Saturday, December 7, 2013

Aksi komik kena REJECT~!!?

Pehh..sejak dari entry lepas, memang Aman menunggu masa je untuk 'sambut' baby ketiga Aman ni! Walau dah terbit 2 buku sebelum ni, tapi perasaan teruja memang sangat kuat setiap kali kelahiran 'baby' (buku) baru! hehe!

Apatah lagi bila buka FB, sudah dipaparkan dengan gambar ini. Memang turun naik nafas! Teruja LEVEL UP beb!! Kaver kali ni sangat cun!! (poyo je puji buku sendiri..hehe) 


Tapi dalam seronok-seronok tungg, sekali ada pembetulan pula... 
"APA?? Ada babak dalam komik kena reject???"

Wah! Ini first time. Aman musykil juga, kenapa ada yang kena reject... Dan setelah editor beritahu, ini kisahnya... Sebenarnya, dalam buku ketiga ini, ada 2 watak baru. Iaitu Elfiza dan Elfizi Joi. Mereka ini adik beradik kembar berlainan janda. Eh eh..gender!

Oleh sebab tema Lawak Sekolah 3 ialah Belajar Pementasan, Aman ada lukis mereka berdua menari ala2 tarian salsa. Dan mungkin ada gaya tarian yang Aman lukis agak tak sesuai untuk pembaca muda. (walaupn mereka adik-beradik...) Aman pun terlepas pandang perkara ni. Jadi, Aman diminta untuk padam dan lukis semula babak-babak yang romantis ini supaya lebih mesra kanak-kanak. Ini adalah lukisan sebelum dan selepas di ubah.  

 Aksi Elfizi memeluk pinggang dan belakang Elfiza. Huhu, agak 'intim' di situ... Tapi kini sudah di ubah! No more peluk-peluk!

Apapun, Aman sudah submit pada editor untuk uruskan. Harapnya tiada masalah lagi. Tak sabar nak dapat anak ketigaaaaa lahaii~!! Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Yosh~!!


^________^

-out-

Thursday, November 14, 2013

Habis sudah! Siap sudah!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Ini adalah hari yang lapang rasanya. Sebab apa? Ada 2 sebabnya.

Yang pertama!


Aman sekarang ini sudah aktif menjelajah ke sekolah-sekolah di luar negeri seperti Johor dan Pahang. Pada ketika entry ini di taip, Aman masih lagi di Johor mempromosikan nomik Lawak Sekolah.

Memang sangat penat. Tiap-tiap hari pergi sekolah. Kebiasaannya ada 2 sekolah perlu dihadiri dalam sehari. Namun sangat berbaloi bila dapat melayan karenah pembaca dan bercerita tentang kerjaya pekomik pada mereka. Best!

Hari ini tamat sudah 3 minggu Aman di Johor. Ini adalah jelajah negeri yang terakhir untuk tahun ini. InsyaAllah, tahun depan akan lebih aktif lagi! 

Yeah! Balik kampung~!!!

Jelajah dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan penulis popular Ain Maisarah yang ngetop!


Yang kedua!


Ingat Aman ke Johor ini semata-mata kerjanya pergi skeolah saja kah? Siang hingga petang memang lah jelajah sekolah. Balik saja dari sekolah sehingga malam, Aman terpaksa push diri untuk menyiapkan komik Lawak Sekolah yang ketiga! Setiap MALAM!

Lebih-lebih lagi, apabila menejelajah bersama Big Bos, memang soalan "Aman, komik dah siap?" sentiasa tak miss 2 kali sehari! Sob... sob... sob... Memang ngeri rasanya bila mahu menjawab soalan tu.

Tapi alhamdulillah, hari ini segalanya siap!! Aman sudah hantar pada pihak editorial segalanya. Tidak perlu lukis-lukis lagi. Merdekaaaaa~!!!

Memang beginilah perasaannya sekarang! Rasa nak berjoget-joget saja! Yeay!!

Apapun, pengalaman Aman dalam beberapa bulan ini memang sangat berharga. Banyak perkara Aman tak sempat catat dalam blog ini. Tapi cukuplah Aman tahu, perkara-perkara itu sikit sebanyak mematangkan Aman.

InsyaAllah.

Sekarang ini nak cuti 2-3 hari dan kemudian back to work! Lawak Sekolah 4, you're next! Yosh!!

-out-

p/s-- dan aku dah boleh bawak kereta woi~!!! Yippeeee~!!!

Sunday, September 8, 2013

Bersyukur sikit AMAN WAN!

Aku ni asyik mengeluh, padahal aku sebenarnya dah cukup banyak untung!

Masih kerja dalam bidang yang aku suka. Hari-hari buat apa yang aku suka. Tempat kerja di rumah pun selesa. Bos dan rakan kerja pun satu kepala.

Apa aku nak lagi?

Manja sangat aku ni.

Sila libas diri dengan kayu balak!

Bersyukur Aman Wan! Bersyukur sikit dengan nikmat yang dah ada sekarang!

Ramai lagi yang struggle lebih kuat dari kau. Jadi stop merengek Aman Wan!

Bersyukur!

Sakit kepala...

Aku buntu.

Aku mula ragu tentang masa depan aku. Aku mula ragu dengan apa yang aku boleh buat. Aku mula ragu samada aku boleh teruskan atau tak...

Aku sendiri sebenarnya tak tahu. Apa yang aku nak sebenarnya sekarang ni.

Cuma kepala aku sakit. Dan aku mula rasa tak seronok.

Aku tak pasti ini benda sementara, atau aku yang bersifat lalang tak tentu hala.

Apa yang aku patut buat...

Rasa macam nak nangis je tiba-tiba.

Entah lah...

-out-

Saturday, September 7, 2013

Mampu ke aku...

"Ianya seronok, tapi pada masa sama yang sama, susah juga."

Ini jawapan yang aku bagi bila orang bertanya tentang kerjaya aku yang menghasilkan komik dan video serentak.

