Showing posts with label Majalah Awang Khenit. Show all posts
Showing posts with label Majalah Awang Khenit. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

KAFE KHENIT Bertukar Gaya


Wah! Lama betul Aman tak update tentang komik KAFE KHENIT yang diterbitkan di dalam Majalah Awang Khenit. Haaa... ini adalah projek komik bulanan yang memang mencabar bagi Aman. Disaat busy dengan projek nomik dan novel BLINK, Aman perlu ambil masa untuk siapkan komik KAFE KHENIT ini secepat mungkn. Namun selalu je terbabas deadline... huhuhu... 

Bermula Majalah Awang Khenit isu 6 hingga terkini, Aman banyak lakukan eksperimen dengan komik KAFE KHENIT ini. Meh tengok apa yang Aman lakukan untuk setiap isu meh!

* * * * *


MAJALAH ISU 6

Ketika Aman menghasilkan komik untuk isu 6, waktu itu Aman sedang menyiapkan novel Lembaga Kerusi Belakang. Jadi, Aman banyak membaca dan menonton filem hantu kerana mahu menjiwai gaya penulisan. Sehinggakan komik KAFE KHENIT menjadi mangsa apabila terkena tempias kisah seram. Hahaha!

Kepada yang pernah membaca novel Lembaga Kerusi Belakang, pasti akan ada yang perasan babak di dalam komik KAFE KHENIT isu ini ada menyerupai salah satu babak seram di dalam novel. Aman sendiri baru perasan bila ada pembaca yang bagi pendapat. Memang betul-betul kuat tempias novel seram itu dalam komik KAFE KHENIT ni!


Kisah Kisha yang tidak boleh tidur malam kerana takutkan kilat dan guruh yang berdentam-dentum... namun ada sesuatu yang menakutkan lagi bakal berlaku...! Aman enjoy melukis babak selain di kafe seperti ini. Jadi, isu 6 ini memang tiada masalah untuk Aman siapkan. 

 * * * * *


MAJALAH ISU 7

Waktu ini ada banyak deadline yang Aman kena follow. Ada banyak kerja BLINK yang perlu disiapkan juga. Jadi, Aman bercadang untuk meringankan sikit beban dengan menghasilkan komik KAFE HENIT versi shoujo, iaitu versi komik ala-ala cintan-cintun.

Ini kerana Aman tengok, komik cinta tidak banyak pakai background. Hanya perlu letak corak screentone bunga-bunga je dah siap. Namun, entah mengapa tangan ini gatal melukis sehingga background full. Akhirnya, mahu melukis cara mudah sudah bertukar cara susah!


Apapun Aman tetap enjoy melukis komik KAFE KHENIT dengan gaya baru begini. Kadang-kadang perlu ada buat perbezaan sedikit kan? Baru seronok! Namun lukisan watak perfect figure bukanlah kebolehan Aman. Aman lukis style chibi je. Jadi, next time kena tukar jadi comel-comel dan chibi semula!

* * * * *


MAJALAH ISU 8

Isu yang ini Aman sangat enjoy pada masa yang sama sangat stress juga! Stress kerana ada banyak tugasan mendadak ketika menyiapkan komik dalam isu kali ini. Jadi, Aman tidak dapat siapkan 5 pages seperti biasa. Hanya mampu siap 3 pages sahaja.

Mujurlah untuk isu kali ini Aman suda ada backup dengan 2 komik loose tentang bodyguard (pengaruh novel Aku Mahu Super Bodyguard) yang akhirnya dapat gantikan slot KAFE KHENIT. Huh, lega...


Namun Aman super enjoy lukis komik isu 8 ini kerana Aman melakukan perubahan pada stroke lukisan serta watak-watak KAFE KHENIT. Jika ada yang perasan, rupa Kisha dan Para di dalam isu ini lebih comel dan extra chibi! Warna juga Aman ubah sedikit supaya lebih ceria. Yeah!!

