Sunday, March 26, 2017

Housemate / Workmate

Selalu sangat diri ini hilang motivasi dan hilang fokus apabila buat kerja sendirian. Sekejap-sekejap baring. Sekejap-sekejap tonton sitkom.

Mujurlah sebulan ini akan serumah bersama rakan penulis BLINK iaitu Khairil Kamarudin untuk sesi jelajah sekolah pada waktu pagi. Waktu petang, mesti buat manuskrip!

Jadi kami susun meja di dalam bilik yang bahang. Letak kipas, bawa botol air, pakai seseksi yang boleh (ewah!) dan hadap laptop selama 3 jam sahaja. Targetnya mesti taip minima 6 pages sehari!

Hari ini bermula dengan baik. Selama tempoh sebulan Aman dan Khairil berada di Johor ini, harapnya dapat siapkan 4 NOMIK dan 1 novel seram. Yosh!

-out-

Sunday, March 12, 2017

Buku Paling Seram


Buku-buku ini milik seorang pelajar yang berkongsi baca bersama 9 beradik. Memang seram melihat kondisi buku-buku ini. Tetapi sekurangnya, ia hancur kerana diulang-ulang baca.

Buku paling seram?
Buku yang dibeli, diambil gambar, masuk ke dalam insta dan tidak dibaca-baca.

-out-

Wednesday, March 8, 2017

Girl Power


Karya saya ini memperjuangkan 'girl power' secara mental dan fizikal. Malah di antara 9 karya yang telah diterbitkan, saya paling-paling-paling berpuas hati dengan novel ini. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa novel ini saya baca berulang kali.

Plot cerita bergerak laju namun cukup rencah emosi. Pertembungan tiga watak gadis dengan kekuatan tersendiri. Seorang anak Tan Sri yang berpengaruh besar. Seorang Juliet yang fokus mencapai impian hidupnya. Seorang ketua Taewondo yang berkorban demi persahabatan.

Gadis-gadis yang melebihi kemampuan lelaki tanpa mengabaikan naluri dan sensitviti hati mereka. Ini definisi 'girl power' bagi saya.

Selamat Hari Wanita Sedunia. <3 font="">

#AkuMahuSuperBodyguard
#BlinkBook 

-out-