Thursday, October 20, 2016

Bertemu Penulis Cilik

Sejujurnya, antara sebab Aman menjadi penulis adalah disebabkan oleh EGO TERCABAR. Ya, ego tercabar apabila Aman lihat ada ramai pelajar sekolah renda, SEMUDA 9 TAHUN sudah pun menerbitkan novel sendiri!

Ketika itu Aman sudah terfikir-fikir... "Kalau budak kecik boleh buat novel, apa kejadahnya aku payah sangat ni?"

Jadi, sememangnya Aman sangat kagum lagi cemburu pada penulis-penulis muda yang bergelar Penulis Tunas Super kelahiran PTS ini. Fuhh!

Menariknya kali ini, pada 20 Oktober, Aman diberi peluang untuk bertemu sendiri penulis-penulis Tunas Super ini untuk sesi perkongsian ilmu bersama PTS! Wah, teruja betul! Kebetulan pula sesi kem penulisan mereka di lakukan di Pulau Pinang, yang di mana Aman ketika itu sedang menjelajah ke sana.


Pengalaman memberikan tip-tip menulis kepada mereka ini agak berbeza dengan ketika Aman memberi bengkel penulisan di sekolah. Sekirnaya di sekolah-sekolah, Aman akan tukar banyak term-term penerbitan kepada bahasa yang lebih mudah faham. Contohnya plot menjadi jalan cerita, draft menjadi rangka idea, editorial menjadi abang kakak tukang edit. Hahah!

Tetapi, ketika Aman memberikan bengkel penulisan pada Penulis Tunas Super ini, Aman terlupa bahawa mereka sudah terdedah dengan term-term penerbitan. Jadi, apabila Aman cerita...

"Okei, setiap cerita kena ada susah dan senang. Wtak tu kena ada kesusahan."

Kemudian ada seorang peserta Tunas Super bertanya. "Maksud abang, konflik ke?"

Terkedu sekejap. "Ya. Konflik. Setiap watak kena ada konflik." Haha! Tersipu malu sendiri Aman masa tu. Haha! Memang mereka semua advance betul! Apapun, ia satu pengalaman menarik. Aman sangat-sangat teruja dan cemburu pada mereka kerana dapat peluang mengasah bakat bersama para penulis dan editor PTS yang tahap otai-otai seawal umur yang muda.


Mereka penulis baru, begitu juga dengan Aman. Jadi, jom sama-sama kita menulis untuk memandaikan bangsa dan hasilkan karya yang bermanfaat di dunia dan akhirat ya! Yoshhh!

-out-