Wah, lama juga Aman tak post fan art kat blog ni. Last fan art ialah untuk Smash20 yang bakal keluar di pasaran nanti! Btw, atas ni ialah fan art untuk 2 buah komik Komik-M yang bakal diterbitkan!Monday, October 31, 2011
Fan Art #3
Wah, lama juga Aman tak post fan art kat blog ni. Last fan art ialah untuk Smash20 yang bakal keluar di pasaran nanti! Btw, atas ni ialah fan art untuk 2 buah komik Komik-M yang bakal diterbitkan!Thursday, October 27, 2011
Toning Lembab!
Dalam banyak2 part buat komik, toning paling aman lemah sekali. (banyak lagi yang lemah sebenarnya..huhu) Kebiasaannya untuk tone 1 page komik, memakan setengah hari gak la. lebih2 kalau setiap pokok dan daun nak kena tone gak. adoyai~Thursday, February 18, 2010
Adik Pandai!!
Tapi nmpaknya, projek komik aman masih kne hold dlu. huhu. Tapi hold utk waktu yg kejap je la. sebab skang aman tgh kejar deadline utk illustrasi buku kanak2 keluaran Pure Honey Enterprise, iaituuu Adik Pandai~!! neway, proses buku ni aman dah hampir nak siap. Tapi masih x full la.. ada la dlm 70%.. huhu.. mintak maaf la kat abg Masyaal (penerbit) dan kak Waida (penulis) sebab aman lambat2 kn kerja illustrasi ni.. huhu..
Neway, bawah ni watak2 keluarga Amjad yang akan menyinari siri illustrasi kanak2 tu. So, enjoy! (sorry, x buat shade.. -___-)





Neway, klu jumpe siri kanak2 ni. Jangan la segan2 kuarkan duet utk membeli yer~ hehehe.
x sabar nak jumpe RevGang n ahli2 komik 20hb ni...!!!
Thursday, January 14, 2010
Percubaan Ke-2
Jadi, semasa proses komik ke-2 ni siap, aman mula memahami perasan kawan aman tu.. komik aman ni.. tak kelakar... haha~
Enjoy~ (-__-)

Monday, January 11, 2010
Percubaan 1 Page
Well, ni percubaan aman utk melukis komik loose 1 page. (asalnye nak wat komik strip, tp rasa lg best klu tukar format ala2 mcm komik surat khabar~)sori la klu x lawak. huhu. ni aman br berjinak2. apapun, aman akan try buat byk2 siri ni sebagai latihan dan suka, tapi jangan expect aman akan update komik ni setiap hari, sebb aman x mempunyai kerajinan dan ketabahan yg cukup macam Alifstyle. Beliau seorang yang hebat!
Apapun, sila lawat blog beliau utk komik strip setiap hari dan utk hari ini, ada special 24hour dari beliau~! Jadi, jom tgk blog Alif setiap kali jam dinding anda berbunyi~!
-out-
aman akan wat yg terbaik! ^__^
Saturday, January 9, 2010
Cargass~!!
Aman agak busy dlm beberapa bulan terawal ni, so, aman akan start sket2. nnti bulan 4-7 aman akan ada cuti lama~ yeah! sbb aman x amik shortsem, coz dah mmg nak set time utk fokus dlm komik2 ni! hehe~
Oh, semalam gak, ada member aman yang terlibat dlm Buletin Kuliyyah jumpe aman, dia cakap, team diorang nak hasilkan buletin 2 kali setiap bulan. Buletin sempoi2 je, utk peringatan, event2, dan diorg cakap diorg perlukan sumthing utk menyerikan sket buletin tu, so diorg mintak aman tolong lukiskn komik strip utk buletin diorg. 1 buletin 1 komik strip, senang! hehehe (berlagak giler aku..)Memula dia tanya aman nak kne bayar brape, tapi aman x mintak bayaran, (giler bajet, aku br amatur..) sebb aman bukan pro dan yg hasilkan buletin ni pon kawan2 aman gak. so, aman juz gunakan buletin ni utk mempromot lukisan dan blog aman je la. so, org akan recognize karya aman. huhu.
