Thursday, June 28, 2012
Friday, January 20, 2012
Kisah Liga Pendekar & Pembeli Kanak2
Siapa je yang tak kenal Hang Tuah? Orang Minyak? Nenek Kebayan? Badang? Si Tanggang? Malim Deman? Sang Kelembai? dan Awang Kenit? Kesemuanya ialah watak2 hikayat melayu yang sangat femes! Lebih2, kalau kesemua watak ini digabungkan dalam 1 cerita pahlawan! Idea superb kot!Ini lah yang dapat di baca dalam komik Liga Pendekar keluaran Komik-M! Antara komik terawal ketika penubuhan Komik-M dan juga merupakan komik pertama yang menangkap perhatian Aman ketika di Suncomic suatu ketika dahulu, seterusnya buatkan Aman mengenali Komik-M.
Jalan cerita gabungan watak2 hero ini bersatu dengan kelebihan dan kuasa masing2 menentang geng2 jin memang sangat stylo! Antara komik yang Aman sangat tunggu sambungannya! Tapi semalam, Aman dapat berita buruk dari Facebook pelukis komik Liga Pendekar ini, Tuan Azhar Abdullah.
Yup, sambungannya terpaksa di KIV dulu kerana komik pertama Liga Pendekar ini tidak mendapat sambutan pasaran yang menggalakkan. Aman serius kecewa gak. Sebab ceritanya sangat2 terbaik! Mungkin kerana stroke lukisan Tuan Azhar sedikit heavy (yang sesuai dengan pembaca dewasa) menyebabkan pembeli yang majoritinya kanak2 tak memberi peluang.Yup, beri peluang. Kelmarin, ketika Aman join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di SK Bandar Seri Putri, Aman dapat lihat dimana kesemua Komik-M laku habis! Dan komik Liga Pendekar memang antara yang slow jualannya. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi mungkin pelajar2 sekolah kebanyakan mencari komik2 yang ala2 seperti manga jepun. Itu gaya yang mereka sudah biasa baca. Dan ini menyebabkan mereka menilai komik Liga Pendekar dengan sekali pandang. Jadi tiada peluang untuk mereka tahu yang komik itu sangat menarik jalan ceritanya.
Kenapa Aman cakap camtu? Sebab Aman kemudiannya buat uji kaji. Aman ambil 1 naskah komik Liga Pendekar, dan Aman mula bercerita camni, "Korang, cuba baca komik ni! Dalam ni ada Hang Tuah, ada Badang yang kuat tu, ada Tanggang yang derhaka tu, lepas tu diorang jadi geng!! Diorang ada kuasa2 lawan dengan hantu!"
Dan surprisingly, mereka memang kenal dengan watak2 hikayat tu! (ini ialah USP dan kelebihan komik Liga Pendekar ni) Mereka siap tanya lagi, sambil tunjuk ke watak2 lain di kaver komik tersebut, "Yang ni siapa Acik? Yang ni? Pompuan ni? Kuasa dia apa?" Dan untung lah Aman dah baca komik ni, jadi Aman boleh kenalkan watak2 tu. Dan bila terdengar je nama2 watak yang mereka kenal, terus mereka hulur RM10. "Acik, saya beli la!" dan diikuti beberapa orang pelajar lagi. Dan komik itu terus habis dijual!
Apa yang Aman nak cerita ni, bukannya nak riak sebab berjaya jadi salesman sementara bernama "Acik" (aku kawen pun belum la adik2 oi..huhu..) tapi ialah respon kanak2 pada cerita komik tu. Mereka sememangnya suka ceritanya, JIKA diberi peluang untuk mereka kenal tentang isinya. Apapun, bagi Aman, ia berbalik kepada bagaimana komik itu dipromosikan.
Memang kita tak boleh nak explain kepada setiap sorang pembeli, jadi itu datangnya kreativiti bagaimana untuk buatkan produk kita dikenali. Apapun, Aman sangat berharap green light untuk penyambungan komik Liga Pendekar ini akan dapat diteruskan secepat mungkin. Bertabahlah Tuan Azhar!
-out-
p/s-- siri Aviasi Fantasi juga faveret aman! Tapi ia juga terpaksa di KIV sambungannya..huhuhuh.. ngapainnnn??? TT__TT
Saturday, November 12, 2011
Gangster di Carrefour~!!

Seperti yang dah sedia maklum, event ni menampilkan geng2 Iklan Gangster! Yeah! Dan paling best, ramai editor turun padang gak! Editor Komik-M (Wanzu, Alif, Lobak), PTS (Jimi), dan WuuHuu (Fariz). Jadi, agak meriah dengan kehadiran diorang~!!

Oleh sebab hari tu ialah hari sabtu, jadi kebanyakan yang datang ke Carrefour ialah family. Jadi sambil2 kitorang melukis2 tu, ada la jugak offer untuk lukis muka anak2 diorang. Free kot~! Takkan taknak. Tapi yang banyak jadi karikatur terjun ialah froggy je. haha. Aman cuma lukis muka ada seorang adik perempuan dan muka enche wanzu je. Kat bawah ni ialah gambar2 yang aman cilok dari FB froggy, Enche Wanzu dan Komik-M.





Adik ni pulak satu2nya "customer" yang setia bersama kitorang dari mula event sampai habis. Haha. Diorang adik beradik ni tengok Iklan Gangster tapi tak percaya yang kitorang ni pelakon Iklan Gangster tu. hahaha, camno ni? Ohye, terima kasih pada Shazwani Azman dan rakan2 sebab sudi datang untuk bertemu Aman. hehe
So, walau event ni just simple, tapi serius aman have fun gak! Kitorang dah tak macam buat event, bagi aman macam sekumpulan kawan2 tengah studygroup subjek komik. hahaha. Oklah, bukan senang nak lepak dengan geng2 pekomik ni. Lebih2 aman ni jauh ke Nilai. huhu. Bawah ni lak antara sebahagian kecik lukisan yang kitorang hasilkan.

Event ni sekejap je, cuma sejam. Jadi, lepas kitorang habis je event kat Carrefour ni, terus reramai pergi KFC. Haaa, Enche Wanzu belanja kot~!! Dia jadi "supplier" hari tu. hehe. So, macam biasa la, makan2 sambil sembang2 dan bergosip. =p
Nah, ini ialah iklan pendek kitorang kat KFC. keh keh keh~!
