Showing posts with label Karangan Karut. Show all posts
Showing posts with label Karangan Karut. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

CERPEN: Kakak Rambut Blonde yang Budiman.


I hate this!

          Jani mengerut dahi. Dia bukannya benci berada di sini. Malah, dia sangat sukakan Pesta Buku. Biblioholic, katanya. 

          Dia juga bukannya benci kerana tiada teman. Malah, dia lebih suka berjalan berseorangan. Independent, katanya. 

          Tetapi. dia benci kesesakan sekarang ini. Bukannya dia tidak waras untuk menyangka hanya 10 hingga 20 orang pengunjung sahaja yang akan hadir. Ini ialah Pesta Buku. Tentunya Jani sudah membayangkan kehadiran ratusan pengunjung dan peminat buku. Ianya amatlah normal. 

          Tetapi apa yang membuatkan Jani panas hati ialah apabila laluan yang sedang dia redah ini hanya dipenuhi oleh makcik-makcik yang membawa beg plastik berisi sayur, buah dan ikan! Malah, mereka boleh lagi berjalan lambat-lambat sambil terkekek-kekek bergosip tentang hal rumah tangga orang lain. 

          Apakah ini!? Bila masakah Pesta Buku sudah mula menjual sayur dan ikan pula ini?? Jani melihat kiri dan kanan. Ah, dia kini sudah nampak sumber kepada masalah ini! Betul-betul bersebelahan dewan Pesta Buku, terdapat sebuah Pasar Tani. Jadi, sudah pastinya makcik-makcik ini datang dari sana. Malah, Jani juga amat pasti bahawa makcik-makcik ini sengaja ikut laluan dalam dewan kerana mahu menyejukkan badan dengan penghawa dingin! 

          “Ah, menyibuk betul! Nak pergi pasar, pergilah pasar! Tak payahlah nak menyempitkan orang yang mahu beli buku!” rungut Jani sendirian. Dia teruskan langkah ke arah laluan yang dipenuhi dengan makcik-makcik itu. Jani meredah dengan agak kasar. Sesekali badannya menolak makcik-makcik yang menghalang laluan. Terdengar di cuping telinga Jani, bisik-bisik umpatan di belakangnya. 

          “Eh, main tolak-tolak pula dia! Anak siapa itu?” 
          “Kurang ajar! Anak siapa itu?” 
          “Tidak sopan langsung! Anak siapa itu?” 

          Yang teringin sangat mahu berkenalan dengan bapak aku ini kenapa? Jani buat tidak tahu. Kaki masih melangkah deras. Perjalanan terus pantas. Kalau tidak, nanti peluang tercantas! 

          Mata Jani meliar memerhati papan tanda di setiap booth di laluan itu. Sekali sekala, bibirnya terkumat kamit membaca setiap nama penerbit. 

          WinkBook Sdn Bhd.... Bukan! 
          Wi Ti Es Publication… Bukan! 
          Wirangraf...............… Bukan! 
          Wiwi Bookie…......... Hah! WIWI BOOKIE! 

          Jani mempercepatkan langkah kearah booth Wiwi Bookie, dengan hasrat untuk membeli novel bertajuk Pembunuh Gedik! Walaupun buku itu berwarna pink, tetapi ianya cerita misteri pembunuhan. Sememangnya taste Jani! 

          Sejak dia terbaca iklan promosi tentang novel Pembunuh Gedik di Facebook, hatinya sudah terpikat! Kaver yang cantik, sinopsis yang menarik, dan paling penting ianya cerita misteri! Lagipun, banyak juga review yang positif Jani dapat dari blog-blog mengenai novel itu. 

          Tetapi oleh kerana syarikat penerbitan Wiwi Bookie ini masih baru, novel tersebut amat sukar untuk ditemui. Kalau ada pun, ianya agak jauh dari rumah Jani. Nak beli online, memang dia tidak tahu menahu. Well, don’t judge me. Aku online untuk Facebook dan Games saja. Mana lah tahu internet boleh guna untuk shopping! Daa~ 

          Apapun, dengan kemunculan Pesta Buku yang berdekatan dengan rumahnya, memberi harapan pada Jani untuk mencari novel tersebut di sini. Dan jangkaannya tepat! Wiwi Bookie kini ditemui! Sekarang, masa untuk mengeledah rak-rak buku di booth tersebut untuk mencari novel yang menjadi idaman hati! 

