Thursday, December 11, 2014

Frame Signature


Terharu bila tengok lukisan dan tandatangan Aman di frame oleh pembaca Lawak Sekolah ini, Puteri Seri! :')

Seri ini antara pembaca yang sporting bertemu Aman di Kota Kinabalu yang lepas. Malah, pandai melukis juga! Ibunya ada berbual dengan Aman untuk bertanyakan tentang cara mengembangkan bakat melukis Seri ini. Apapun Aman doakan yang terbaik ya!

Begitu juga kepada semua geng2, follower2, pembaca2, dan supporter2 Aman Wan juga Lawak Sekolah! Tak kisah la korang frame signature atau tak, pernah jumpa atau tak, tapi setiap sokongan korang walau SEKECIL ZARAH tetap Aman hargai dan bersyukur sangat.

Semoga korang semua juga terus maju dan dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah Amin! ^^

Monday, November 10, 2014

Masa tamat. Masa Mula.


Akhirnya masa ini tiba juga. Aku memang dah sedia lama. Lama tak lama juga la. Tapi aku dah prepare untuk hari ini. Walaupun belum ada kata putus lagi, tapi aku yakin ini masanya. Sekarang.

Aku agak takut juga. Tapi aku juga agak teruja.

Masa untuk corak semula. Masa untuk lari dari zon selesa.

InsyaAllah, aku boleh.

Aku boleh!

^______^

-out-

Monday, October 6, 2014

Siri Baru? Watak Baru?

Selepas tamat sahaja siri nomik Lawak Sekolah, Aman ada berangan untuk tulis/lukis siri yang agak 'girlish' sikit. Ini sebabnya majoriti pembaca BLINK adalah pelajar perempuan, jadi Aman teringin nak hasilkan siri yang dekat dengan diri mereka.

Tetapi, Aman pun tak mahulah pembaca lelaki menjauhi siri ini nanti. Jadi, Aman sekarang sedang buat kajian cerita dan juga watak-watak perempuan yang dapat menarik perhatian pembaca lelaki. (TANPA FANSERVICE OKAY!!)

Selepas membuat kajian, Aman telah pun mencipta 1 watak perempuan yang boleh diterima. Cuma Aman tak pasti apa reaksi pembaca. Boleh terima atau tidak?

OLEH. SEBAB. ITUUUU...Aman bercadang untuk jadikan watak ini sebagai cameo dalam nomik Lawak Sekolah keenam akan datang. (Ya, watak ini berada dalam 1 universe/sekolah dengan watak2 Lawak Sekolah)


Watak ini memang Aman sendiri dah suka. Aman suka ekspresi dan gaya nya. Mungkin akan ada perubahan sikit-sikit sahaja lagi. Personaliti pun agak unik. Aman tak pernah hasilkan watak komik seperti ini sebelum ini. Jadi, Aman agak excited jugak. Hihihi! (Rupa dan warna dia seakan-akan Robita kan? Oren dan mata hijau... Korang rasa okei atau tak?)

Apapun, ini angan-angan Aman la. Apa akan jadi nanti kita tengok macamana. Adakah siri untuk watak ini bakal terbit atau tidak. Yang penting Lawak Sekolah WAJIB TAMAT tahun 2016 nanti! Yoshh!!


Mana ok? Mata biru atau mata hijau?

-out-



Sunday, October 5, 2014

Thumbnail atau Storyboard

Untuk nomik ke-5 ni, Aman terpaksa buat perubahan gerak kerja. 

Kebiasaannya, Aman akan cuba siapkan lukisan komik, hantar untuk toning, siapkan dialog, dan hantar pada Kak Ain untuk rujukan.

Tapi, kali ni deadline agak ketat. Kalau Aman nak siapkan komik, memang tak sempat! Jadi, Aman cuba gaya baru.

Aman lukis storyboard dahulu. Aman kasi lengkap dan storyboard/thumbnail ini yang akan Aman hantar pada Kak Ain untuk rujukan menulis dialog.


Sementara Kak Ain siapkan dialog, Aman akan sambung melukis manuskrip sampai lengkap.

Fuh! Banyak kerja. Tapi apa boleh buat, ini latpadahnya bila langgar deadline. Sobs~

So, wish nomik ke-5 ini siap dengan cepat ya!

^___^

-out-

Apa cerita nomik kelima?

