Monday, December 28, 2015

Peminat dan Diminat

7 bulan sudah berlalu, tapi hari ni baru Aman nak post tentang Pesta Buku PWTC 2015. Lagi beberapa hari je nak masuk 2016. Yeah, sangat produktif! Duh...

Setiap kali Pesta Buku PWTC, adalah 1 moment besar bagi hidup Aman sebagai orang dalam industri buku. Ini adalah waktu kami bertemu dengan pembaca, rakan kerja, rakan saing, malah idola dalam industri!

Tapi, tahun 2015 kali ini, adalah 1 moment yang EXTRA SPECIAL bagi Aman. Ini adalah 1 moment Pesta Buku PWTC yang Aman akan simpan elok-elok dalam memori. Hihihi!

PEMINAT
Alhamdulillah! Seperti yang korang sudah sedia maklum, pada Pesta Buku 2015 ini juga adalah pelengkap untuk siri pertama Lawak Sekolah yang Aman hasilkan! Tak sangka sudah berjaya siapkan 1 siri sebanyak 5 buah nomik ini!

Apa yang Aman perasan pada tahun ini adalah kehadiran tribe atau peminat nomik Lawak Sekolah yang agak ramai! Ada yang datang dengan bawa lukisan-lukisan fanart LS, ada yang bawa hadiah bertemakan LS, ada yang berkongsi pengalaman membaca LS, dan paling menarik ada juga yang datang dengan membawa kesemua koleksi LS dari rumah untuk ditandatangan!


Ya Allah! Serius Aman sangat bersyukur dengan setiap pembaca dan sokongan yang diorang dah beri pada Aman. Setiap senyuman, perbualan dengan mereka-mereka ini cukup menyuntik semangat Aman untuk jadi lebih better, lebih bagus lagi!

Aman selalu cuba hasilkan nomik yang terbaik. Lebih baik dari sebelumnya. Cuma Aman tak expect sokongan dari pembaca sebesar ini. Setiap kali Aman balik dari bertugas di Pesta Buku, Aman termenung kejap. Teringat pada pembaca. Teringat usaha semua. Aman tak sangka. Terima kasih!

DIMINAT
Aman juga merupakan seorang pembaca buku. Sebagai pembaca, Aman juga merupakan seorang peminat. Dalam dunia penulisan dan komik di Malaysia ini, Aman ada beberapa nama yang sentiasa menjadi idola Aman. Yang Aman pandang tinggi. Yang Aman jadikan mereka sebagai inspirasi. Dan Alhamdulillah, pada tahun ini, ada moment-moment special yang terjadi antara Aman dan setiap dari mereka.


KEITH | Kalau korang follow blog ini dan kenal Aman sebelum jadi pelukis, Aman memang sangat-sangat mengagumi karya Keith. Dalam blog ini pun ada beberapa entry yang menunjukkan struggle Aman masa mula-mula nak masuk industri komik Malaysia. Masa tu, komik-komik Keith yang menjadi rujukan utama Aman.

Setiap kali Pesta Buku dan Comic Fiesta juga, Aman akan aim untuk bertemu Keith. Kadang-kadang dapat bergambar, kadang2 dapat tengok dari jauh saja. Tapi, dapat tengok pun cukup buat Aman teruja. Nak dijadikan cerita, pada Pesta Buku tahun ini, Aman diberi tugasan untuk menjaga booth (tahun-tahun lepas Aman jaga diluar. Jadi boleh jalan2) Oleh sebab itu, Aman tidak sempat untuk keluar meronda ke booth lain.

Sedang Aman baca wassap di booth, tiba-tiba ada tangan mencuit bahu Aman. Aman simpan fon dan menoleh macam biasa. Kebiasaannya, pasti ada Blinkers mahu bertegur sapa. Tapi TAK! Bukan Blinkers! Bukan penulis! TETAPI KEITH! PELUKIS LAWAK KAMPUS!

Seriously, perasaan Aman masa tu sangat2 terkejut! Aman tak expect untuk dia kenal Aman (even untuk CUIT bahu lagi!) Jadi Aman macam orang gelabah terjumpa artis. Ah, malu betul kalau difikir muka teruja kodok Aman masa tu. Terus kat-kat situ juga Aman confess kat Keith. "I minat U! Karya U bagi huge impact kat I punya karier! Thank You! Thank You!" Serius. Muka teruja aku huduh giler. Sampai Keith pun nampak terkejut tiba-tiba diserang begitu. haha!

Terus Aman minta bergambar dan hadiahkan nomik Lawak Sekolah terbaru pada dia. Tapi ini pengalaman baru untuk Aman. Lepas je Keith pergi, Aman masih lagi tersenyum sendiri. Badan masing meremang. Tak sangka Keith kenal aku. OMG! ^_____^


BAHRUDDIN BEKRI | Ok. Korang dah dengar kes Aman fanboying pada Keith kan? Tapi tak semua orang yang Aman minat, Aman akan react sama. Encik Baha ini adalah penulis yang bagi impak dalam hidup Aman juga. Pertama kali Aman baca karya dia, ada KLIK terus dalam diri Aman yang kitorang patut jadi Bestfren! haha! Even sebelum Aman berkerjasama dengan Kak Ain Maisarah, Aman ada menanam niat yang satu hari nanti mahu melukis bersama Encik Baha.