          Jani mara kearah rak. Sekali laluannya dihalang oleh seorang kakak berambut blonde dan seorang lelaki berkulit sawo matang yang sedang berdiri di hadapan rak buku sambil berbincang sesama mereka dengan tajuk perbincangan yang bertajuk 'Novel apa yang kita mahu beli lagi?'. 

          "Tempoh hari kita baca tajuk apa ya? Pembunuh Gedik kan?" tanya kakak blonde kepada lelaki tu. 

          "Ha'ah, sangat best! Cuba buku yang lain pula. Pengawas Pinky ini macam menarik." balas lelaki sawo matang tersebut. 

          Mendengar review spontan dari 2 pembaca novel Pembunuh Gadik membuatkan Jani lebih yakin untuk membeli dan membaca novel tersebut. 

          Sejurus saja selepas tu, si kakak rambut blonde dan lelaki sawo matang itu mula beredar dari posisi hadapan rak ke meja cashier untuk melakukan pembayaran terhadap buku-buku yang sudah menepati tajuk perbincangan mereka sebentar tadi. Di antara pinggang si lelaki dan handbag si kakak yang sedang bergerak melintasi hadapan Jani, dia terkilas pandang buruan utama yang di tunggu-tunggu, novel Pembunuh Gedik~!!! 

          Dengan senyuman yang selamba, keterujaan yang sedikit membara, tangan Jani pantas mencapai buku bertajuk Pembunuh Gedik tersebut. Ahh..I’ve been waiting months for this moment! And now it’s finally over! 

          Jani tersengih sendiri. Disaat 5 jari sudah memegang erat buku idaman kalbu, si kakak blonde meneruskan diskusi spontan mereka. 

          "Novel Pembunuh Gedik itu gila kan. Tak sangka pembunuh dia Si Shasha The Nerd." 

          Jemari Jani menolak kembali buku bertajuk Pembunuh Gedik ke tempat asal. Kakak rambut blonde, anda memang budiman. 

Sangat. 


-out-



KATA PENULIS: By the way, ini ialah percubaan aku untuk mula jinakkan dengan penulisan. Aku pernah post cerita ini di status Facebook, tapi kali ini aku cuba tambah2 ceritanya untuk bagi nampak ke'cerpen'nya. Susah juga. Tapi saja nak jadikan hobi baru. Sekarang ini, komik dan buat video sudah jadi kerjaya, aku fikir, aku perlukan 1 hobi baru untuk aku buat suka2 tanpa memikirkan deadline atau requirement.

Hope korang suka cerpen ringkas (yang berdasarkan kisah benar ini) dan doakan aku seronok menaip2 lagi. hehe

Saturday, March 23, 2013

Karut: Drama Taman Ceria

Seperti permulaan yang klise, cerita ini dimulakan dengan sebuah taman yang aman damai. Burung berkicau-kicauan. Kanak-kanak riang bergelak tawa. Pasangan kekasih berjalan berpegangan tangan. Kucing dan anjing berak merata-rata. Peragut meragut dengan jayanya. Orang kampong berjaya menangkap peragut dan sepakan tepat kena pada muka. Dikerumuni sekumpulan lagi lelaki-lelaki dewasa yang menghadiahkan penumbuk padu serta hentakan batu bata. Lalu si peragut pecah tengorak kepala di sebuah pagi, di sebuah taman yang ceria. 

Wow. 

Pastas sangat intronya. 

Baiklah. Hero cerita ini ialah Johan, seorang pemuda yang masih menuntut di sebuah institusi awam berdekatan kedai runcit Tok Tam. Setiap petang Johan menghabiskan masa di taman berhadapan rumah sewanya itu. Hanya duduk santai sambil memerhati drama yang dipersembahkan oleh dunia. 

