Tuesday, April 24, 2012

Pesta Buku 2012~!! Kali ni AmanWan ada buku!! Yeayy!!


Wahh! Busynya sekarang ni.
 Sejak siap nomik pertama Aman ni, Aman mula sibuk dengan kerja2 sampingan seperti vlog, video Mat Blink, komik G3,dan beberapa lagi kerja yang memerlukan cerita yang perlu diperah2 dari otak yang tengah kering ni. Huhu.

Lagipun, ada banyak perkara menarik dah berlaku sepanjang 2-3 bulan ni, dan Aman akan cuba update entry berkenaan semua moment tu selepas balik dari pesta buku nanti. Harapnya ada la masa terluang untuk update moment2 best tu dalam blog. 

Apapun, xleh nak citer banyak! Banyak kerja nak bat skang. Jumpa korang di Pesta Buku ya~!! Jangan lupa beli nomik Aman! Hehehehe~!!!
^______^

-out-





Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya, NOMIK pertama sudah SIAP LUKIS~!!

Pehhh... setelah bertungkus lumus, perah otak dan tenaga, akhirnya Aman berjaya siapkan lukisan terakhir untuk nomik pertama Aman, Lawak Sekolah! Aman siapkan pada hari isnin lepas, dan semalam menurut editor, mungkin sudah dibawa ke pencetak. Cuma tunggu masa untuk diterbitkan dan dijual pada pesta buku nanti!

Whoahh~!! Tak sabar! Terlalu banyak emosi bermain dalam proses menyiapkan kesemua komik di dalam nomik ini. Biasalah, bagi orang yang amatur dan pertama kali seperti aman, bukan nya suatu kebiasaan untuk melakukan hal seperti ini. Walau apapun, sekarang ni segala penat terasa berbaloi. Cuma sekarang Aman cuak je, nak tahu pandangan pembaca. Harapnya mereka suka! huhu

Alhamdulillah, lepas siap je lukis kelmarin, Aman sebenarnya masih ada banyak kerja. Nope..bukan kerja, tapi hutang! Hutang VLOG! Aman sangat berterima kasih kepada penyokong AmanWan yang sentiasa bersabar menunggu vlog Aman. Walaupun korang tak layan komik, tapi korang sangat memahami situasi Aman. Jadi, Aman rasa sangat beruntung giler disokong oleh orang2 seperti korang semua. TERIMA KASIH~!!

InsyaAllah, sebelum pesta buku nanti, memang Aman target untuk hasilkan beberapa vlog untuk membayar hutang yang lama tertunggak! Tapi bukan itu aje, banyak lagi kerja Aman nak kena siapkan juga, Komik LabuBula untuk G3, Komik untuk Wuuhuu, video Iklan untuk MatBlink, slideshow untuk Talk di UITM Shah Alam, Review complimentary comic, dan update blog dengan entry tentang pengalaman Aman yang Aman simpan selama 2-3 bulan ini.

YOSH~!! Cukuplah seharian tidur semalam AmanWan! Bangkit dan mula bekerja!! Yeahh~!!!!

-out-

(BTW, THANX pada korang kerana sokong IKLAN GANGSTER yang kini sudah melebihi 1 JUTA VIEWS~!!! WOOHOOOO~!!!)
p's- kejap lagi nak ngeteh dengan bebudak Iklan Gangster, dan nak buat video baru dengan diorang~!!!