Bila Aman belek blog ni, baru Aman perasan yang Aman tak mention pun apa perkembangan buku kelima nomik Lawak Sekolah.

Aman akui jadual Aman agak kelam kabut sikit. Lawak Sekolah kelima masih ada banyak lagi prosesnya.

Sekarang ni Aman masih lagi stuck pada bab akhir kerana tak ada idea untuk tutup kisah nomik kali ini.

Sepatutnya, by October Aman dah submit manuskrip buku keenam. Tapi terpaksalah buku keenam tunda terbit ketika bulan 4 tahun 2015 nanti. Huhu!

Apapun, Aman berharap siri nomik ni akan jadi satu siri yang seronok dibaca oleh semua. Jadi, Aman sangat pentingkan kualiti setiap keluaran terbaru. Pastikan lebih best dari buku sebelum.

Well, masa makin suntuk. Ni mata nak tido pun kepala masih ligat cari idea.
Semoga datanglah ilham cepat2. Amin!

-out-

Wednesday, September 3, 2014

10 Buku Yang Mempengaruhi AmanWan

Nama aku telah di-tag oleh Nazry Salam, Irfan Foner dan Hasif Rayyan untuk buat list ini. Kalau nak ikutkan, 10 buku tidak cukup kerana ada banyak lagi buku yang memberi impak sepanjang menjadi seorang pembaca.

Tapi, 10 buku yang aku list ini adalah 10 buku yang menjadi PUNCA PERTAMA perubahan fasa dalam hidup aku. Ok, ini dia:


1) DRAGON BALL - AKIRA TORIYAMA 
Nak kata apa lagi, aku membesar dengan komik ini. Malah, minat melukis juga lahir kerana komik ini. Lukisan ketika darjah 3 yang paling dibanggakan. Lukisan tanpa-tekap watak Gohan tanduk Raditz! Hehe!

2) MENJADI SELEBRITI YOUTUBE - ALIF FIRDAUS AZIS
Setelah membaca buku inilah aku mula cuba-cuba rakam vlog pertama aku dan masukkan di youtube. Bila aku down, aku baca buku ini untuk naikkan semangat. Menjadi youtuber memang memberi impak kuat dalam karier aku sekarang ini!

3) THE SAGA OF DARREN SHAN - DARREN SHAN 
Dulu aku beli buku ini secara random hanya kerana mahu belajar English. Tak sangka akhirnya terbeli 12 buku semuanya (dan koleksi Darren Shan yang lain)! Elemen seram, lawak, ngeri, seronok bergabung bersama. Siri ini juga banyak adegan watak baby dan budak-budak dibunuh kejam! Aku suka! Tidak klise!

4) WASABI - KEITH CHONG 
Aku masih ingat lagi ketika mula-mula mahu jejakkan kaki ke dalam industri komik, aku jadikan komik Wasabi sebagai rujukan. Komik ini lah aku rujuk cara mahu lukis panel yang betul, perspektif yang betul, anatomi watak, ekspresi yang kelakar dan lain-lain. Habis lunyai komik ni sekarang. Memang terbaik!

5) BAKUMAN - TAKESHI OBATA 
Komik ini memang 1 fenomena. Kerana komik ini la, aku mula bergaul lebih kerap dengan kawan pekomik yang lain. Malah, kami turut terpengaruh hingga tubuhkan geng RevGang yang kononnya Team Fukuda! Sekarang ini, semua ahli RevGang sedang berjaya dalam bidang masing-masing. Ah, memori~

6) PENULIS YANG DISAYANG TUHAN - BAHRUDDIN BEKRI 
Karya Encik Baha memang kesemuanya bermakna dan buatkan aku berfikir lama setelah habis baca. Buku pertama yang membuatkan aku meminati karya Encik Baha adalah 'Dimana Terangnya Bulan'. Tetapi, novel ini memberi impak terhadap persepsi aku pada dunia penulisan, matlamat hidup, falsafah-falsa.....Ah, Bahruddin Bekri yang tulis kot! Tak payah nak explain lagi. Memang A+++!