Ok lah, setakat ni je entry kali ni. Apapun, ini antara event yang bersejarah gak dalam dunia pekomikan aman. Pulang je dari event ni, memang semangat berkobar2. Satu hari nanti, aku mesti akan jadi pekomik yang BEST~!!! YOSSHHH~!!!
-out-
p/s- Jangan lupa tengok TV Alhijrah esok (ahad) pukul 9 pagi! AmanWan dan Mentol Pecah akan jadi tetamu khas rancangan Assalamualaikum~! Yeaayy~!!
Monday, October 31, 2011
Fan Art #3
Wah, lama juga Aman tak post fan art kat blog ni. Last fan art ialah untuk Smash20 yang bakal keluar di pasaran nanti! Btw, atas ni ialah fan art untuk 2 buah komik Komik-M yang bakal diterbitkan!Sunday, October 30, 2011
(Animasi) Biri-Biri Baem~!!
Haaa! Atas ni ialah contoh komik MMS yang aman buat untuk Maxis. Biri-biri Baem. Tapi oleh kerana sebab tertentu, komik ni masih belum boleh dilancarkan lagi. Dan aman berfikiran, mungkin aman nak publishkan saja.Apapun, apa yang aman nak cerita kat sini, komik ni juga ada dipromosikan di Animagworld.com. Dan apa yang best kat situ, diorang bukan promosi biasa je, dia jadikan komik ni ANIMASI~!!
Yup! Animasi! Try tengok video kat bawah ni! Hehehe!
Thursday, August 18, 2011
Alhamdulillah~!!
Gambar di atas ialah pertemuan aman bersama Tuan Wahyudi (pemenang anugerah staff PTS paling kelakar) pagi tadi. Di ikuti juga Alifstyle dan Tuan Hisham. Insyaalah, Aman dan team iKLan Gangster (yang bakal punyai nama group) akan ada projek bersama penyokong iKLan Gangster pada bulan disember nanti. Kita tunggu je keputusan rasmi ok.Terus menyokong AmanWan, iKLan Gangster, Komik-M dan REVgang ya~!!
Terima Kasih!
^___^
-out-
Tuesday, July 19, 2011
Tart Nenas Mama
Well, seperti mana yang aman pernah bitau dalam entry lepas, komik antologi aman yang bertajuk Tart Nenas Mama tak akan di publish tahun ni. Jadi, editor dah minta aman untuk compresskan komik aman dari 12pages ke 10pages. (huhu..dulu bajet boleh dimaafkan..huhu)dan apa yang aman dah buat, ialah aman gabungkan 2 muka surat pertama dan 2 muka surat terakhir. Jadi SIAP~! hehe. korang boleh klik gambar komik di sebelah ni, untuk tengok perubahan yang aman buat dan hasilnya. Apapun, akhirnya editor terima komik ni, dan mereka akan simpan komik ni untuk dipublish tahun hadapan! Yeay! Jadi, sebelum komik ni dipublish, aman harap akan sempat terbitkan beberapa lagi komik! Yosh!
Oh ye, dan apa yang kelakarnya, tak sangka komik Tart Nenas Mama ni juga memberi inspirasi kepada mak aman yang dah pencen, untuk memulakan bisnes tart nenas tahun ni. haha! Bawah ialah gambar2 proses tart nenas emak~! Apapun, sempena Ramadhan yang makin tiba, aman nak wish selamat bersedia mengerjakan puasa dan menjalani ibadah yang berlipat2 ganda~! Moga kita dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT ya~! Aaaamiin~!

Thursday, June 16, 2011
Hidup sebagai Freelancer (1)
Mungkin bagi otai2 yang dah lama buat job melukis, ini adalah jumlah yang normal. Tapi, bagi aman, ia jumlah yang agak besar, tapi masa aman dapat job ni, kepala aman just cakap, "Ambik je aman! Kumpul portfolio!" Yup, duit bukan lah masalah yang utama buat aman masa sekarang, (sebab aman pun duk umah je) tapi niat untuk perbanyakkan portfolio demi kebaikan masa depan.
Dan akhirnya, bulan Mei dilalui dengan penuh seksa... (=___=) Meh, aman citer sikit pasal job2 aman ni. (klik gambar2 di bawah untuk imej yg lebih besar dan jelas. hehe)
Komik-M : Antologi Duit Raya dari Syurga
12 PAGES
Kebetulan, habis saja aman belajar, Tuan Wanzu offer aman untuk melukis dalam antologi Duit Raya dari Syurga yang menampilkan kisah2 berkenaan hari raya dan puasa. Alhamdullilah, aman dapat siapkan komik ni sebelum dateline. Tapi sepatutnya aman lukis 10pages je. Komik yang bertajuk "Tart Nenas Mama" ni diinspirasi dari kehidupan aman dengan abang aman yang membantu emak buat tart nenas setiap bulan puasa (hingga la hari ni). Tapi sayangnya, komik aman tak terpilih untuk dipublish tahun ni kerana sebab2 yang tertentu. (Tuan editor dah menerangkan pada aman hari tu.) Walaupun sedih, tapi kalau tiada aral melintang atau menegak, komik ini akan disiarkan tahun depan. Yeay~!JOB (2)
Parabox Studio : English Book
54 PAGES
Parabox Studio ialah company yang diketuai oleh senior aman sendiri iaitu Fahmi, dan rakan kolej aman, Taufiq bekerja di sana. Untuk job ni, aman kena melukis illustrasi untuk buku latihan english untuk sebuah pusat tuisyen di UIA kalau aman tak silap la. Agak mencabar juga job ni pada awalnya, sebab illustrasi yang aman kena buat haruslah 'membantu kanak2 untuk belajar'. Dan ia agak menyukarkan. Namun, nasib baik aman di bantu oleh Fahmi, dan ibunya untuk memudahkan proses pemilihan illustrasi yang aman kena lukis. Bukan senang ek nak lukis untuk buku sekolah. Kena ikut pemikiran seorang guru juga. huhuJOB (3)
E1 Publication : Children Book
176 PAGES
Aman dapat peluang melukis ni dari rakan komik aman, Bophairy. Dia memang dah lama bekerja untuk melukis dan mewarna untuk syarikat ni. Jadi, aman ditugaskan untuk melukis illustrasi yang kemudiannya akan diwarnakan oleh Bophairy. Jumlah yang agak banyak ni, pada awalnya, aman agak lambat untuk mula melukis. Sekurang2nya, aman kena lukis 10-20 pages sehari. Tapi pada pertengahan, baru aman dapat catch up. Cuma bila dah nak akhir2, otak dah mula jamm, dengan masalah atuk yang tiba2 dapat strok, kerja melukis aman jadi lambat. Terpaksa melukis di sofa hospital dan kemudian aman demam akibat stress yang berlebihan. Tak sangka, kerja yang kita sukai juga boleh menyebabkan stress.. huhu.. *****
Apapun, pada akhirnya, aman dapat siapkan kesemua job. Dan aman amik masa seminggu untuk berehat akibat pening kepala dan demam. Cuma aman sedikit kesal, sebab terlewat submit job2 tu pada editor. Walau apapun, banyak perkara yang aman dapat belajar dari job2 pertama aman ni. Sangat banyak! Walaupun demam dan stress, tapi kebaikan yang aman dapat lebih dari tu. Pengalaman dan skill untuk jadi lebih baik!
