel pula, Azanil Fitri sedang siapkan. Aman yakin cerita novelnya mesti kelakar! Hoho, seronok bekerjasama dengan Azanil ni!

Orait! Apapun, kami sekarang kena berusaha dengan kuat. Memang masa dah suntuk sangat, dan harap Allah bagi kekuatan untuk siapkan nomik ni dan memudahkan pengurusannya. Amin!

Yosh! Teruskan bekerja AmanWan!

^____^

-out-

9 comments:

Nur said...

wahhhhh ganbatte ne~!!!
peluang macam ni memang jarang!
tahniah tahniah~! saya akan cuba ikuti buku ni, all the best~!

Aman Wan said...

Wahhh~!! Terima kasih Nur! InsyaAllah aman try hasilkan karya2 yang best k! XD

nazrul ali said...

Tahniah Aman :-) hehehe

Aman Wan said...

Terima kasih Nazha! Tak sabar gak nak tengok ko punya kerjasama dengan Nazry! XD

Drift Financial Services said...

i heard about this blog & get actually whatever i was finding. Nice post love to read this blog
GST consultant In Indore
digital marketing consultant In Indore

Drift Financial Services said...

Always look forward for such nice post & finally I got you. Really very impressive post & glad to read this. Good luck & keep writing such awesome content. Best content & valuable as well. Thanks for sharing this content.
Web Development Company in Greater Noida
Software development company In Greater noida

CMS and ED
CMSED

Homoeopathic treatment for Psoriasis in greater noida
Medical Entrance Exams Classes In Gwalior

Nathan Eilidh said...


LIVE___ LIVE___ LIVE
You can watch Mayweather vs Logan Paul Live Stream online free 20th Feb 2021 from anywhere Floyd Mayweather vs Logan Paul stream pay per view h2h
what channel is Mayweather fight on

Hair Fall Treatment said...

This is very good Post, this is very informative Post. I hope Author will be sharing more information about this topic. My blog is all about that Hair Transplant before after | Hair Transplant Result & Hair_Fall_Treatment. To Book Your Service 📞+91-9873152223, +91-9250504810 and be our Happy Client. Click Here for Contact us at Whatsapp no: https://wa.me/919873152223. Address - Vardhman Diamond Plaza, First Floor D.B. Gupta Road Pahar Ganj New Delhi – 110055.

insta-fb-captions said...

Checkout Graduation Wishes For Daughter From Mom & Dad