7) MR RIGHT SELEBRITI - AIN MAISARAH 
Walaupun aku penulis bersama Kak Ain, tetapi aku juga seorang Blnkers (gelaran untuk pembaca buku BLINK)! Buku pertama yang aku baca adalah 'Aku Mahu Popular', tetapi novel Mr Right ini memngubah persepsi aku terhadap novel Chick Lit! Mungkin kerana novel ini lebih kena dengan usia aku berbanding siri Aku Mahu. Novel ini aku habiskan dalam masa 5 jam dan menjadi punca pertama aku meminati novel cinta sekarang. Ops! Haha!

8) TESORO - NATSUME ONO 
Ini adalah kompilasi komik-komik pendek yang sangat meaningful, heart warming dan sweet! Aku suka gaya lukisannya, aku suka ceritanya yang membuatkan aku berfikir dan tersenyum sendiri. Sememangnya mengubah prinsip aku dalam melukis komik. Supaya dapat melukis komik yang memberikan inspirasi dan senyuman kepada pembaca. Amin!

9) CONTAGIOUS - JONAH BERGER 
Selain kawan pekomik dan novelis, aku juga dikelilingi oleh orang-orang bisnes. Buku ini adalah buku marketing pertama yang (dicadangkan) aku beli, baca dan membuatkan aku gila suka pada bisnes! Sekarang kalau pergi kedai buku, asyik cari buku marketing lagi dan lagi! Memang betul-betul terpengaruh!

10) LAWAK SEKOLAH - AMAN WAN 
Aku dengar, pelukis buku ini hensem. Sebab itu aku suka. Hihihi! Ya, ini buku aku (bersama Azanil Fitri dan Ain Maisarah), tetapi kehadiran buku ini sering memberi kekuatan pada aku. Aku bawa kemana-mana saja, dan baca banyak-banyak kali. Inilah cara untuk beri aku kekuatan meneruskan impian menjadi pekomik yang berjaya. InsyaAllah! Lagipun, apa salahnya meminati karya sendiri. Kan? Kan?

Pehh...habis sudah. Ada banyak lagi buku-buku yang aku baca memberikan impak besar. Semua buku ada peranannya. So, pergi baca buku cepat! NOW!

-out-

p's: sekarang ini aku sedang struggle siapkan nomik Lawak Sekolah ke-5. Tapi masih ada masa main tag. Memang cari nahas!! @____@

Monday, September 1, 2014

Minat dan Passion Baru


Serius, Aman tak expect untuk ada passion yang kuat terhadap public speaking.

Even, Aman dulu memang tak suka kedepan dan bercakap. Lagi selesa duduk di rumah melukis seperti introvet yang lain.

Tapi, sejak Aman telah jelajah lebih dari 120 buah sekolah, Aman mula rasa teruja. Teruja memberikan talk, teruja melihat wajah dan penerimaan audience, dan teruja untuk berkongsi segala cerita yang boleh menginspirasikan semua.

Sebagai pelukis, Aman pernah bercakap di hadapan pelajar sekolah mempromosikan buku.

Sebagai youtuber, Aman pernah bercakap di hadapan kamera mempromosikan idea.

Tapi, ini tetap 1 cabang baru. Dan Aman mahu jadi berjaya dalam bidang ini juga.

InsyaAllah.

^___^

-out-

Monday, August 25, 2014

CERITA PEMBIKINAN VS CERITA TAYANGAN

Saya pernah didatangi seorang usahawan tempatan yang sedang mempromosikan filem animasinya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sebagai seorang penggemar animasi, sudah tentu saya agak teruja.

Pada masa yang sama, saya turut tertanya-tanya tentang keistimewaan animasinya ini. Katanya, animasinya ini merupakan 100% buatan tempatan. Dihasilkan oleh anak-anak tempatan. Proses editing dan rendering juga oleh syarikat-syarikat tempatan. Segalanya tempatan.

Kemudian, saya dipertontonkan trailer filem itu. Saya hanya diam dan tersengih sahaja.

Berdasarkan trailer itu, saya langsung tidak faham apa yang mahu disampaikan. Hanyalah sekilas babak-babak yang dianggap 'cun' digabungkan bersama dalam 1 minit setengah. Sama seperti trailer filem-filem aksi yang hanya 'menjual' aksi gaduh, tumbuk dan tembak semata-mata.

Semasa trailer itu dipertontonkan, usahawan itu menekankan lagi bahawa segalanya adalah 100% buatan tempatan. Ciptaan anak-anak dan syarikat tempatan!

Adakah saya akhirnya tonton filem ini? Tidak.

