Wednesday, September 9, 2009

Good Bye n Welcome

Salam,hello guys~!
Agak lama gak aman x bercerita pasal perkembangan komik aman iaitu Jee Jester, komik yg aman akan terbitkan dgn Komik-M (PTS), komik pasal badut tu. insyaallah~

Pada tarikh 7 September 2009, aman ada bertandang ke opis PTS, untuk memaklumkan sesuatu perkara tentang masalah yg aman hadapi dlm komik badut aman tu.. masalah yg aman maksudkan sebenarnya dah tertulis clue2 dlm entry blog aman sebelum ni, cumer aman x tulis secara official je.. dan arini, tiba lah masa utk aman umumkan officially....


Selamat Tinggal Komik Jee Jester~!!!

Sejujurnya, aman x dpt nak sambung komik ni. nasib masih dlm sketches. bukan aman x nak. aman sgt suka penceritaan Jee Jester, pasal sekumpulan warga sarkas yg mengembara ke setiap pekan membuat show. CUMA, ilmu pengetahuan aman tentang sarkas sgtlah lemah. sarkas pun aman x pernah masuk, ni kan nak buat cerita pasal management dalam sarkas, tentative programe, kerja2 teknikal, mmg aman tatau langsung~! aman dah puas cari idea, research, tp x cukup. ada 1 jalan, iaitu aman kena masuk tonton sarkas atau aman interview org dalam sarkas.. itu dia.. so aman cakap kat editor, aman nak hold dulu cerita ni, n aman akan sambung bila research aman cukup..

so, editor (enche Wanzu) setuju. dia pun kata ikut kemampuan. so, untuk mengisi masa ruang yg telah kosong.. kini sekali lagi aman umumkan..


Selamat Datang Komik Hero Sekolah~!!!

Ya~!! aman x dtg bawa tgn kosong, aman juga bawa proposal komik baru iaitu Hero Sekolah (tajuk buat masa skarang la..) yang akan gantikan tempat Jee Jester. Nampaknya, proposal komik ni di terima baik oleh enche Wanzu dan Alifstyle (editor baru Komik-M) waktu tu. Rekaan karakter x dirijek, jalan cerita approved, dan thumbnail 24 pages ok~!

aman mmg hepi la. skang semangat semakin membuak2 nk siapkan sketches komik ni. bajet dapat masuk pasaran masa Pesta Buku tahun depan. (doa2kan daku~)

apapun, sebenarnya, byk benda menarik berlaku ketika aman melawat ke opis PTS haritu. aman pergi dgn kawan studio, Kay Dee, dan jumpa ramai org cam Irfan Foner, Poyo, vovin, 39, odows, just_jimi, n laen2. (byk yg aman x cam.. huhu) tapi, aman akan ceritakan pengalaman tu dalam entry akan dtg. hehe.. so,sabar2 yer. (ye irfan ye..hehe)

Jadi, untuk kali ni, kerja komik aman bermula! dan aman berharap sokongan dari korg utk komik baru aman ni~! Thank You lah~!

-out-