Setiap Pesta Buku juga, Aman pasti akan membeli buku Encik Baha supaya ada reason untuk Aman berbual, bergambar dan dapatkan tandatangan. Berbeza dengan Keith, Aman lebih suka act cool dengan Encik Baha. Entah kenapa. Aman rasa kalau Aman fanboy sangat, dia akan takut dan lari nyorok bawah meja. Hahaha!

Jadi, seperti biasa, tahun ini Aman pergi bertemu Encik Baha lagi. Aman pergi dengan Azanil sebab kami berdua memang minat karya Encik Baha ni. Kami berbual-bual dengan dia dan bergambar. Kemudian, Aman berbual dengan beberapa pelukis Komik-M. Tapi Aman nampak Encik Baha sedang sendirian masa tu. "Ah! Ini masa yang bagus untuk berbual dengan dia!" Tapi Aman tak pergi berbual. Aman tatau nak bual apa. Pelik betul. Segan agaknya. Huhuhu!

Ada satu ketika, Aman pergi solat Zohor lewat. Hampir nak pukul 4. Jadi, Aman decide untuk lepak je surau dan tunggu Asar. Masa tu Encik Baha ada kat hujung surau. Seorang diri lagi. PELUANG! Tapi Aman segan lagi. Perasaan ini ialah perasaan respek. Bila kita respek seseorang tu, kita takut nak berbual dengan dia sebab takut kata2 kita akan buat dia annoying. Maybe sebab itu Aman tak berani.

Cuma Aman terfikir. Bila lagi? Setiap kali Aman baca karya Encik Baha. Aman selalu akan terdiam sejenak dan terinspirasi. So, kenapa tidak dapatkan inspirasi dengan tuan punya badan. So, Aman gagahkan diri untuk duduk disebelah Encik Baha.

Aman act super cool masa tu. Macam duduk sebelah member2 je. Hahaha! Tapi dalam hati dub dab! Tapi Aman nampaknya buat keputusan yang betul. Perbualan sempoi bersama Encik Baha selama 20 minit itu pun cukup beri Aman inspirasi dan lebih respek kat dia. Aman juga sempat confess pada Encik Baha yang Aman minat dia lama! Haha! Creepy betul aku ni. Aman bagitau jugak, masa tahun 2010, Aman dah aim untk bekerjasama dengan dia. (Peh! Macamla dia nak kerjasama dengan aku huhuhu) Tapi Encik Baha memang sempoi. Dia memang cool. Bagi cadangan itu ini. 20 minit tu memang happy gila!

Habis je solat Asar, sekali lagi Aman tersenyum seorang. Kalau Encik Baha terbaca post ini, aku tak salahkan dia kalau rasa aku creepy. Thanks sudi berbual dengan Aman!


AIN MAISARAH | Okey, mungkin ada yang kata Aman minat Kak Ain sebab Aman bekerjasama dengan dia. Nope! Kak Ain adalah inspirasi pertama Aman masa mula-mula nak masuk industri buku. Dia adalah ikon penulisan yang berjaya. Walaupun Aman masa tu tak pernah baca karya Kak Ain, tapi Aman selalu follow blog pink Ain Maisarah. Kadang2 ada menyamar jadi perempuan juga letak komen. Haha!

Aman pernah cerita dalam entry-entry lepas bagaimana diri Ain Maisarah itu sendiri membuatkan Aman stay dengan cita-cita mahu jadi pelukis komik walaupun ramai member yang mengecam dan persoalkan. Selepas bekerjasama, dan baca karya Kak Ain, Aman jadi lebih teruja kerana penulisan dan cerita Kak Ain sangat-sangat masuk dengan jiwa Aman!

Sejak dari itu, Aman banyak habiskan masa untuk baca hampir kesemua buku dan novel BLINK. Pada awalnya Aman baca kerana suka, tetapi sekarang ini hasil pembacaan buku-buku BLINK membantu diri Aman menjadi novelis pula. Alhamdulillah!

Ok, kembali pada kisah di Pesta Buku. Berbeza dengan Keith dan Bahruddin Bekri, tahun ini Aman ada bad memory dengan Kak Ain! Waaaaa! Aman demam semasa pesta buku. Jadi, Aman tak boleh dekat dengan Kak Ain. Sebab takut nanti berjangkit!

Kak Ain akhirnya berjangkit. Ah!! Serba salah sangat sepanjang Pesta Buku tu! Malah, tahun ini juga Aman tak berani nak bergambar dan minta tandatangan (Ya, Aman pun Blinkers juga!) pada Kak Ain! Sebab takut nanti jangkitan lagi worst. So, tahun ini, tiada gambar, tiada tandatangan, tiada nak bual2 lama. Ah! Sedih!

* * * * *

Okey lah. Sepatutnya entry blog ini dibahagi dua bahagian. Tapi tak apalah. Aman sekali lagi nak ucapkan terima kasih dan minta maaf pada smeua individu yang hadir berteu atau tidak bertemu Aman. Aman sangat-sangat appreciate segala moment. InsyaAllah, tahun hadapan akan jadi lebih menarik lagi. Amin!



Terima kasih untuk pembaca dan geng yang memberikan hadiah-hadiah pada Aman tahun ini! (gambar KIRI) Wah! Tahun ini paling banyak Aman dapat! Thanks!

Gambar KANAN ini pula buku-buku yang Aman beli sempena Pesta Buku. Bila nak baca? Hontah lah! Buku pesta buku tahun-thaun lepas pun ada tak habis baca. Aishhh...

Thanks semua!

^_____^

-out-