Adakah saya tidak sokong filem buatan tempatan? Tidak, saya sokong. Saya tengok filem Geng Upin Ipin di panggung. Malah, ketika kecil juga saya menonton Silat Lagenda di panggung sebelum ianya ditayangkan setiap bulan Syawal.

Kenapa saya tidak tonton filem ini? Mudah. Saya penggemar animasi. Saya penggemar filem. Saya cuma mahu ke panggung untuk menonton jalan cerita yang menarik. Cerita yang boleh saya hebahkan pada kawan-kawan selepas menonton.

Tetapi, kebanyakan orang lebih mementingkan keseronokan dan kehebatan disebalik pembikinan cerita berbanding cerita yang mahu disampaikan.

Pada akhirnya, saya tidak peduli ia buatan 100% tempatan atau tidak. Saya tidak peduli ia dihasilkan pada tempoh yang lama atau sekejap. Yang saya peduli, jalan cerita yang memuaskan dan menghiburkan hati saya yang sedang makan popcorn di atas sofa empuk.

Jadi, jual pada saya JALAN CERITA yang meyakinkan. Bukan cerita tentang PEMBIKINAN.

Saya pastinya akan sedia untuk sokong dan menonton.

Tuesday, July 1, 2014

Kemanisan yang Baru


Umur meningkat lagi. Sekarang ini waktu struggle. Mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. 

Aman masih lagi dalam proses percubaan. Percubaan dalam karier, dalam hidup, dalam masa depan. Harapnya semuanya berjalan lancar.

Apapun, tahun ini Aman bercadang untuk cuba sesuatu yang dah lama Aman nak cuba. Tarikh hari ini menjadi detik permulaan.

Semoga journey ini tidak terhenti separuh jalan. Semoga kemanisan diakhirnya akan dapat dirasa juga. Hihihi!


-out-

Monday, June 23, 2014

Aku yang Rendah, Kau yang Tinggi.

Aku akui aku bukan pengkarya yang hebat. Karya aku belum cukup sempurna. Ada lukisan pelik sini dan sana.

Tapi aku bukan pengkarya tahap sampah.

Mungkin sekarang aku boleh direndah-rendahkan. Kerana kau hebat sekarang kan? Kau terpelajar dan bijak segalanya. Impian kau lebih mulia.

Namun suatu hari nanti, bila impian aku mula menjelma. Aku akan hebat juga. Walaupun tidak sempurna. Tetapi lebih sempurna dari apa yang kau ada.

Masa itu aku boleh rendah-rendahkan kau.

Tapi aku tak mahu.

Aku akan sokong kau sampai kau hebat juga. Sampai kau rasa cukup sempurna dan gembira.

Sebab aku tak sekejam itu. Aku hormat pada namanya impian. Kerana aku seorang kawan.

Yang hari ini kau rendah-rendahkan.

-out-

Wednesday, May 14, 2014

Lawak Sekolah, buku keempat!

Ok. Seminggu lebih dah berlalu sejak habis Pesta Buku Antarabangsa 2014 hari tu.

 Aman tak mahu nak komen banyak. Setiap Pesta Buku, setiap tahun, adalah sesuatu yang happening, special dan best bagi Aman. Spend masa 11 hari, lebih dari 10 jam setiap hari bersama geng dan tim yang awesome... memang sangat fun! Tapi penat...TETAPI SERONOK WEHHH~!! XDDD

Okei apa yang paling best tentang Pesta Buku ialah....akan ada buku terbaru~!!! Apa lagi kalau bukan.... nomik LAWAK SKEOLAH #4: BELAJAR BERSUKAN~!! Yeahh~!! Seperti yang pernah Aman cerita dalam post sebelum ini, pada awalnya Aman rasa memang tak sempat nak siap. Tapi selepas Tuan Pengurus BLINK push Aman dengan arahan "Sehari WAJIB SUBMIT 3 pages!!", terus Aman laju macam roket! Alhamdulillah!