Setelah lama perah kepala otak, akhirnya aman dapat hasilkan 1 group karakter yg akan beraksi dlm komik strip aman tu. hehehe.
Huhu, harap2, sumer keje2 aman akan bertambah lancar. aaaminn~
-out-
Saturday, December 26, 2009
Pewarna Hidupku

Aman pulang bercuti. Dah lama tak jumpe family. Sambil2 tu, aman bawak jugak perkhabaran berita tentang aktiviti komik aman. Yup, keluarga aman mmg support hobi melukis aman ni.
Sejak kecik aman mmg minat melukis. Dan aman rasa itu normal pada budak seusia aman waktu tu. Tapi mak n ayah aman byk bawak aman pergi mana2 event, hari keluarga, dan masukkan aman dalam byk pertandingan melukis. Haha, sememangnya contest pertama aman, di Hari Keluarga di Taman titiwangsa mencetuskan minat yg sangat mendalam dalam lukisan, setelah aman dapat naib johan dlm contest tu..
berbalik pada percutian aman, aman tunjuk kat family aman tentang komik Rakuen yg dijual di Comic Fiesta dan aman bukak blog dan tunjuk hasil kerja aman. Mak dan Ayah memberi respon yg baik.
Mak aman yang selalu teruja, haha. Setiap kali ada video baru, atau komik baru, mak aman mesti akan jadi pengiklan bebas pada rakan2 opis, jiran2, dan sanak sedara. Dulu mak lah yg fotostat kan komik aman utk dijual pada rakan2 sekolah. Masa darjah 3. Haha. Bagi mak, yang penting, aman tak lalai dalam pelajaran dan agama. Dan aman bertindak utk memilih syarikat yg betul utk aman, dan PTS mmg terbaik. Begitu jugak PHE yg mengamalkn islamik dalam karya. =)
Ayah aman pulak org bisnes. Ayah selalu come out dgn idea2 bisnes yg mantap dalam komik, blog dan video. Ayah ada promote blog aman kat rakan2 ofis. Huhu,segannya. Tapi ayah jugak strict sket dgn akademik. Sebab tu aman kne pastikan akademik aman mantap, baru boleh sembang pasal komik. Dan insyaallah, ayah aman percaya aman boleh balancekan life aman antara belajar dan hobi. Alhamdulillah aman dapat skor grade yang baik dlm beberapa semester lalu.
Abang aman lak agak bertentangan dgn aman. Dia lebih aktif dan ada semangat pemimpin yang kuat. Pengaruh agak besar di kolej. Kitorg mungkin berbeza, tapi aman berharap kitorg akan berjaya dalam bidang masing2 bersama. Ohye, abang aman citer kat aman, dia pinjam external hardisk kawan dia, dan dlm hardisk tu, kawan dia simpan lukisan Hero Sekolah aman. Haha, tak sangka ada org yg berminat utk save karya aman. Neway, thanx gak. For the support~!
Nenek aman lak selalu akan datang rumah bile aman cuti. Hehe,sekarang nenek ada la ni. Dulu, aman selalu cakap kat nenek, "Nek, wan akan lukis komik, nanti boleh blanje nenek!" Tapi setiap kali aman masuk pertandingan komik, or submit komik, mesti tak diterima dan separuh jalan. sampai kadang2 aman rasa segan lak ckp cmtu byk kali kat nenek. Tapi aman tau, nenek selalu doakan aman. Alhamdullilah, even aman masih amatur, aman boleh ungkapkn balik ayat tu kat nenek skang.
Famili aman antara pendorong aman utk kuat berkarya lagi. Lebih2, aman dapat full support, aman akan pastikan impian aman dapat di capai. Semua tercetus kerana sekumpulan orang yang dipanggil..
...keluarga~
-out-
ps-- sesaper nak tgk video2 ComicFiesta aman n the geng, boleh klik SINI!