Aman berharap, selepas ni, aman akan lebih bersedia mental dan fizikal untuk job2 yang seterusnya! AAAmiin~! Doakan yang terbaik untuk aman ya!
Ohya, dan aman juga nak ambil peluang untuk minta maaf pada banyak pihak yang aman telah susahkan sepanjang job ini berlansung. Bermula dari editor2 yang memberi job pada aman, rakan2 komik yang bersabar dengan aman, rakan2 kolej sebab tak dapat luangkan masa dengan korang, rakan2 sekolah sebab terpaksa batalkan temujanji, ahli keluarga sebab aman asyik duk melukis sampai rumah bersepah, dan mereka yang terasa hati secara langsung atau tak. MINTA MAAF BANYAK2~!!!
(huhu..dah macam hari raya dah ni..)
oklah, terima kasih sudi baca. Harap korang sentiasa ceria2 ek! Dan jenguk2 la blog ni selalu. YOSH! Masa untuk lukis KOMIK SOLO~!!!!
^____^
-out-
Thursday, December 9, 2010
(SET!) Consultation #1
Ok, ini ialah entry yang pendek. Pada 2 Disember lepas, aman Irfan, dan Laven telah pun ke ofis PTS untuk tunjukkan progres komik masing2. Aman sebenarnya baru je nak cuti sem sebab aman baru habis praktikal, jadi aman masih tak banyak progres, tapi dalam masa 3 hari sebelum kitorg pergi ofis, aman cuba siapkan mana yang mampu. huhu.
Kehadiran kat ofis Komik-M memang mendebarkan. ini kali ke-2 aman datang. Dulu dengan Bop dan Reja, di mana menyaksikan komik proposal aman di rejek. Jadi, kali ni aman agak berdebar. Lebih2 dengan kualiti yang belum siap sepenuhnya. Apapun, kitorg masuk dengan muka rileks dan tersengih2.
Sambil2 Laven dan Irfan menceritakan sinopsis komik Virus x Vaksin diorang pada Encik Wanzu, Aman macam biasa consult dengan Encik Zulfadhli tentang komik Set! aman.
Pic kredit to Encik WanzuAlhamdulillah tak ada re-do. Lagipun sebab aman belum siap sepenuhnya, jadi agak sukar editor nak komen. Jadi, aman ambil peluang untuk bincang tentang jalan cerita. Setakat ni, apa yang aman rancang diterima baik oleh editor. Memang aman excited! Yeah!
Oh, kebetulan masa kitorang di sana, Reja pun datang sama. Dan kitorang dapat komik Shootz! 3 free dari encik Wanzu~!! So, nak mahalkan lagi kualiti komik ni, apa lagi, signature la~!! hoho.
Lepas habis consult, kitorang singgah ke Bookcafe. Laven ada temujanji lain. Dia sekarang tengah hot dikalangan PTS One untuk melukiskan cover. Kagum2. Ipan, Reja, Aman dan Encik Wanzu merayau2 dalam Bookcafe sambil belek2 buku dan komik. Haha, encik Wanzu pun ambil peluang untuk buat video untuk Komik-M.
Kitorang (aman, ipan, laven) ditumpangkan Encik Alif ke stesen Lrt. Sebab kitorang nak gi KLCC. Asalnya nak tengok Rapunzel, tapi da lambat. Jadi, lepak Kinokuniya je. Sampai petang, baru balik.
*****
Apapun, haritu even sangat2 bermakna buat aman. Lebih2 dengan keadaan aman yang tengah down pada entry lepas, aman perlukan kekuatan untuk naikkan semangat. Dan berjumpa dengan rakan komik dan editor2 sangat membantu aman. Harap lepas ni aman lebih kuat dan dapat siapkan komik solo aman ni secepat dan sebagus mungkin. Terima kasih semua!
^________^
-out-
Tuesday, September 21, 2010
(SET!) Watak Sampingan
TAPI..
Walau hari ini dimulakan dengan perasaan yang malas, banyak perkara best telah berlaku!! Awalnya, aman dapat beli komik yang best, kemudian bertemu dengan rakan artis yang best, beli dvd yang best, dan keseronokan yang best! di mana aman akan ceritakan pada entry lain..
TAPI..
Yang paling best berlaku ialah, apabila aman pulang dari outing bersama rakan2 komik, aman buka laptop dan check emel... design watak sampingan aman juga telah diapproved oleh editor, enche Zulfadhli~! (yeah!) Bawah ni ialah rekaan watak sampingan serta komen dari enche Zul.

Saya berpuas hati dengan watak sampingan yang aman hantarkan, dan saya rasa aman sudah boleh mula melukis komik berdasarkan improvement yang sudah saudara tunjukkan. Selebihnya terpulang kepada inisiatif saudara sendiri untuk meninggikan kualiti lukisan saudara.
Teruskan berusaha!
