Thursday, August 25, 2011

Reunion Iftar

Ya, gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk. Tapi sukati la! Hohoho!

Btw, dalam bulan pose ni, aman dah menghadiri REUNION IFTAR dengan kawan2 di PTS POP, UIAM, dan KOLEJ HAFIZ. Sangat best dan happening setiap reunion ni! Malas nak taip banyak sebab perasaan hepi tu tak dapat terluah dengan 1 entry je. hehehe. Mereka ini geng yang best! Bertuah aku kenal dengan diorang semua. =)

Geng PTS POP, Komik-M, dan Iklan Gangster

Geng Applied Arts & Design, IIUM

Geng Kolej Hafiz Klang

Oh, yang ni ada video yang member aman, KD, sempat amik masa iftar bersama geng2 IIUM di Sunway Pyramid~!! (hoho, Afiq Deen pun join seperut)



^_____^


-out-

segala gambar dan video adalah hak milik khai, pagad, enche wanzu, azree, harith, dan kaydee

Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah~!!

Sejak iKLan Gangster mendapat sokongan ramai penonton2 yang super best dan cool, rezeki aman pun alhamdulillah semakin baik. Bersyukur sangat dan sangat2 berterima kasih kepada yang menyokong aman.

Gambar di atas ialah pertemuan aman bersama Tuan Wahyudi (pemenang anugerah staff PTS paling kelakar) pagi tadi. Di ikuti juga Alifstyle dan Tuan Hisham. Insyaalah, Aman dan team iKLan Gangster (yang bakal punyai nama group) akan ada projek bersama penyokong iKLan Gangster pada bulan disember nanti. Kita tunggu je keputusan rasmi ok.

Terus menyokong AmanWan, iKLan Gangster, Komik-M dan REVgang ya~!!

Terima Kasih!

^___^

-out-


Thursday, August 4, 2011

Bila pekomik jadi pelakon!

Hahaha!

Aman langsung tak sangka, persahabatan dengan kawan2 pekomik akhirnya boleh membawa kepada projek2 lakonan! Secara jujur, dari dulu memang berimpian nak terbitkan komik, tapi terpesong pula ke arah film making ni.Tapi tak kisah lah. Sebab aman suka kedua2 aktiviti ni. Aman suka bercerita, dan kedua2 medium (melukis dan mengarah) ialah medium yang aman selesa sampaikan cerita tu. So, setakat ni, ada 2 saja projek filem pendek bersama artis komik2 ni. Jon usha jap!

**********

Waktu ni, aman baru je berjinak2 untuk ngeteh bersama artis2 komik macam Bophairy, Reja, Jas dan Irfan ni. Dapat peluang minum petang, sembang2, tengok wayang, dengan diorang ni, dah buat aman teruja. Serius! Sebab aman dari dulu sangat kagum dengan artis komik, dan tiba2 dapat peluang berkenalan dengan rapat dan share ilmu. Kemudian, baru aman sedar, yang mereka masing2 juga minat pada filem, dan lakonan. Aman pun try la amik peluang utk direct shortfilem ni. Asalnya, aman nak jadikan web series sebanyak 11 episod yang setiap episod akan menampilkan artis komik undangan dan tutorial pasal komik. Tapi tak jadi sebab watak utama citer ni, Jas, akan berkahwin dan berpindah ke Johor. Jadi, short filem ni tergantung sampai sini je. Tapi sememangnya, 1 pengalaman yang best! Dan aman dedicate shortfilem ni untuk Jas supaya dapat mengenang saat lepak2 di NZ dengan mereka ni.

**********

Ini adalah yang paling latest~!! Idea bermula selepas masing2, mengagumi filem arahan Syamsul Yusof, KL GANGSTER tu. Dan pada masa yang sama, aman di usik dengan panggilan "Malik" sebab wajah seiras Aaron Aziz. (OK, tetibe aku rasa poyo dan bajet sungguh menaip benda ni..) Pada masa yang sama lagi, Bophairy ketika itu ada membuat photoshoot di Jelatek di mana beliau nampak seperti Yakuza! Kemudian bincang2, nak buat KL YAKUZA. Tapi oleh kerana kepala otak kami ini amat sukakan benda2 merepek, akhirnya, terjadi lah seperti mana yang korang boleh tengok di Youtube channel aman tu. Hahahaha~! Apapun, kitorang shoot sehari je, selama 2 jam lebih. (props pun beli on the spot) So, dengan bateri laptop yang tiba2 KONG, memori kamera yang limited, kitorang shoot je semana yang boleh. Dan alhamdullillah, selepas di edit, dapat juga hasilkan sumthing yang lengkap. =)

**********

Apapun, pengalaman ni cool giler! Tak kisah la apa orang kata, pengalaman buat short filem NGETEH mahupun iKLan GANGSTER adalah sangat penat, letih tapi seronok dan memuaskan! Rasanya, bakal ada next project lagi ni..hehehe.. tunggguuuu~

Ohye, kedua2 video ni boleh ditonton di SINI~!!

-out-