Aku suka kedua-dua aktiviti melukis dan menghasilkan video. Keduanya ada kepuasan yang berbeza. Tapi kadang-kadang nak hasilkan keduanya serentak, sangat mencabar juga.

Kadang-kadang, aku meminta untuk stop video dan fokus pada komik.

Kadang-kadang, aku meminta untuk stop komik dan fokus pada video.

Aku suka keduanya.

Tapi mahu upgrade keduanya SERENTAK...

Kemampuan aku terbatas juga.

Hmm..

-out-

Saturday, August 24, 2013

Filem Melayu vs Filem Barat

Baru selesai menonton 1 filem melayu yang pernah timbulkan kontroversi kerana dikatakan meniru jalan cerita filem yang pernah dihasilkan di barat. Setelah menonton, Aman boleh katakan, konsepnya saja yang sama. Tetapi plot dan jalan cerita jauh berbeza. Tapi berbeza yang sangat Aman tak selesa...

Lebih lagi, Aman pernah bertemu penulis skrip filem ini suatu ketika dahulu. Aman sangat hormati beliau. Beliau seorang yang sangat baik dan tak lokek ilmu. Filem-filem tulisan beliau juga ada yang menjadi kegemaran Aman. Cuma mungkin garapan pada filem yang Aman tonton ini agak kurang menyengat atau boleh dikatakan filem idea sepintas.

Filem Idea Sepintas lalu?

Yup. Setiap komik, novel, filem atau apa saja cerita, pastinya wujud dengan idea sepintas lalu yang secara tetibe masuk ke dalam otak. Kebiasaannya, idea sepintas lalu itu tersangatlah basic dan hanyalah idea konsep semata-mata dan perlu dikembangkan lagi.

Tetapi setelah Aman menonton kedua filem melayu dan filem barat yang secara kebetulan punyai konsep yang serupa ini, apa yang Aman boleh katakan ialah, filem melayu plot dan jalan ceritanya sememangnya berdasarkan idea sepintas lalu. Manakala, yang filem barat telah diolah dan dikembangkan dengan baik. Ini contohnya.

Filem Melayu:
"Jom kita buat 1 filem tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai, tetapi si suami kemalangan dan hilang ingatan! Jadi, kita buatlah si isteri ni cuba sedaya mungkin untuk dapatkan balik cinta suami dia. Tapi suami dia tak suka. Kita buat kasi sedih meleleh gitu. Haaa.. amacam?"

Filem Barat:
"Hey, apa kata kita buat pasal loving married couple yang terlibat dalam accident dan si isteri hilang ingatan. Dan si suami will try to gain the love from the wife. Ok tak? But we make the conflict much higher la. Maybe hubungan suami dan parents isteri dari dulu tak berapa baik. Jadi parents si isteri cuba hasut anaknya untuk jauhkan diri dari suami. N maybe we will make some competition bila si isteri tiba-tiba terjumpa crush dia sebelum dia kenal si suami yang sekarang dia dah lupa. N maybe selit sweet moment si isteri yang cuba untuk ingat balik diri dia. Ala-ala funny dan warm gitu. Haaa..amacam?"

Nampak perbezaan tak di situ?

Aman cuba menjadi positif dengan filem melayu. Tetapi kebanyakan filem kita terlalu kejar kuantiti berbanding kualiti. Walaupun Aman pernah dengar 1 temuramah seorang pengarah tersohor yang mengatakan, "Kami balacekan kualiti dan kuantiti sama rata."

Tapi bagi Aman, kualiti should be 70%-80% dalam priority. Aman teringin nak menonton filem yang berbeza dari filem melodrama yang langsung takde jiwa, dari filem seram yang hanya depend pada nada bunyi dan kejutan saja, atau dari filem gangster pukul-pukul yang tiada jalan cerita yang panaskan punggung menontonnya.

Please. Filmakers. Do something.

Demi penonton yang sentiasa menyokong karya anda.

-out-

Thursday, August 22, 2013

Hari yang agak produktif!

Yeah! Lately ni Aman berjaya juga memotivasi dan disiplinkan diri. Aman target untuk melukis 3 page saja sehari. Dan melukis hanya dari 8 pagi hingga 5 petang (office hour). Walaupun kadang-kadang target untuk 3 page itu terbabas, tapi so far Aman rasa agak produktif dan boleh follow cara ni.

Depend juga pada page yang dilukis juga. Hari ini Aman melukis page yang agak susah. (Takde la susah mana, cuma leceh) Jadi hari ini Aman cuma mampu siapkan 2 pages saja. Tapi tengah malam nanti Aman akan cuba untuk siapkan 1 lagi page.




Tapi perkara yang paling memotivasikan Aman untuk laju siapkan Lawak Sekolah ialah tentunya peminat Lawak Sekolah. Walaupun baru 2 buku, tapi ada yang sudah sudi menanti untuk membaca buku seterusnya. Aman tak minta la kena

puji melambung sebab Aman tau karya Aman masih biasa-biasa saja. Tetapi sedikit kata semangat dari pembaca sangat membakar semangat Aman untuk terus mara.

InsyaAllah, doakan Aman untuk teruskan momentum melukis ini. Memang seronok bila produktif begini. Rasa macam 'betul-betul bekerja'. Hehehe!

-out-

Wednesday, August 21, 2013

Oh motivasi! Kembalilah!

Kadang-kadang pelik juga. Mana semangat update blog Aman menghilang. Sejak ada FB ni, semua update di sana je. Kasihan blog ini menjadi usang dan kontang. sob sob..

Ok lah. Kalau nak ikutkan, Aman sebenarnya sudah patut siap nomik Lawak Sekolah buku ketiga. Tapi akibat diri ini kurang motivasi, tersangatlah lambat hingga hari ini pun tak siap-siap lagi. Wuwuwu~

Biasa la, penyakit lama datang. Bila asyik melukis Lawak Sekolah, tetibe wujud dalam fikiran, "Kan best kalau dapat lukis komik lawan pulak.. Kan best kalau dapat lukis komik cinta islami pulak... Kan best kalau dapat lukis buku conteng conteng pulak.. Kan best.."

