Monday, May 14, 2012

Moment2 Emosional Bertemu Buku Sulung....

Dalam entry2 lepas, Aman pernah mention. Aman mungkin akan menangis semasa pertama kali memegang buku sulung Aman nanti. Tapi masa tu Aman hanya assume saja. Aman tak tahu apa perasaan sebenarnya memegang buku sendiri. Apa perasaannya bila impian sejak kecil tercapai... 

Sehinggalah malam itu, Aman akhirnya diberi peluang untuk rasa perasaan tu...

Ketika itu Aman di kilang. Yang dipenuhi buku2 terbitan BlinkBook.  Kami tengah susun buku2 untuk dibawa ke pesta buku PWTC (Aman salah seorang crew Kedai Pink AinMaisarah). Dan tiba2 ada beberapa bungkusan buku baru sampai...

Seorang kawan Aman yang sedang mengangkat bungkusan2 tu tiba-tiba menjerit, "Aman, ni Lawak Sekolah! Lawak Sekolah!" 

Aman terkejut sikit. Aman dah expect akan dapat lihat buku itu malam tu. Tapi tiba2 hati rasa berdebar. Mulut tiba2 terus senyum tanpa sebab. Tapi Aman dan kawan2 masih teruskan mengangkat bungkusan2 buku yang lain ke dalam kilang dulu. Sambil tersenyum-senyum.

Ianya sangat pelik. Perasaannya seperti ada seseorang yang disukai berada di sana. Setiap kali Aman lalu lalang mengangkat bungkusan2 buku, Aman asyik menjeling ke arah bungkusan Lawak Sekolah tu, dan tiba2 senyum. Macam orang gila. Haha.

Ada sikit saja lagi bungkusan. Lepas tu memang rasa nak terkam bungkusan putih yang dipenuhi Lawak Sekolah tu! Tiba-tiba, Aman nampak ada seorang kawan Aman mendekati bungkusan tersebut.

"Man, taknak tengok buku ko ke?" Lalu, dia terus mengoyakkan bungkusan putih tu.

Tunggu! Aman terus stop buat kerja dan pergi ke arah kawan Aman tu. Dia masih mengoyakkan bungkusan putih tu untuk keluarkan senaskah buku Lawak Sekolah. Perasaan Aman ketika ini pula, seperti  seorang bapa yang sedang menunggu seorang doktor untuk mengeluarkan baby pertama dari perut bini Aman. Berdebar! Cumanya muka masih tersenyum.

Dan kemudian, dia berjaya keluarkan senaskah. "Haaaa....tu diaaaa!" Naskah tu diberi kat Aman.

Aman ambil dan terus flip setiap muka surat. Speechless... Aman masa tu cuma mampu senyum sampai ke telinga. Dan Aman tak ingat apa yang Aman bebelkan semasa pegang buku tu. Sangat2 teruja! Tapi apa yang pasti, ianya bukan seperti yang Aman assume. Aman tak nangis. Tapi tangan Aman menggigil. Sangat menggigil...

Entah kenapa...

Selepas tu, kawan2 yang lain sambung buat kerja. Aman minta diri untuk ke bilik kejap. Untuk berdua-duaan dengan buku Lawak Sekolah itu sekejap.

Dan itu memang detik emosional yang paling pelik pernah berlaku kat Aman. Haha. Aman belek2 buku tu, flip setiap muka surat, pandang penuh teliti. Dan perkara pertama yang ada dalam kepala Aman ialah, wajah2 setiap orang muncul satu persatu! Mostly, wajah family, guru2 dan kawan2 baik Aman. Aman rasa sangat terhutang masa tu. Kalau tak kerana mereka yang sering support Aman sejak kecik dulu, moment seperti ini tak mungkin Aman rasa...

Dan kemudian, satu persatu memori menyiapkan buku ini muncul... bagaimana ia bermula... pelawaan dari Tuan Amal dan Kak AinMaisarah.. Bagaimana susahnya menyiapkan... Kejar deadline.. 

dan ianya berterusan dengan penuh emosional skali. Sekarang Aman tahu perasaannya. Memegang buku pertama. Sangat emosional sekali... Aman tak menitik air mata pun. Tapi dada Aman rasa sangat lapang. Aman dah capai sesuatu yang besar pernah Aman impi dalam hidup. Dan ini baru permulaannya...

Doakan perjuangan Aman yang seterusnya...
Terima kasih korang semua...

^_________^

-out-

18 comments:

pakcik tam-tam said...

Huaa!!... eh.. kenapo tibo-tibo pakcik yang monangis baco post ekau ni?

Mungkin pakcik dapek monyolami porasaan ekau maso tu..

Apo pun pakcik dan orang kampung mengucapkan tahniah dan semogo ekau sontiaso sukses.

Night Aves said...

Tahniah! Tahniah! Teruskan berkarya! Pakcik, pakcik kat ateh ni Pakcik Din ka?

Kuronofu91 said...

Tahniah...semoga terus sukses!!!

Alam said...

Semoga terus menghasilkan komik atau nomik yang menarik dan gempak! Semoga berjaya.

zul hassan said...

kempen tukar DP FB free palestine http://paliez.blogspot.com/2012/05/wa-ai-ni-palestine.html

razzwey razz said...

Aku doakan semoga ko lebih berjaya, errr... ko jangan nangis plak, x gangster... hahahha... member opis aku berebut nak pinjam lawak sekolah aku, tapi aku suh diorang beli sendiri... hehehe...

nazrul ali said...

saya dah beli nomik Lawak Sekolah ! Best lah Aman..hahaha

Mazrul said...

ini la orang cakap perasaan first baby. tertunggu2, xkeruan macam tunggu result exam.. hehehe. (tapi result exam tu menyeramkan)

ParkAir said...

tahniah2! at least dah tahu macam mana rasa dapat baby pertama :)

Izanor said...

Haha hamboi, macam seorang bapa tunggu baby? Lepas itu berdua-duaan dengan buku?

Tahniah! Rasanya belum ucap lagi, kan? Punyalah berhari-hari, balik-balik tengok muka Aman... asyik tertekan dengan senjata bahaya dia... haishhh~

Mula-mula kelakar, tapi... ter-emosional juga masa baca terbayangkan wajah-wajah terdekat itu.. huhu.

All the best! Go go untuk NOMIK yang seterusnya:D

Anonymous said...

saye nak tanye awk mmg pekomik full time o part time? hebak ..^.^

Meooo Comicore Club said...

yeah bro.. i like ur style

Meooo Comicore Club said...

yeah bro.. i like ur style

Nur Hazirah Shahrin said...

aku pulak yg menangis masa baca TT^TT

Nur Hazirah Shahrin said...

aku pulak yg menangis masa baca TT^TT

outbound malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Aman Wan said...

Hohoho, ini pengalaman sekali seumur hidup. Itu yang teremosi tu. Sampai terbawak2 ke dalam blog. hoho. Tapi sangat2 terharu bila impian dari kecil tercapai. =)

Aisha Ali said...

bestnye Aman Wan dah ade buku sendiri.. mesti best kan.. :)))
Comel je kartun2 yg aman lukis.