Isu ini masih lagi ada di dalam pasaran dan kedai-kedai majalah. Jadi, kalau korang mahu baca kisah KAFE KHENIT kali ini masih sempat untuk dapatkan! Cepat pergi kedai sekarang!

* * * * *


Hoho, jadi itulah 3 isu yang belum sempat Aman update di dalam blog kepada korang semua. Ini majalah bulanan, jadi kemungkinan isu 6 dan isu 7 tiada lagi dijual di pasaran. NAMUN, Pesta Buku Antarabangsa 2016 nanti ada booth yang special untuk Majalah Awang Khenit. Jadi, jika ada yang mahu cuba nasib, bolehlah datang ke gerai Awang Khenit atau SEAD STUDIOS untuk dapatkan semua majalah ini ya!

InsyaAllah akan ada isu bumper yang tebal diterbitkan juga! Jadi, kalau terlepas memang rugi sebab banyak komik best-best dalam ni! Thanks semua dan keep sokong KAFE KHENIT sampai bila-bila!

^____^

-out-

Friday, January 1, 2016

Segalanya Tentang 2015

Setiap kali bermula tahun baru, mesti ramai-ramai sudah pasang azam mahu itu, mahu ini. Azam Aman cuma 1 je. Mahu jadi better dan lebih sukses dari tahun sebelumnya!


Tahun 2015 adalah tahun yang Aman boleh katakan, tahun pecah rekod! Yup! Ada beberapa perkara yang berlaku pada tahun 2015 adalah sesuatu yang over dari biasa.

Apa dia? Jadi jom kita tengok, apa pencapaian dan kejayaan (bagi Aman) pada tahun 2015 yang lepas!

* * * * *

1- PENAMAT NOMIK LAWAK SEKOLAH
Yup! Akhirnya Aman berjaya menamatkan siri nomik Lawak Sekolah untuk Musim Pertama! Yeah! Perasaan menamatkan siri ini memang begitu menakjubkan. Pada tahun 2015 baru Aman dapat lihat dengan anak mata sendiri impak nomik Lawak Sekolah ini apabila follower dan pembaca setia mula bertemu Aman, Azanil dan Kak Ain. Ada yang bawa hadiah, bawa fanart, dan bebrincnag tentang siri ini pada kami. Terima kasih! InsyaAllah siri nomik ini akan berterusan. Cuma 2016 ini Aman mahu berehat sekejap sebelum sambung musim kedua. Jangan marah ya. Hihi!


* * * * *

2- MASKOT NOMIK
Mana tak happy. Sudahlah nomik Lawak Sekolah berjaya ditamatkan, kemudian pihak BLINK mahu menjadikan watak utama nomik itu, Robita sebagai maskot untuk dibawa ke sekolah-sekolah pula. Alhamdulillah! Aman memang super teruja apabila dapat melihat watak ciptaan menjadi nyata dan bergerak-gerak. Malah ramai peljar di skeolah juga memberi sambutan yang best bila bertemu Robita. Mana tahu, tahun 2016 ini akan ada yang buat cosplay Robita pula. Hehe!


* * * * *

3- JUAL T-SHIRT SENDIRI
Awal tahun 2015, t-shirt Sheeply Sweet ini akhirnya berjaya disiapkan dan dijual secara online! Alhamdulillah, walaupun jenama Sheeply Sweet ini sangat baru dan biasa-biasa sahaja, tetapi ada juga yang mahu menempah dan pakai. Terharu beb! Setakat ni Aman hanya keluarkan sekali sahaja. Ramai yang tertanya tentang t-shirt ini tetapi Aman mahu hold dulu. Susah dan penat juga buat bisnes pakaian ni ya. Hahaha!