Terlalu banyak pemikiran "Kan best..." menguasai pemikiran Aman hingga susah nak fokus dan motivate untuk teruskan Lawak Sekolah. Tapi sekarang Aman sudah belajar sikit demi sikit untuk menjadi fokus. InsyaAllah boleh kekal hingga buku terakhir.

Lawak Sekolah adalah karya pertama Aman. Akan datang, mungkin nak hasilkan siri Robita.. Detektif Robita ataupun Robita Ranger atau Romantik Robita.. keh keh keh! Apapun, itu angan-angan saja. Tunggu lah 3 tahun lagi selepas siri Lawak Sekolah habis ya.

Hohoho~

-out-


Friday, June 21, 2013

Royalti Pertama

Orang kata, bila kita buat buku (tulis atau lukis) akan wujud 2 kepuasaan. Tahun lepas Aman sudah rasa kepuasan yang pertama... Dan tahun ini, (semalam) Aman sudah rasa kepuasan kedua!

1) Kepuasan Seni
Ini terjadi semasa hari pertama Aman memegang buku sulung Lawak Sekolah. Rasa sangat berpuas hati dan gembira! Rasa penat lelah melukis tak tidur malam sangat berbaloi. Semuanya ini Aman ada cerita detail dalam entry blog yang lepas. Jadi, tak perlu ulang lagi. Hehehe

2) Kepuasaan Ekonomi
Ini ialah semalam! Bila Tuan Pengurus BlinkBook menyerahkan cek royalti sulung Aman. Melihat jumlah yang tertera, terus Aman senyum lebar. Hehehe! Ini barulah kepuasan yang berbaloi. Segala penat lelah melukis di sini barulah terasa berbaloinya! Ahh! Seronok!


Aman sebenarnya tak letakkan harapan yang tinggi. Sebab royalti ini ialah untuk buku pertama. Malah buku itu berkongsi 3 penulis. Bermakna, hasil jualan buku akan dibahagi kepada 3 nama. Jadi, Aman tak mengharapkan sesuatu yang besar.

Tetapi jumlah yang Aman tengok di cek adalah berganda dari yang diexpect. Cool! Walaupun masih belum menyayingi royalti penulis lain yang sudah senior, tapi Aman kini lebih semangat! Untuk terus menerus dapatkan kedua-dua kepuasan ini berkali-kali!

Yeahh!!

-out-

p/s-- Paling seronok, mak ayah juga terkejut! Sebab mereka tak sangka melukis komik boleh dapat pendapatan sebanyak ni. Hehehe. berapa Aman dapat? Rahsia~ ;)

Monday, June 10, 2013

Kembara 5 Tahun & Janji 10 tahun



Menonton video Wongfu Production di atas ni sangat-sangat membuatkan Aman terharu. Sejak mula Aman hasilkan video di youtube, mereka ini adalah yang terawal memberi inspirasi kepada Aman hingga kini.

Dan melihat bagaimana kejayaan mereka dalam dunia video making ini selama 10 tahun sangat mengharukan la. Dan sememangnya Aman akan relatekan diri Aman.. Apa yang Aman expect akan jadi dalam 10 tahun akan datang...

Kalau nak ikutkan, blog ini sendiri sudah merakamkan pengembaraan dan usaha Aman selama 5 TAHUN dalam bidang komik. Aman mengambil masa 5 tahun untuk akhirnya dapat hasilkan komik sendiri.

Apapun, banyak perkara yang sudah berubah. Dari 5 tahun lepas dan 5 tahun yang kini. Aman tak kata sekarang ini sudah berjaya. Tapi macam-macam perkara sudah berlaku.

Dari seorang remaja biasa yang hanya syok sendiri lukis komik dan baca2 blog pelukis lain. Hantar ke setiap emel editor dengan harapan dapat siarkan semuka atau dua muka surat komik...

Hinggalah sekarang, menjadi seorang pekomik BlinkBook dan menjelajah setiap sekolah mempromosi budaya membaca kepada setiap pelajar.

Banyak benda sudah berlaku. Tapi banyak lagi yang perlu ditambah.

Menantikan 10 tahun yang akan datang.

"Aman Wan di tahun 2023, pastikan kau sudah super success! Kalau tak, aku sunat kau lagi sekali!!"

-out-

Monday, May 13, 2013

Masih ada feel...

Kalau nak ikutkan, ini kali kedua Aman join pesta buku bersama Kedai Pink AinMaisarah. Dan sebenarnya ada banyak cerita menarik yang berlaku pada kedua-dua tahun ini. Sangat banyak sampai Aman sendiri rasa malas nak taip dalam blog.

Tapi bagi yang mengikuti FB personal Aman, mungkin ada yang tahu cerita2 di sebalik pesta buku ini.

Tapi dalam banyak-banyak perkara, dalam pesta buku tahun lepas, juga tahun ini, sekali lagi AmanWan dapat baby~!!!

Kali ini ialah nomik Lawak Sekolah kedua!! Iaitu, Lawak Sekolah: Belajar Berpersatuan!! Ohh! Sangat excited!


Oh, perasan kali ini?

Masih menyengat. Dulu, Aman macam terkaku bila buku pertama dipublish dan dapat pegang buat pertama kali. Tetapi untuk buku kedua ini....feeling yang masih sama! Sejak nampak buku kedua ni, mulut tak berhenti senyum! Even masa tu tengah buat kerja (susun atur gerai pink) dengan begitu serius. Dah amcam orang gile! Hahaha!

Dan yang paling seronok, ia bukan saja lahir sendiri. Tapi ada juga novel comel Kisah Silam Robita!! Hasil tulisan Azanil Fitri! Yeahhh!! Walaupun ianya karya Azanil Fitri, tapi masih ada feeling buku sendiri! Hahahaha! Sori Azanil, aku tamak!

