Friday, July 3, 2015

Birthday Berhantu

Umur sudah 27.

Ah, entah kenapa setiap kali besday datang, Aman pasti akan persoalkan diri "Apa perbezaan diri kau berbanding tahun lepas?"

Perbezaan? Hanya kurus 1 kg. Itupun sebab puasa. haha!

Walau apapun, besday Aman tahun ini memang tidak tenang dibuatnya. Manakan tidak, tahun ini juga Aman berjinak-jinak untuk menulis novel. Di saat semua rakan sebaya ada baby manusia, Aman hanya menambah baby karya je. Hihi.

Nak dijadikan cerita, tup tup deadline yang diberi adalah pada hari jadi Aman sendiri. 1 Julai 2015.

Nak dijadikan konflik pula, Aman tak siap tulis pada tarikh tu.

Haaa... tak kemain cuak diri ni menaip pantas! Dari sahur hingga ke sahur esok harinya asyik duk menaip cerita.

Alhamdulillah! Setelah diberi extra 24 jam, Aman dapat juga siapkan novel sulung Aman ini!! Weeee~!! Aman diberikan peluang untuk menulis cerita seram. Hah! Memang faveret!

Aman mula meminati novel dengan membaca karya-karya Darren Shan yang dikenali sebagai penulis novel horror nombor 1~!! Dari dulu lagi Aman memang mahu hasilkan cerita seram-seram, ganas-ganas seperti Darren ini. Walaupun novelnya agak ganas, tetapi tetap ada value, humor dan mesej yang buatkan Aman berfikir.

Itu yag Aman suka dnegan karya Darren Shan. Itu yang Aman jadikan dia sebagai salah seorang idola dalam dunia penulisan.


Oh, ironinya! Besday Aman jatuh pada 1 Julai. Aman submit novel (dan bergelar penulis seram) pada hari berikutnya iaitu 2 Julai. Dimana itu adalah besday Darren Shan! Weeee~!

Sudahlah kami ini sama-sama Abang Tembam, sama-sama juga menulis cerita seram!

Hehehe!

Aman berharap, moment ini adalah detik permulaan untuk karier Aman sebagai penulis pula dalam industri buku di Malaysia ini. Seronok juga mencuba sesuatu yang baru setiap kali.

Doakan Aman sukses ya!

-out-

p/s-- Di atas itu adalah kaver mockup sahaja. Tajuk novel? Biarlah rahsia buat sementara.. hihihi

5 comments:

Artzam said...

Wah! seorang Penulis Novel sekarang abam AmanWan..Tahniah!! sy sokong selalu abam..^^

Aman Wan said...

Zam-- Tenkiu Abang Tailong! Malik juga salute sama Abang tailong punya mat2 komik. Pawer!

Unknown said...

Inilah yang dinamakan takdir... rupa2nya si Darren ni jiran sebelah je lah ye.. huhuh.. sukalah tu...

well, a step ahead it is in terms of your progress.. from a comic artist to a budding novelist. Alhamdulillah.

Unknown said...

jianbin1006
true religion jeans
polo ralph lauren
kate spade outlet
coach outlet online
supra shoes
christian louboutin shoes
coach factory outlet
nike factory shoes
coach outlet online
michael kors outlet

5689 said...

zzzzz2018.10.25
canada goose jackets
michael kors outlet
champion clothing
christian louboutin outlet
coach outlet
hogan shoes
ecco shoes
pandora
michael kors outlet
mlb jerseys