Saturday, June 13, 2015

KAFE KHENIT kini dibuka!


Sudah lama tidak melukis untuk majalah komik. Paling akhir ialah pada tahun 2012. Masa tu Aman melukis komik LABUBULA untuk majalah G3. Namun oleh sebab kesalahan Aman, komik itu tak sempat habis pun di dalam majalah tu.

Bulan lepas, Aman tiba-tiba dapat 1 mesej dari editor majalah The Amazing Awang Khenit ni. Bertanyakan tentang peluang untuk melukis dalam majalah mereka yang masih baru. Peh! Memang 1 peluang yang best! Lagipun, siapa je yang tak pernah tengok animasi Awang Khenit kan? Animasi yang cukup lawak sama macam baca APO atau Ujang!

Cuma pada awalnya Aman ragu-ragu sekejap. Takut kalau Aman buat komik bersiri, komik itu tiada ending sama seperti komik LABUBULA yang pernah Aman hasilkan dulu. Lagipula, editor minta komik yang berwarna. Aman tidak selalu kaler artwork. Jadi, takut juga kalau susah...

Akhirnya, Aman terima juga tawaran ini. Bagi Aman, Aman sudah masuk dalam industri komik sejak tahun 2009. Hampir 6 tahun dan takkan asyik mahu di tahap selamat je. Sebab itulah, Aman anggap tawaran ini adalah tawaran yang baik untuk Aman berlatih improve diri Aman untuk berkarya ke tahap atas lagi. Satu cabaran ni!

Berkenaan melukis komik bersiri, Aman akhirnya decide untuk lukis 1 siri sitcom. Iaitu siri yang tiada cliffhanger di hujung komik. Nak baca tak ikut turutan pun boleh. Aman sangat selesa dengan konsep begini. Komik apa? Haaa...oleh sebab Aman ni peminat sitcom 2 Broke Girls, kisah 2 minah bimbo yang buat kedai cupcake, jadi Aman pun buatlah komik bertajuk KAFE KHENIT!

Cumanya, watak KAFE KHENIT ini adalah tentang seorang minah yang serabut dan gila-gila, bekerja pula dengan seorang minah yang pendiam tapi pembersih tahap dewa dalam 1 kafe comel penuh cerita suka duka! Konfem lawak dan kiut-kiut aje ceritanya! Hihihi!

Hope korang akan suka dengan komik KAFE KHENIT ini. Nanti komen-komenlah kalau sudah baca ya. InsyaAllah Aman akan improvekan diri lagi. 


Dengan ini, Aman mengumumkan, komik KAFE KHENIT....

......kini dibuka!

Selamat membaca!

-out-