Apapun, Aman semakin teruja untuk hasilkan buku seterusnya! Hope pesta buku tahun depan, Aman sudah ada anak yang ke 5 atau 6! Yoshhh!!!

Saturday, March 30, 2013

AKU MASIH ADA!

AHHHHHH~!!!

AKU LUPA!

AKU MASIH ADA IMPIAN!!

HASILKAN PRODUKSI SETARAF DAN SEHEBAT NICKELODEON! TERBITKAN SITCOM, DRAMA DAN ANIMASI UNTUK REMAJA!

YOSHH AMANWAN!!

GO FOR ITTT!!!!!!!

>_______<

I have to.... for now.

Semakin lama, semakin ramai orang berbakat.

Kadang-kadang aku seronok. Kadang-kadang aku takut.

Seronok sebab ianya makin meriah.

Takut sebab aku takut kena tinggal atau tenggelam.

Aku masih cuba mengejar. Menjadi seorang pengkarya. Terbitkan banyak buku. Melalui lukisan atau tulisan.

Buku sentiasa menjadi passion aku dari dulu.

Tapi setiap berjaya perlukan pengorbanan.

Dalam kejar impian, tanggungan, makan minum, penting juga...

Sekarang ini, mungkin aku perlu korbankan dulu. Ego seorang pengkarya.

Buat apa yang penting dulu.

Kemudian, kita start over.

InsyaAllah. Akan ada jalan.

Amin.

Tuesday, March 26, 2013

CERPEN: Kakak Rambut Blonde yang Budiman.


I hate this!

          Jani mengerut dahi. Dia bukannya benci berada di sini. Malah, dia sangat sukakan Pesta Buku. Biblioholic, katanya. 

          Dia juga bukannya benci kerana tiada teman. Malah, dia lebih suka berjalan berseorangan. Independent, katanya. 

          Tetapi. dia benci kesesakan sekarang ini. Bukannya dia tidak waras untuk menyangka hanya 10 hingga 20 orang pengunjung sahaja yang akan hadir. Ini ialah Pesta Buku. Tentunya Jani sudah membayangkan kehadiran ratusan pengunjung dan peminat buku. Ianya amatlah normal. 

          Tetapi apa yang membuatkan Jani panas hati ialah apabila laluan yang sedang dia redah ini hanya dipenuhi oleh makcik-makcik yang membawa beg plastik berisi sayur, buah dan ikan! Malah, mereka boleh lagi berjalan lambat-lambat sambil terkekek-kekek bergosip tentang hal rumah tangga orang lain. 

          Apakah ini!? Bila masakah Pesta Buku sudah mula menjual sayur dan ikan pula ini?? Jani melihat kiri dan kanan. Ah, dia kini sudah nampak sumber kepada masalah ini! Betul-betul bersebelahan dewan Pesta Buku, terdapat sebuah Pasar Tani. Jadi, sudah pastinya makcik-makcik ini datang dari sana. Malah, Jani juga amat pasti bahawa makcik-makcik ini sengaja ikut laluan dalam dewan kerana mahu menyejukkan badan dengan penghawa dingin! 

          “Ah, menyibuk betul! Nak pergi pasar, pergilah pasar! Tak payahlah nak menyempitkan orang yang mahu beli buku!” rungut Jani sendirian. Dia teruskan langkah ke arah laluan yang dipenuhi dengan makcik-makcik itu. Jani meredah dengan agak kasar. Sesekali badannya menolak makcik-makcik yang menghalang laluan. Terdengar di cuping telinga Jani, bisik-bisik umpatan di belakangnya. 

          “Eh, main tolak-tolak pula dia! Anak siapa itu?” 
          “Kurang ajar! Anak siapa itu?” 
          “Tidak sopan langsung! Anak siapa itu?” 

          Yang teringin sangat mahu berkenalan dengan bapak aku ini kenapa? Jani buat tidak tahu. Kaki masih melangkah deras. Perjalanan terus pantas. Kalau tidak, nanti peluang tercantas! 

          Mata Jani meliar memerhati papan tanda di setiap booth di laluan itu. Sekali sekala, bibirnya terkumat kamit membaca setiap nama penerbit. 

          WinkBook Sdn Bhd.... Bukan! 
          Wi Ti Es Publication… Bukan! 
          Wirangraf...............… Bukan! 
          Wiwi Bookie…......... Hah! WIWI BOOKIE! 

          Jani mempercepatkan langkah kearah booth Wiwi Bookie, dengan hasrat untuk membeli novel bertajuk Pembunuh Gedik! Walaupun buku itu berwarna pink, tetapi ianya cerita misteri pembunuhan. Sememangnya taste Jani! 

          Sejak dia terbaca iklan promosi tentang novel Pembunuh Gedik di Facebook, hatinya sudah terpikat! Kaver yang cantik, sinopsis yang menarik, dan paling penting ianya cerita misteri! Lagipun, banyak juga review yang positif Jani dapat dari blog-blog mengenai novel itu. 

          Tetapi oleh kerana syarikat penerbitan Wiwi Bookie ini masih baru, novel tersebut amat sukar untuk ditemui. Kalau ada pun, ianya agak jauh dari rumah Jani. Nak beli online, memang dia tidak tahu menahu. Well, don’t judge me. Aku online untuk Facebook dan Games saja. Mana lah tahu internet boleh guna untuk shopping! Daa~ 

          Apapun, dengan kemunculan Pesta Buku yang berdekatan dengan rumahnya, memberi harapan pada Jani untuk mencari novel tersebut di sini. Dan jangkaannya tepat! Wiwi Bookie kini ditemui! Sekarang, masa untuk mengeledah rak-rak buku di booth tersebut untuk mencari novel yang menjadi idaman hati! 

          Jani mara kearah rak. Sekali laluannya dihalang oleh seorang kakak berambut blonde dan seorang lelaki berkulit sawo matang yang sedang berdiri di hadapan rak buku sambil berbincang sesama mereka dengan tajuk perbincangan yang bertajuk 'Novel apa yang kita mahu beli lagi?'. 