Saturday, December 19, 2009
Fan Art #2

bangun, amek pensel, sketch! tup..tup..tup.. siap! hehe..
so, ni fanart utk komik Smash20. Klu bertuah, maybe pelukis komik tersebut akan ambil fanart ni utk letak dlm buku Smash20 vol.2 nanti. kalau bertuah la... (hehe..)
so,ni je nak update. bye!
-out-
Comic Fiesta esok! bebudak UIA jum kumpul kat busstop 1st pkul 9 pagi. lambat, tinggal! hehehe.
Wednesday, December 16, 2009
Sneak Peek ! #2
So, amacam? memang susah! huhu.. dgn komitmen pada akademik, dan beberapa kerja penambahan projek indie antara famili or kawan2, memang jadual aman tunggang langgang. huuuh..
Tapi,biler result dah keluar.. memang lega dah sangat2 puas.. =) So, aman nak kongsi kan, hasil kerja aman yang bakal berada di pasaran!


Komik ni keluaran Komik-M. Komik ni gabungan 10 artis2 yang berbakat (kecuali aku..) yang menghasilkan 10pages komik setiap sorang bertemakan isu "Sekolah dan Komik" dengan tajuk Mak Cik. Dari hasil kerja aman dalam komik ni, memang aman dapat tgk banyak kelemahan. mujurlah enche Wanzu dan Alif byk komen dan bantu betol2kan apa yg patut. Tenkiu2~! Apapun, aman rasa, aman nak betterkan lagi hasil kerja aman. So,please do support me guys!

Gabungan tenaga bersama Team Rakuen. Komik ni bakal keluar di ComicFiesta pada 19 dan 20 Disember akan datang. hehe. Sebenarnya, hasil kerja aman dalam Rakuen ni, bukan lah 100% tenaga dan kemampuan sebenar aman. Aman terlalu kejar masa sampai komik pon cincai2. Sorry Aderein n the geng~ Aman pertaruhkan 20pages komik bertemakn "Blackout" dgn tajuk Depression. So, dapatkan Rakuen nanti di ComicFiesta 0k!

Buku illustrasi kanak2 keluaran Pure Honey Enterprise (PHE). Buku ni hasil karangan Kak Widya Humaira, dan Aman sebagai pelukis cover dan illustrasi dalam je. Neway, cover2 buku kat atas ni bukan lah 100% konfem. aman masih nak buat beberapa pembaharuan sket terutama pada cover buku Hadiah Untuk Mama. Buku2 ni x silap akan ada 6 jilid, ini 3 jilid awal. Jadi, klu nampak buku2 ni kat mana2 kedai, Beli ek~ hehe, bagi adik kawan2 ke, baca sendiri pon boleh. =)-out-
p/s-- sonok dapat jumpe Afdlin Shauki, Alifstyle dan Enche Wanzu dalam 1 hari! Orang2 seni yang aku respek! Cayalah. (^__^)
Wednesday, December 2, 2009
Karut: Nasib Jali
Penat2 mengedit komik utk Rakuen, Jadi aman secara spontan menaip cerita karut ni. huhu, sori klu x best. xde idea maa... neway, enjoy!*****
Jali tahu, nasib memang tidak menyebelahinya. Segala apa yang dilakukan oleh Jali, pasti akan di uji. Jali merenung ke arah telaga lama tersebut. Berhasrat untuk mendapatkan seteguk air buat penghilang dahaga.
Jali bangkit ke arah telaga tersebut.
"Kak, milo ais satu." pinta Jali.
"Kejap ye dik, on the way." Kak Ju membalas dari dalam telaga. Selang beberapa minit, Kak Ju naik semula lalu memberikan milo ais kepada Jali. "Terima kasih,datang lagi." Kak Ju senyum.
Jali kembali duduk merenung nasib yang tidak menyebelahinya.
"kenapa lah nasib begitu kejam padaku.." bisik Jali sayu. Merenung ujian yang menimpanya.
"Sori Jali, meja sebelah kau patah, jadi aku terpaksa duduk depan je." Nasib menegur secara tiba2. Jali akur. Harapan untuk dia meniru Nasib di dalam ujian SPM tidak kesampaian..
Apalah nasib...