Alhamdulillah.. Mari sama2 berusaha~!! ^________^
-out-
Sunday, September 19, 2010
(SET!) Watak Utama
Untuk watak Omit ni, aman masih mengekalkan sifat dia iaitu seorang yang cerewet dan metroseksual. Cuma aman tingkatkan umur dan penampilan dia nampak lebih matang dan tinggi. Memandangkan editor mahukan aman explore lagi dunia fantasi dan tonjolkan watak utama, jadi aman buat rambut dia bentuk star camtu. hehe. harapnya cukup menonjol la ni.
Watak utama yang bersama Omit ni ialah Dami. Untuk watak Dami, aman tak banyak ubah sebab aman sudah suka dengan watak bersahaja dan penampilan diri dia sebagai seorang yang sempoi dan suka bermain2. Tapi untuk watak ni, aman mudakan sikit umur dan penampilan diri dia. supaya lebih nampak kontras dengan watak Omit. Rasanya ini dah ok.Sekarang ni, editor minta aman untuk design beberapa watak sampingan untuk melihat teknik aman menvariasikan watak. Dan aman dah siapkan watak-watak tu dan akan hantar pada editor dalam masa terdekat. Harapnya diterima. Aman akan updet info seterusnya tentang perkembangan komik SET! ni pada entry akan datang.
Wish me luck k! Yeah! Thanx guys!
-out-
Thursday, August 26, 2010
The Consultation
BT CAVES, 20 OGOS 2010- Ini ialah tarikh yang sangat ditunggu aman (sebenarnya, tak la tertunggu sangat sebab aman secara tak sengaja free masa tarikh ni untuk ke ofis..) sejak aman siapkan 40pages proposal komik SET! pada akhir bulan Jun hari tu. Aman dengan perasaan teruja, cuak, hepi, naik motor ke editorial ofis Komik-M.Ok, sebelum aman nak cerita lebih panjang, aman nak beritahu trivia tentang pertemuan aman dengan editor Komik-M kali ini...
1) Ini ialah proposal komik solo aman yang ke-3
2) 40pages telah aman siapkan sebagai proposal
3) Editor tak tahu lansung berkenaan kedua2 trivia diatas.
4) Ketiga2 trivia diatas dinamakan kes "Berani Mati".
ok, sememangnya aman x dapat nak expect apa2. Aman hanya terbayang dua ayat saja waktu tu. "Ok, approved." dan "Hmm,redo lah". Tapi aman dah bersedia untuk hadapi kedua2 situasi. Kalau approved, memang aman akan tersenyum sepanjang hari sambil kepala membayangkan impian yang semakin hampir.. dan kalau redo, aman juga pasti akan tersenyum sepanjang hari sambil membayangkan impian yang pasti hampir nanti..
Aman parking motor betul2 depan ofis editorial. Aman betul2kan rambut, belek2 proposal komik yang aman dah print dan stapple.. Dalam fikiran aman memang bermacam2. Apapun, waktu tu, aman berharap, kalau terdapat rejection dalam karya ni, biarlah tiada siapa menjadi saksi. Biarlah menjadi rahsia antara aman dengan editor saja.
Aman pusing belakang untuk kunci motor. Vroom~! Reja dan Bop sedang tersengih. "aman~!" Mereka parking motor betul2 kat belakang motor aman... Gulp!... ^___^" ...kantoi~
Dalam ofis editorial, Alif sedang letak toning pada Aviasi Fantasi 2, Enche Wanzu sedang edit cover Budak Takraw 2 bersama Jimi, dan Enche Zul (editor baru) sedang ada sesi consultation. Aman, Reja dan Bop duduk di meja consultation menunggu Enche Zul. Ofis editorial memang sangat cool~! Luas dan banyak meja. Macam dalam studio pula, tapi lebih best sebab masing2 sedang edit buku2. Cool giler~! Masing2 tekun. Aman diam2 je, sebab masih segan2 dengan staff2 PTS. Jadi, sedang aman menunggu, aman bagi Reja dan Bop untuk belek2 proposal komik aman tu...dan consultation tiba2 bermula...
BOP
Bop membelek komik SET! tu. Sambil2 tu aman cerita sket tentang idea fantasi aman yang aman nak letak dalam komik tu. Bop cakap, "Apa yang senangnya pasal dunia fantasi ni, orang tak boleh nak persoal pun kalau ada benda2 x logik ni. Tengok, rumah ni mana logik, tapi ok je." (tak silap, ini yang Bop cakap. mana la aku ingat sebutir2 ayat dia..) Bop belek2 lagi. Bop terpandang satu lukisan teksi. "Aman, apa ni, ini teksi yang aku jumpa tengah jalan tadi ni. Tak fantasi pun ni." (lebih kurang camni la ayat dia jugak..) lalu diiringi gelakan wakaka..crew beliau sambil menari2 shuffle secara tiba2. (ok, ini aku tambah cerita)
REJA
Reja pun belek2 komik SET! tu. Reja tersenyum lalu ikut Bop menari shuffle juga. (aku tambah cerita lagi) Reja terpandang design watak utama aku. Reja cakap, "Mesti samakan. Kalau ada 2 orang watak utama, mesti sorang rambut pendek kaler hitam, sorang rambut panjang kaler putih.. selalu mesti macam tu.." Muka Reja nampak serius. Jadi, aman membatalkan niat untuk berloyar buruk dan aman pun hanya tersenyum saja.
EN. ZUL
Enche Zul ajak duduk dan bincang. Tanpa segan silu, enche zul cakap, "Ini untuk rujukan akan datang ye.. Panel komik ni padat sangat la. Terlalu penuh sangat. Kena ada beberapa page yang full. Biasanya panel untuk Komik-M dalam 5-6 dah ok." Enche Zul belek2 lagi.. "Hmm..kalau jalan cerita... jap, saya tanya wanzu camner.."
EN. WANZU
Enche Zul memanggil Enche Wanzu. Kehadiran Enche Wanzu sememangnya memberi aura cuak seperti kemunculan Chief Editor dalam komik Bakuman. Enche Wanzu dengan confidennya cakap, "Amannya komik ni padat la. Tak relaks. Komik untuk kanak2 kan? Kanak2 nak baca kena santai2, ini padat sangat. Jalan cerita ok. Tak payah lukis sumer panel ada background. Lukis 1 panel besar full background dan yang lain2 sket2 je. Kalau sumer full background nanti pembaca keliru. Aman masih banyak buat close-up panel. Tak free. Terlalu banyak zoom in. Cuba zoom outkan sket untuk bagi nampak scenery." Lalu enche wanzu buat gaya tangan untuk zoom out dan zoom in.