* * * * *

4- MASUK TELEVISYEN
Serius Aman masih tak menyangka video shortfilm Iklan Gangster yang pernah viral tahun 2011 masih lagi mampu menyengat dan memberi peluang untuk Aman keluar di media TV lagi! Aman ditemuramah untuk rancangan SIS yang ditayangkan di TV9. Harapan mahu bertemu Heliza tapi yang ada hanya juru kamera. haha! Apapun, topik pasal vlog tapi sempat juga promot nomik Lawak Sekolah dan t-shirt Sheeply Sweet dalam tu. Memang ambil kesempatan! :p


* * * * *

5- DAPAT AWARD LAGI
Seperti biasa, setiap tahun pihak BLINK akan buat sesi pemberian cek royalti buku ala-ala hari anugerah. Tuan Amal dan Kak Ain Maisarah siap belikan hadiah tambahan untuk diberikan kepada penulis BLINK. Tahun 2015, Aman dinobatkan sebagai Penulis yang Paling Banyak Promosi dan Penulis dengan Royalti ke-3 Tertinggi! Peh! Aman terkejut juga bila nama disebut masa tu tapi memang teruja juga! Hehe! Terus dapat hadiah coklat, piala, dan kepingan emas 2kg! Wow!


* * * * *

6- LUKIS UNTUK MAJALAH
Kali terakhir Aman dapat peluang melukis komik di majalah adalah pada tahun 2012. Ketika itu dengan Majalah G3 sehinggalah majalah itu ditutup penerbitannya. Kali ini, Aman diberi peluang melukis untuk majalah Awang Khenit! Aman memang follow kartun dia. Memang lawak! Malah ada ramai pelukis otai-otai juga. Aman yang newbie ini rasa kecil sahaja. Mujurlah ada pembaca yang suka dan follow komik bersiri Kafe Khenit yang Aman hasilkan ini. Thanks!


* * * * *

7- JELAJAH 93 SEKOLAH
Haaa....yang ini antara pecah rekod! Pada tahun 2015, gerak kerja Aman di dalam BLINK lebih kepada mempromosi buku dengan menjelajah ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tahun 2015, Aman telah menjelajah ke 93 buah sekolah! Sebenarnya, sudah lebih 100. Tetapi ada yang Aman hadir sebagai pelukis tamu. Jadi, Aman tak kira yang itu. Apapun 93 buah sekolah adalah jumlah yang banyak. Memang struggle tapi super fun! Dapat bertemu pelajar, berkongsi ilmu dan melihat mereka respon pada karya kita adalah 1 perasaan yang cukup best! Tahun 2016 ni Aman mahu lebih 100 sekolah!


* * * * *

8- BENGKEL KOMIK AMAN WAN
Walaupun Aman sering memberikan bengkel komik ke setiap sekolah yang Aman jelajah, tapi kesemuanya adalah free dan hanya 1 jam sahaja. Pada akhir tahun 2015, Aman cuba beranikan diri untuk membuka bengkel komik berbayar yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang! Alhamdulillah, walaupun ada 4 orang peserta sahaja, ahaks! Tapi Aman dapat fokus dan beri perhatian yang extra kepada setiap peserta. Malah, ada yang dari lukis orang lidi sudah boleh melukis komik strip sepanjang bengkel. Aman berharap segala ilmu adalah berbaloi! InsyaAllah!


* * * * *

9- TERBIT NOVEL SERAM
Tahun Aman bertukar status! Bukan single kepada berpunya ya. Sobs... tetapi status pelukis kepada penulis! Yeaahhh! Tahun 2015 Aman berjaya keluar dengan novel seram pertama BLINK! Mula-mula risau juga jika penulisan tidak menepati gaya BLINK tetapi Kak Ain Maisarah kata okey dan tiada masalah, jadi Aman legalah! Setakat ini, Aman pun sedang aktif menulis beberapa novel lagi. InsyaAllah 2016 rasanya Aman akan lebih menulis lagi. Setelah 4 tahun melukis bersama BLINK, jadi rehat kejap. Writing time!