Apapun, penerimaan pembaca buat masa ini agak baik. Setelah 3 tahun melukis nomik Lawak Sekolah, siri ini kini sudah ada fanatiknya sendiri. Ada pembaca yang mula jatuh cinta dengan watak Robita dan geng. Ada yang mula beremosi dengan konflik watak, dan ada yang sudah mula memberikan idea-idea dan harapan untuk siri seterusnya. ^____^

Sememangnya, penerimaan positif ini sangat menggembirakan Aman. Aman tahu, siri Lawak Sekolah masih belum cukup kuat untuk menjadi sebahagian dari hidup kanak-kanak Malaysia. Tapi, Aman berharap kisah Robita ini akan sentiasa menjadi hero dan harapan untuk mereka membesar.



Siri Lawak Sekolah hanya ada 10 buku sahaja. Ia dijangka tamat pada tahun 2016. Tapi, tamatnya siri Lawak Sekolah bukan bermakna tamatnya kisah Robita, Bard, Nera, Noru dan Faezah. Ia baru permulaan untuk pengembaraan mereka yang lebih jauh dan mendalam.

InsyaAllah~!!

^_____^

Thursday, April 17, 2014

Penulis Selebriti atau Selebriti yang Menulis?

Lately, Aman terfikir juga. Tentang karier diri Aman ni. Mana yang Aman nak pilih. Komik atau video?

Aman enjoy buat dua-dua. Video adalah antara faktor besar yang mengangkat nama Aman kepada umum. Tetapi, komik sudah menjadi passion Aman sejak dulu lagi.

Tiada masalah untuk lakukan dua-dua. Namun, fokus itu perlu. Aman perlu fokus pada 1 dan 1 lagi hanya jadi sampingan. 

Antara idola dan mentor Aman ialah Kak Ain Maisarah. Kak Ain Maisarah sudah bergelar Penulis Selebriti. Penulis Selebriti ini bukanlah penulis pasif yang hanya berada dibelakang tabir semata-mata. Tengok saja bagaimana Kak Ain 'memasarkan' karya dan dirinya. Kak Ain mempunyai bakat menulis yang sangat dekat di hati pembaca remaja dan ditambah pula gaya bercakap, bergaya, dan berinteraksi ala-ala selebriti membuatkan Kak Ain disayangi pembaca.

Aman pula sebaliknya. Aman 'memasarkan' diri sebelum berkarya. Sekiranya Kak Ain adalah Penulis Selebriti... Aman pula ialah Selebriti yang Menulis/Melukis... (ok, takdelah selebriti semacam Aaron Aziz tu..Selebriti youtube je.. itu pun dulu-dulu.. sobs~)

 

Ramai follower Aman juga berkumpul di Facebook adalah mereka yang mahu menonton diri Aman sebagai seorang pelawak atau youtuber. Tidak ramai di dalam Facebook itu yang mahu membaca karya Aman.

Satu hakikat yang Aman kena terima... Penonton dan Pembaca adalah 2 individu yang berbeza. Tak semua mereka ini boleh bersatu...

Ini bermakna, jika Aman mahu tentukan kerjaya diri Aman... Aman kena pilih. Mahu jadi yang mana satu...

Tapi serius. Aman suka jadi pekomik.

^___^

-out-

Tuesday, April 15, 2014

Cabaran & Tekanan Lawak Sekolah 4

Alhamdulillah!

Setelah bergelumang dengan kesibukan, rasa serba salah, kemurungan, akhirnya SIAP juga karya terbaru LAWAK SEKOLAH yang ke-4 iaitu Lawak Sekolah: Belajar Bersukan~!!! Wee~!! (sambil menari lagu berjudul "Happy"...~!!)

Yup, melukis komik ini memang tidaklah sentiasa senang lenang. Memang kena fokus, disiplin dan beri tekanan! Tetapi, benda-benda beginilah yang fun. Tekanan yang menyeronokkan. hehe!

TEKANAN MELUKIS LAJU-LAJU

Serius Aman cakap, Aman mula-mula sudah giveup untuk siapkan. Tetapi bila dapat motivasi dari penulis lain, geng2 BLINK, dan terutama sekali bila Tuan Pengurus push, barulah Aman kuat semangat semula!

Memang Aman sangat berterima kasih la pada Tuan Pengurus sebab sanggup push Aman sampai macam ini. Tuan Pengurus kata, Aman mesti WAJIB submit 3 pages komik SETIAP HARI! Atau tindakan lebih berat bakal dikenakan. (potong gaji mungkin. sob sob!)