"Ko panggil aku?" Nasib bertanya tiba2.
-out-
gud luck pada mereka yang sedang SPM. Ganbatteh!
Wednesday, October 21, 2009
Submission Komik
Seperti yang dijanjikan, aman nak dtg pkul 10pagi tapi kaki masuk dalam ofis pkul 12. hehe. sian irfan tunggu kitorg lama. sori bro. oh, aman kali ni x dtg sendirian. kalau dulu aman pegi dengan Kaydee, kali ni aman pegi dgn Aina atau Ai. (hoi..hoi..aku bukan kaki buaya...) dia ni jugak bakal pelukis komik di komik-m nnti.
Bukan apa, aman masa pagi tu amik masa utk touch-up apa2 yg patut, lebih2 aman sendiri bz dgn projek final studio, jadi masa melukis terhad sikit. tapi ok per, siap gak. hahaha. lagipun aman masih sesat lagi di wangsa melawati cari ofis PTS. (even da kali ke-3 pegi..huhu)
Masa sesampai kat sana, Irfan tgh baca komik. aman cam biasa jumpe enche Wanzu utk submit komik. Aina pulak consult dgn Alif utk proposal komik dia. Aman da dapat agak, mesti akan ada re-do, tapi harap2 tak reject sudah. huhu. dan selepas enche Wanzu belek2, then ada la jugak beberapa perspektif yang aman kena baiki. nasib baik sket je. sebenarnya aman tahu yg komik aman ni masih amatur lg, byk kena baiki, tapi maybe sebab aman dah lukis habis, jadi enche Wanzu tak suh tukar byk.. huhu.. tengoklah komik solo aman nnti mcmana. (teringat kisah komik Smash-20 si irfan yg byk kena re-do..huhu)
ohh~!! bercakap pasal Smash-20, Irfan tetibe bagi aman 1 copy A4 komik Smash-20 yg dah edit.
PERGGGHHHHHHH~!!!!!!
itu je komen aman. aman terpsiko dgn komik dia. shades, background, jalan cerita, gaya dialog, mantop! lebih2 aman tgk Smash-20 yg vol.2 lebih matang. lukisan sgt power! aman leh lukis kartun je. huhuhu. neway, irfan, ko gud luck~! ramai dah peminat ko kat UIA ni, hehe.. cepat tubuhkn kelab komik kat Gombak, nnti aku join.
Aina pulak nmpaknya xde masalah dgn proposal, jalan cerita dan karakter dah diterima. (lukisan dia mantop gak...) cume rekaan baju je dia kena tukar sket sebab terlalu kaku kata Alif. huhu,nampaknya sorg lagi pekomik dr UIA bakal lahir. hehe.
Aman, Aina dan Irfan byk berbual antara kitorg je. sebab staff2 PTS masing2 ada kerja nak kena buat. komik borak2 sampai lewat solat zohor. hahaha. berlari2 kitorg ke masjid takut x sempat. perghh.. x sangka masa kat sana rasa sekejap je, sebab mmg enjoy duk ofis tu. Aman rasa aman memang nak praktikal je kat sana. senang, best, dekat, dan boleh blaja benda baru yg aman minat! boleh ye enche Wanzu..huhuhu..
oklah, aman sebenarnya dah siap redo n buat dialog malam semalam. tapi x sempat nak hantar emel kat enche Wanzu. tatau la apa komen dia. tgk je nanti. harap2 dia terima. Jadi skang aman free utk sambung komik solo aman, Hero Sekolah!!
Illustrasi collabration antara Irfan, Aman dan Aina, yang sempat kitorg buat masa bual2 semalam. hehehe..
-out-
dapat jumpe amar (penyanyi nasyid n ahli silap mata) masa nak balik. hehe..
