Siapa je yang tak kenal Hang Tuah? Orang Minyak? Nenek Kebayan? Badang? Si Tanggang? Malim Deman? Sang Kelembai? dan Awang Kenit? Kesemuanya ialah watak2 hikayat melayu yang sangat femes! Lebih2, kalau kesemua watak ini digabungkan dalam 1 cerita pahlawan! Idea superb kot!
Ini lah yang dapat di baca dalam komik Liga Pendekar keluaran Komik-M! Antara komik terawal ketika penubuhan Komik-M dan juga merupakan komik pertama yang menangkap perhatian Aman ketika di Suncomic suatu ketika dahulu, seterusnya buatkan Aman mengenali Komik-M.
Jalan cerita gabungan watak2 hero ini bersatu dengan kelebihan dan kuasa masing2 menentang geng2 jin memang sangat stylo! Antara komik yang Aman sangat tunggu sambungannya! Tapi semalam, Aman dapat berita buruk dari Facebook pelukis komik Liga Pendekar ini, Tuan Azhar Abdullah.
Yup, sambungannya terpaksa di KIV dulu kerana komik pertama Liga Pendekar ini tidak mendapat sambutan pasaran yang menggalakkan. Aman serius kecewa gak. Sebab ceritanya sangat2 terbaik! Mungkin kerana stroke lukisan Tuan Azhar sedikit heavy (yang sesuai dengan pembaca dewasa) menyebabkan pembeli yang majoritinya kanak2 tak memberi peluang.
Yup, beri peluang. Kelmarin, ketika Aman join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di SK Bandar Seri Putri, Aman dapat lihat dimana kesemua Komik-M laku habis! Dan komik Liga Pendekar memang antara yang slow jualannya. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi mungkin pelajar2 sekolah kebanyakan mencari komik2 yang ala2 seperti manga jepun. Itu gaya yang mereka sudah biasa baca. Dan ini menyebabkan mereka menilai komik Liga Pendekar dengan sekali pandang. Jadi tiada peluang untuk mereka tahu yang komik itu sangat menarik jalan ceritanya.
Kenapa Aman cakap camtu? Sebab Aman kemudiannya buat uji kaji. Aman ambil 1 naskah komik Liga Pendekar, dan Aman mula bercerita camni, "Korang, cuba baca komik ni! Dalam ni ada Hang Tuah, ada Badang yang kuat tu, ada Tanggang yang derhaka tu, lepas tu diorang jadi geng!! Diorang ada kuasa2 lawan dengan hantu!"
Dan surprisingly, mereka memang kenal dengan watak2 hikayat tu! (ini ialah USP dan kelebihan komik Liga Pendekar ni) Mereka siap tanya lagi, sambil tunjuk ke watak2 lain di kaver komik tersebut, "Yang ni siapa Acik? Yang ni? Pompuan ni? Kuasa dia apa?" Dan untung lah Aman dah baca komik ni, jadi Aman boleh kenalkan watak2 tu. Dan bila terdengar je nama2 watak yang mereka kenal, terus mereka hulur RM10. "Acik, saya beli la!" dan diikuti beberapa orang pelajar lagi. Dan komik itu terus habis dijual!
Apa yang Aman nak cerita ni, bukannya nak riak sebab berjaya jadi salesman sementara bernama "Acik" (aku kawen pun belum la adik2 oi..huhu..) tapi ialah respon kanak2 pada cerita komik tu. Mereka sememangnya suka ceritanya, JIKA diberi peluang untuk mereka kenal tentang isinya. Apapun, bagi Aman, ia berbalik kepada bagaimana komik itu dipromosikan.
Memang kita tak boleh nak explain kepada setiap sorang pembeli, jadi itu datangnya kreativiti bagaimana untuk buatkan produk kita dikenali. Apapun, Aman sangat berharap green light untuk penyambungan komik Liga Pendekar ini akan dapat diteruskan secepat mungkin. Bertabahlah Tuan Azhar!
-out-
p/s-- siri Aviasi Fantasi juga faveret aman! Tapi ia juga terpaksa di KIV sambungannya..huhuhuh.. ngapainnnn??? TT__TT