Dia sambung lagi, "Aman buat komik dunia fantasi, tapi awal2 aman tak tunjuk pun ini dunia fantasi.. Kalau ada arnab tidur ada buku atas kepala ni masih tak cukup fantasi. Risiko kalau aman buat komik fantasi ni, kena la tunjuk dunia dia yang sebenar. Macam Dr.Slump, awal panel ada matahari senyum. Orang dah tau itu dunia fantasi. Aman sepatutnya ada blue print dunia komik aman ni. Aman patut tunjuk kat awal2 panel komik."
Enche Wanzu tengok karakter. "Ini watak2 utama ni sama je. Tak menonjol. Badan dia sama je. Tak ada tinggi, gemuk. Cuma tukar rambut, pastu pakai cermin mata. Aman kena variety kan watak utama supaya lebih menonjol dari watak sampingan." dan beberapa lagi komen2... aman tunduk saja. Tak berani bertentangan mata dengan enche wanzu, enche zul, jimi, bop, dan reja.. (wah,.ramai juga saksi.. TT___TT..)
EN.ZUL (lagi)
Enche Wanzu menyambung kerja editing. Enche Zul ambil alih semula. Komen enche wanzu tadi sudah disimpulkan menjadi "Hmm,redo lah.". Aman tenang. Tak terkejut sangat. Sebab ini risiko yang aman patut dah expect bila buat kerja "Berani Mati" macam ni.. Aman belek komik sendiri. Aman sebelum ni sangat konfiden komik aman ni akan diterima. Aman rujuk semua Komik-M untuk playsafe dengan konsep dan idea komik aman ni. tak terlalu biasa, dan tak terlalu extravaganza. Aman mungkin selamat dengan idea, tapi aman masih lemah dalam skill berkomik. Apapun, aman angap ini sebagai proses belajar. Kejayaan bukan datang dengan sepetik jari kan?
Sebelum aman redo semula komik ni, aman mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa pendapat dan idea kepada enche zul. beberapa input yang aman dapat dari beliau, "Kalau nak buat full panel, letak kat awal2 komik, sebagai pengenalan. Watak dah ok, tapi varietykan lagi. Panel masa aksi lawan bagi senget2 sket. Jangan petak2 sangat panel. Rigid sangat nanti. Garisan efek pun kena kemaskan lagi. X perlu terlalu banyak garis. Dialog lak kalau boleh jangan terlalu banyak. Bagi pembaca rehat. Ada page yg perlu untuk banyak dialog dan ada page yang lebih baik sikit2 saja. Kalau tak, pembaca akan jadi penat untuk baca setiap dialog panjang. Kalau ada dialog yang panjang2 pun, pastikan pecahkan ia kepada 2-3 bubble. Jadi tak nampak padat sangat." dan beberapa lagi komen yang banyak membantu aman untuk memperbaiki komik aman ni.
*****
Dan seperti sedia maklum, nak taknak, aman kena redo keseluruhan komik aman ni. Dari design karakter, panelling, dan jalan cerita. (Jalan cerita kena ubah mengikut panel dan limit pages Komik-M) Memang kerja yang banyak, tapi serius cakap, aman x rasa sedih. Aman cam lagi teruja. Aman semakin nampak kelemahan aman dan diberi peluang untuk lebih improve. aman akan gunakan peluang ni sebaik mungkin!
Kesimpulan untuk hari tu, aman cuma boleh cakap (atau taip dlm status Facebook),
Eksperimen "berani mati" hari ini mmg betul2 'mati'. haha. Tapi ia permulaan 'hidup' yang lebih kuat! Yeah! Berusaha Aman Wan~!!!
-out-
maaflah entry kali ini aman tak upload preview komik aman. TAPI akan datang komik tu aman akan upload di Facebook aman. =)
Friday, August 20, 2010
Proposal Ke-3
Dulu aman ada 1 masalah yang aman rasa ramai juga pelukis2 pernah alami. iaitu cepat bosan pada 1 cerita. Aman selalunya, akan create 1 cerita dan bila dah lukis separuh, mesti tukar citer lain. TAPI, ini bukan alasan aman untuk menghantar proposal komik baru kepada komik-m. jom, aman cerita apa dan kenapa aman tukar proposal komik aman sebanyak 3 kali.
Ini ialah proposal komik aman yang pertama pada Komik-M. Menceritakan kisah suka duka seorang badut dengan geng2 sarkisnya. Aman cuba menaikkan isu2 kekeluargaan dan isu2 yang sering di alami oleh kanak2. Proposal komik ini berjalan lancar. Perbincangan telah dibuat, emel telah dibalas, sehinggakan komik ini sudah diberikan lampu hijau untuk dilukis sepenuhnya. TAPI, masa aman melakukan draft untuk melukis komik ini, aman baru sedar sesuatu. Masalah yang sangat penting. Aman terlalu pentingkan jalan cerita, dan isu dalam komik ni sehinggakan aman terlupa tentang teknikal atau budaya kehidupan badut itu sendiri. Aman melakukan banyak rujukan utk memahami bagaimana kehidupan seorang badut di sarkis, bagaimana tentatif program sarkis diadakan, siapa yang bertanggungjawab dalam setiap program sarkis, dan lain2 masalah ynag aman sendiri tak dapat jawab. Untuk menjawab soalan ni, aman kena pergi sendiri ke sarkis dan melihat dan rasa suasana dan kehidupan sekeliling yang berlaku disana. Oleh sebab itu, aman hold komik ini sehingga aman ada keyakinan dengan jalan cerita yang sedang longgar sekarang ni.HERO SEKOLAH
Ya, ini ialah proposal komik ke-2 aman. Dengan menggunakan stroke yang baru dan jalan cerita yang lebih simple, Hero Sekolah ni mengisahkan kehidupan 5 sekawan yang akan menempuh pelbagai kisah paranormal di penempatan mereka disamping mengetengahkan elemen persahabatan antara mereka berlima. Komik ini ialah komik yang aman sangat suka dan berharap untuk diterbitkan. Bagi aman komik ini memang jiwa aman la. Komik ini berjalan agak lancar. Sudah bersedia untuk dilukis sepenuhnya. TETAPI... ketika aman melukis page awal komik ni, aman dapat detect sesuatu. skill melukis aman masih lemah. Aman lemah dlm perspective view, melukis watak pon ambil masa lama, dan beberapa lagi kelemahan yang aman rasa akan memburukkan komik yang special bg aman ni. (ya, korang boleh simpulkan semua ini alasannnnn~) Jadi, aman hold dulu komik ni sehingga lah aman betul2 yakin dengan skill aman untuk terus melukis komik ni.SET!