Saturday, October 10, 2009
Fan Art

huhuhu..lately aman sgt2 busy dgn kerja studio, tapi dalam busy2 tu, aman sempat gak buat 4 fan art. haaaa... salah satunya ialah watak2 KECEMPRENGMAN~!!!
yeah! aman sgt suke karakter Profesor B. harap2 manetau nenanti Poyo (pelukis Kecemprengman) benarkan aman selitkan karakter Kerel dan Profesor B sbg cameo dalam komik aman akan dtg ker.. huhuhu..
apepun, kritik la work aman ni. Oh yer, aman sebenarnya tgh lukis komik untuk komik antologi Aku, Kau & Komik keluaran Komik-M. setakat ni berjalan lancar. (10 pages je) tapi biler tgk lukisan org lain, rasa down pun ada gak.. huhu.. aman lukis x lawa sgt..wuwuu.. ahhh~!! apepun, ni kira salah satu praktis la kn? kn? kn?
hehe..ok la, byk keje nk buat lagi. akan dtg, aman akan kalerkn fan art utk Orang Kuat, Afro Samurai dan Budak Tomorrow's Way.. adios~
-out-
Thursday, June 25, 2009
Komik
sejak dua menjak ni, aman mula berminat KEMBALI pada majalah tempatan Ujang dan APO?.. tatau kenapa, satu hari tu, aman juz beli sebab dah xde majalah len nak baca. mmg Ujang dan APO? ni aman dah lama tinggalkan. tapi x sangka, akhirnya dua majalah ni kembali memikat aman. hahaha.
sejujurnya, aman sendiri tatau apa beza Ujang dgn APO? tapi ramai yg menyukai majalah APO? dan aman pun sama sebab kat APO? ada pelukis Lambok dgn Bed Time Stories nya.. hehehe.. lawak cam cipan~ sejak aman mula melekat dgn Ujang dan APO?, aman dah mula tinggalkan majalah yang aman beli, Gempakstarz... huhu,Gempakstarz mmg punyai kualiti komik yang bagus, tapi dari segi humor, hanya Lawak Kampus je yang menyengat. dan x sumer komik siri dalam Gempak aman follow, so, aman rasa, better tunggu Novel Grafik nya nanti je.. so, mari baca Ujang dan APO?..!!
Minat aman pada majalah terbitan MOY ni bukan stakat tu jer.. aman mula terfikir untuk cuba mencari elemen2 komik malaysia yang dikatakan. dulu aman pernah citer, aman mmg nak lari dari stroke jepun yang tipikal, jadi aman perlukan beberapa elemen lain utk menjadikan work aman original... so, aman telah melatih melukis beberapa karakter dan scene.. stroke ni agak baru bagi aman dan aman agak suka even karakter dia idong kembang. hahaha~!
oh,berkenaan komik Hero Sekolah (nama yg belum official) yang aman nak hantar ke Komik-M, masih bergerak cuma slow.. huhuhu, minta maaf pada tuan editor, enche Wanzu. hari tu enche Wanzu da sms tanya komik.. huhuhu... aman akan teruskan berusaha! yeah!! bawah ni antara thumbnail komik yang aman tgh buat.. ada byk lagi nak disiapkan~
hohoho..berkenaan Bakat Baru Komik 2009, aman akan join kategori A. tapi kali ni aman bersama Muzz collab. Muzz tulis cerita dan lukis thumbnail, dan aman lukis dan ingking. hehe,macam komik Bakuman lak.. tapi nak bekerjasama dlm 1 benda, dan bila lain2 kepala, mmg kdg2 akan berlaku argument. tapi aman seronok bila benda tu berlaku, masing2 akan tau kelemahan masing2 dan masing2 dapat belajar benda baru. kadang2, kita x leh keje sensorg, syok sendirik jer.. tapi setiap benda ada risikonya.. juz wish kitorg dapat g jadi finalist la ek.. huhuhuu~Oklah.. len kali aman citer benda len lak.. masa utk melukis~!!!
Ganbateh Aman-kun~
-out-
Thursday, April 23, 2009
Double !!

haha,ntah mengapa hari ni sangat rajin melukis dan mengingking. Mungkin sejak dah berjaya lukis beruang, semangat terus berkobar2 utk gabungkan beruang tu dgn karakter2 budak sekolah tu.
