Friday, March 2, 2012

Separuh Jalan Lagi....

Kadang2, aku rasa macam sangat ketinggalan dari rakan pekomik lain. Melihat setiap mereka keluarkan komik baru lagi dan lagi, sedikit dalam hati aku agak cemburu dengan mereka.

Tapi, pada masa yang sama, aku sangat gembira, bila lihat impian mereka semakin tercapai lagi dan lagi. Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau aku ditempat mereka. Sebab, aku pun tak pernah terbitkan komik 1 buku. Jadi, aku masih tak tahu bagaimana perasaannya memegang buku sendiri untuk pertama kali.

Sebab tu, aku mesti kena tahu!

Alhamdulillah, aku sekarang sedang merangkak ke sana. Ke arah yang sama mereka tuju. Tapi langkah pertama ni aku rasa sangat berat. Tekanan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Ini ke perasaan yang sama mereka rasa dulu? Rasa seperti mahu mengalah.. tapi hati ni sangat tak rela.

Sebab ini impian aku!

Tapi, yang aku pasti sekarang. Aku mungkin sedikit sebanyak dapat mengagak perasaan mereka. Bertemu komik sulung mereka di kedai2. Belek setiap muka surat. Walau rasa berat sekarang, tapi hasilnya pasti menebus 300% bebanan yang dirasa sekarang.

Aku sudah separuh jalan. Separuh jalan... Aku mungkin ketinggalan, tapi aku sudah separuh jalan! Separuh saja lagi untuk aku rasa apa yang mereka rasa! Separuh saja lagi untuk aku mampu senyum sepanjang hari! Separuh saja lagi untuk aku...

....untuk aku rasa bangga sepanjang hidup aku.

Separuh jalan lagi. Aku tak boleh give up.

Tak boleh!



-out-

4 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

good luck aman :)

Hazlam (Alam) Anuar said...

good luck bro

zul hassan said...

dimana ada high way di situ ada awek tol

Adzamin said...

Wah! Abang Aman guna lagu Halfway There lah! Teruskan guna lagu BTR sebagai medium blogging! XD

#Peminat Big Time Rush