Thursday, April 17, 2014

Penulis Selebriti atau Selebriti yang Menulis?

Lately, Aman terfikir juga. Tentang karier diri Aman ni. Mana yang Aman nak pilih. Komik atau video?

Aman enjoy buat dua-dua. Video adalah antara faktor besar yang mengangkat nama Aman kepada umum. Tetapi, komik sudah menjadi passion Aman sejak dulu lagi.

Tiada masalah untuk lakukan dua-dua. Namun, fokus itu perlu. Aman perlu fokus pada 1 dan 1 lagi hanya jadi sampingan. 

Antara idola dan mentor Aman ialah Kak Ain Maisarah. Kak Ain Maisarah sudah bergelar Penulis Selebriti. Penulis Selebriti ini bukanlah penulis pasif yang hanya berada dibelakang tabir semata-mata. Tengok saja bagaimana Kak Ain 'memasarkan' karya dan dirinya. Kak Ain mempunyai bakat menulis yang sangat dekat di hati pembaca remaja dan ditambah pula gaya bercakap, bergaya, dan berinteraksi ala-ala selebriti membuatkan Kak Ain disayangi pembaca.

Aman pula sebaliknya. Aman 'memasarkan' diri sebelum berkarya. Sekiranya Kak Ain adalah Penulis Selebriti... Aman pula ialah Selebriti yang Menulis/Melukis... (ok, takdelah selebriti semacam Aaron Aziz tu..Selebriti youtube je.. itu pun dulu-dulu.. sobs~)

 

Ramai follower Aman juga berkumpul di Facebook adalah mereka yang mahu menonton diri Aman sebagai seorang pelawak atau youtuber. Tidak ramai di dalam Facebook itu yang mahu membaca karya Aman.

Satu hakikat yang Aman kena terima... Penonton dan Pembaca adalah 2 individu yang berbeza. Tak semua mereka ini boleh bersatu...

Ini bermakna, jika Aman mahu tentukan kerjaya diri Aman... Aman kena pilih. Mahu jadi yang mana satu...

Tapi serius. Aman suka jadi pekomik.

^___^

-out-

11 comments:

Unknown said...

Teruskan berkarya aman..insyallah ade rezeki nti tu..btw video yg kt utube tu la yg membuatkn sy mgenali awk.lps tgk video tu trus sy cari siapa sbnrnya aman wan ni..so,jgn putus asa..kami peminat awk akn sntiasa sokong awk dr blkg

Aman Wan said...

Terima kasih Norazura! Itulah yang Aman dalam dilema. Aman memang minat pelukis komik dari kecik. Tapi alhamdulillah, bidang video yang menaikan nama Aman.

Jadi, bila masa sudah sangat sesak. Aman terpaksa pilih salah satu. Kalau boleh tidak mahu hampakan follower video jika Aman memilih menjadi pekomik full time...

Apapun, thanks sebab sudi sokong Aman dan karya Aman yang tak seberapa ni. Sangat berbesar hati. Terima kasih ya! :')

Anasyg said...

Saya setuju :) member saya yg kenalkan kat video2 aman wan kat youtube. Then bila dapat tahu aman melukis komik macam bonus plak. Sbb pandai amik hati orang dlm video lawak kat utube n pandai melukis lagi kan.
#fakta yg peminat fb nak tengok video2 aman wan instead of komik tu ada betul kut. anyhoo, teruskan berkarya. Ada je peminat aman wan yg support dlm diam. *count me in :)

Aman Wan said...

Thanks banyak-banyak Anas!! Aman pun berharap ada lebih kekuatan dnamasa untuk imbangkan dua-dua. Tengok macam mana nanti. Mungkin akan datang Aman akan pantas buat komik dan video serentak. Hope begitulah!

Thanks for the support n doa! ^__^

Awi Conteng said...

Ape2 yg ko pilih... aku ok je... dua2 ko hebat..yg pnting cukup rehat...huhu... gudluck wan

Unknown said...

Abg Aman..mane video?,lambatlah keluar,abang da tak buat video ker?..huhu saya suka tengok video2 abang..abang..abang..abang.. ^^

cEro said...

Secara peribadi, aku lg suka ko yg sebagai penulis/pelukis drpd dlm video...
Tp semua bergantung kpd kepuasan diri jugak...
Mana-mana pun okey je...

Good luck!

Anonymous said...

salam bro.. aku teringin gak nk buat duit sampingan terbitkan komik sendri.. masalahnyer celah mana nk terbit komik sendiri.. tak nampak ruang.. takat perabih kertas ngan dakwat pen buan karen je.. member2 lain smua dah buat duit.. aku je masih blajor lagi.. kot2 leh tolong hambo insan yg lemah ini.. ni sample komik bodo aku lukis ;- kot2 leh tolong bgi idea mcm manank terbitkan komik http://freewebcomic.com/2012/01/vs-kartunis-indie-kapio-melayu-malaysia-gengster/

Ikhmal Zikry said...

Kalau tak kerana video iKLan Gengster abang Amanwan tu, saya takkan kenal abang. Dari video tulah, saya mula tonton setiap satu vlog abang dan cuba belajar untuk breakout kat YouTube. So, kat situ, nampak satu kelebihan abang Amanwan. Cara abang vlogging tu dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (termasuk dapat mempromosikan komik-komik abang).

Begitu juga dengan Lawak Sekolah. Bila saya pertama kali beli Lawak Sekolah yang pertama, saya tertarik melihat kreativiti abang mengolah jalan cerita dan sebagainya. Sehinggakan saya berminat untuk lebih banyak mendekati komik-komik dan novel-novel tempatan termasuk novel-novel Kak Ain Maisarah.

Jadi, kesimpulannya, tak kira lah apa pun keputusan yang abang pilih, saya tetap sokong abang. Cuma perlu ada kesempatan masa je. Mungkin bila abang Amanwan puas hati dengan beberapa siri komik, abang Amanwan boleh jenguk-jenguk peminat di youtube dengan buat vlog ringkas. Ataupun abang boleh buat vlog sambil melukis komik, itupun kalau tak menggangguku konsentrasi.

Anyway, good luck and you have my support! ^____^

amin said...

Hihi.. Abang Aman mmg hebat!

- www.aominecchi.blogspot.com -

xjd7410@gmail.com said...

20151010 junmda
michael kors outlet
ugg outlet store
Coach Factory Outlet Private Sale
michael kors handbags
Ugg Boots,Ugg Boots Outlet,Ugg Outlet,Cheap Uggs,Uggs On Sale,Ugg Boots Clearance,Uggs For Women
louis vuitton outlet
Louis Vuitton Bags On Sale
air max 95,nike golf,nike janoski,air max 1,nike canada,nike plus,nike shox,nike factory store
ugg boots
cheap uggs
Coach Factory Outlet Private Sale
ugg boots sale
coach outlet
Louboutin Red Bottoms Shoes Outlet
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
Louis Vuitton Bags On Sale
Michael Kors Outlet Sale Clearance
Abercrombie & Fitch Factory Outlet
ugg boots australia
Lebron James Basketball Shoes Sale
coach factory outlet
michael kors bags
ugg boots sale
tory burch outlet
Gucci Outlet Online Sale
michael kors handbag
air max 90
Michael Kors Outlet Online Mall
timberland boots for women
coach outlet online