Thursday, December 27, 2012

Inspirasi Baru: Chris Colfer

Btw, minat dalam pelbagai kerja seni membuatkan Aman kadang-kadang dalam dilema. Yang mana patut Aman pilih? Filmaking? Comic? Acting? atau yang terbaru, Writing?

Kadang-kadang, nak jadi semua sekali serentak rasanya agak mustahil. Aman sukakan semua ini. Tapi for some reason, kadang-kadang terasa agak sesak juga jadual bila terlibat dalam semua perkara dalam satu masa. Sehinggalah Aman temui 1 lagi inspirasi baru.

Chris Colfer. Yup, maybe ada ramai antara korang kenal siapa ini, dia adalah pelakon (agak utama) dalam series Glee. (Ya, aku tengok Glee. So what?) Dia seorang actor yang sangat berbakat. Dan juga punyai suara yang sangat powerfull! Tapi, Aman bukan nak cerita pasal Glee. Tapi nak cerita pasal Chris Colfer ni. Dia seorang yang sangat busy dengan dunia lakonan dan music dan tup tup tup...



Dia terbitkan buku kanak-kanak.

Whoahh! Cool! Dia ada masa untuk tulis buku juga dalam sibuk-sibuk. Menarik. Buku pertama dia ialah Land of Stories. Aman tak baca lagi, sebab buku ni cerita pasal dunia fairy tales seperti Cinderalle, Snow White semua tu (buku kanak-kanak katakan). Apapun, ini dah cukup buat Aman sikit kagum sebenarnya... Kemudian, tak lama selepas tu.. tup tup tup..

Dia keluarkan MOVIE??? Struck by Lightning. Dalam ni Chris Colfer jadi lead role, writer dan juga producer. Dan selepas tamat je penggambaran, oleh sebab dia sayangkan watak2 dalam filem sulung dia ni, dia adaptasikan filem ini ke bentuk buku! Ok, ini melampau! Sekarang, dia berlakon dalam series yang paling populor, Glee; hasilkan music album  bersama Glee cast; terbitkan 1 buku kanak-kanak; tulis skrip movie; dan sebuah lagi novel young adult..... Ohyea, dan dia baru berusia 22 tahun....

Ini sangat cool!!!

Aman sudah baca novel Struck by Lightning. Sebelum ini, Aman pernah tengok beberapa interview terhadap Chris Colfer dan Aman agak yakin yang dia punyai nilai humor yang spontan dan best. Sebab jawapan interview dia agak laak dan menarik. Dan Aman tepat! Struck by Lightning sememangnya lawak!! Best!! Walaupun movie wujud dulu, tapi Aman lebih prefer buku. Sebab dalam buku lebih banyak penambahan scene yang lawak dan detail daripada movie.

Apapun, dia menjadi 1 inspirasi baru la buat Aman sebagai seorang penulis. Sebelum ni, Aman juga ada terinspirasi dnegan penulis2 fav Aman (klik link ini) dan nampaknya kini bertambah lagi seorang dalam list! Yeahh!!!

AmanWan! Berusahalah!! 2013 akan lebih mencabar!!!

Yosh!! ^____^

Ah,peduli apa aku Chris Colfer gay. Aku bukan bapak dia


Aman terjumpa interview session ini. Best! Kenali Chris Colferdan gerak kerja dia. Peace!



-out-