Thursday, July 23, 2015

Manusia yang Berjalan | PART 2


Kekadang tengah aku berjalan, aku tengok ada orang yang melalui jalan yang lain. Ada masuk sungai, ada masuk hutan. Masa tu aku cuba menyahut.

"Weh, bukan situ jalan nak success. Ikut jalan raya ni ha!"


Ada yang dengar dan ikut kata aku. Tapi ada yang senyum kemudian terus berenang ke sungai dan meredah hutan belantara. Aku pelik awalnya. Diorang tahu jalan itu sukar tetapi kenapa masih lalu situ? Kenapa masih percaya cara itu?

Aku teruskan juga perjalanan di atas jalan tar ini. Bersama beberapa orang yang percaya akan jalan yang kami lalui. Bezanya, ada yang jalan di hadapan, ada yang di belakang. Ada yang berlari, ada yang naik motosikal.

Kemudian, jalan tar yang kami lalui retak dan berlubang. Perjalanan yang aku rasa senang, kemudian mencabar. Ada yang berjalan perlahan-lahan. Ada yang berhenti terus kerana tidak mahu risiko tinggi. Malah ada juga yang terus jatuh ke dalam lubang.

Mana yang sempat aku tarik tangan, aku tarik. Mana yang tidak, aku cuma berdoa mereka akan jumpa jalan yang seterusnya. Jalan tar ini kini rasa sukar sangat untuk dilalui. Aku mula ragu2 adakah ini jalan yang betul. Entah2, masuk sungai atau hutan adalah jalan yang tepat. Kemudian aku melihat di kiri dan kanan.

Hutan di sebelah aku kedengaran ada bunyi ngauman singa. Aku lihat ada yang dibaham, ada yang selamat. Ada yang tersangkut dipokok, ada yang dapat mencantas mudah.

Sungai pula berombak besar. Ada yang tenggelam. Ada yang meluncur dengan tenang. Ada yang diserang jerung. Ada yang berkawan dengan haiwan lautan.

Ketika itu aku sedar. Tidak kiralah ikut hutan, ikut sungai mahupun jalan tar. Setiap laluan ada cabarannya. Setiap laluan ada seronoknya. Yang penting, kami semua sedang menuju ke arah yang sama.

Tanya diri dan kemampuan kita. Kau mampu berenang atau menebas atau pandu kereta? Kau sukakan air atau memanjat atau berlari? Kau kena tanya diri kau apa kemampuan kau dan apa laluan yang KAU SUKA. Kalau kau suka dengan laluan kau, tidak kiralah jalan berlubang, serangan singa mahupun ombak, kau tetap lalui dengan gembira. Ini pengalaman dalam perjalanan kau.

Aku kini faham. Setiap orang laluannya berbeza. Dalam setiap laluan juga mereka akan alami cara perjalanan ang berbeza. Malah, aku lihat, mereka yang jatuh ke dalam lubang ada juga melalui laluan bawah tanah yang tidak pernah aku tahu sebelum ini. Hebat!

Bagi aku, yang penting masing-masing teruskan berjalan.

Aku dan beberapa orang kini meneruskan perjalanan kami. Ada yang mahu masuk hutan. Ada yang mahu mencuba sungai pula. Aku tidak kisah. Kesemua jalan adalah possible untuk berjaya.


Ketika aku sedang berjalan beramai-ramai. Tiba-tiba ada seseorang hentikan perjalanan tiba-tiba. Aku pelik.

"Kenapa kau berhenti di sini? Kejayaan jauh lagi dihadapan sana."


Dia senyum. Tiba-tiba ada beberapa orang kanak-kanak muncul dan memeluk dia. Masa itu dia berkata, "Perjalanan aku sampai sini saja. Ini sudah cukup buat aku gembira."

Aku masih tak mengerti. Aku teruskan juga perjalanan. Kemudian setelah beberapa ketika, ada beberapa orang lagi turut berhenti dengan rela hati.

"Kami sudah sampai. Dan kami gembira ada di sini." kata mereka. Aku bingung. Kenapa mesti berhenti sednagkan kejayaan belum dapat lagi? Aku teruskan perjalanan.


Seorang demi seorang berhenti di destinasi yang berlainan. Tetapi mereka berhenti dengan gembira dan cukup senang hati. Aku masih berlari dengan beberapa orang lagi. Aku kemudian memaling muka melihat ke belakang. Melihat wajah-wajah mereka yang berhenti dan aku tinggalkan.

Wajah mereka bahagia.


Ketika itu aku sedar. Mereka sudah capai kejayaan yang mereka SUKA. Kejayaan yang cukup bagi mereka. Mereka adalah orang-orang yang berjaya. Berjaya dengan cara, situasi yang berbeza. Berjaya dengan apa yang mereka ada.

Aku tersenyum. Kadang-kadang cerita hidup ini bukannya bermula dari A hingga Z. Ia mungkin bermula dari huruf F. Mungkin juga dari huruf L. Malah dia juga cukup hingga huruf P untuk berhenti dan buatkan diri rasa puas hati.

Aku faham sekarang ini. Ada satu masa, apabila kita rasa kita sudah berjaya, tidak kira besar mahupun kecil, ia tetap dinamakan kejayaan.

Aku memandang semula kehadapan. Masih lagi jauh perjalanan. Beberapa rakan aku mengangguk tanda bersedia untuk terus mara.

Kami berlari semula.

Tetapi aku pasti, suatu masa nanti aku akan berhenti juga. Perjalanan terlalu jauh di hadapan. Aku mungkin tidak dapat sampai ke sana. Tetapi apa yang aku janji pada diri ini. Tidak kiralah di mana aku berhenti nanti, aku mahu berhenti dengan perasaan SUKA. Perasaan yang aku rasa,

"Aku sudah berjaya!"


-out-

Manusia Yang Berjalan (part 1)