Saturday, March 23, 2013

Karut: Drama Taman Ceria

Seperti permulaan yang klise, cerita ini dimulakan dengan sebuah taman yang aman damai. Burung berkicau-kicauan. Kanak-kanak riang bergelak tawa. Pasangan kekasih berjalan berpegangan tangan. Kucing dan anjing berak merata-rata. Peragut meragut dengan jayanya. Orang kampong berjaya menangkap peragut dan sepakan tepat kena pada muka. Dikerumuni sekumpulan lagi lelaki-lelaki dewasa yang menghadiahkan penumbuk padu serta hentakan batu bata. Lalu si peragut pecah tengorak kepala di sebuah pagi, di sebuah taman yang ceria. 

Wow. 

Pastas sangat intronya. 

Baiklah. Hero cerita ini ialah Johan, seorang pemuda yang masih menuntut di sebuah institusi awam berdekatan kedai runcit Tok Tam. Setiap petang Johan menghabiskan masa di taman berhadapan rumah sewanya itu. Hanya duduk santai sambil memerhati drama yang dipersembahkan oleh dunia. 

Jika nasibnya baik, drama yang menarik menjadi santapan petangnya seperti hari ini. Johan sendiri tidak lepaskan peluang memberi saguhati sepak terajang terhadap arwah peragut tadi. Dia tidak kenal pun siapa peragut tu. Apa dia peduli. Sekali buat jahat, kiranya selamanya memang akan jahat. Itu prinsip Johan. Sebab itu jugalah namanya Johan. 

Johan. 

Ok. Tiada kena mengena pun dengan namanya. Balik pada cerita. 

Hari ini, tanpa Johan sedari, sebuah lagi drama bergenre romantic akan menyinggah hidupnya. Dari jauh, kelihatan seorang wanita muda bergaun putih, berambut panjang ikal, berkaca mata hitam menuju ke kawasan taman. 

Maria berjalan dengan gah sekali. Matanya tidak lari dari focus pada wajah Johan. Sampai saja di hadapan Johan, dia menghulurkan not kertas 5 ringgit. “Hutang aku. Settle k?” tanya Maria, lalu terus beredar setelah Johan angguk mengiyakan pertanyaannya. 

Oh? Tidak. Maria bukanlah wanita muda bergaun putih itu. Wanita itu masih berjalan menuju kearah taman. Jalan penuh gaya. Lambat sekali. Biasalah, orang cantik sentiasa dalam slow motion. 

Johan tak peduli. Bukan ada kait dengan dia. Dia terus duduk dan merenung sekeliling taman. Mencari mana-mana drama yang mampu menghiburkannya lagi. 

 Kosong. 

Taman sudah kosong. 

Johan tak sedar rupanya hari sudah malam. Dia bangun dari tempat duduk sambil bermonolog, “Bosan betul cerpen AmanWan kali ini.” 

Lalu beredar pulang…. 

…selepas aku matikan watak Johan ditengah jalan kerana dilenyek lori pasir dengan kepala terselit dicelah rim tayar memusing mematahkan tengkuknya, dan the end. 

Cerita tamat. Dengan penuh ceria.

Kan? 

^___^ 

-end-

4 comments:

Unknown said...

sangat tragis :'( arwah baik orgnya

khalisdamia said...

oh my. pastas sungguh intronya. Tak sempat sy kenal arwah. :(

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

adoiii.. tragis sungguh

Hebatallah said...

Ending dia memang gempak :3