Jika nasibnya baik, drama yang menarik menjadi santapan petangnya seperti hari ini. Johan sendiri tidak lepaskan peluang memberi saguhati sepak terajang terhadap arwah peragut tadi. Dia tidak kenal pun siapa peragut tu. Apa dia peduli. Sekali buat jahat, kiranya selamanya memang akan jahat. Itu prinsip Johan. Sebab itu jugalah namanya Johan. 

Johan. 

Ok. Tiada kena mengena pun dengan namanya. Balik pada cerita. 

Hari ini, tanpa Johan sedari, sebuah lagi drama bergenre romantic akan menyinggah hidupnya. Dari jauh, kelihatan seorang wanita muda bergaun putih, berambut panjang ikal, berkaca mata hitam menuju ke kawasan taman. 

Maria berjalan dengan gah sekali. Matanya tidak lari dari focus pada wajah Johan. Sampai saja di hadapan Johan, dia menghulurkan not kertas 5 ringgit. “Hutang aku. Settle k?” tanya Maria, lalu terus beredar setelah Johan angguk mengiyakan pertanyaannya. 

Oh? Tidak. Maria bukanlah wanita muda bergaun putih itu. Wanita itu masih berjalan menuju kearah taman. Jalan penuh gaya. Lambat sekali. Biasalah, orang cantik sentiasa dalam slow motion. 

Johan tak peduli. Bukan ada kait dengan dia. Dia terus duduk dan merenung sekeliling taman. Mencari mana-mana drama yang mampu menghiburkannya lagi. 

 Kosong. 

Taman sudah kosong. 

Johan tak sedar rupanya hari sudah malam. Dia bangun dari tempat duduk sambil bermonolog, “Bosan betul cerpen AmanWan kali ini.” 

Lalu beredar pulang…. 

…selepas aku matikan watak Johan ditengah jalan kerana dilenyek lori pasir dengan kepala terselit dicelah rim tayar memusing mematahkan tengkuknya, dan the end. 

Cerita tamat. Dengan penuh ceria.

Kan? 

^___^ 

-end-

Friday, January 20, 2012

Karut: Mael, kau pergi kelas tak?

Kelihatan seorang lelaki berbaju merah lada sedang khusyuk makan di kantin. Sobri terus duduk di sebelah lelaki tersebut.

“Mael, kau pergi kelas tak?” soal Sobri secara tiba-tiba kepada lelaki yang telah dia duduk secara tiba-tiba disebelahnya lalu menegur dengan dialog yang berbunyi, “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Aku tak pergi kot. Sebab aku pening kepala la.” balas lelaki tersebut yang bernama Mael terhadap soalan Sobri yang duduk secara tiba-tiba disebelahnya yang berbunyi . “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Alaaa, aku pun taknak pergi kelas.” respon Sobri terhadap jawapan Mael kepada soalan yang dia tanya kepada Mael secara tiba-tiba tadi yang berbunyi, “Mael, kau pergi kelas tak?”.

“Alaaa, Sobri. Kau pun taknak pergi jugak ke..?” tanya Mael kepada balasan Sobri yang datang secara tiba-tiba.... ah, panjang sangat nak tulis.

Sobri dan Mael tak pergi kelas hari itu.

-end-

Saturday, December 24, 2011

Karut: Jiranku Maria~

Sepatutnya, ini ialah cerita tentang Hasan dan Borhan yang sedang hidup membujang. Tapi memandangkan mereka sudah punyai jiran baru yang punyai cerita yang lebih menarik, jadi, cerita ini beralih kepada jiran baru itu. Maria.

Apa yang best tentang Maria ialah, dia mempunyai sesuatu yang sangat cool! Iaitu jiran barunya, Hasan dan Borhan. Hasan ni anak pilot. Tapi dia suka keledek. Jadi, Borhan pun suka makan nugget. Borhan pula lebih memahami Maria kerana mereka sudah berjiran sejak sehari lepas.

Apa yang best tentang Maria punya jiran ialah, mereka itu sudah berumur 55 tahun. Tapi masih belum kahwin. Diorang nak tackel Maria. Tapi sebab Maria pakai kerusi roda, jadi, setiap kali mereka tackle, kaki mereka dilenyek roda.

Suatu hari, ketika Maria sedang menyiram pasu bunga, Hasan tiba2 datang secara mengejut.