Yup, ini proposal ke-3 komik solo aman. Bertemakan dunia fantasi dan aksi, komik ini lebih santai, stroke yang lebih fleksible, dan jalan cerita yang sesuai untuk kanak2. Aman sangat seronok melukis komik ini. Sehinggakan aman sudah pun siapkan 40pages sebagai proposal. huhuhu. Aman mahu mulakan dunia pekomikan aman dengan komik SET! ni. Semalam, bersamaan 20 Ogos 2010, aman telah pun berjumpa editor Komik-M untuk dapatkan komen dan approval. Neway, banyak benda aman akan ceritakan berkenaan sesi consultation tersebut, dalam entry blog akan datang.So, wish me all da best~!! Berusahalah Aman Wan~!!
-out_
Wednesday, May 26, 2010
Komik Solo
Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya. Tapi aman kemudian terfikir, Sampai bila aku nak sketch2 dan rangka2 komik je ni? ditambah pula dengan soalan2 lazim dari kawan2, Wes, komik ko bile nak siap?? (Sejujurnya.. bila nak buat?..) Jadi dari situ aman nekad untuk menggadaikan senang lenang aman dirumah dan berkerja keras melukis komik aman ni dengan serius~!!
Ya? Apa?
Oh, yes~!
Kenyataan diatas memang sangat poyo. wakaka..crew~! (gelak gaya Bop)
Tapi tak salah mencuba. Dan hasilnya adalah positif setakat ni. Lepas je aman lukis page ke-3, aman semakin teruja untuk lukis page2 seterusnya~! Ketika entry ni di tulis, aman sudah menyiapkan page ke-21. Weeee~!! (errr...sikitkan..)
Huhu..pada awalnya, aman bajet untuk siapkan 1 buku komik solo aman ni dalam sebulan, bermakna sehari (weekdays) aman kena siapkan 5 pages. (BAJEEETT~!!!!!!) Dan seperti perkataan dalam kurungan disebelah, aman sangat bajet.......hanya mampu lukis 1 page sehari...huhu..
Rasanya aman patut tingkatkan set pages aman sket dalam 2pages sehari, tapi depend pada kemampuan aman. Lebih2 cuti ni juga aman terlibat dengan kerja2 illustrasi buku kanak2, komik antologi dan ulang kaji berkenaan interior design. (preparation sebelum masuk praktikal julai nanti..)
Buat masa ni, semangat aman masih seronok melukis komik solo aman ni. Sampaikan kadang2 aman tersalah inking di beberapa tempat.. adoiyaiii..huhu~!
Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!Aman buat entry ni bukan nak memberi janji kosong kat kawan2 aman yang tunggu komik aman untuk siap, tapi entry ni dibuat juga dengan sebab memberi tekanan kat aman sendiri untuk siapkan dalam masa yang aman dah tetapkan. Bila dah ada tekanan, ditambah dengan perasaan teruja melukis, aman harap semua akan berjalan dengan baik.
Teruskan perjuangan Aman Wan~!!
-out-
Sunday, April 25, 2010
Komik Review #2
Ditegaskan kepada semua, setiap review yang berada di blog ini adalah pendapat PERSONAL. Anda mungkin bersetuju dengan aman, atau tidak. Jadi, untuk tahu kebenarannya yang sebenar, sila beli sendiri dan nilai. Lagi sekali ditegaskan, ini adalah pandangan PERSONAL aman sebagai pembaca. cool~!
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Komik yang agak catchy~! Bagi aman, cover dan belek2 sket isi dalam, dah cukup buat aman tertarik utk beli. Stroke yang sangat unik dan jalan cerita yang bagus! Even aman budak kampung, tapi, aman sendiri tak pernah main perang terung manggor. huhuhu. Tapi, bagi aman, lebih best kalau konflik2 di lebih kan sket. sebab jalan cerita dia agak 'aman damai' seperti kampung. huhu. klu ada banyak lagi konflik2 mesti lagi cun. Stroke aman tak perlu komen sebab stroke ni memang memikat animator untuk menjadikan Meon sebuah siri animasi yang baik kelak. All the best pada Jas~!
PEKOMIK: Ard One & Farihah Iskandar
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Bagi aman, kemunculan komik ni memang sesuatu yang dinantikan pada peminat siri novel Dear Yayah tulisan cik Farihah Iskandar. Even aman tak pernah baca novel Dear Yayah, tapi aman masih lagi enjoy baca komik ni yang banyak menunjukkan fenomena yang berlaku di sekolah berasrama. Haha, teringat lak dulu2. Lukisan yang kemas oleh Ard One dan jalan cerita yang OK dari Farihah Iskandar. Aman suka, tapi taklah teruja. Sebab cerita kehidupan seperti ini bukan genre yang aman minat. Dan, apa yang aman janggal, ialah watak2 dalam komik ni. aman agak susah nak cam watak2 perempuan dalam komik ni. Sebab muka mereka agak sama. Dan, aman lagi suka kalau mereka ni dalam asrama, tunjukkan je rambut. (diorg pakai serkup). Sebab aman tengok, banyak je komik-m lain yang lukis watak tak bertudung. Lagipun babak di asrama cuma sekejap saja. Jadi, aman rasa tak mengapa. Hanya pendapat.. bagaimana ye enche Wanzu dan Alif..??
