Monday, May 14, 2012

Moment2 Emosional Bertemu Buku Sulung....

Dalam entry2 lepas, Aman pernah mention. Aman mungkin akan menangis semasa pertama kali memegang buku sulung Aman nanti. Tapi masa tu Aman hanya assume saja. Aman tak tahu apa perasaan sebenarnya memegang buku sendiri. Apa perasaannya bila impian sejak kecil tercapai... 

Sehinggalah malam itu, Aman akhirnya diberi peluang untuk rasa perasaan tu...

Ketika itu Aman di kilang. Yang dipenuhi buku2 terbitan BlinkBook.  Kami tengah susun buku2 untuk dibawa ke pesta buku PWTC (Aman salah seorang crew Kedai Pink AinMaisarah). Dan tiba2 ada beberapa bungkusan buku baru sampai...

Seorang kawan Aman yang sedang mengangkat bungkusan2 tu tiba-tiba menjerit, "Aman, ni Lawak Sekolah! Lawak Sekolah!" 

Aman terkejut sikit. Aman dah expect akan dapat lihat buku itu malam tu. Tapi tiba2 hati rasa berdebar. Mulut tiba2 terus senyum tanpa sebab. Tapi Aman dan kawan2 masih teruskan mengangkat bungkusan2 buku yang lain ke dalam kilang dulu. Sambil tersenyum-senyum.

Ianya sangat pelik. Perasaannya seperti ada seseorang yang disukai berada di sana. Setiap kali Aman lalu lalang mengangkat bungkusan2 buku, Aman asyik menjeling ke arah bungkusan Lawak Sekolah tu, dan tiba2 senyum. Macam orang gila. Haha.

Ada sikit saja lagi bungkusan. Lepas tu memang rasa nak terkam bungkusan putih yang dipenuhi Lawak Sekolah tu! Tiba-tiba, Aman nampak ada seorang kawan Aman mendekati bungkusan tersebut.

"Man, taknak tengok buku ko ke?" Lalu, dia terus mengoyakkan bungkusan putih tu.

Tunggu! Aman terus stop buat kerja dan pergi ke arah kawan Aman tu. Dia masih mengoyakkan bungkusan putih tu untuk keluarkan senaskah buku Lawak Sekolah. Perasaan Aman ketika ini pula, seperti  seorang bapa yang sedang menunggu seorang doktor untuk mengeluarkan baby pertama dari perut bini Aman. Berdebar! Cumanya muka masih tersenyum.

Dan kemudian, dia berjaya keluarkan senaskah. "Haaaa....tu diaaaa!" Naskah tu diberi kat Aman.

Aman ambil dan terus flip setiap muka surat. Speechless... Aman masa tu cuma mampu senyum sampai ke telinga. Dan Aman tak ingat apa yang Aman bebelkan semasa pegang buku tu. Sangat2 teruja! Tapi apa yang pasti, ianya bukan seperti yang Aman assume. Aman tak nangis. Tapi tangan Aman menggigil. Sangat menggigil...

Entah kenapa...

Selepas tu, kawan2 yang lain sambung buat kerja. Aman minta diri untuk ke bilik kejap. Untuk berdua-duaan dengan buku Lawak Sekolah itu sekejap.

Dan itu memang detik emosional yang paling pelik pernah berlaku kat Aman. Haha. Aman belek2 buku tu, flip setiap muka surat, pandang penuh teliti. Dan perkara pertama yang ada dalam kepala Aman ialah, wajah2 setiap orang muncul satu persatu! Mostly, wajah family, guru2 dan kawan2 baik Aman. Aman rasa sangat terhutang masa tu. Kalau tak kerana mereka yang sering support Aman sejak kecik dulu, moment seperti ini tak mungkin Aman rasa...

Dan kemudian, satu persatu memori menyiapkan buku ini muncul... bagaimana ia bermula... pelawaan dari Tuan Amal dan Kak AinMaisarah.. Bagaimana susahnya menyiapkan... Kejar deadline.. 

dan ianya berterusan dengan penuh emosional skali. Sekarang Aman tahu perasaannya. Memegang buku pertama. Sangat emosional sekali... Aman tak menitik air mata pun. Tapi dada Aman rasa sangat lapang. Aman dah capai sesuatu yang besar pernah Aman impi dalam hidup. Dan ini baru permulaannya...

Doakan perjuangan Aman yang seterusnya...
Terima kasih korang semua...

^_________^

-out-