Secara jujur,aman masih terpegun.. sebab jarang untuk aman lukis full page macamni.. dengan karakter yang ramai.. huhu.. lebih2, pagi ni je aman dah siapkan 3 lukisan.. peh.. giler rajin aku..
Apapun,nampaknya, ada gak slack lagi dalam lukisan atas ni.. hmm,mata budak perempuan tu.. neway, korang rasa posture budak tembam tu betul tak? dia ala2 nak jatuh tu. hmm..
ahh?? baru perasan lukisan beruang kat belakang tu x siap lagi.. aiseh~
oklah,nak lukis lagi~!!
Bear
wah~ aku masih dlm teruja.. (even x lawa..) aman sendiri x sangka dapat melukis sekor beruang. Yup, dlm 2-3 hari ni, aman punya lah susah nak melukis karakter beruang ni.. sampai lah mlm ni.. aman tgh bosan2.. skali saja sketch2 di buku tulis gambar beruang n TUP~!
akhirnya aman dapat gak shape sekor beruang. Yup,aman ada buat reference sebelum2 ni. tapi, setiap kali aman try tiru, mesti x jadi. mesti jadi lagi teruk. (kenkdg x jd beruang lansung..) so,ini lah shape beruang yg aman selesa lukis. sgt senang, byk curve~
huhu.. neway,aman tau ada lack gak dlm lukisan ni.. terutama tangan.. (macam panjang kah?) xper lah. aman da sediakan jawapan untuk sebarang persoalan..
"Aman, kenapa tgn dia panjang?"
"Aman, kenapa nmpak cm king kong?"
"Aman, kenapa dia ada bulu kening?"
"Aman, kau berak busuk tak?"
...
...
...
"Ini beruang yang unik.." (sambil buat muka bangga..)
-out-
Friday, April 17, 2009
Stroke Baru

Ahh~!
Seronok betul biler dapat siapkan karakter2 nih. hehe.
Neway,aman try utk pelbagaikan lagi stroke aman dalam pembinaan karakter. Harap dapat hasilkan karakter2 yang unik dan dapat lihat perbezaan yang ketara antara diorang. hmm..maybe yang ni still lemah.. neway,i need to practice more n more n more~
And,yup. Macam yang tertera kat atas tu, "Coming Soon". Insyaallah kalau xde aral melintang, impian akan jadi kenyataan. err.. tapi aman masih x letak nama kat karakter2 ni.. haha. Pasni nak try buat mereka beraksi dalam komik lak. Yeah~ Sambung lukis~
-out-
silakan komen n kritik. ^__^
more characters will coming soon~
Thursday, April 16, 2009
In Progress
Neway,malam tadi aman dah pun melukis 5 watak budak sekolah yang bakal menjengah dalam karya seni aman. Neway, tujuan kemunculan 5 watak ni, aman x boleh bagitau sampai lah dah di confirmkan oleh tuan editor. Yup,watak2 ni aman memang reka untuk watak dalam Komik-M.Ops! Memang ada 5 watak. Gambar kat atas ialah work dlm photoshop. Tgh mengaler diorg. so,ada 3 org jer yg aman sempat highlight. Kalau dah siap, aman akan post kat sini. Neway, aman try menggunakan stroke baru. yang boleh membezakan antara setiap karakter. Tatau boleh diterima atau tak..
So,apa2 hal, akan di update nanti~
-out-
Wednesday, April 15, 2009
Dangerous Dream
lukisan karakter2 Dangerous Dream masa tahun 2006Perasaan memegang buku idea Dangerous Dream rasa cam sayu gak.. citer ni antara cerita terlama yang aman pernah karang dan usaha kan. punyalah x bosan aman develop citer ni, sampai kalau org tanya pasal kisah silam setiap watak kat atas ni, aman boleh cerita dgn detail lah. (x terlalu detail la..)