PEKOMIK: Ayiemz 01
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Err..aman perlu jujur di sini. Aman tak faham komik ni. huhuhu. Rekaan cover page dan konsep cerita bagi aman dah sangat smart~! Memang aman menantikan komik ni dulu. Tapi aman agak kecewa bila aman buka isi dalam. Lukisan komik ni seolah2 macam hendak cepat, dan aman tak dapat bezakan latar dan watak. Disebabkan cerita ini juga 100% berkisar tentang dunia lain, jadi, haiwan, manusia, pokok, semuanya dalam rangka yang asing. aman tak dapat bezakan yang mana kapal angkasa, yang mana orang. Pada awal cerita juga aman tak pasti yang mana watak utama dan yang mana perlu diberikan fokus. Aman tahu pelukis komik ni, Ayiemz adalah seorang yang berbakat, cuma aman sebagai PEMBACA, aman masih keliru dengan cerita komik ini. Aman sudah baca 2 kali untuk fahamkan. Pening. Aman akan try untuk kali ketiga nanti. Diharap sambungan komik ini akan lebih baik. Maaf, komen jujur dari pembaca.
-out-
Thursday, April 1, 2010
Komik Review #1
TAJUK: Misi 8APEKOMIK: Afiq & Nazry
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Haha, komik yang mencetuskan kontroversi. Ok, untuk komik ni, bagi aman jalan cerita dan penyampaian sangat best~! Bebudak yang nak amek PMR atau SPM boleh la amalkan tips2 yang ada dalam komik ni. Tapi jangan ar korang baca komik ni je, baca la gak buku pelajaran tu oi~! Klu nak betul2 dapat 8A la. hehe. Neway, walaupun tujuan komik ni untuk memberi panduan tentang pembelajaran, tapi Nazry (penulis) tetap concern dengan jalan cerita yang menarik, kisah2 hubungan kekeluargaan dan cinta tu best. Gaya lukisan Afiq agak simple. Even tak sedetail Aviasi Fantasi, tapi bagi aman kira ngam la dengan jalan cerita yang santai camni. Sangat rekemen kepada korang yang nakkan bahan bacaan yang menarik, ilmiah, dan kelakar~! hehe, info2 pasal budak2 sengal jawap exam tu memang cool~! hahahaha!
PEKOMIK: Bop
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Komik adiwira yang sempoi gak~! Terubat gak rindu aman yang gian dengan siri Kecemprengman. huhu. Jalan cerita Ultra Qalif santai dan senang baca. Tak tension2. Memang cool untuk bacaan waktu petang sambil menghirup kopi cengkudu~! Aman dapat jangkakan watak Ultra Qalif ni akan dicosplay 1 hari nanti. Lukisan memang sempoi, dan aman memang suka lawak loyar buruk dalam citer ni. (part cermin mata dengan kes eksiden tu~! haha..siot!) Hope Bop boleh cepatkan keluaran setiap siri komik ni sebab siri ni memang ada potensi untuk tackle kanak2, dan kalau siri ni keluar lambat, takut sifat teruja kanak2 tu kat Ultra Qalif akan pudar dan spoil la. So,teruskan Ultra Qalif cepat2~!! Siri yang best!
TAJUK: Dunia DidiPEKOMIK: Ard One
SINOPSIS & PREVIEW: Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN: Hoho,komik kanak2 yang best la. Aman xleh nak judge lebih sebab komik ni memang untuk kanak2. Lukisan yang sangat2 santai, cerita yang sempoi, memang bagus untuk mengajar kanak2 tentang penjagaan alam sekitar. Setakat ni aman masih tak sure flow cerita ni untuk siri yang seterusnya, tapi aman harap klu watak2 kawan Didi akan di ketengah lagi. Macam cerita Shin Chan yang ada Kazama, Nini, Bo dan Masao. Diorang bukan saja watak sampingan tapi jugak watak2 penting yang hidupkan komik Shin Chan tu. Jadi, memang best kalau Ard One boleh buat pengembaraan yang best antara diorang dengan Kapten Hijau. hehe. Sebab kanak2 skang suka baca cerita2 yang ada advanture. (klu x silap la..huhu) Apa pun, all the best kat Ard One dan Dunia Didi~! Aman menantikan siri yang seterusnya~!! hehe.
Cukupla 3 komik dulu. Pasni aman nak edit entry tentang Anugerah PEKOMIK lak. Aman akan sambung review 3 komik lagi setiap entry. Dan klu aman rajin, aman akan review siri Komik-M yang dulu2 macam Kecemprengman, Orang Kuat, TwinX, Shootz,Smash20 dan lain2. Ok, nak sambung lukis komik~! aman bajet tahun ni nak publish 2 buku. berjaya atau tak? Doakan la ye~! Ganbateh Aman~!!!!
^______^
-out-
p/s--seluruh entry ni ditaip dengan jujur, tiada niat untuk Aprilfool ye... -____- ...harap maklum..huhu
Friday, February 26, 2010
Aviasi Fantasi

Utk Nazry (penulis)
Bagi aman, jalan cerita ditulis dengan sangat baik. Susunan plot pun menarik. Awal2 cerita, nazry dah berjaya attract pembaca dengan kes ribut misteri yg menyerang sebuah kapal. So, dgn ni, pembaca akan terus membaca utk tahu, apa relation ribut misteri tu dgn watak2 utama. Cuma bagi aman, cerita mendadak menjadi agak heavy bila plot bertukar ke Jepun. Well, utk aman, aman no problem sgt. Tapi bg pembaca cilik or awal remaja, mungkin fakta2 tu agak berat utk adapt. TAPI, aman suke bila semua data dan fakta yg berat ni, akhirnya di summarizekan balik oleh penulis dengan sekali imbas dan lebih mudah faham di page 109. Bagi aman, benda ni agak bijak dan penting supaya segala fakta dan informasi penting yg berkaitan tak tercicir dr pengetahuan pembaca. Bagi aman, utk pembaca menyukai cerita ni, diorg kena faham setiap cerita dan info yg penulis berikan. baru pembaca sendiri dapat rasa cemas dan pentingnya situasi yang di alami oleh watak2. Aman respek dengan Nazry, sbb nampak dia memang buat byk research utk komik ni. Jalan cerita yg lain dari komik2 Malaysia sebelum ni. Sangat2 hebat!
