Saturday, August 11, 2012

Terperangkap bersama Artis! AWKWARD!

Aku buat video, Aku buat vlog, Aku buat shortfilm.
Dan sekarang aku berada di dalam bilik backstage bersama2 talent2 suara seperti Sleeq, Iamneeta, Tasha Mansha & Syed Syamim....

APEKAH???

Ini semuanya bermula dengan ajakan dari seorang kawan vlogger, Aidil Dbahri. Dia kata nak buat temuramah berkenaan vlog. Jadi, dah alang2 diorang buat show ke seremban, Aman pun pergi la. Walau tak sempat tengok show, tapi dapat la sembang2 dengan diorang semua ni. Diorang sempoi!! (dan yang paling penting, diorang tengok vlog aku..weeee!)

Apapun, temuramah tu sebenarnya untuk 1 website diorang ni, 1711entertainment. Company ni kiranya macam artist management la. Antara artis yang diorang manage dan buat tour ialah Sleeq, Iamneeta, Najwa Latiff dan ada lagi beberapa. Dan selain itu, Aman tengok, diorang juga ada 1 mission untuk exposekan bakat2 baru yang masih belum diketahui umum. Jadi, sebab itu juga diorang adakan interview2 seperti ni. (aman agak begitu la kot..hoho)

Okla, berbalik pada situasi dalam bilik tu. Sebenarnya, Aman agak AWKWARD. Haha. Sebab diorang semua sudah saling kenal dan kawan2. Diorang rancak berbual gurau2, dan di satu sudut bilik, ya, itu dia... ada lelaki badan gempal berdiri tegak diam dan tersengih saja. Aku la tu.

Nak2 pulak, tetibe, Aidil kata nak buat ucapan raya, jadi Aman antara yang kena berucap gak. Dan semua orang perlu diam sebab nak rekod. Pehhh... terketar2 gak la nak beri ucapan spontan dalam situasi camtu. Banyak gak cut2. Sampai jari nak buat peace pun terkaku dan tak jadi langsung peace nya. huhuhu..

Apapun, lepas beberapa lama, Aman mula berbual2 sikit, dan dah mula tenang. Sebenarnya, Aman tak perlu rasa kekok sangat pun, sebab diorang ni sumer OK, n sempoi je. Iamneeta cool! Neeta nampak paling ceria. Peminat Matluthfi. Hehe. Anas dan Patrick senyap tapi senyum2. (at least, Aman ada geng! haha) Sleeq pulak, Aman tak sangka diorang agak 'besar' dan tinggi. Dalam video dan gambar macam pendek, tapi diorang tinggi. Alyph tu dah nak sama tinggi ngan Aman dah. Syarif tak yah cakap ar. Haha.

Dan artis youtube juga, Tasha Mansha dan Syed Syamim. Pada awalnya, Aman tak kenal sangat diorang ni. Tapi bila tengok lama2, macam familiar. Diorang merupakan penyanyi yang dah buat banyak cover2 kat youtube. Clora Studio. Superb gile wehhhh! Aman serba salah lak sebab tak cam onthespot. Mana taknya, Aman kalau orang tak kenalkan, Aman tak tau. Even, Yuna pun Aman baru kenal masa dia dah jadi artis. Hahaha.

Apapun, itu antara pengalaman baru la Aman dapat berkumpul dengan kelompok anak2 muda yang berbakat seperti mereka. Selalu Aman lepak dengan geng2 komik je, kali ni geng2 nyanyi lak. Nasib baik diorang tak bantai nyanyi ramai2 dalam bilik tu. Kalau tak, Aman offer diri jadi tong drum je la. Semua sore sedap, Aman je sore katak. MALU! Huhu.

Ok2, dah banyak membebel, untuk korang yang nak tengok interview Aman bersama 1711entertainment ni, korang boleh klik link kat bawah ni. Nasib baik masa interview ni, dah tak cuak. Jadi, dapat jawab dengan lancar. Yatta!!