Kenapa aman stop tulis cerita ni? sebab cerita ni terlalu byk persamaan dengan cerita luar, dan banyak klise.. aman pernah bercerita selama sejam lebih pasal cerita Dangerous Dream ni kat member baik aman, dgn harapan, satu hari nnti cerita ni boleh didevelop oleh org lain dgn lebih best. tapi,biarlah cerita ni lengkap dalam kepala otak aman je. aman harap aman takkan lupa setiap perincian cerita ni..
nak sambung tulis balik? hmmm..mungkin. untuk simpanan peribadi.. yup, cerita ni mmg utk simpanan peribadi. cerita rekaan yang dah bersama aman selama 8 tahun.. setiap karakter yang sudah tua 8 tahun.. dan cerita ni yang selama ni menjadi pemangkin dan menceriakan hari2 aman dalam bidang komik dan penulisan.. Thanks to Dangerous Dream~
development watak utama Utsir dan Keith sejak tahun 2002-2007
lukisan karakter faveret aman, Keith terlekat kat dinding hostel (2006-07)-out-
Thursday, January 1, 2009
My Babies: Tabby & Scanny !!

Yeah~! Akhirnya, aman dapat gak beli menatang dua ekor nih, Tablet PC dgn Portable Scanner~! Haha,giler best la dapat benda nih.. memang rasa nak duduk dlm bilik jer diam2..haha.
Asalnya,benda ni mmg aman ada rancang nak beli,tapi tak sangka lak boleh terbeli seawal ni. Semuanya bermula dari satu panggilan telefon dari rumate aman, Asen, yang bertanya pasal harga tablet dan scanner.. then,setahu aman, dari kata2 kawan2 internet, harga paling kurang dlm RM600.. (WACOM nyer.) oh,dia pun ckp ok2.. then,biler register semester aritu, masuk2 bilik jer,tgk2 kat meja dia da ada sebijik tablet.. pergh~! Aman tanye la,harga berapa ni?? Dia ckp RM300 jer. Ekk??? Selama ni tak tau lak ada tablet murah~! (err..x la murah pun,tp lebih murah dr sangkaan..) rupenya si Asen ni beli jenis Genius.. bukan WACOM. Wacom memang mahal, tapi, Genius pun ok gak per.. hah~! Ape lagik, minggu depannya, terus ajak family singgah lowyat and carik gak sebijik.. haha. N amik gak sebijik scanner.. (huhu..abes duet PT ku~)
Neway,x kesah la. Asalkan mmg berbaloi. SGT PUAS HATI. Huhu.. kerja2 drawing dan coloring dlm photoshop dan flash jadi senang giler dan cepat biler guna tablet nih. Scanner pun best. Takyah guna letrik, jenis portable,juz cucuk usb then dah boleh pakai. Yesh~!
Memandang Aman n Asen da cukup alat utk melukis,apa lagi, kitorg pun dah buat aktiviti mingguan. Haha..kitorg dah join satu forum ni, Pergh.com. dan kat situ ada Pergh Character Redesign Battle~! Kiranya,setiap minggu diorang akan bagi satu karakter populor,dan ramai2 akan lukis ikut cara masing2. mmg fun tgk macam2 art yg unik n kelakar. Hahaha..
So,minggu ni kena lukis karakter Gambit dari X-Men. So,Aman n Asen try utk join battle nih~! Kitorg start dr pukul 1 pagi n siap dlm pkul 6 pagi. haha..kat bawah ni hasilnya.
kiri ni aman nyer work.. simple dan minimalis.. neway,asalnya Gambit ni nak wat macho,tp ter"jambu" lak..adoi...
yang kanan ni Asen nyer.. Gambit yang lebih realistik, detail dan lebih matured dr aman nyer...huhu
Yup,lain
-out-
p/s--maaf! Video Comic Fiesta tertangguh lagiiiiii... errr…maybe weekend ni baru aman upload..huhu..sowi guys! >____<
Thursday, December 18, 2008
Reply & Maria~!

ahhh~!
sudah lama cerita tentang penerbitan komik aman tergendala, kini ia bermula semula!!
yeah! berdasarkan post2 yang lepas.. setelah mengalami kebuntuan dlm menghasilkan design karakter2 baru, aman akhirnya berjaya juga siapkan dan kat atas ni lah yg aman hantar aritu.
so,amacam?
setelah beberapa ketika, masih tiada jawapan dr tuan editor, saudara Wan Zuhairi (wanzu). jadi,aman masa tu ntah kenapa gelojoh sgt terus hantar emel bertanyakan jawapan pada proposal tersebut.. dan beliau membalas..
