Friday, January 1, 2016

Segalanya Tentang 2015

Setiap kali bermula tahun baru, mesti ramai-ramai sudah pasang azam mahu itu, mahu ini. Azam Aman cuma 1 je. Mahu jadi better dan lebih sukses dari tahun sebelumnya!


Tahun 2015 adalah tahun yang Aman boleh katakan, tahun pecah rekod! Yup! Ada beberapa perkara yang berlaku pada tahun 2015 adalah sesuatu yang over dari biasa.

Apa dia? Jadi jom kita tengok, apa pencapaian dan kejayaan (bagi Aman) pada tahun 2015 yang lepas!

* * * * *

1- PENAMAT NOMIK LAWAK SEKOLAH
Yup! Akhirnya Aman berjaya menamatkan siri nomik Lawak Sekolah untuk Musim Pertama! Yeah! Perasaan menamatkan siri ini memang begitu menakjubkan. Pada tahun 2015 baru Aman dapat lihat dengan anak mata sendiri impak nomik Lawak Sekolah ini apabila follower dan pembaca setia mula bertemu Aman, Azanil dan Kak Ain. Ada yang bawa hadiah, bawa fanart, dan bebrincnag tentang siri ini pada kami. Terima kasih! InsyaAllah siri nomik ini akan berterusan. Cuma 2016 ini Aman mahu berehat sekejap sebelum sambung musim kedua. Jangan marah ya. Hihi!


* * * * *

2- MASKOT NOMIK
Mana tak happy. Sudahlah nomik Lawak Sekolah berjaya ditamatkan, kemudian pihak BLINK mahu menjadikan watak utama nomik itu, Robita sebagai maskot untuk dibawa ke sekolah-sekolah pula. Alhamdulillah! Aman memang super teruja apabila dapat melihat watak ciptaan menjadi nyata dan bergerak-gerak. Malah ramai peljar di skeolah juga memberi sambutan yang best bila bertemu Robita. Mana tahu, tahun 2016 ini akan ada yang buat cosplay Robita pula. Hehe!


* * * * *

3- JUAL T-SHIRT SENDIRI
Awal tahun 2015, t-shirt Sheeply Sweet ini akhirnya berjaya disiapkan dan dijual secara online! Alhamdulillah, walaupun jenama Sheeply Sweet ini sangat baru dan biasa-biasa sahaja, tetapi ada juga yang mahu menempah dan pakai. Terharu beb! Setakat ni Aman hanya keluarkan sekali sahaja. Ramai yang tertanya tentang t-shirt ini tetapi Aman mahu hold dulu. Susah dan penat juga buat bisnes pakaian ni ya. Hahaha!


* * * * *

4- MASUK TELEVISYEN
Serius Aman masih tak menyangka video shortfilm Iklan Gangster yang pernah viral tahun 2011 masih lagi mampu menyengat dan memberi peluang untuk Aman keluar di media TV lagi! Aman ditemuramah untuk rancangan SIS yang ditayangkan di TV9. Harapan mahu bertemu Heliza tapi yang ada hanya juru kamera. haha! Apapun, topik pasal vlog tapi sempat juga promot nomik Lawak Sekolah dan t-shirt Sheeply Sweet dalam tu. Memang ambil kesempatan! :p


* * * * *

5- DAPAT AWARD LAGI
Seperti biasa, setiap tahun pihak BLINK akan buat sesi pemberian cek royalti buku ala-ala hari anugerah. Tuan Amal dan Kak Ain Maisarah siap belikan hadiah tambahan untuk diberikan kepada penulis BLINK. Tahun 2015, Aman dinobatkan sebagai Penulis yang Paling Banyak Promosi dan Penulis dengan Royalti ke-3 Tertinggi! Peh! Aman terkejut juga bila nama disebut masa tu tapi memang teruja juga! Hehe! Terus dapat hadiah coklat, piala, dan kepingan emas 2kg! Wow!