* * * * *

10- KERJA-KERJA BLINK BOOK
Selain dari 9 perkara di atas, tahun 2015 juga banyak perkara tentang kerjaya Aman di BLINK yang memberi impak pada Aman. Tahun 2015 lepas Aman ada buat pertemuan pembaca untuk kali pertama, Road Tour ke kedai-kedai buku, menjadi P.A penulis ke jelajah sekolah, mendapat status Mentor untuk penulis BLINK, dan yang utama ialah Aman sudah menubuhkan Blink Nomik. Segala perkara ini berlaku di balik tabir. InsyaAllah, tahun 2016 bakal melihat perkembangan Aman dalam syarikat BLINK BOOK ini. InsyaAllah.


* * * * *

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang Aman tidak berjaya capai. Antaranya adalah mahu aktif vlog. Hahaha! Terkubur terus. Tengoklah macammana jadinya lepas ini.

Tahun 2016 baru sahaja membuka tirai. Ada 1 tahun lagi untuk Aman mencatat segala pencapaian baru dan lebih tinggi lagi. Semoga tahun 2016 bakal memberi impak yang lebih dan extra besar! InsyaAllah. Amin!

-out-

Saturday, November 7, 2015

KAFE KHENIT ada Mat Jantan?


Wah, siapakah mamat hensem di atas ini? Haaa...asyik-asyik cerita pasal Kisha dan Para je, sekali sekala kita letak watak mamat jantan dalam cerita girlish ni. Mana tahu boleh jadi hero ke? Amacam? Sesuai tak muka hero blonde camni?

Apapun, Aman agak suka episod Kafe Khenit kali ini sebab episod ini antara yang Aman banyak lukis detail. Watak, kek, latar belakang. Fuhh...memang penat tapi hasilnya agak puas hati.

Aman harap pembaca akan semakin suka dengan cerita Kafe Khenit ini. InsyaAllah manalah tahu satu hari nanti Sead Studios (syarikat animasi yang buat animasi Awang Khenit) tiba-tiba teringin mahu jadikan Kafe Khenit sebagai animation. Wah, memang teruja la nak tengok si Kisha dan si Para tu bergerak! Macammana la agaknya suara diorang ya. hehehe!


Apapun, tak salah berangan ye dok! Jadi, kepada yang belum dapatkan Majalah Awang Khenit isu 5 ini, mesti dapatkan segera sebelum stok habis di kedai-kedai runcit!!

Yoshh!!

-out-

Wednesday, September 16, 2015

Mood Patriotik di KAFE KHENIT


Okey. Aman agak busy lately sehingga Aman terlupa nak update tentang majalah Awang Khenit isu Merdeka tempoha hari! Alamak! Nasib baiklah hari ini sambutan Hari Malaysia, jadi bagi Aman masih tak terlewat dan perfect untuk promot! Hehe!

Ok, dalam edisi Merdeka ini, Aman diminta untuk hasilkan cerita yang agak patriotik. Tapi, bagi Aman cerita tentang semangat patriotik adalah benda yang terlalu ramai orang buat. Semua orang tahu kita kena cintakan negara. Jadi, dalam komik Kafe Khenit, Aman hanya lukis kisah bagaimana kehidupan 2 orang pembuat kek ketika hari Merdeka terjadi.

Huhu... maybe komik ini terlalu santai. Well, Aman agak mengaku yang banyak lawak berulang-ulang. Jadi, next isu Aman bajet untuk tambah watak baru dengan perangai yang lain dari lain. Hope boleh tambah keceriaan pada komik Kafe Khenit ni. Hihihi!


Jadi, Aman pun tak mau cakap banyak. Siapa yang belum dapatkan majalah ini, cepat berlari ke kedai majalah sekarang!! Sebelum isu ini tiada lagi dipasaran. Cepat! Cepat! Cepat!

Apapun, selamat Hari Malaysia! Teruskan keamanwanan!
Hihihi!

-out-

Tuesday, July 14, 2015

Masalah Raya KAFE KHENIT


Wah, wah! Majalah Awang Khenit isu ke-3 sudah pun keluar! Ini bermakna episod baru siri komik KAFE KHENIT juga sudah boleh dibaca!