“Cakk!”
gurau Hasan. Maria terkejut-kejut lantas tersipu-sipu sambil diiringi terbahak-bahak.

“Abe Hassan ni nakal taw”
balas Maria gedik, lalu mencubit manja di bahu kanan Hasan. Secebis daging terkopek dari bahu Hasan. Hasan menahan mulutnya dari meraung. Demi menjaga maruah didepan wanita idaman.

“Maria, maria pakai baju baru ke? Nampak cantik la” puji Hasan pada baju baru Maria yang baru dilihatnya sejak Maria pindah ke kawasan perumahan mereka semalam.

“Ala, abe Hasan ni, menci taw” tersipu-sipu Maria dipuji begitu. Sekali sekala, hidungnya dikembang kempiskan ke muka Hasan. Deras sungguh angin nafas yang keluar dari lubang hidung Maria. Malah, diiringi dengan satu tamparan manja di dada Hasan. Sepalit darah terkeluar di celah bibir Hasan.

Hasan kali ni diam saja. Menahan kesakitan. Maria masih tersipu2. “Abe ni, tiba2 diam, segan la Maria..” diiringi pijakan manja di kaki Hasan.

.......

Borhan kini sendirian.

-end-

Sunday, December 11, 2011

Karut: Jangan Sedih, Lili!

“Kenapa kau ni bahlol sangat ha?” tanya Majid pada Lili. Lili tunduk. Kertas jawapan yang bertanda 98markah itu dikoyak2kan nya.


“Entahlah jo. Aku rasa bebal gila sekarang. Aku dah putus harapan.” Jo ialah nama glemer Majid. Entah dari mana datangnya “JO” itu pun taktau la. Majid lantas berdiri. Lili masih duduk. Majid duduk kembali. Sangkaannya Lili akan turut bangun, rupanya tidak. Malu sungguh.


“Jo, kalau la ditakdirkan, ayah aku marah aku, Kau nak bekap aku tak?” Lili memandang mata Majid dengan penuh sayu. Majid memandang mata Lili. Kelihatan sayu yang penuh mula melimpah2 dari mata Lili. “Membazir itu amalan syaitan Lili.” balas Majid sambil menutup paip sayu.


“Bukan aku taknak bekap. Tapi masalahnya, kau sendiri kenal perangai ayah kau kan?” balas Jo, atau Majid yang mempunyai nama glemer, Jo. Lili makin tunduk. Dia semakin bingung! Fikirannya semakin kusut. Kepalanya sekarang pun terasa amat berat sekali.


“Jo,jangan duduk kat kepala aku please.” pinta Lili. Lalu Majid atau Jo yang nama sebenarnya Majid, terus turun dari kepala Lili. Lili menangis. Muka Majid kelihatan serius.


“Aku buntu Jo! Aku buntu!” Lili meraung. Jo berwajah cuka. Dia pegang kepala Lili.


“Tidak Lili, kau Lili! Kau Lili!” Jo dan Majid cuba meyakinkan Lili bersama2. Mereka tak mahu Lili rasa kecewa dengan kegagalan duniawi. Ia hanyalah nombor. Tidak penting bagi Jo. Tapi tidak bagi Majid. Majid sukakan nombor. Dia sukakan pencapaian yang telus. Oleh sebab itu, Jo tidak rapat dengan Majid.


Lili tiba-tiba bangun. Majid masih duduk. Dia mahu Lili berasa malu juga seperti dirinya tadi. Tapi Lili tidak duduk kembali. Dia masih lagi berdiri. Majid turut sama berdiri. Sangkaannya meleset. Malu sungguh. Lagi sekali.


Tiba-tiba, datang seorang wanita yang datang secara tiba-tiba.


“Lili, kenapa kau menangis nak?” tanya wanita itu pada Rosemary. Rosemary atau nama sebenarnya Lili terus memeluk wanita yang akan dipeluk olehnya itu.


“Mak, tolong beritahu ayah. Jangan marah Lili!” Rosemary, atau Lili nama sebenarnya mula teresak-esak sambil memeluk erat wanita yang disangkakan emaknya itu. Sememangnya, dia memang emak Lili. Dan Lili ialah anak emaknya itu. Iaitu wanita yang dipeluknya itu. Mereka anak-beranak.