Maaf ye lewat balas emel. Lukisan Aman itu saya tunjukkan juga kepada En. ROdin, seorang lagi editor Komik-M. Saya tunggu dia komen then saya reply emel Aman. Petang-petang nanti kot saya reply. Terima kasih.
selepas aman mendapat emel ni,aman rasa serba salah pulak.. sebab seolah2 aman terlalu mendesak dan menggangu tuan editor bertugas.. sedangkan aman tahu dia sedang busy skarang.. aduh..minta maaf sgt2! err.. dan seperti yang dijanjikan,selepas beberapa jam, saudara wanzu memberi emel kedua pula..
Maaf kerana lewat memberi respons.
Overall, karakter-karakter yang Aman tampilkan menarik dan comel. Cuma masih belum nampak dalam bentuk komik lagi. Mungkin Aman perlu detailkan di beberapa bahagian setiap karakter seperti jari-jari dan bahagian kaki. Untuk lebih memudahkan, lebih baik Aman lukis satu karakter secara berasingan. Satu karakter satu a4. Kemudian kita detailkan satu persatu. Contohnya macam En. Shah, pakaiannya tidak menampakkan sangat dia seorang melayu. Mungkin boleh pakaikan dia kot atau pakaian kemeja biasa kerana manager sarkis malaysia pun berpakaian biasa sahaja. Karakter-karakter yang lain secara kasarnya sudah okey. Cuma watak Maria itu, boleh tak kalau jadikannya bertudung? Di PTS, bos agak strict sikit dalam hal-hal aurat ini. Lebih-lebih lagi Maria itu watak utama. Apa pandangan Aman?
Rasanya konsep komik Aman ni dah ok dah. Cuma nak kena test masuk dalam komik pula untuk uji sama ada okey ataupun tidak. Saya lihat di pergh.com Aman ada post dua tiga sample komik? Dah ada ek? Kalau ada boleh la share.
Terima kasih Aman.
haaa~ dari jawapan yg diberi.. seperti biasa, masa untuk berkerja semula! yeah! haha.
yup,mmg aman kena redesign balik..eh..eh.. bukan2.. kena perbanyakan design lagi.. tapi aman kena tukar pemakaian karakter utama iaitu Maria menjadi lebih islamic. neway, aman x terkejut sgt bila saudara wanzu mintak aman pakaikan tudung pada Maria sebab sebelom2 ni, aman byk membelek2 blog2 PTS, so, aman tgk PTS mmg mengutamakan keislaman dlm karya.. so,aman sebenarnya dah prepare sketches2 Maria bertudung. ala2 Beinda pulak. hahaha..
mungkin ada yang merasakan aman mungkin rasa letih asyik2 kena tukar design.. TAKDE ar. haha,aman sebenarnya enjoy dengan proses yang aman tgh hadapi ni. Org kata,inilah proses dlm mematangkan hidup. betul tak? malah,aman sonok sebab aman design benda yang aman suka. yea! lagipun,kalau nak dibandingkan dengan time aman buat projek studio semester 2 tahun lalu.. lagi perit wooo~! hanya bebdk studio jer tahu berapa KALI dan berapa BYK kami kena re-do..! bukan sketches, bukan A4, tapi FINISHWORK and saiz 90cm X 90cm..!! haaa~! lagi perit wooo... >_< setakat ni,aman masih boleh handle lagi dengan keadaan aman. apepun,mana ada org berjaya dgn sekali harungkan.. (ada tu ada..tp sket ar..) bak kata orang,kalau mahukan sesuatu,berusaha dan jangan putus asa padanya! hehe,anyway,skang aman dah isi "bateri" dah! masa untuk kembali cerdas! yeah!! wish me luck guys! -out- -nasib baik saudara wanzu kata "no hard feeling" err..lega..
-irfan, jom mula bekerja keras!! yeah!


