Wednesday, January 16, 2013

Perjalanan Kini Bermula!

Hari ini Aman ada meeting bersama Bos BlinkBook. Dan kami berbincang tentang perancangan masa depan. Ianya sangat mendebarkan dan pada sama sangat menerujakan. Aman sekarang sedang di chapter terakhir Lawak Sekolah #2. Aman memang ambil banyak masa siapkan Lawak Sekolah ni, tapi selepas je siap dalam minggu ini, Aman akan terus dengan buku ketiga. Idea semua sudah ada. InsyaAllah.

Apapun, berbalik pada perancangan Aman untuk masa depan. Apa yang Aman tahu, Aman akan kearah bidang video dan rakaman berbanding komik. Dan tahun ini adalah tahun percubaan Aman. Kena lakukan yang terbaik!

Mujurlah awal-awal dulu Aman dah letak nama blog ini, Comics&Career. Jadi, Aman masih tak lari dengan tema blog ini. Aman sebolahnya tak mahu blog ini dicemari dengan entry2 yang biasa-biasa. Sebab tujuan blog ini ialah untuk memberikan inspirasi.

Ketika di entry pertama, Aman hanyalah seorang pelajar universiti yang suka melukis saja. Tiada apa-apa pencapaian. Dan sedikit demi sedikit pembaca boleh melihat peluang dan percubaan Aman mendekatkan diri dalam industri. Ini yang Aman cuba sampaikan dengan blog ni.

Tahun ini ialah tahun bermulanya tahun yang bakal sibuk. Lebih sibuk dari sebelum ini. Dengan beberapa tanggungjawab dan tugasan, Aman pada mulanya ragu akan kemampuan. Tapi Aman melihat contoh2 mereka yang berjaya. Kerja keras itu ada. Persiapan itu perlu. Keyakinan itu wajib!

Mungkin sekarang Aman banyak kurang berFacebook, Twitter, mahupun Vlog. Tapi blog ini Aman pastinya mahu aktif. Tahun ini akan ada banyak cerita. Tahun ini akan banyak perkara terjadi. dan tahun ini baru permulaannya.

Bismillah~

5 comments:

boni kacak said...

aku sentiasa support ko bro :)

penulis said...

wahhhh :)

Aisha Ali said...

in shaa Allah , aman boleh berjaya dgn usaha yg gigih. jgn lupa untuk berdoa kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha Besar dan dialah yg menentukan segala-galanya. \(*^.^)/

Aman Wan said...

tERIMA KASIH! Yup2, segalanya ketentuan Allah. Dia yang Maha tau apa yang terbaik buat hamba2 Nya. :D Semoga kita hidup dengan cita2 yang diredhai Allah. :D

chenmeinv0 said...

nike huarache ultra
polo ralph lauren outlet
louboutin outlet
nike air max 90
christian louboutin shoes
ed hardy clothing
nike air max 95
michael kors handbags
ray ban clubmaster
timberland boots uk
hzx20170308