Majid atau Jo diam saja di tepi Lili dan wanita yang disangkakan emaknya itu tapi sememangnya emaknya. Wanita itu memandang Majid.


“Sayang, jangan marah anak kita ya.” Majid akur dengan permintaan isterinya itu. Lili tersenyum. Mereka kemudian hidup bahagia selama-lamanya.

-end-

Wednesday, December 2, 2009

Karut: Nasib Jali

Penat2 mengedit komik utk Rakuen, Jadi aman secara spontan menaip cerita karut ni. huhu, sori klu x best. xde idea maa... neway, enjoy!

*****

Jali tahu, nasib memang tidak menyebelahinya. Segala apa yang dilakukan oleh Jali, pasti akan di uji. Jali merenung ke arah telaga lama tersebut. Berhasrat untuk mendapatkan seteguk air buat penghilang dahaga.

Jali bangkit ke arah telaga tersebut.

"Kak, milo ais satu." pinta Jali.

"Kejap ye dik, on the way." Kak Ju membalas dari dalam telaga. Selang beberapa minit, Kak Ju naik semula lalu memberikan milo ais kepada Jali. "Terima kasih,datang lagi." Kak Ju senyum.

Jali kembali duduk merenung nasib yang tidak menyebelahinya.

"kenapa lah nasib begitu kejam padaku.." bisik Jali sayu. Merenung ujian yang menimpanya.

"Sori Jali, meja sebelah kau patah, jadi aku terpaksa duduk depan je." Nasib menegur secara tiba2. Jali akur. Harapan untuk dia meniru Nasib di dalam ujian SPM tidak kesampaian..

Apalah nasib...

"Ko panggil aku?" Nasib bertanya tiba2.

-end-
*****

-out-

gud luck pada mereka yang sedang SPM. Ganbatteh!

Tuesday, December 1, 2009

Aman Mengarut! #2

Cerpen ini hanya rekaan penulis kebusanan dikala subuh. (bosan2 gi ngaji la!) Tiada kaitan dengan sesiapa, kalau ada hahaha,padan muka dia. apapun, bimbingan ibu bapa diperlukan untuk kanak berumur 13-18 tahun. Sekian, enjoy~

*****

TAP! TAP! TAP!

Aku khusyuk menaip papan kunci komputer riba jenama ACER ni. Sambil2 tu, aku melayari internet dan buka ym untuk sebarang informasi dari kawan-kawan cyber mahupun berita lanjut semasa. Sedang sibuk menatap skrin, kakak aku keluar dari bilik dan melintas di depan aku.

Aku cuma menjeling. Kakak turut membalas jelingan aku. Ceh, main balas2 jeling pula. Aku menjeling lagi. Tak mahu kalah. Dia balas lagi. Aku jeling lagi! Dia balas! Jeling lagi! Dia balas! Dan keadaan ni berterusan sehingga 37 minit.

“Man, ada Eye-Mo tak?” kakak mula bersuara. Di kepala ku juga terlintas objek yang sama. Mata kami sedikit bengkak akibat berbalas jelingan tadi. Aku bingkas bangun dan mencari2 ubat mata Eye-Mo di dalam peti sejuk. Kakak pula terus duduk di kerusi ku dan menatap skrin komputer riba aku.

“Kau taip apa ni man? Lucah semacam je akak tengok.”

“Cerpen Sahabat Handai Kiki, apa lucahnya pulak?!” balas aku. Bongok punya kakak.

“oh,cerpen ker... Eh, akak nak tengok facebook akak jap ye.” Kakak terus melayari laman web facebook, lalu menekan2 papan kekunci menaip alamat emelnya.

Anakku_bodoh@yaho.....

Dia memadam kembali alamat emel tersebut. “Tersilap pula. Ini alamat emel ibu.” Bisik akak lalu tersenyum. Dia menaip alamat emel yang sepatutnya.

Aku masih mencari2 ubat mata Eye-Mo, tapi memandangkan mata kami sudah sembuh, aku terus mengambil jus untuk minum.