Utk Afiq (pelukis)
Dengan umor yg baru 16 tahun, hasil kerja bdk ni memang sgt mengagumkan! Detail setiap latar belakang, komponen kapal terbang, mmg sgt2 cool~!! Mata aman melilau dan sangat puas baca setiap page yg nampak penuh~! Aman x dapat nak komen apa tentang lukisan afiq, dia memang hebat. Aman yakin, dia akan membesar menjadi pelukis2 yg bakal terkenal di Malayisa satu hari nanti. (international juga mungkin.) Even ada orang cakap serabut, tapi bagi aman, ia serabut yg sedap mata memandang. Aman percaya kualiti lukisan afiq akan semakin meningkat. Neway, ada 1 part yg nampak janggal bagi aman. hehe. Semasa part Aidil dan Hadi masih kecik, dalam page 64, badan dan kepala diorg nampak mcm lari or x seswai?? Aman tengok muka diorg still nampak mcm muka diorg masa 16 tahun. x mcm muka budak sangat. Seolah-olah, badan diorg budak tapi berkepala dewasa.. itu je. Yg lain..mantop!!
Summary
Komik Aviasi Fantasi sebuah komik yg unik dengan gabungan lukisan yg detail hebat dan jalan cerita yg digarap dengan berhati2. Komik ni bg aman antara komik Malaysia yg boleh compete dengan komik2 luar. Aman berharap Feeqry akan teruskan siri komik ni, sebab ni salah satu komik yang bakal menjadi rujukan pelukis2 generasi akan datang. Bakal jadi komik lagenda nih~!!
Ok, ada satu benda yg agak kelakar kat sini. Ini berkenaan ahli jejaka REVgang iaitu Irfan, Feeqry dan Aman sendiri. Irfan dah ada komik solo Smash20, Feeqry dah ada Aviasi Fantasi, dan Aman dalam proses komik Hero Sekolah... hahaha,dan ada persamaan yg KETARA dalam tiga2 komik ni~!! hahaha~! (Irfan dan Feeqry mungkin x tahu sebab aman x menceritakan seluruh isi komik Hero Sekolah..)
Tapi, aman masih x konfem lagi. sebab komik Smash20 masih ada rahsia dan sejarah yg belum diceritakan. Jadi, aman xnak tulis pasal persamaan tu kat sini skang. Tunggulah bila dah konfem dengan Irfan. Kalau betul sama, nmpaknya, aman terpaksa buat sumthing.. or nak biarkan sama? hahaha~!
-out-
Tuesday, December 22, 2009
Proposal
Masa untuk aktif kembali!!haha.. aman reviu balik karya aman dalam komik Aku, Kau dan Komik : Makcik tu dan aman sgt x puas hati. kualiti yg x seberapa dan jalan cerita yang x menusuk. hmm.. Tetibe dapat tau akan ada buku ke-3 untuk antologi komik ni, so aman perah otak untuk dapatkan cerita dan rekaan karakter yg lebih better dr sebelum ni.
aman taip sinopsis, lukis dan inking karakter, edit2 dlm photoshop sket, (amek hati editor..huhu..) and hasilnya seperti diatas! karya aman akan datang, insyaallah. Penamat Terbaik.
Dah siap, aman send emel ke enche wanzu (tuan editor).. selang beberapa minit..
1 unread message...
enche wanzu??! pkul 1 pagi?? cool~! cepat btol reply..
Terima kasih atas kiriman proposal ini.
Saya sudah membacanya. Semuanya okey dan menarik. Tidak sabar hendak membaca 10 page komik tersebut.
dan aman dikhabarkan utk siapkan komik ni sebelum bulan febuari 2010. Yosh! akan diusahakan! hehe. apapun, thanx to Boboy sbb bagi aman brief knowledge pasal hoki n sanggup jadi model utk aman buat rujukan pakaian utk pemain hoki. Hehe. nenanti aku blanja makan kat Aika Kafe k.
So, wish me luck!
-out-
p/s -- Dewoo, jum cepat buat proposal! sempat lagi nih!
Wednesday, December 16, 2009
Sneak Peek ! #2
So, amacam? memang susah! huhu.. dgn komitmen pada akademik, dan beberapa kerja penambahan projek indie antara famili or kawan2, memang jadual aman tunggang langgang. huuuh..
Tapi,biler result dah keluar.. memang lega dah sangat2 puas.. =) So, aman nak kongsi kan, hasil kerja aman yang bakal berada di pasaran!


Komik ni keluaran Komik-M. Komik ni gabungan 10 artis2 yang berbakat (kecuali aku..) yang menghasilkan 10pages komik setiap sorang bertemakan isu "Sekolah dan Komik" dengan tajuk Mak Cik. Dari hasil kerja aman dalam komik ni, memang aman dapat tgk banyak kelemahan. mujurlah enche Wanzu dan Alif byk komen dan bantu betol2kan apa yg patut. Tenkiu2~! Apapun, aman rasa, aman nak betterkan lagi hasil kerja aman. So,please do support me guys!

Gabungan tenaga bersama Team Rakuen. Komik ni bakal keluar di ComicFiesta pada 19 dan 20 Disember akan datang. hehe. Sebenarnya, hasil kerja aman dalam Rakuen ni, bukan lah 100% tenaga dan kemampuan sebenar aman. Aman terlalu kejar masa sampai komik pon cincai2. Sorry Aderein n the geng~ Aman pertaruhkan 20pages komik bertemakn "Blackout" dgn tajuk Depression. So, dapatkan Rakuen nanti di ComicFiesta 0k!

Buku illustrasi kanak2 keluaran Pure Honey Enterprise (PHE). Buku ni hasil karangan Kak Widya Humaira, dan Aman sebagai pelukis cover dan illustrasi dalam je. Neway, cover2 buku kat atas ni bukan lah 100% konfem. aman masih nak buat beberapa pembaharuan sket terutama pada cover buku Hadiah Untuk Mama. Buku2 ni x silap akan ada 6 jilid, ini 3 jilid awal. Jadi, klu nampak buku2 ni kat mana2 kedai, Beli ek~ hehe, bagi adik kawan2 ke, baca sendiri pon boleh. =)-out-
p/s-- sonok dapat jumpe Afdlin Shauki, Alifstyle dan Enche Wanzu dalam 1 hari! Orang2 seni yang aku respek! Cayalah. (^__^)


