Friday, July 13, 2012

Teaser Kaver: Lawak Sekolah #2

Sekarang ni Aman tengah bertungkus-lumus nak siapkan nomik Lawak Sekolah yang ke-2, Belajar Berpersatuan (tajuk belum konfem).

Kali ni, untuk buku ke-2, ada konflik yang berlaku terhadap guru kelas mereka, Cikgu Sam Sempoa. Dan Robita mahu menolong Cikgu Sam dengan cara yang unik! Siapa akan bantu Robita kali ini? Dan apakah rahsia Robita (dia robot) masih lagi selamat dari pengetahuan Nera Elena? itu korang kena baca bila dah siap nanti hehe. Apapun, kalau korang tengok gambar teaser atas tu, geng2 Lawak Sekolah nampaknya akan jadi "Robita". Hehe,nantikan ya!

Ohya, di atas ini ialah teaser kaver buku ke-2. Ini bukan kaver yang sebenar, hanya lukisan dan warna basic yang belum diwarna dan diedit sepenuhnya oleh pihak grafik.

Ok lah, nak siap2 melukis ni.

-out-

Tuesday, July 10, 2012

Segalanya mesti PANTAS! Mesti CEPAT!

Ianya bukan mudah bila jadi lambat. Dalam situasi Aman sekarang, Aman perlu memaksa otak dan badan bergerak lebih cepat dari biasa. Sekarang ni, Aman sedang terikat dengan beberapa projek:

-Melukis siri nomik Lawak Sekolah-
-Menghasilkan video mingguan BlinkTV-
-Melukis komik bulanan Majalah G3-
-Melukis komik solo Komik-M-
-Menghasilkan video/vlog di YouTube-

Kesemua kerja ini memerlukan Aman untuk memerah idea yang banyak setiap minggu. Atau hari. Walaupun Aman ada kata sedang disiplinkan diri dalam menjadualkan kerja2 ini, tapi kerja kreatif bukannya mudah untuk mengikut masa.

Kadang2, tengah kita free kat meja lukis, time itu la tiada idea. Otak tepu. Tapi, idea datang tiba2 semasa dalam kereta, atau jamban. Jadi, untuk sentiasa tepat mengikut jadual, bagi Aman masih sukar. Tapi Aman cuba yang terbaik!

Apa yang penting, setiap minggu, Aman perlu pantas berfikir. Perlu pantas jadi kreatif. Perlu pantas mendapatkan idea lawak, mendapatkan plot cerita, dan yang paling penting, gerak kerja dan skill mesti SUPER PANTAS juga!

Ianya bukan mudah.

Tapi ianya TAK MUSTAHIL!

Aman perlu lakukan ini. Harus jadikan ianya satu habit supaya setiap hari ada 'cerita' dalam otak. Walau ia agak sukar, tapi kejayaan itu perlu melangkah beribu cabaran.

Tiada siapa yang berjaya pernah bercerita, "Aku sekarang success sebab dulu aku suka tidur dan lepak setiap masa." NO, semua yang berjaya, lalui masa sukar.

AmanWan, u can do this.
U have to do this!
YES, U CAN!

YOSHH!!

>______<

-out-

Monday, July 9, 2012

Apa Citer komik G3??

Pehh.. rasanya agak lama tak buat entry pasal perkembangan kerja komik Aman dalam Majalah G3. Apapun, sekarang ni, dah masuk bulan 7 dan Aman pun baru je siapkan komik LabuBula episod 8.

Kalau sesiapa yang follow komik LabuBula aman tu di Majalah G3, Lately, Aman akui kualiti komik agak drop. Sebab Aman terbiasa delay kerja then bila nak submit, baru rushing. Jadi, kebanyakan komik tu agak rushing disiapkan. jadi, Aman minta maaf banyak2. (janji tak buat lagi.. huhuhu)

Aman skang tengah susun jadual diri lagi. Nak kasi disiplin dengan kerja2 lain. Bukan senang nak tukar tabiat diri. Jadi, Aman masih dalam proses berubah kepada yang lebih baik.

Alhamdulillah, bermula episod 7 hari tu, Aman dah mula tak rushing sangat. Tapi still kualiti sikit comot. Dan episod 8 kali ini, yang bakal keluar pada bulan puasa nanti, Aman boleh kata, Aman agak berpuas hati. Kerja tak rushing, dan kualiti dah kembali normal. Alhamdulillah.