“akak nak apa2 tak?” aku bertanya pada akak yang khusyuk bermain Pet Society. Setitik demi setitik peluh menitik di dahi kakak. Sudah pasti game itu memberi cabaran yang besar baginya. “susah betul nak naik level!” akak ku mengomel.

Aku terus ke meja makan. Tiba2 akak ku bersuara. “Man, akak nak jugak jus...”

Aku terus bangkit ke peti sejuk semula mengambil jus. Lalu aku ke meja semula untuk
memberikan pada akak.

“...dan keropok ikan.” Sambung akak ku kepada permintaannya 3 minit tadi.

Aku bangkit semula ke peti sejuk dan mengambil keropok yang diminta dan menghulurkannya pada akak di meja ma...

“oh,dengan sos cili.” Sambung akak lagi.

Lahanat.

*****

-out-

Aman Mengarut!

Haha..terlalu byk benda yg aman nak update. Tapi slalu tertangguh2 jadi kalau aman update pon, akan jadi outdated nyer entry. Huhu. So, yg dah lepas dah la. Biar jadi entry dalam memori je. Haha.

Semalam aman gi alamanda utk tengok 2012 (lagi!). Sebenanrnya nak temankan adik2 sedara yang nak sgt tengok. sian, bawak je la. Tapi sebelum tu, sempat2 gak aman g MPH utk carik kekalau ada jumpe komik Shootz #2.

Damn! xde!

Aman jalan2 ke arah rak PTS. Mmg aman agak pantang kalau pegi kedai buku tapi tak beli buku. Mesti kena beli gak! Even majalah. So aman belek2 la novel2 yang menarik untuk di baca. Hmmm.. tiba2 masa aman belek2 tu, hati terdetik gak. "Eh,cam style je tulis novel ni..." haha. Biasa la, remaja, nak mencuba.

So, aman belek2. Tapi kebanyakan novel2 tu utk remaja perempuan. Kalau ada untuk remaja lelaki pon, cover nyer agak keperempuanan. Segan lak nak baca. (cover penting gak kan..tgk, kan aku dah segan..) Akhirnya, masa dah x sempat. Tayangn akan bermula. Jadi aman akhirnya dapat jugak sambar novel GTO: Guru Terhebat Olan. Novel yg agak tebal, novel PTS Syok, n cover agak style. (haa..cover cmni br x segan nak baca..haha)

So, point sebenar, masa aman belek2 novel2 tu, aman terpikir gak 2 tahun dulu aman agak aktif menaip cerita2 bodoh. haha. Sejak tingkatan 5 aman bila bosan2 aman akan menulis cerita yang mengarut. Salah satu contoh cerita mengarut boleh tgk kat entry ni.

Cebisan Gulungan Puaka <-----klik yg ni

So,rasa2 nya aman still boleh menulis ke.. Nak mintak pandangan korang.. Try baca ni. haha, even pendek, tapi amacam?

*****

Kami tidak sepatutnya berada di sini. Hari semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku dan Jasio berdiri tegak seperti bersedia untuk menyanyikan lagu Aduh Saliha. Jasio berpeluh. Baju belakangnya basah. Dia meminta tisu padaku dan aku kenakan cas rm2 sehelai. Dia bersetuju. Jasio membuka baju dan mengelap badannya dengan tisu tadi. Tidak sampai beberapa saat. Dia meminta tisu lagi. Dan cas yang sama dikenakan olehku. Dia setuju... Bodoh.

Aku membetulkan beg sandang setelah memulangkan semula rm4 yang diberikan oleh Jasio. Aku hanya ingin bergurau sahaja tadi. Jasio menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya. Dia mengemaskan pakaiannya. Namun bajunya masih lagi basah dan lembab. Masam.

“Ok ke ni ,man?” Jasio memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk walau aku sendiri masih tidak pasti. Kami masih lagi berdiri tegak walaupun lagu tidak dinyanyikan. Sebuah bangunan Arkiteksi berdiri megah di hadapan kami berdua. Kami menjenguk ke atas. Tingkat 2. Tingkap tidak ditutup. Luas terbuka. Disitu adalah tempat di mana kami belajar melukis plan bangunan sebagai pelajar arkiteksi- Studio 13.