~ KLIK SINI EK! ~

Di bawah ini pula, video spontan yang Aman sempat rakam sebelum kitorang dah nak balik. Diorang semua nak buka puasa sama2 tapi Aman kena balik sebab ada event dengan family. Dan juga, Aman dapat free album Sleeq dan Iamneeta. Sempat juga mintak otograf kat album masing2. (Nanti kalau jual balik, mesti mahal. Muahaha! oktipuje)



Apapun, (brapa banyak kali "apapun" daaaa..) Aman hope dapat lepak ngan diorang lagi. Tapi masa tu kalau jadi, dah tak awkward dah! Yosh!! (rasanyalah..huhu) So, kepada korang, support la mereka2 ni ya. Mereka ni punyai bakat yang best! Dan jangan lupa sokong gak 1711entertainment!

TERIMA KASIH!!

^___^

-out-

Sunday, August 5, 2012

Masuk ofis Kabir Bhatia!

Siapa tak kenal Kabir Bhatia, pengarah yang sangat terkenal dengan drama hit meletup, Nur Kasih! Bukan tu je, malah filem2 menyentuh hati dengan cinematografi cun seperti CINTA dan SEPI. Memang Aman sangat admire pengarah ni. Dan2 lak, Aman memang peminat filem emosi, Cinta dan Sepi memang awesome bagi Aman!

Dan Aman nak jadi seperti dia.

Saat pertama kali Aman hasilkan shortfilm TITIK bersama geng2 studiomates Aman, masa tu ada la kejap Aman dapat gelaran "New Kabir Bhatia". Kahkahkah, dan2 sebab Aman buat citer sedih. Tapi masa tu dah kembang giler hidung. Skang ni bile tengok balik, baru nampak banyak gile cacat celanya. huhu.

Dan sebab itu Aman decide untuk menuntut ilmu.

Pada 26 Julai lepas, Aman bertemu dengan sifoo Faizal Mukhtar untuk dapatkan pandangan dia tentang produksi filem, drama atau iklan. Memandangkan dia punyai pengalaman dalam bidang ni, aku rasa ianya tepat untuk aku berguru dengan dia. Tunjuk ajarku sifoo!

Dan beberapa penerangan banyak dah diberi, dan Aman juga dapat expose info2 baru dalam dunia produksi. Siap ada homework kena buat lagi. hehe. Ini semua kerana Aman mahu serius dalam bidang produksi. So, itula sebabnya banyak snagat buat shortfilm skang.

Dan tetibe, malam itu juga, sifoo bawak aku jumpa dengan kawan dia, Brader Lan, seorang editor untuk Filmscape (company Kabir Bhatia). Gile teruja wehh! Brader Lan bawak kitorang masuk ke ofis Filmscape dan mata aku sangat2 melilau pandang ofis tu. Giler la! Aku dalam ofis Kabis Bhatia! Aku ada kat depan bilik dia. Aku duduk atas sofa dia! Aku dapat baring atas... OK, over.

Apapun, dalam ofis tu, Brader Lan bawa kitorang masuk bilik editing dia. Kat situ aku dapat tengok trailer Juvana The Movie versi panjang dan juga 1 lagi trailer untuk filem baru yang akan muncul dipawagam tahun 2013, filem seram. hehe.

Dan di sini sesi mentoring berlaku lebih pesat. Brader Lan explain setiap proses yang berlaku bermula dari preparation hingga lah filem di cetak dalam gulungan untuk tayangan wayang. Banyak ilmu baru lagi aku dapat. Super awesome!! Aku yang teruja campur neves ni, cuba bertanya sebanyak mungkin soalan yang terlintas. Memang seronok dapat ilmu macam ni!

Apapaun, waktu tu pun dah pukul 12 lebih. Jadi Aman terpaksa balik rumah. Tapi hope sesi mentoring bersama sifoo Faizal Mukhtar akan terus awesome seperti hari itu. Sangat menantikan untuk dapat ilmu baru!

TERIMA KASIH!

^___^

-out-