          "Tempoh hari kita baca tajuk apa ya? Pembunuh Gedik kan?" tanya kakak blonde kepada lelaki tu. 

          "Ha'ah, sangat best! Cuba buku yang lain pula. Pengawas Pinky ini macam menarik." balas lelaki sawo matang tersebut. 

          Mendengar review spontan dari 2 pembaca novel Pembunuh Gadik membuatkan Jani lebih yakin untuk membeli dan membaca novel tersebut. 

          Sejurus saja selepas tu, si kakak rambut blonde dan lelaki sawo matang itu mula beredar dari posisi hadapan rak ke meja cashier untuk melakukan pembayaran terhadap buku-buku yang sudah menepati tajuk perbincangan mereka sebentar tadi. Di antara pinggang si lelaki dan handbag si kakak yang sedang bergerak melintasi hadapan Jani, dia terkilas pandang buruan utama yang di tunggu-tunggu, novel Pembunuh Gedik~!!! 

          Dengan senyuman yang selamba, keterujaan yang sedikit membara, tangan Jani pantas mencapai buku bertajuk Pembunuh Gedik tersebut. Ahh..I’ve been waiting months for this moment! And now it’s finally over! 

          Jani tersengih sendiri. Disaat 5 jari sudah memegang erat buku idaman kalbu, si kakak blonde meneruskan diskusi spontan mereka. 

          "Novel Pembunuh Gedik itu gila kan. Tak sangka pembunuh dia Si Shasha The Nerd." 

          Jemari Jani menolak kembali buku bertajuk Pembunuh Gedik ke tempat asal. Kakak rambut blonde, anda memang budiman. 

Sangat. 


-out-



KATA PENULIS: By the way, ini ialah percubaan aku untuk mula jinakkan dengan penulisan. Aku pernah post cerita ini di status Facebook, tapi kali ini aku cuba tambah2 ceritanya untuk bagi nampak ke'cerpen'nya. Susah juga. Tapi saja nak jadikan hobi baru. Sekarang ini, komik dan buat video sudah jadi kerjaya, aku fikir, aku perlukan 1 hobi baru untuk aku buat suka2 tanpa memikirkan deadline atau requirement.

Hope korang suka cerpen ringkas (yang berdasarkan kisah benar ini) dan doakan aku seronok menaip2 lagi. hehe

Saturday, March 23, 2013

Karut: Drama Taman Ceria

Seperti permulaan yang klise, cerita ini dimulakan dengan sebuah taman yang aman damai. Burung berkicau-kicauan. Kanak-kanak riang bergelak tawa. Pasangan kekasih berjalan berpegangan tangan. Kucing dan anjing berak merata-rata. Peragut meragut dengan jayanya. Orang kampong berjaya menangkap peragut dan sepakan tepat kena pada muka. Dikerumuni sekumpulan lagi lelaki-lelaki dewasa yang menghadiahkan penumbuk padu serta hentakan batu bata. Lalu si peragut pecah tengorak kepala di sebuah pagi, di sebuah taman yang ceria. 

Wow. 

Pastas sangat intronya. 

Baiklah. Hero cerita ini ialah Johan, seorang pemuda yang masih menuntut di sebuah institusi awam berdekatan kedai runcit Tok Tam. Setiap petang Johan menghabiskan masa di taman berhadapan rumah sewanya itu. Hanya duduk santai sambil memerhati drama yang dipersembahkan oleh dunia. 

Jika nasibnya baik, drama yang menarik menjadi santapan petangnya seperti hari ini. Johan sendiri tidak lepaskan peluang memberi saguhati sepak terajang terhadap arwah peragut tadi. Dia tidak kenal pun siapa peragut tu. Apa dia peduli. Sekali buat jahat, kiranya selamanya memang akan jahat. Itu prinsip Johan. Sebab itu jugalah namanya Johan. 

Johan. 

Ok. Tiada kena mengena pun dengan namanya. Balik pada cerita. 

Hari ini, tanpa Johan sedari, sebuah lagi drama bergenre romantic akan menyinggah hidupnya. Dari jauh, kelihatan seorang wanita muda bergaun putih, berambut panjang ikal, berkaca mata hitam menuju ke kawasan taman. 

Maria berjalan dengan gah sekali. Matanya tidak lari dari focus pada wajah Johan. Sampai saja di hadapan Johan, dia menghulurkan not kertas 5 ringgit. “Hutang aku. Settle k?” tanya Maria, lalu terus beredar setelah Johan angguk mengiyakan pertanyaannya. 

Oh? Tidak. Maria bukanlah wanita muda bergaun putih itu. Wanita itu masih berjalan menuju kearah taman. Jalan penuh gaya. Lambat sekali. Biasalah, orang cantik sentiasa dalam slow motion. 

Johan tak peduli. Bukan ada kait dengan dia. Dia terus duduk dan merenung sekeliling taman. Mencari mana-mana drama yang mampu menghiburkannya lagi. 

 Kosong. 

Taman sudah kosong. 

Johan tak sedar rupanya hari sudah malam. Dia bangun dari tempat duduk sambil bermonolog, “Bosan betul cerpen AmanWan kali ini.” 

Lalu beredar pulang…. 

…selepas aku matikan watak Johan ditengah jalan kerana dilenyek lori pasir dengan kepala terselit dicelah rim tayar memusing mematahkan tengkuknya, dan the end. 

Cerita tamat. Dengan penuh ceria.

Kan? 

^___^ 

-end-

Saturday, March 16, 2013

Ah! Senyum!!

Penat-penat balik. Nampak gambar ini. 
Ahh! Dah tak boleh berhenti senyum!

^________________________^

Sekarang jom buat buku ketiga pula! Semangat!Semangat!

Yoshh~!!!