Aku sudah dengar bermacam cerita aneh mengenai studio itu. Cerita yang datang dari mulut pelajar-pelajar senior dan juga kakitangan di bangunan ini. Tidak termasuk lagi cerita gossip panas artis kita di astro ria.

“Kita dah ada kat sini. Lagipun, kita tak ada pilihan lain lagi.” Aku memecahkan kesunyian malam itu seperti pecahnya tulang-belulang mat-mat rempit di dalam nahas jalan raya.

Jasio diam. Kami menyusun langkah. Tanpa berpengangan tangan, kami memasuki pintu utama bangunan itu. Atau dengan lebih tepat, terpaksa memasukinya...

*****

-out-

Wednesday, November 19, 2008

~Cebisan Gulungan Puaka~


“Johan, Johan..!” jerit Fatin berulangkali sambil berlari-lari kecil kearah Johan. Johan hanya menjeling dari jauh. Langkah kaki Fatin memang kecil, sehinggakan boleh dipintas oleh bayi yang sedang merangkak di sebelahnya. 2 jam 34 minit kemudian, Fatin akhirnya berada di hadapan Johan yang ketika itu sedang termenung. dari renungan Johan itu, Fatin amat mengetahui apa yang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Fatin tersenyum.

Dengan nada memujuk, Fatin mendekati Johan. “Johan, aku tahu apa yang kau fikirkan.. aku juga berfikiran begitu.. Adakah bersalin itu sakit..?” Johan mengeluh kembali setelah melempang Fatin.

“Fatin.. kau rasa aku layak tak jadi seorang penulis..?” tanya Johan lembut. Fatin bintas berdiri. Dan mengalami kekejangan sedikit di otot pinggangnya. Kedua belah tangannya di genggam.

“Pastilah!” jawab Fatin kepada soalan Johan 15 minit yang lalu. “Dari usaha kau selama ni,aku pasti kau layak! Aku sering memerhatikan kau. Kau memang rajin menulis cerpen. Pernah sekali ketika kau menulis, Greg datang dan duduk di sebelah kau. Saat itu memang aku takkan lupa! Greg amat kacak. Aku terpesona oleh lirikan senyuman dia. Aku sudah mengirimkan surat cinta kepadanya,namun dia masih tak membalas. Tapi tak mengapa,aku sentiasa akan menunggu dengan harapan. Inilah impian aku!” Fatin tersenyum manis. Johan masih diam. Dia amat terharu kerana mempunyai sahabat yang begitu memahami. “Ais Soda!” tambah Fatin lagi. Walau kata itu tiada kena mengena dengan topic sebenar. Namun Fatin percaya bahawa Johan akan tersentuh dengan ayat itu. “Ais Soda!” ulang Fatin.

Johan merenung Fatin. “Bodoh.” Balas Johan. Fatin tersipu-sipu malu. Lalu pulang sebentar ke rumahnya untuk memakan Nasi Ayam yang telah dimasak oleh ibunya minggu lalu. Fatin duduk semula di sebelah Johan keesokan petangnya. Johan menghulurkan sesuatu kepada Fatin. Pemain MP3. Fatin yang kebingungan lantas pergi mengambil wang sakunya dan membayar RM241 kepada Johan. Johan menyimpan duit itu. Fatin memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan semula. Johan hanya tersenyum hiba.

Namun,Johan tidak dapat menerima pemberian Fatin itu. Dia dan Fatin sudah bersahabat sejak kecil. Seperti adik beradik. Johan mengetap bibirnya. Dia menghulurkan kembali pemain MP3 itu kepada Fatin dengan diskaun harga 45%. Fatin tersenyum lalu membayar kepada Johan. Fatin kemudian memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan. Dan keadaan ini berterusan selama 4 jam 22 minit. Dan Fatin telah berhutang sebanyak RM7.9 billion kepada Johan.

Dan disaat inilah bermulanya kisah pengembaraan Jenny mencari harta karun di dasar lautan biru yang amat terkenal dengan nama “GULUNG2”..

-END-




..................maaf...hanya repekan kebusanan.................