* * * * *

6- LUKIS UNTUK MAJALAH
Kali terakhir Aman dapat peluang melukis komik di majalah adalah pada tahun 2012. Ketika itu dengan Majalah G3 sehinggalah majalah itu ditutup penerbitannya. Kali ini, Aman diberi peluang melukis untuk majalah Awang Khenit! Aman memang follow kartun dia. Memang lawak! Malah ada ramai pelukis otai-otai juga. Aman yang newbie ini rasa kecil sahaja. Mujurlah ada pembaca yang suka dan follow komik bersiri Kafe Khenit yang Aman hasilkan ini. Thanks!


* * * * *

7- JELAJAH 93 SEKOLAH
Haaa....yang ini antara pecah rekod! Pada tahun 2015, gerak kerja Aman di dalam BLINK lebih kepada mempromosi buku dengan menjelajah ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tahun 2015, Aman telah menjelajah ke 93 buah sekolah! Sebenarnya, sudah lebih 100. Tetapi ada yang Aman hadir sebagai pelukis tamu. Jadi, Aman tak kira yang itu. Apapun 93 buah sekolah adalah jumlah yang banyak. Memang struggle tapi super fun! Dapat bertemu pelajar, berkongsi ilmu dan melihat mereka respon pada karya kita adalah 1 perasaan yang cukup best! Tahun 2016 ni Aman mahu lebih 100 sekolah!


* * * * *

8- BENGKEL KOMIK AMAN WAN
Walaupun Aman sering memberikan bengkel komik ke setiap sekolah yang Aman jelajah, tapi kesemuanya adalah free dan hanya 1 jam sahaja. Pada akhir tahun 2015, Aman cuba beranikan diri untuk membuka bengkel komik berbayar yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang! Alhamdulillah, walaupun ada 4 orang peserta sahaja, ahaks! Tapi Aman dapat fokus dan beri perhatian yang extra kepada setiap peserta. Malah, ada yang dari lukis orang lidi sudah boleh melukis komik strip sepanjang bengkel. Aman berharap segala ilmu adalah berbaloi! InsyaAllah!


* * * * *

9- TERBIT NOVEL SERAM
Tahun Aman bertukar status! Bukan single kepada berpunya ya. Sobs... tetapi status pelukis kepada penulis! Yeaahhh! Tahun 2015 Aman berjaya keluar dengan novel seram pertama BLINK! Mula-mula risau juga jika penulisan tidak menepati gaya BLINK tetapi Kak Ain Maisarah kata okey dan tiada masalah, jadi Aman legalah! Setakat ini, Aman pun sedang aktif menulis beberapa novel lagi. InsyaAllah 2016 rasanya Aman akan lebih menulis lagi. Setelah 4 tahun melukis bersama BLINK, jadi rehat kejap. Writing time!


* * * * *

10- KERJA-KERJA BLINK BOOK
Selain dari 9 perkara di atas, tahun 2015 juga banyak perkara tentang kerjaya Aman di BLINK yang memberi impak pada Aman. Tahun 2015 lepas Aman ada buat pertemuan pembaca untuk kali pertama, Road Tour ke kedai-kedai buku, menjadi P.A penulis ke jelajah sekolah, mendapat status Mentor untuk penulis BLINK, dan yang utama ialah Aman sudah menubuhkan Blink Nomik. Segala perkara ini berlaku di balik tabir. InsyaAllah, tahun 2016 bakal melihat perkembangan Aman dalam syarikat BLINK BOOK ini. InsyaAllah.


* * * * *

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang Aman tidak berjaya capai. Antaranya adalah mahu aktif vlog. Hahaha! Terkubur terus. Tengoklah macammana jadinya lepas ini.

Tahun 2016 baru sahaja membuka tirai. Ada 1 tahun lagi untuk Aman mencatat segala pencapaian baru dan lebih tinggi lagi. Semoga tahun 2016 bakal memberi impak yang lebih dan extra besar! InsyaAllah. Amin!

-out-