Paling istimewa, majalah kali ini adalah edisi khas Aidilfitri! Haaa...semua cerita pasal raya saja. Jadi, kalau korang nak balik kampung tu, jangan lupa beli dan boleh baca dalam kereta.

Komik Kafe Khenit juga berkenaan hari raya! Kebiasaannya, bila nak raya semua orang happy. Tapi berbeza dengan Kisha dan Para yang bekerja di Kafe Khenit. Diorang tengah resah gelisah tu. Sebab apa? Haaaa....itu kena beli dan baca la!

Untuk episod kali ini, ada penambahan 1 lagi mukasurat. Jadi, bermula isu ini, Kafe Khenit akan ada 5 pages setiap isu. Kalau ramai suka baca, bolehlah demand berpuluh pages. Hihihi! Episod kali ini ada sentimental value untuk kita renung bersama. Aman mahu sambil gelak-gelak, kita dapat mesej juga. :)

Okeylah! Kalau kornag sudah beli dan baca, jangan lupa tinggalkan komen atau kritikan ya! Aman akan cuba baiki untuk isu-isu yang akan datang.


Okey lah, Aman mahu sambung lukis episod 4 pula. Episod 3 sudah submit, rasa bangga pula diri ini. Hihihi!

-out-

Saturday, June 13, 2015

KAFE KHENIT kini dibuka!


Sudah lama tidak melukis untuk majalah komik. Paling akhir ialah pada tahun 2012. Masa tu Aman melukis komik LABUBULA untuk majalah G3. Namun oleh sebab kesalahan Aman, komik itu tak sempat habis pun di dalam majalah tu.

Bulan lepas, Aman tiba-tiba dapat 1 mesej dari editor majalah The Amazing Awang Khenit ni. Bertanyakan tentang peluang untuk melukis dalam majalah mereka yang masih baru. Peh! Memang 1 peluang yang best! Lagipun, siapa je yang tak pernah tengok animasi Awang Khenit kan? Animasi yang cukup lawak sama macam baca APO atau Ujang!

Cuma pada awalnya Aman ragu-ragu sekejap. Takut kalau Aman buat komik bersiri, komik itu tiada ending sama seperti komik LABUBULA yang pernah Aman hasilkan dulu. Lagipula, editor minta komik yang berwarna. Aman tidak selalu kaler artwork. Jadi, takut juga kalau susah...

Akhirnya, Aman terima juga tawaran ini. Bagi Aman, Aman sudah masuk dalam industri komik sejak tahun 2009. Hampir 6 tahun dan takkan asyik mahu di tahap selamat je. Sebab itulah, Aman anggap tawaran ini adalah tawaran yang baik untuk Aman berlatih improve diri Aman untuk berkarya ke tahap atas lagi. Satu cabaran ni!

Berkenaan melukis komik bersiri, Aman akhirnya decide untuk lukis 1 siri sitcom. Iaitu siri yang tiada cliffhanger di hujung komik. Nak baca tak ikut turutan pun boleh. Aman sangat selesa dengan konsep begini. Komik apa? Haaa...oleh sebab Aman ni peminat sitcom 2 Broke Girls, kisah 2 minah bimbo yang buat kedai cupcake, jadi Aman pun buatlah komik bertajuk KAFE KHENIT!

Cumanya, watak KAFE KHENIT ini adalah tentang seorang minah yang serabut dan gila-gila, bekerja pula dengan seorang minah yang pendiam tapi pembersih tahap dewa dalam 1 kafe comel penuh cerita suka duka! Konfem lawak dan kiut-kiut aje ceritanya! Hihihi!

Hope korang akan suka dengan komik KAFE KHENIT ini. Nanti komen-komenlah kalau sudah baca ya. InsyaAllah Aman akan improvekan diri lagi. 


Dengan ini, Aman mengumumkan, komik KAFE KHENIT....

......kini dibuka!

Selamat membaca!

-out-