^____^

-out-

Tuesday, March 5, 2013

Kusut

Rasa dalam kepala otak ni dah jadi funfair. Macam-macam bermain dekat dalam ni. I need to talk with somebody. Perlukan seseorang untuk bantu susun kembali segala planning, idea, cerita yang ada dalam otak ni.

Ah, kusut.

Tuesday, February 12, 2013

Kaver ikut Tema


Yeah! Kaver baru siap!!

Selepas habis saja tugasan melukis Lawak Sekolah 2, Tuan pengurus ada komen tentang kaver yang Aman propose sebelum ini tidak kena dengan tema buku iaitu tentang Belajar Persatuan/Kelab. Jadi, sebab itulah Aman melukis semula kaver dengan tema yang lebih jelas.

Yup, nampakkan? Robita dan Bard sedang berpersatuan?

Harapnya Tuan Pengurus terimalah proposal kaver ni. Kaler tu, kaler basic je. Bukan final lagi. Kalau semua settle. hari ini juga Aman sudah boleh start lukis buku ketiga, Lawak Sekolah: Belajar Pementasan!

Yosh~!!

-out-

Wednesday, February 6, 2013

Lukis Settle! Dialog pun Settle!


YEAHHHHH~!!!!

Lega rasanya bila komik kedua Lawak Sekolah sudah siap sepenuhnya!! Aman akui memang ambil masa yang sangat lama untuk melukis. Bila dah siap lukis, ingatkan dah boleh lega dah. Tak sangka menulis dialog pun lama juga. huhu

Aman ni jenis yang tak suka buat dialog awal-awal, melainkan ianya untuk tujuan lawak. Aman lebih selesa lukis sampai habis dan kemudian baru fikir, dialog apa yang watak ini sedang cakap.

Aman memang lemah sikit bab buat dialog kelakar. Ini pun rujuk novel-novel Kak AinMaisarah supaya ada la sikit ala2 dialog lawak+gedik. Hehe. Tapi itu belum ambil kira tatabahasa lagi tu. Pehhh..

Apapun, sekarang ini bahagian komik dah settle. Cuma Tuan Pengurus minta Aman redraw kaver Lawak Sekolah ini sebab kaver yang Aman lukis tak menepati tema. Tiada hal! Lagipun, kaver sebelum ni agak crowded. So, Aman akan lukis sebaik mungkin!

Dan selepas ni, Aman akan terus proceed ke buku ketiga. Takmo tangguh2 lagi dah. Dengan watak utama yang baru, Aman memang tak sabar nak lukis buku ketiga. Hint: Rock n Roll!!

Oklah, jumpa di entry akan datang!

-out-


Tuesday, February 5, 2013

Filmaker Bila Berangan

Aman tak pernah terfikir jalan karier Aman akan ke arah filmaking.

Oleh sebab itu, Aman tak pernah membayangkan perasaan Aman terhadap karier ini. Seperti yang Aman pernah cerita, minat terhadap filmaking muncul pada tahun 2008. Ianya sangat baru.

Kalau dulu, Aman pernah bayangkan, perasaan memegang komik sulung yang pertama. Aman sangkakan Aman akan menangis teresak-esak, tetapi bila Lawak Sekolah terbit, perasaan emosional yang pelik pula berlaku. Haha!

Ok lah, Aman buat entry ni selepas Aman terjumpa 1 video ni. Video ini ialah video reaksi sebuah grup pemuzik independent yang bernama A Great Big World, terhadap lagu original mereka yang dinyanyikan kembali di dalam sebuah rancangan TV Muzikal yang paling top masa kini iaitu, GLEE.

 

Reaksi mereka terhadap lagu tersebut sangat mengharukan. Wajah mereka yang sangat bangga kerana karya mereka dihargai sehingga dimasukkan ke dalam rancangan yang popular tu.

Saat ni la Aman terbayang, apa agaknya reaksi Aman, bila karya filem Aman masuk panggung..??

Ok2, itu terlalu jauh berangan.

Tapi, hey, dream big orang kata. Apa salahkan? Bila dah masuk wayang, mesti akan masuk TV dan akhbar (sebab iklan). Dan akan nampak DVD terjual kat kedai2 DVD. Dan nampak link download illegal kat tenet.. (PANASSSS~!!)

Apapun, ini lah yang Aman nak citer..

Suatu hari nanti, Aman akan hasilkan filem untuk ditayang di setiap panggung wayang seluruh Malaysia. Masa tu korang sokong ek. Jangan beli cetak rompak, dan jangan download illegal! Kang ada gua unfriend! :p

-out-

Saturday, February 2, 2013

Rancangan BlinkTV dan AmanWan~!!

OK. Ada perubahan impian di sini.

Pada awalnya, Aman bayangkan suatu hari nanti, Aman akan jadi seorang pelukis. Bekerja sendirian di rumah. Melukis dalam studio sendiri di rumah. Sambil orang rumah buatkan kopi dan anak kecil bernama Aman Jr kegembiraan memanjat-manjat belakang Aman, sebelum makan pelempang papa dia sebab kaco papa dia kijo! 
*gurau je. Maafkan papa ye.* Ahaks!

But hey, kita rancang dan tuhan yang tentukan segalanya. Kini, Aman di dalam landasan yang betul. Cuma kini landasan Aman naiki ini membawa kepada 1 stesen, 1 destinasi yang lebih meriah lagi. Menjadi seorang filmaker.

Aman memang ada impian untuk jadi filmaker. Tapi oleh sebab kerja sebagai filmaker perlu deal dengan ramai orang, (berbanding kerja melukis yang lone ranger) Aman jadi segan silu untuk cebur diri. Tapi dengan bantuan dari Tuan Pengurus Blink, kini Aman akan memegang tanggungjawab dalam 1 anak syarikat bernama BlinkTV Sdn Bhd (nama cadangan).  InsyaAllah!

Apa yang Aman expect dengan BlinkTV?