Ohye, citer pasal puasa, sempena puasa nanti, G3 isu 102 (isu bulan ogos) nanti, Majalah G3 akan buat edisi bumper! Jadi, Aman agak hepi sebab:

-Majalah G3 akan tebal
-Komik LabuBula kali ni kualiti yang bagus!
-Jalan cerita LabuBula sedang berada di puncak!
-Aman ada lukis 2 page extra komik spesel puasa. hehe

Yup2, Aman ada lukis komik spesel pasal puasa. Bukan LabuBula, tapi ini tambahan saja. Hope korang akan suka walaupun 2 pages je. hehe. (preview komik di atas)

Ohye, Aman tak dapat nak tunjuk preview page komik LabuBula kali ni sebab setiap page akan ada spoiler. Terutama pada mereka yang belum baca episod bulan julai. Lagipun, episod 8 ini ialah episod yang agak tegang! Di mana cerita LabuBula sudah berada di tengah2.

Yup2, Aman dalam proses untuk menamatkan siri LabuBula ini. Dan Aman harap endingnya akan buat korang terharu dan terpegun dengan misteri yang bakal dirungkai. hehe

Oklah! Apapun, jangan lupa dapatkan Majalah G3 isu 102 tau! Bumper Raya tuuu!!

-out-

p/s- nantikan filem pendek terbaru lakonan geng kartunis2 G3. hehehe!

Sunday, July 1, 2012

Kini aku sudah 24. Cool. =)

Hari ni aku dah 24 tahun.

Dan umur inilah yang paling pening dan teruja untuk aku. Sebab umur ini lah aku officially berstatus BUKAN pelajar, BUKAN pekerja... tetapi... Si Anggur..

Maksud aku, Penganggur! PENGANGGUR!

Tapi sebenarnya, aku dah ada kerja dah. (takde nak anggur sangat la kan) Cuma inilah umur aku berada di tengah-tengah antara zaman belajar dan zaman bekerja. Apa yang aku boleh katakan, ini ialah umur untuk aku DECIDE kemana hala tuju aku yang sebenar.

Apa yang perlu ditamatkan, sudah aku tamatkan. Sekarang, aku berada di depan pintu-pintu untuk aku pilih. Masa depan aku.

Umur 24 tahun ini sangat memeningkan sebab ini ialah umur orang-orang macam aku dapat status "budak baru nak HIDUP". Zaman-zaman "budak baru nak UP" dah tiada dah. Dan ini lah tahunnya aku kena plan macam-macam.

Aku nak keje apa?
Gaji macamana?
Nak pilih hobi atau degree?
Kahwin bila?
Dengan siapa?
Aiskrim feveret apa?
Nak pakai kasut ap..
OK, dah melalut.

Tapi nak tell the story shorter enuf (hensem sungguh English kau!), waktu ini lah macam-macam persoalan bermain dalam kepala, dan kadang-kadang soalan-soalan ini jugak la makcik-makcik jiran sebelah duk soal-soal sambil bermain-main gentel inti kelapa.

APA YANG PASTI! (peh, siap capslock tu jenab!)

Aku nak fikirkan karier dulu. Soal kahwin-kahwin ni, aku tolak bagi future AmanWan umur 28 tahun yang pikir. Padan muka dia.

Aku sekarang nak tentukan langkah mana yang patut aku ambil DULU. Kalau nak ikutkan, memang berkomiklah destinasi aku. Tapi, aku juga ada pintu lain yang memberi aku peluang yang menarik. Dalam hal ni, impian itu kadang-kadang kena tunggu. Ekonomi kena jaga juga. Kalau nak kejar impian semata-mata, duit poket tiada, macam mano den nak boli barang2 melukih untuk den capai impian den ha?? Jadi, aku kena pandai imbangkan Kepuasan Hati dan Kepuasan Ekonomi dengan stabil. Dan ini yang serabut aku pikir sekarang.

Walau apapun, aku akan cuba yang terbaik. Aku sudah ada plan yang sangat besar tahun depan. Aku mahu cari seseorang. Atau mungkin beberapa orang. Nanti aku akan beritahu dalam entry tahun baru 2013. Ianya plan utama aku tahun depan. (seseorang itu bukan bini ya. Itu 4 tahun akan datang punya azam. Keh3)

Jadi, 24 tahun huh...

AmanWan, masa untuk memasuki pintu. Dan bersedia explore realiti dunia yang sebenar...

Bismillah...

^_____^

-out-