Dengan perasaan stress ini lah Aman bekerja bagai gila turbo sehabis mungkin! Walau hampir setiap hari Aman pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat talk, kerja tetap kerja. Dalam kereta pun melukis! Sambil tunggu budak rehat di sekolah pun Aman lukis! Lukis bila ada waktu lapang even sekejap!

Dan berbaloi juga akhirnya bila Aman sempat siapkan (walau dah langgar deadline) sebelum Pesta Buku nanti. Dengar cerita, hari ini nomik Lawak Sekolah sedang berada di kilang cetak untuk urusan pencetakan. Yeayy!!

APABILA PEKOMIK JADI EDITOR


Paling istimewa untuk nomik kali ini ialah hampir 90% dihasilkan oleh Aman. (kecuali toning sebab Aman tak reti toning lagi) Bila dah siap melukis komik, Aman siapkan dialog dan terus beri pada Kak Ain untuk semakan. Sambil itu, Aman juga belajar menghasilkan bubble dialog dan layout sendiri untuk nomik ini.

3 nomik sebelumnya kami upah editor lain, tetapi sebab masa dah sangat singkat, Aman perlu buat semuanya sekali! Memang banyak kerja tapi memang pengalaman yang fun!!

Alhamdulillah, software Mangastudio ni memang mudah dan Aman dapat siapkan dalam masa 2 hari saja. Yeay lagi!!


LAWAK SEKOLAH 5 MENYUSUL

Setiap kali melukis nomik Lawak Sekolah (sudah ada 4 nomik sekarang ini) pastinya Aman menghadapi isu mengejar/langgar deadline ini. Ini bukan 1 benda yang sihat. Sebab bila deadline dilanggar, kerja jadi lebih stress, perlu siap lebih cepat dan kualti juga mungkin drop jika tidak berhati-hati.

Lagi menyedihkan bila ada beberapa scene yang terpaksa dibuang kerana nak memendekkan cerita supaya lebih cepat siap. Ahhh! Tak suka bila benda macam itu jadi!

Jadi, Aman terus buat keputusan untuk sambung melukis buku ke-5 secepat mungkin. Aman sudah rehat 1 hari selepas siap buku ke-4. Sekarang ini, Aman sudah membuat research dan perbincangan untuk buku seterusnya. (Lawak Sekolah: Belajar Berkhemah menjadi tajuk pilihan. hehe)


Aman bajet, sebelum tahun 2015 menyusul, Buku ke-5 dan Buku ke-6 mesti siap PUBLISH! Ini bermakna, buku ke-7 bakal bertemu di Pesta Buku seterusnya. Yosh!

Memang banyak kerja, tapi melihat hasil kerja kita dibaca oleh ramai orang adalah 1 perkara yang memuaskan hati. Jadi, tiada hal!

Go Aman Wan Go!

Doakan Aman ya! Hehehe!

-out-

p/s: Tak sempat nak buat vlog. Mahu fokus nomik dulu. Capai impian, kemudian baru capai hobi. ;)

Friday, March 28, 2014

Mara dengan Pantas!

Serius, bulan ini aku superbly sibuk baq hang!

Pada post lepas, memang aku sangat gelabah takut tak sempat siap komik. Aku mengadu pada Tuan Pengurus tentang hal ini. Tapi Tuan Pengurus kata masih sempat! Dan bantu aku push diri ni untuk siapkan.

Alhamdulillah, walaupun masih belum sepenuhnya siap lagi. Tapi at least aku dah mula nampak harapan!!

Sekarang ni, 50 pages komik sudah diberi pada editor untuk proses toning. Kaver juga sudah siap lukis dan sudah diberi pada kaleris untuk warna. Komik pula tinggal lagi beberapa pages nak lengkap!

Tapi, untuk nomik Lawak Sekolah 4 ini juga, Aman terpaksa belajar buat layout dan bubble dialog sendiri. Kalau beri pada editor takut tak cukup masa. Awal bulan April sudah mahu print...huhuhu!

Apapun, apa yang Aman perlu sekarang adalah pantas! Pantas! dan Pantas!!

Semoga segalanya dipermudahkan.


Amin!

^__^

-out-

Sunday, March 9, 2014

Sempat atau tak?

Serius. Banyak gila event best yang aku dapat. Moment best yang aku nak cerita. Tapi smeua tak sempat nak taip dalam blog. huhu.. rugi betul..