Aman expect something BIG! Aman tiada pendidikan formal dalam dunia filem. Sama seperti komik. Aman belajar sendiri. Minat datang sendiri. Dan seperti dunia komik, Aman perlu belajar, belajar dan belajar untuk jadi pro!

Aman expect BlinkTV akan jadi sebesar Disney atau Nickelodeon.

  

Nickelodeon sudah terbitkan banyak animation, TV show dan sitcom yang best untuk kanak-kanak dan remaja. Aman juga penonton yang menyukai Teen Sitcom seperti ini. Aman selalu berharap Malaysia akan hasilkan lebih banyak Teen Sitcom. Contoh Teen Sitcom dari Nickelodeon ialah:


BigTimeRush | Pasal 4 jejaka yang gila-gila tiba2 dilatih menjadi artis boyband bernama BigTimeRush. Habis hancur syarikat rakaman melayan kerenah diorang ni. Sangat kelakar melihat perkembangan karier mereka.


iCarly | Pasal Carly yang merupakan seorang vlogger di website iCarly. Setiap episod dia mencari sumber untuk menghasilkan video yang menjadi menarik buat penonton website iCarly.


 
VicTORIous | Pasal  Tori Vega seorang penyanyi yang bersekolah di Sekolah yang dipenuhi ramai talent2 berbakat. Kiranya pengalaman Tori bersama rakan2 di High School dia.


Kebanyakan sitcom atau drama siri di Malaysia pula di khususkan kepada makcik2 saja. Nasib kita ada 'OhMyEnglish', Keluarga Iskadar, yang antara Aman rasa sitcom terbaik Malaysia sekarang ini. (tak termasuk Pimai2 Tangtu, Spanar Jaya, 2+1 yang sanagt popular era 90-an dulu)

 Apapun, Aman berharap ini lah yang bakal dijadikan inspirasi buat BlinkTV. Menghasilkan lebih banyak Teen Sitcom, series, yang best2, fresh dan yang paling penting yang Allah suka.


AmAmi adalah 1st product sitcom dalam BlinkTV. Walau masih ada kekurangan, Aman jadikan ianya 1 proses pembelajaran. InsyaAllah, akan datang Aman dan BlinkTV akan hasilkan lebih banyak sitcom, filem dan drama yang menarik untuk korang semua.

Wish me luck!!

Oh, bagaimana dengan komik? Komik still on! Komik ialah passion Aman! Even Aman kerja jadi buruh ke, arkitek ke, doktor ke, Aman pasti, Aman masih sukakan komik. Cuma kali ni Aman nak make advantage dengan komik yang Aman lukis. Aman nak lukis komik yang 1 hari nanti, boleh di animasikan untuk tontonan kanak-kanak di channel BlinkTV! Yeah!

Oh, bagaimana pula azam tahun ini nak jadi penulis? Hoho, Aman masih nak jadi penulis! Tapi kini Aman nak berlatih tulis skrip! Aman masih belajar sendiri dengan buku bagaimana cara menulis skrip. Seronok! Tak sabar nak ada koleksi skrip sendiri. Lepas tu, boleh hasilkan shortfilm untuk tontonan di channel BlinkTV! Yeah lagi kau!

Ok lah, Aman cerita semua ni untuk record dan reminder pada diri Aman. Jangan putus asa dan teruskan impian ini kasi tercapai!

BlinkTV, here we go!

^____^

-out-

Tuesday, January 29, 2013

Januari yang Macam-Macam!

Banyak perkara yang berlaku dalam bulan januari ni. Tapi Aman je yang tiada masa untuk update blog. Huhu. Apapun, ini ialah sedikit highlight, perkara penting yang sudah berlaku.


1) Program Jelajah Sekolah
Kali ini, Aman secara official sudah join Program Jelajah Sekolah yang dianjurkan oleh BlinkBook. Sebelum ini, Aman hanya tumpang menyibuk saja ketika Kak AinMaisarah buat program jelajah. Tapi kini, Aman dan penulis2 Blink sudah ditugaskan untuk officially jelajah sekolah. (siap dah ada banner tu! Weee!) Apapun, minggu depan, kami akan ada latihan speech di depan 90 orang pelajar. (Gerun sih!) Jadi kena pastikan apa yang perlu dicakap dan bagaimana nak tarik perhatian mereka. Hoho!


2) Websiri AMAMI
Sesiapa yang follow fb Aman, pasti dah tau tentang kewujudan websiri yang Aman tengah usahakan ni, bertajuk AMAMI~!! Websiri ini sudah masuk episod 3. Ia sepatutnya ditayangkan pada hari jumaat setiap 2 minggu. Tapi oleh sebab masalah teknikal, Aman yang sedang busy, Am dan Ami yang sedang fokus pada pelajaran, Episod 4 agak tertunda sikit. Tapi insyaAllah, sekarang ni Aman dah siap kerja dan akan mula fokus kepada AMAMI. So, pada yang kecewa, jangan kecewa lagi ya! AMAMI akan kembali semula!!


3) Lawak Sekolah buku KEDUA~!!
Ahhh..Aman tahu! Aman tahu! Setahun adalah masa yang sangat panjang untuk sambungan sesebuah buku. Tapi apapun, penantian sudah tamat! Nomik Lawak Sekolah #2 sudah siap!! Sekarang sedang dalam proses editing. Aman jamin, buku kedua ini lebih lawak dari buku pertama. Setahun masa yang diambil itu untuk naikkan kualiti tahu! (alasan) Apapun, Aman tak mahu peminat Lawak Sekolah (ada ke..hik3) tertunggu2 lagi. Sekarang ni, Aman sudah mula merangka cerita untuk buku ketiga. Harapannya, tahun 2013, Aman dapat produce at least 3 buku! Yoshh!!


