Monday, January 7, 2013

4 Azam Penting 2013~!!

Maybe agak lambat untuk aman buat entry ni. Tapi aman perlu juga. So, ini ialah entry pertama untuk tahun baru 2013~!!

Apapun, kalau dah masuk tahun baru, semua orang nak citer pasal azam baru. Ada yang azam lama tak tercapai, tapi nak buat lagi azam. Ada orang pertikai, kenapa mesti tunggu tahun baru nak buat azam?? Tapi bagi aman, ok per? Sebab tarikh hari 1 bulan 1 semestinya tarikh yang cantik untuk mulakan sesuatu yg baru kan? ^__^

Ok la. Azam aman tahun 2012 sebenarnya dah tercapai. Dulu target sikit je.

Azam 2012 dulu:
1- Nak ada komik solo sendiri. (done! Lawak Sekolah wujud!)
2- Nak hasil shortfilm. (done! Belasah punya budak, Langgar, dan Tunjuk 2 jari)

Dan sekarang, azam untuk tahun 2013. Aman nak buat sumthin yang totally new. Dan ini lebih kepada misi sebenarnya.

Azam 2013

1- Hasilkan novel. Aman nak try jadi noveli. Aman ada cerita yang nak sampaikan. Tapi untuk melukis komik akan memakan masa yang sangat panjang. Lagipun, siri Lawak Sekolah menjadi keutamaan. So, cerita2 yang aman ada sekarang, aman akan cuba taip sebagai novel. Susah ni!

2- Vlogging dengan kerap. Bila aman tengok balik channel AmanWan. Tahun lepas, aman hanya uplod 6 video saja. Pehhh...sikit gila! So, tahun ini, aman akan kembali untuk mulakan vlogging. Sebab utama aman stop vlog sebab aman terlalu busy dengan kerja. Dan kali ini, vlog aman maybe simple tapi still entertaining.

3- Produce shortfilm panjang. Dah nama shortfilm, tapi nak panjang plak. haha. Maksud aman, kebiasaannya, aman buat shortfilm dalam 3-5 minit saja. Kali ini aman nak produce 1 shortfilm yang lebih 15 minit. Yang lebih bermakna. At least 1 pun jadi. Banyak kerja ni!

4- Berguru. Yup, tahun 2013 ni, aman juga mahu timba banyak ilmu terutama dalam bidang perfileman. Aman mahu serius untuk preparation yang telah disediakan untuk aman daripada BlinkTV. So, hope aman akan berjaya dapat ilmu sebanyak mungkin.

Ok, ini je azam aman. Tak banyak, tak sikit, tapi masih lagi perlukan kerja yang keras! Dan tentunya juga, azam yang paling tinggi, ialah menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas. Semakin tua ni, semakin lah kita kena dekatkan diri dengan tuhan. InsyaAllah.

-out-

11 comments:

razzwey razz said...

Yosh!!!! Aku akan sentiasa menyokong 200%. Team Penyamun juga menyokong!!!! Semoga berjaya!!!

Anonymous said...

Go Aman Go! :P

Malissa Ali said...

In Shaa Allah, awak boleh. Bagusnya azam 2012 yang dah tercapai tu.

Anonymous said...

Pakcik sontiaso menyokong ekau.. Hidup abang tombam!

yang bonar pakcik tam-tam

ANILZA LINA ! said...

AMAN buat vlogging byk2..bru best... :)

boni kacak said...

aku yakin kau mampu.. aman wan boleh!!! chai yo chai yo!!

Aisha Ali said...

sye akan selalu sokong Aman. go go go ~ u can do it !

Anonymous said...

wish the best for u :)

rafiq research said...

Pasti Boleh!

Anonymous said...

Tahniah Aman!

Eina Sakinah said...

insyaAllah Aman boleh buat semua tu... go aman go! :)