Tapi, bukan topik itu yang aku nak cakap sekarang. Tapi, ini tentang nomik Lawak Sekolah yang ke-4. Sempat atau tak nomik ini siap sebelum Pesta Buku 2014...??

Serius. Bagi aku memang banyak lagi progres nak kena buat. Lepas habis je buku ke-3, aku ambil masa rehat sekejap dari stress. Kemudian sambung rangka cerita dan lukis untuk buku ke-4 dari awal Januari. Aku tau, memang agak lambat. Aku sepatutnya start awal lagi. Huhu

Masalah sekarang... Pesta Buku berlangsung akhir bulan 4. Aku paling kurang ada 10-15 hari saja untuk siapkan lukisan. (padahal dah langgar deadline kaw-kaw dah ni...) Komik ada dalam 30 pages lebih. (sepatutnya 40 lagi..tapi kena cut-cut scene sebab nak cepat..)

Entahlah. Aku tatau sempat siap atau tak. Rugi wooo kalau tak masuk Pesta Buku. Itulah tempat yang mahsyuk untuk jual buku.

Ok la. Ni pun aku ambik masa rehat jap untuk update blog yang super bersawang ni. Nanti aku update lagi.

DOAKAN AKU SEMPAT SIAP YA~!!! >____<

 **Big Boss sudah tanyaaaaa!! "Aman macam mana komik??" Habislah aku...huhuhu

-out-

Wednesday, January 1, 2014

Sepanjang 2013

Tahun baru 2014.

Wow..serius masa rasa cepat berlalu. Tapi tak bermaksud tak banyak perkara yang dah berlaku. Tahun 2013 sememangnya 1 moment yang agak struggle bagi aku. Tahun aku mengenal diri, baiki diri dan cuba disiplin diri. Yea....part disiplin itu aku masih lemah. Tapi ada banyak juga achievment aku untuk 2013 yang aku banggakan. hehe.

1) 2 buku Lawak Sekolah diterbitkan. Serius aku agak kagum. Walaupun bukan pencapaian terbaik, tapi aku dapat juga push diri untuk siapkan 2 buku dalam tahun 2013. Tahun 2014, aku nak target 3 buku minimum!

2) DVD sulung diterbitkan. Yup! Tak terlintas dalam fikiran aku untuk ada karya dalam bentuk DVD. Walaupun karya DVD sulung ini, aku hanyalah cameo, tapi aku juga pengarahnya dan editornya. Segala penat lelah sangat berbaloi!

3) Bilik dan studio baru. Sampai ke hari ini, aku masih sangat suka dengan bilik baru aku. Aku suka bilik itu dipenuhi rak buku, aku suka ia sejuk, aku suka warna kayu dan warna putih bilik tu, dan aku suka cahaya terang masuk. Bilik ni adalah 1 tempat yang sangat terbaik bagi aku!

4) Aku dapat kakak ipar. Haha, maybe tak lah memberi impak sangat. Tapi bertambahnya 1 lagi ahli keluarga, agak nice juga. Walaupun buat masa sekarang, aku dengan kakak ipar masih awkward lagi, but its ok. Yang penting, tahun 2014 nanti aku jadi pakcik!

5) Jelajah Sekolah Negeri Blink. Yup, aku dah mula menjelajah ke sekolah-sekolah luar negeri seperti Johor dan Pahang. Memang aku sangat enjoy out station 2-3 minggu macam ni. Hangout dengan geng Blink dan setiap hari pergi sekolah. Best walau penat. Tapi snagat berbaloi. ;)

6) Pencapaian paling utama aku ialah.... AKU SUDAH MEMANDU~!!! Yup, aku sangat lah anti pada kereta sebelum ini. Tapi sejak mula drive ke Johor, aku mula ada semangat. Tapi agak rugi bagi aku kerana timing aku suka memandu tak kena. Minyak tengah naikkan. Yup, pokai beb...

Apapun, 2013 adalah tahun yang fun. Dan tahun aku arrange kehidupan aku. Umur pun dah 26. Tahun 2014 ini, aku perlu lebih serius lagi. Aku agak puas dengan pencapaian lalu, tpai aku mahu lagi. Yang paling penting, aku berharap Allah jadikan aku orang beriman dari hari ke hari.

Semoga aku tak terpesong lagi dari ajaran dan kasih sayang-Mu.

Amin.

:)