Saturday, December 26, 2015

Untuk 3 Tahun

 

Aman ingat lagi, Tuan Amal selalu pesan bahawa dalam setiap perkara yang kita buat, tempoh yang terbaik adalah 3 tahun. Selepas 3 tahun, KENA upgrade diri.

Itu yang berlaku pada Kak Ain Maisarah. Pada tahun 2007, Kak Ain mula menjadi seorang penulis novel yang bergerak solo. Menghasilkan banyak karya-karya bestseller sendirian. Hanya Tuan Amal di sisi menjadi penyokong setia kepada pembinaan jenama Ain Maisarah itu sendiri.

Setelah 3 tahun, Kak Ain mula upgrade dirinya. Tahun 2010, BLINK mula diperkenalkan dan Kak Ain mula bekerjasama dengan penulis lain. Semakin banyak lagi karya bestseller dihasilkan, semakin tinggi kejayaan diri Kak Ain dan Tuan Amal.

Aman sebagai orang dalam, sentiasa memerhati dan mengidola kesungguhan Tuan Amal dan Kak Ain dalam membangunkan BLINK ini. Dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan kecil ini adalah sesuatu yang besar bagi Aman. Sampai sekarang Aman betul2 bersyukur diberi peluang untuk bersama BLINK. Betul2 bersyukur apa yang berlaku pada 3 tahun lepas...

* * * * *

3 TAHUN LEPAS...

Tahun 2012, Aman mula dijemput dan menyertai BLINK secara official oleh Tuan Amal dan Kak Ain. Ketika itu Aman ditawarkan 2 posisi serentak. Pegawai pemasaran BLINK dan pelukis nomik BLINK. Sebagai seorang yang sedang freelance, 2 peluang itu bagaikan rezeki yang bergolek.

Manakan tidak, Aman ditawarkan kerja dalam bidang buku (yang Aman suka) dan diberi peluang menerbitkan karya (yang Aman lagi suka!). Ketika itu, Aman bekerjasama dengan Azanil Fitri, seorang penulis BLINK senior.

Kerjasama antara Aman dan Azanil adalah 1 perkara yang memang cool. Kitorang sekepala dan senang kerja bersama. Walaupun Aman selalu submit lambat...huhu...  Aman berharap kerjasama kami berdua ini akan terus kekal setiap tahun dan nomik Lawak Sekolah bakal menjadi ikon kepada pasaran nomik pada masa hadapan.

Aman sangat-sangat enjoy 3 tahun Aman bersama dengan BLINK. Banyak yang Aman belajar ketika diri Aman ini bergelar pelukis nomik dan pegawai pemasaran BLINK.


* * * * *

SELEPAS 3 TAHUN....

Kini tahun 2015. Awal tahun lagi Aman sudah teringat akan kata-kata Tuan Amal. "KENA upgrade diri!" dan Aman mencuba untuk mengambil risiko.

Awal tahun, Aman meletakkan sebahagian jawatan dan kerja Aman semata-mata untuk fokus kepada penghasilan karya. Hilang sebahagian kerja, hilang juga sebahagian gaji. Namun, Aman tahu ini masanya untuk Aman laju sementara masih ada peluang dan masa.

Aman pilih untuk menjadi penulis novel.

Alhamdulillah, bermula dengan belajar menulis status Facebook ala2 Kak Ain Maisarah, kini Aman sudah menulis 1 buku novel bersama. Bagi Aman ini satu upgrade diri yang berjaya.

Namun, Aman tetap mahu melukis. Tetapi Aman tahu, agak sukar mahu menulis dan melukis serentak dalam satu-satu masa. Jadi, Aman decide untuk upgrade selangkah lagi.

Aman tubuhkan team nomik sendiri.

Ini adalah sesuatu yang baru bagi Aman. Malah, baru juga buat BLINK. Aman ambil keputusan untuk membangunkan sesuatu yang cukup bermakna dan dekat dengan diri Aman. Detik ini baru bermula, namun Aman berharap kerjasama bersama Danial Haikal dan Amna Syakira ini akan berkembang dengan jayanya.


* * * * *

Sekiranya Kak Ain Maisarah yang dahulunya novelis kini membangunkan BLINK BOOK. Aman Wan juga yang dahulunya penomik mahu membangunkan BLINK NOMIK!

Aman tak pasti apa yang bakal terjadi pada tahun-tahun mendatang. Tapi Aman harap, 3 tahun lagi, 1 lagi tapak akan Aman langkah.

3 TAHUN LAGI...

InsyaAllah

-out-

10 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Insya-Allah, Abang Aman. Saya akan sentiasa nantikan apa-apa nomik atau novel daripada abang. Semoga terus berjaya dan sukses dalam bidang ini. ^_^

Unknown said...

InsyaAllah abang Aman akan berjaya dalam apa jua yang didalami . Mungkin tiga tahun lagi abang Aman akan lancarkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Sheeply Sweet SDN.BHD. Saya doakan abang Aman berjaya di dunia dan akhirat . Saya menanti segala karya abang . May you'll be success in this bidang >_<~_~=_=¥_¥£_¢

Mirwan Choky said...

AmanWan, why don't you try to add Adsense on this blog?

Aman Wan said...

Engku Afiq--- Terima kasih Afiq! Abang sendiri doakan Afiq dapat hasilkan banyak lagi novel dan karya-karya hebat. Sama-sama kita berjaya ya!

Danish Iman --- Wah, Wah Sheeplu Sweet Sdn Bhd tu. haha! InsyaAllah! Abang memang teringin mahu ada syarikat sendiri. Jadi, abang harap dapat bermula perlahan-lahan. Thanks Danish!

Mirwan Choky--- Hoho, saja je mIrwan. Youtube dah ada adsense kira cukuplah. Blog ini more pasal diari untuk inspired others dan diri sendiri. :)

Unknown said...

yeezy boost
michael kors outlet
links of london
longchamp outlet
adidas nmd
yeezy boost 350
tory burch outlet
tom ford sunglasses
longchamp bags
roshe shoes

Unknown said...

toms shoes
oakley sunglasses
new england patriots jerseys
hermes belts
armani exchange
pandora outlet
jordan shoes
converse trainers
mont blanc outlet
coach outlet store

SSSSSS said...

nike running shoes
yeezy
nike cortez
real jordans for sale cheap
nike air max 90
nike outlet store
adidas superstar UK
golden goose starter
ray ban sunglasses
cheap nba jerseys

Coqicoqi said...

Air Jordan 4 Retro
Jordan 11 For Sale
Kyrie Irving Shoes
Yeezy boost 350 v2
Air Jordan 9
Red Bottom Shoes For Women
Jordan Retro
Nike Air Max 270
Jordan 11
Ryan20190104

PalaPala said...

Kyrie Shoes
Yeezy boost 350 v2
Pandora Charms Outlet
Pandora Jewelry
Jordan 11
Pandora
Retro Jordan 11
Air Jordan 4
Red Bottom Shoes
Latrice20190309