Wednesday, October 21, 2009

Submission Komik

Akhirnya, semalam, bersamaan 20hb Oktober, aman sempat jejakkn kaki ke ofis PTS utk submission komik antologi 10pages Aku, Kau dan Komik. huhu.

Seperti yang dijanjikan, aman nak dtg pkul 10pagi tapi kaki masuk dalam ofis pkul 12. hehe. sian irfan tunggu kitorg lama. sori bro. oh, aman kali ni x dtg sendirian. kalau dulu aman pegi dengan Kaydee, kali ni aman pegi dgn Aina atau Ai. (hoi..hoi..aku bukan kaki buaya...) dia ni jugak bakal pelukis komik di komik-m nnti.

Bukan apa, aman masa pagi tu amik masa utk touch-up apa2 yg patut, lebih2 aman sendiri bz dgn projek final studio, jadi masa melukis terhad sikit. tapi ok per, siap gak. hahaha. lagipun aman masih sesat lagi di wangsa melawati cari ofis PTS. (even da kali ke-3 pegi..huhu)

Masa sesampai kat sana, Irfan tgh baca komik. aman cam biasa jumpe enche Wanzu utk submit komik. Aina pulak consult dgn Alif utk proposal komik dia. Aman da dapat agak, mesti akan ada re-do, tapi harap2 tak reject sudah. huhu. dan selepas enche Wanzu belek2, then ada la jugak beberapa perspektif yang aman kena baiki. nasib baik sket je. sebenarnya aman tahu yg komik aman ni masih amatur lg, byk kena baiki, tapi maybe sebab aman dah lukis habis, jadi enche Wanzu tak suh tukar byk.. huhu.. tengoklah komik solo aman nnti mcmana. (teringat kisah komik Smash-20 si irfan yg byk kena re-do..huhu)

ohh~!! bercakap pasal Smash-20, Irfan tetibe bagi aman 1 copy A4 komik Smash-20 yg dah edit.

PERGGGHHHHHHH~!!!!!!

itu je komen aman. aman terpsiko dgn komik dia. shades, background, jalan cerita, gaya dialog, mantop! lebih2 aman tgk Smash-20 yg vol.2 lebih matang. lukisan sgt power! aman leh lukis kartun je. huhuhu. neway, irfan, ko gud luck~! ramai dah peminat ko kat UIA ni, hehe.. cepat tubuhkn kelab komik kat Gombak, nnti aku join.

Aina pulak nmpaknya xde masalah dgn proposal, jalan cerita dan karakter dah diterima. (lukisan dia mantop gak...) cume rekaan baju je dia kena tukar sket sebab terlalu kaku kata Alif. huhu,nampaknya sorg lagi pekomik dr UIA bakal lahir. hehe.

Aman, Aina dan Irfan byk berbual antara kitorg je. sebab staff2 PTS masing2 ada kerja nak kena buat. komik borak2 sampai lewat solat zohor. hahaha. berlari2 kitorg ke masjid takut x sempat. perghh.. x sangka masa kat sana rasa sekejap je, sebab mmg enjoy duk ofis tu. Aman rasa aman memang nak praktikal je kat sana. senang, best, dekat, dan boleh blaja benda baru yg aman minat! boleh ye enche Wanzu..huhuhu..

oklah, aman sebenarnya dah siap redo n buat dialog malam semalam. tapi x sempat nak hantar emel kat enche Wanzu. tatau la apa komen dia. tgk je nanti. harap2 dia terima. Jadi skang aman free utk sambung komik solo aman, Hero Sekolah!!


Illustrasi collabration antara Irfan, Aman dan Aina,
yang sempat kitorg buat masa bual2 semalam. hehehe..

-out-

dapat jumpe amar (penyanyi nasyid n ahli silap mata) masa nak balik. hehe..

Tuesday, October 13, 2009

Antologi Komik-M


haaa....oklah. aman nak citer sket pasal perkembangan komik aman. setakat ni, komik Hero Sekolah tu aman rehat jap sebab nak bagi laluan untuk komik Antologi Komik-M~!!!

alhamdullilah enche Wanzu dah approve jalan cerita dan karakter2 aman. cume ada sedikit perubahan je berlaku. tapi x menggangu keseluruhan cerita. Komik antologi ni bakal menampilkan 10 pekomik dalam 1 buku. setiap pekomik perlu melukis komik sebyk 10 pages.

yup,mcm senng, tapi bg aman, susah gak. lebih2 aman dulu x byk melatih diri dgn lukisan background. jadi bila lukis background, mmg aman kena struggle habis. hahaha..takper la. ni gak salah satu cara untuk aman melatih diri kn..

setakat ni, komik aman ni hampir siap cuma ada beberapa panel yg xde background lagi... huhu.. ok lah, masa utk sambung melukis~! deadline 21 oktober nanti. huhu.. tapi rasanya aman nak hantar awal, kalau ada re-do, boleh sempat betolkan. hehe..

enche wanzu, tunggu kedatangan komik ku iniiii~


-preview page 2-



-preview page 4-


-out-

Monday, October 12, 2009

Speechless..




bukak laptop,
connect wireless..

check tweeter,

tertanya2..


klik.


speecless...

alhamdulillah~


-out-

-dapat Hadiah Utama dan tempat ke-3 sekaligus..pehh...
Di sini Bukti..

Saturday, October 10, 2009

Fan Art



huhuhu..lately aman sgt2 busy dgn kerja studio, tapi dalam busy2 tu, aman sempat gak buat 4 fan art. haaaa... salah satunya ialah watak2 KECEMPRENGMAN~!!!

yeah! aman sgt suke karakter Profesor B. harap2 manetau nenanti Poyo (pelukis Kecemprengman) benarkan aman selitkan karakter Kerel dan Profesor B sbg cameo dalam komik aman akan dtg ker.. huhuhu..

apepun, kritik la work aman ni. Oh yer, aman sebenarnya tgh lukis komik untuk komik antologi Aku, Kau & Komik keluaran Komik-M. setakat ni berjalan lancar. (10 pages je) tapi biler tgk lukisan org lain, rasa down pun ada gak.. huhu.. aman lukis x lawa sgt..wuwuu.. ahhh~!! apepun, ni kira salah satu praktis la kn? kn? kn?

hehe..ok la, byk keje nk buat lagi. akan dtg, aman akan kalerkn fan art utk Orang Kuat, Afro Samurai dan Budak Tomorrow's Way.. adios~


-out-