4) LabuBula tamat??
Yup, selain Lawak Sekolah, Aman juga ada melukis untuk majalah G3 yang bertajuk LabuBula. Kalau sesiapa yang follow, nampaknya komik LabuBula sudah agak draggy. Editor juga sudah tertanya bila komik ini akan habis. Aman juga tertanya gak. ;p Sekarang Aman sedang tamatkan komik ini. Jadi minta maaf kepada peminat (ada juga ke??) LabuBula yang sentiasa follow karya ini. Komik ini akan tamat. TAPI!! Akan diganti dengan komik baru yang lebih segar! Nantikan k! Yeah!!


5) Jadi Penulis...EH??
Sekarang ni Aman semakin obses beli buku daripada biasa. Aman baca banyak juga buku-buku English dan Malay. Semuanya novel2 Young Adult. Aman ada keazaman juga untuk menulis novel. Sekarang sedang reka cerita dalam kepala dan buku nota. InsyaAllah, dalam tahun ini, akan dipropose pada mereka yang berkenaan. Aman akan update perjalanan karier penulisan nanti di sini. Doakan Aman fokus ya!


Setakat ini je yang Aman boleh kongsi. Nantikan update terbaru pasal Aman ya! Thanks sebab korang sudi membaca dan ikuti perkembangan Aman. Love yah!!

-out-

Wednesday, January 16, 2013

Perjalanan Kini Bermula!

Hari ini Aman ada meeting bersama Bos BlinkBook. Dan kami berbincang tentang perancangan masa depan. Ianya sangat mendebarkan dan pada sama sangat menerujakan. Aman sekarang sedang di chapter terakhir Lawak Sekolah #2. Aman memang ambil banyak masa siapkan Lawak Sekolah ni, tapi selepas je siap dalam minggu ini, Aman akan terus dengan buku ketiga. Idea semua sudah ada. InsyaAllah.

Apapun, berbalik pada perancangan Aman untuk masa depan. Apa yang Aman tahu, Aman akan kearah bidang video dan rakaman berbanding komik. Dan tahun ini adalah tahun percubaan Aman. Kena lakukan yang terbaik!

Mujurlah awal-awal dulu Aman dah letak nama blog ini, Comics&Career. Jadi, Aman masih tak lari dengan tema blog ini. Aman sebolahnya tak mahu blog ini dicemari dengan entry2 yang biasa-biasa. Sebab tujuan blog ini ialah untuk memberikan inspirasi.

Ketika di entry pertama, Aman hanyalah seorang pelajar universiti yang suka melukis saja. Tiada apa-apa pencapaian. Dan sedikit demi sedikit pembaca boleh melihat peluang dan percubaan Aman mendekatkan diri dalam industri. Ini yang Aman cuba sampaikan dengan blog ni.

Tahun ini ialah tahun bermulanya tahun yang bakal sibuk. Lebih sibuk dari sebelum ini. Dengan beberapa tanggungjawab dan tugasan, Aman pada mulanya ragu akan kemampuan. Tapi Aman melihat contoh2 mereka yang berjaya. Kerja keras itu ada. Persiapan itu perlu. Keyakinan itu wajib!

Mungkin sekarang Aman banyak kurang berFacebook, Twitter, mahupun Vlog. Tapi blog ini Aman pastinya mahu aktif. Tahun ini akan ada banyak cerita. Tahun ini akan banyak perkara terjadi. dan tahun ini baru permulaannya.

Bismillah~

Monday, January 7, 2013

4 Azam Penting 2013~!!

Maybe agak lambat untuk aman buat entry ni. Tapi aman perlu juga. So, ini ialah entry pertama untuk tahun baru 2013~!!

Apapun, kalau dah masuk tahun baru, semua orang nak citer pasal azam baru. Ada yang azam lama tak tercapai, tapi nak buat lagi azam. Ada orang pertikai, kenapa mesti tunggu tahun baru nak buat azam?? Tapi bagi aman, ok per? Sebab tarikh hari 1 bulan 1 semestinya tarikh yang cantik untuk mulakan sesuatu yg baru kan? ^__^

Ok la. Azam aman tahun 2012 sebenarnya dah tercapai. Dulu target sikit je.

Azam 2012 dulu:
1- Nak ada komik solo sendiri. (done! Lawak Sekolah wujud!)
2- Nak hasil shortfilm. (done! Belasah punya budak, Langgar, dan Tunjuk 2 jari)

Dan sekarang, azam untuk tahun 2013. Aman nak buat sumthin yang totally new. Dan ini lebih kepada misi sebenarnya.

Azam 2013

1- Hasilkan novel. Aman nak try jadi noveli. Aman ada cerita yang nak sampaikan. Tapi untuk melukis komik akan memakan masa yang sangat panjang. Lagipun, siri Lawak Sekolah menjadi keutamaan. So, cerita2 yang aman ada sekarang, aman akan cuba taip sebagai novel. Susah ni!

2- Vlogging dengan kerap. Bila aman tengok balik channel AmanWan. Tahun lepas, aman hanya uplod 6 video saja. Pehhh...sikit gila! So, tahun ini, aman akan kembali untuk mulakan vlogging. Sebab utama aman stop vlog sebab aman terlalu busy dengan kerja. Dan kali ini, vlog aman maybe simple tapi still entertaining.

3- Produce shortfilm panjang. Dah nama shortfilm, tapi nak panjang plak. haha. Maksud aman, kebiasaannya, aman buat shortfilm dalam 3-5 minit saja. Kali ini aman nak produce 1 shortfilm yang lebih 15 minit. Yang lebih bermakna. At least 1 pun jadi. Banyak kerja ni!

4- Berguru. Yup, tahun 2013 ni, aman juga mahu timba banyak ilmu terutama dalam bidang perfileman. Aman mahu serius untuk preparation yang telah disediakan untuk aman daripada BlinkTV. So, hope aman akan berjaya dapat ilmu sebanyak mungkin.

Ok, ini je azam aman. Tak banyak, tak sikit, tapi masih lagi perlukan kerja yang keras! Dan tentunya juga, azam yang paling tinggi, ialah menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas. Semakin tua ni, semakin lah kita kena dekatkan diri dengan tuhan. InsyaAllah.

-out-